Bab 12
“Danish
Irsyad Aisy..”
Nama
yang dipenuhi misteri.Pemiliknya mestilah milik seorang lelaki dan lelaki
tersebut mestilah seorang manusia.Seorang lelaki yang pernah mencintai
seseorang di dalam diam.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui rahsia yang disimpan
rapi oleh jejaka tersebut.Namun malangnya,dia sedar dan pasrah bahawa dia hanya
bertepuk sebelah tangan.Namun,bukankah ada kata-kata yang menyebut “ mencintai dan dicintai itu bukanlah dengan
tujuan untuk memiliki dan dimiliki tetapi mencintai seseorang dengan hati yang
tulus hanya beerti jika kita mahu orang yang kita cintai itu bahagia meskipun
si dia tidak mencintai kita”.Berbekalkan dengan prinsip itu,dia bangkit
daripada kesedihannya dan berazam untuk membahagiakan perempuan yang
dicintainya itu.
**
“Apa
betul ke perempuan itu ada kena mengena dengan kematian abang aku ? Betul ke
apa yang dikatakan oleh Qaireena ? Dan perlukah aku mencari kebenaran di
sebalik kata-kata itu? Arrgghhh !! Kusut betullah kepala aku.Damn it Rissa ! ” Emir berkata kepada
dirinya sendiri sambil mencengkam kuat rambutnya sendiri.
Kepulangannya
ke Malaysia yang disambut oleh Qaireena beberapa minggu yang lalu sedikit
sebanyak meresahkan hatinya.Dan persoalannya kini,mengapa sudah hampir empat
tahun kematian abangnya,baru Qaireena mahu menjelaskan kepadanya bahawa Rissa
adalah pembunuh abangnya? Memang dia sendiri akui,dia juga tertanya-tanya sebab
terjadinya kematian abangnya dan berita dan maklumat yang disampaikan oleh
Qaireena benar-benar menyentakkan jiwanya sehingga dia berasa amat marah
terhadap Rissa .
Amarahnya kini terhadap Rissa hanya bersandarkan atas satu
alasan.
Rissa, perempuan itu pembunuh
abang aku !
“Kau
takkan boleh mengelak daripada aku Rissa.Never
ever.Kalau dulu kau fikir kau boleh mengelak daripada rahsia kau diketahui
orang,sekarang tidak lagi Rissa,kerana aku sendiri yang akan membongkarkan
rahasia tersebut dan semestinya aku akan membuatkan kau merasai derita lebih
apa yang abang aku rasai.You deserve
it,women ! , ” monolog Emir.
Emir
sudah tekad untuk menanam rasa benci terhadap Rissa.Dia termakan akan kata-kata
yang diujarkan oleh Qaireena.Betul ataupun tidak,itu bukan lagi menjadi
kepentingan buatnya. Masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin yang menjadi
penyebabnya.Berbekalkan dengan prinsip tersebut,dia semakin mempercayai
kata-kata penipuan yang dibuat oleh Qaireena.Tanpa disedari,Emir sendiri sudah
terjebak dengan permainan yang dirancang oleh Qaireena yang bertujuan untuk
memusnahkan Rissa.
**
Pada
malam itu,Rissa resah di tempat pembaringannya.Dicuba dan dipaksa matanya untuk
lelap .Dia ingin melupakan peristiwa yang menyayat hatinya.Dia ingin melupakan
perasaan traumanya terhadap peristiwa yang berlaku empat tahun yang lalu.Dia
cuba melelapkan matanya,namun, tanpa diundang, mindanya sendiri membawa dia ke
kenangan silam.
Empat tahun yang lalu…
“Riss,Rissa,dengar
apa yang Danish nak cakapkan ini.Irfan, dia tak bersalah.Itu semua perangkap
yang dibuat oleh Reena.”Termengah-mengah Danish cuba mempertahankan
kata-katanya.Masakan tidak, Danish terpaksa bersaing langkah dengan Rissa yang
berjalan mendahuluinya!Danish cuba untuk mengejar Rissa yang mempercepatkan
langkahnya untuk keluar daripada kafeteria universiti mereka.
Rissa
yang mendengar kata-kata Danish,memberhentikan langkahnya di hadapan pintu
keluar kafeteria tersebut.Yalah,mana dia mampu untuk bersaing langkah dengan
Danish yang sedia maklum tinggi mengalahkan galah.Setakat dia yang berkaki
pendek itu apalah sangat buat Danish.
“We need
to talk,Rissa !” Danish bersuara.Kemudian dia menyambung kembali.”But not at
here.We go to another place.Shall we ?” Danish membuka pintu keluar kafeteria
tersebut dan mengangkat tangan kirinya ke paras bahu dan melakukan gaya
seolah-olah mempersilakan Rissa keluar daripada kafeteria tersebut.
Rissa
yang melihat hanya mampu mendengus sahaja di dalam hati.
Setibanya
mereka di taman universiti tersebut,Danish sengaja mencari tempat yang agak
tersembunyi agar dia boleh berbincang dengan Rissa dengan lebih selamat.Dia
tidak mahu ada di antara pelajar di university tersebut tahu perkara yang
menjatuhkan maruah orang lain.Dan yang paling penting,perasaan Rissa perlu
diutamakan.
“Okay,Rissa.Dengar
apa yang I nak katakan ini.” Danish memulakan bicara.
“Apa
lagi Danish ?” Rissa menjongketkan kedua-dua keningnya di hadapan Danish.Nak
tergelak pula
Danish melihat muka cemburut Rissa.Yang lebih kelakar lagi dia
tidak menyangka bahawa Rissa tidak reti untuk menjongketkan sebelah
keningnya.Jadi,nak tak nak terpaksalah dijongketkan kedua-dua kening tersebut.
“Ehem”.Danish
berdehem untuk mengusir rasa geli hati yang bertandang di hatinya.Sekarag ini
dia perlu serius.Dia perlu memberitahu Rissa perkara yang penting.
“Irfan
tak bersalah Rissa.”Danish berkata sambil memandang ke arah Rissa.
“Tak.Itu
memang salah dia.”Rissa cuba untuk menyangkal akan kata-kata Danish.
“Dia tak
salah.”
“Dia
salah.Dia BERSALAH !”
“Itu
bukan salah dia.”
“Itu
memang salah dia.”
“Dia tak
bersalah Rissa.Dia tak bersalah.Itu bukan salah dia.Itu semua salah…” Belum
sempat Danish menghabiskan kata-katanya,Rissa segera memotong bicara Danish dan
menukar posisinya yang sedang duduk kepada berdiri.
“Cukuplah
Danish ! Persetankan semua itu.Rissa dah malas nak dengar apa-apa alasan
dia.Rissa dah penat Danish.Dah penat.”Rissa menghamburkan tangisannya di
hadapan Danish yang dianggap sebagai abang kandungnya sendiri.Kedua-dua belah
tangannya diletakkan di telinganya sebagai tanda dia tidak mahu mendengar
apa-apa lagi daripada Danish.
“Rissa.Don’t
cry.Please…,”rayu Danish.Hancur luluh hatinya melihat gadis yang dicintainya di
dalam diam itu mengalirkan air mata.Melihatkan Rissa yang berdiri itu,Danish
juga segera ikut berdiri.
“Rissa
dah penat Danish.Rissa dah fed up dengan semua ini.Dia,lelaki itu mesti
bertanggungjawab ke atas perbuatannya.Sampai hati dia buat Rissa macam
ini.”Rintih Rissa.
Dilihatnya
wajah Rissa yang jelas kelihatan tertekan dengan masalah itu.Kemudian,dipeluknya
Rissa di dalam dakapannya dengan harapan tangisan Rissa akan reda.Kemudian,ditariknya
pula tangan Rissa untuk duduk semula di bangku yang disediakan di taman
tersebut.
“Listen
Rissa.Tak semestinya apa yang berlaku di hadapan kita itu perkara yang betul .”
Danish cuba untuk menenangkan dan menerangkan hal yang sebenarnya kepada Rissa.
“Apa
yang tak betulnya Danish? Dengan gambar tak senonoh itu you kata tak semestinya
gambar itu memberi maksud yang benar.Apa yang you cuba dalihkan lagi? Sebab you
kawan Irfan,you nak bela dia? Walaupun sudah terang lagi bersuluh dia sudah
menodai kesucian Qaireena?” Bertalu-talu soalan yang Rissa soalkan kepada
Danish sehingga merah padam mukanya menahan amarah.
“Nope.I
bukan nak cuba untuk memanipulasikan cerita apatah lagi nak membela
Irfan.Tapi,I cuba nak sampaikan kebenaran cerita yang sebenarnya bahawa Irfan
telah diperangkap oleh Qaireena.” Danish segera berdiri dan menghadap muka
Rissa di hadapannya.Ditenungnya muka Rissa supaya Rissa dapat mempercayai akan
kata-katanya.Danish juga berasa amat yakin terhadap kata-katanya kerana rahsia
Qaireena berada di dalam genggamannya.
Rissa
memandang ke arah Danish.Sepertinya, Danish tulus memberitahu dia perkara yang
sebenar. Ditenungnya wajah Danish yang mengharapkan pengertian daripada
Rissa.Wajah yang ikhlas dan penuh pengharapan itu tidak akan pernah dia mampu
dia usirkan di dalam mindanya.Wajah tersebut seakan-akan sudah melekat dan tidak
boleh ditanggalkan dari memori mindanya.Memori yang mengundang seribu rasa di
hatinya.Memori yang dia sendiri tidak diberi pilihan untuk mengusir kenangan
lalu.
**
“Danish…”Rissa
mengeluh buat sekalian kalinya.Dibuka matanya kembali untuk mengusir kenangan
lalu daripada menerpa ke gawang mindanya.Dia segera membangkitkan tubuhnya.Dia
mahu ke bilik air untuk mengambil wuduk.Mungkin dia perlu menghadap Allah Yang
Maha Esa untuk mengembalikan ketenangan di jiwanya.
Usai
menghadap Allah Yang Maha Kuasa, Rissa segera menanggalkan telekungnya.Dilipatnya
telekung dan sejadah tersebut dan diletakkan semula ke dalam almari.
“Tok !
Tok ! Tok !” Mendengar ketukan di pintu tersebut membuatkan Rissa yang sedang
mengelamun ketika menyimpan telekung di dalam almari itu berasa terkejut.Habis
sudah kenangan silamnya itu berterbangan jauh dari mindanya.
“Tokk !
Tokk ! Tokk!! Kali ini bunyi ketukan di pintunya semakin kuat.Itu menambahkan
lagi perasaan geram yang terbuku di hatinya.Entah apa lagilah mamat itu
hendakkan.Menyampah pula rasanya !
“Kejap.”
Dengan hanya satu perkataan itu,bunyi ketukan dipintunya pun tidak
kedengaran.Mungkin mamat sewel itu puas hati barangkali mendengar aku menyahut
ketukan pintunya itu tadi.
“Nak
apa?” Terus sahaja perkataan tersebut dihambur oleh Rissa yang setelah dia
membuka pintu biliknya.Dilihat pula si Emir yang sedang merenungnya macam nak makan.Eeee, tiba-tiba meremang pula bulu romanya dirasakan.
“Esok
siap.Aku hantar kau balik rumah kau.Jangan lambat.Kalau kau lambat, kau balik
sendiri.” Emir memberi ugutan kepada Rissa.
Tersenyum
lebar Rissa mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Emir.Alhamdulillah,
akhirnya pada esok pagi dia akan bertemu dengan ibu bapa yang dia rindui untuk
kesekalian lamanya.
“Okay.Aku
janji.Aku janji takkan lambat.”Rissa tersenyum ikhlas di hadapan Emir.
Emir
yang melihat hanya memandang kosong ke arah Rissa.Dia tidak mahu jiwanya itu
kalah dengan sifat Rissa yang riang dan menawan itu.Dia perlu menguatkan
hatinya supaya tidak tertawan dengan Rissa .
**
Setelah
memaklumkan keberangkatan mereka esok pagi kepada Rissa,Emir segera mengambil
angin di luar rumahnya.Dia segera melabuhkan duduknya di sebuah bangku yang
terletak berhampiran dengan kolam renangnya.
Pada
saat ini,dia masih berkira-kira,perlukah dia menjalankan rancangannya itu?
Rancangan yang bakal
membuat kehidupan Rissa menderita.Tetapi,bukankah dia sendiri
yang memilih untuk membuat Rissa menderita?
Dia pembunuh , Emir ! Hatinya bagaikan menghasutnya
untuk menanam perasaan benci dan dendam terhadap Rissa, satu-satunya perempuan
yang sangat disayangi oleh abangnya,tanpa dia ketahui.
Dan kini,Emir
bertekad,walau apa sekalipun yang terjadi, dia berjanji akan membuat Rissa
menderita tanpa mempedulikan perasaan Rissa itu sendiri.