Kawan-Kawan

Monday 6 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku Ini 4

Bab 4
          Usai aku mengerjakan solat Isyak,aku terus menapak ke ruang tamu.Bilik aku di tingkat dua rumah banglo ini.Rumah ini keluasannya seperti padang bola.Aku suka seni bina rumah ini.Ini merupakan ilham ataupun dikatakan rumah impian ayahanda tercinta aku. Seni rekaan dalaman rumah banglo ini pula merupakan gabungan idea bondaku dan ayahandaku. Mama suka menggabungkan unsur moden dan kontemporari manakala papa pula suka seni rekaan dalaman yang lebih berunsurkan gaya ala-ala inggeris. Justeru,di setiap pelosok ruang tamu rumahku ini mempunyai banyak design  yang berlainan yang lebih mengutamakan konsep tersebut.Di rumahku syurgaku ini terdapat lapan buah bilik kesemuanya.Terdapat sebuah bilik di tingkat bawah, dua buah bilik di tingkat satu,tiga buah bilik di tingkat dua, dan dua buah bilik di tingkat tiga.Setiap bilik dilengkapi dengan bilik air yang semestinya mempunyai bath tab.Jika dilihat di ruang tamu di tingkat bawah ini,rekaan dalamannya lebih berunsurkan gaya moden dan kontemporari.
         
          Sejalur batu dari gunung berapi Indonesia yang dipotong berpetak dan disusun tidak rata yang bertujuan untuk memberi karakter yang disifatkan terhad oleh pereka yang bernama Valerie Cho yang bertempek pada salah satu ruangan bahagian dinding ruang tamu utama amat diminati mama.Untuk mengelakkan suasana yang mendatar,pereka dalaman tersebut turut mencadangkan kepada mama untuk menyuntik warna merah yang digabungkan dengan warna hitam dan putih serta hasil cadangannya dapat dilihat terutamanya melalui pemilihan perabut yang berciri futuristik dan unik.Ketinggian siling di ruang tamu utama ini juga agak tinggi yang bertujuan untuk meluaskan lagi keluasan ruang tamu utama rumah ini.

          “Tina, apa benda yang kamu renung dan tenungkan tu, mari sini tolong mama hidangkan makan malam.Nak tunggu kamu masak,esok pun entah siap ke tidaklah”, ujar Datin Laila sambil meletakkan dulang yang berisi gelas kaca itu di atas meja makan yang boleh dimuatkan oleh 16 orang tersebut.

          Opss..terlupa pula nak bagi tahu.Sebenarnya,mama ada gelaran datin di hadapan namanya.Cuma,mama terlalu merendah diri.Mama tak suka sangat menggunakan gelaran datin tersebut.Papa pun sama.Nama papa sebenarnya Datuk Azizuddin bin Abdul Aziz.Kata papa, kita semua ini sama di sisi Allah dan gelaran datuk itu pun dapat disandang oleh papa kerana hasil kerja kerasnya membangunkan syarikat yang mula ditubuhkannya secara kecil-kecilan sewaktu beliau berumur 30 tahun.Alhamdulillah,sekarang syarikat papa semakin maju kerana mendapat banyak projek.Itulah sebab dan alasannya Tina tak sebut gelaran datuk yang terletak di hadapan nama papa kerana Tina tidak mahu orang berkawan dengannya kerana gelaran yang dipegang oleh papanya.Dia tidak suka orang berkawan dengannya hanya kerana dia merupakan anak datuk.Baginya lagi, jika hendak berkawan itu,biarlah ikhlas dan bukannya hipokrit.

          “Ala,mama ni orang nak berangan kejap pun tak boleh.Tina cuma nak menikmati kecantikan ruang tamu pilihan mama ni aja.Lagipunkan hari ini hari bahagia Tina”,ujar Tina seraya mengenyitkan matanya kea rah mamanya yang sudah mula mengambil tempat di meja makan mewah tersebut.

          “Mama pun tak sangka yang Tina boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang.Mama rasa terharu sangat.Walaupun Tian tidak dapat keputusan yang bagus mama akan tetap rasa bangga kerana mengandung dan melahirkan Tina selama sembilan bulan.Mama ucapkan congratulation dekat Tina kerana telah mendapatkan pencapaian yang cemerlang .”
         
          “Faris pun tak sangka yang si Tina ni boleh dapat keputusan yang cemerlang.Terkejut beruk Faris dibuatnya masa mama beritahu Faris tengah hari tadi.Nampaknya Faris kenalah mengotakan janji Faris dekat Tina.Menyesal pulak Faris sebab tak percayakan kebolehan Tina”, luah Faris yang segera mengambil tempat duduk untuk memulakan makan malam keluarga mereka.

Tergelak Tina mendengarkan luahan hati emas abangnya itu.Ada ke patut dia mencurigai kehebatan adiknya yang comel lagi cun ini.Hmmm, memang tak dinafikan kuat perasan juga Tina ini rupanya.

          “Siapa suruh abang pandang Tina sebelah mata.Bukan ke Tina dah cakap yang Tina akan dapatkan juga keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan SPM kali ini.Yalah,walaupun Tina banyak dapat keputusan yang kurang memuaskan masa peperiksaan yang dijalankan di sekolah Tina tu dulu.So, i think that you need to keep your promise right now and right here.As you promise, I want to claim my MacBook Air by tomorrow.Are you okay with it ,my handsome brother?”

Faris yang baru ingin mengunyah makanan yang baru disumbatnya ke dalam mulut hampir terlopong mendengarkan kata-kata adiknya yang tersangat manis itu.Walaupun Tina berperwatakan yang agak ganas tetapi adiknya itu telah pandai menyembunyikan ketulusan dan kecantikannya di sebalik mukanya yang kadang-kala dianggap garang nak mampus dan masam mencuka itu.

          “Laa..pokailah abang kalau Tina nak minta your gift tu sekarang.Hujung bulan nanti abang janji selepas sahaja abang dapat gaji, abang akan terus belikan MacBook Air kesukaan Tina itu.Deal?”
          “Memandangkan abang dah cakap macam itu,Tina accept ajelah.Kalau Tina melawan kata-kata abang,habislah Tina melepas hadiah kesukaan Tina tu.”

Khayla dan Iqbal yang mendengar kata-kataku itu hanya menjelirkan lidah kepadaku.Mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR itu kelihatan resah sahaja.Apa yang ditakutkan sangat pun tak tahulah pasal apa.Kalau nak dibandingkan PMR dan SPM , menurut fikiranku SPM lah yang paling ditakuti. SPM ini juga paling bahaya kerana bak kata pepatah guru di sekolahku SPM itu ialah Sijil Penentu Masa Hadapan.             

          “Khayla pun nak ucapkan congratulation dekat akak.Khayla tabik springlah dekat akak sebab berjaya dalam peperangan SPM tu.Khayla pun berharap yang Khayla akan mendapat keputusan yang cemerlang seperti akak.Doakan Khayla ya.”

          “Iqbal pun sama.Sekarang ini kak Tinalah idola Iqbal tau.”ujar Iqbal sambil melihat muka kakaknya yang kelihatan seperti menahan tawa dari meletus keluar.

          “Iya Khayla,Iqbal.Akak doakan yang kamu berdua akan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kamu itu.Iqbal,terharunya kak Tina mendengar kata-kata kamu yang tulus bak sutera.Ha..ha..ha... Apa ke jadahnya kamu jadikan kakak yang garang tapi comel plus cantik ini sebagai role model kamu.Macam-macam betul”,ujar Tina yang masih dengan sisa-sisa ketawanya itu.

          Iqbal yang duduk berhadapan dengan kakaknya itu pun tidak faham apa benda yang lawak dengan pengakuan yang diluahkannya tadi.Nak kata kakak dia ini sewel tak mungkinlah pula kerana kakaknya ini sudah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.”Pelik bin ajaib betullah kakak aku sorang ini”,desisnya dalam hati.

          “Sudah-sudahlah ketawa tu Tina.Tak manis anak papa ketawa macam pontianak mengilai.Papa dan mama pun mahu ucapkan tahniah di atas kejayaan Tina itu.Papa dan mama akan adakan surprise, special for our lovely daughter, Tina”.

Tiba-tiba tawaku yang masih bersisa itu tadi terhenti selepas mendengar ucapan dari papaku yang terhormat ini.Surprise ? Surprise apa ? Tak mengerti aku simbolik yang cuba diutarakan oleh papa.

          “Hmm,tak usahlah Tina buat muka blurrr tu.Mama and papa already finished do the preparation for your “surprise” .Nanti, kamu akan tahu juga.Bersabarlah ya,sayang mama.Mama sekarang berharap sangat yang kak Wafa kamu akan pulang ke sini minggu depan.Rindu benar mama terhadap kakak kamu itu.”

Aku,abang Faris,Iqbal dan Khayla hanya mampu mengiakan kata-kata mama.Tidak tegar ku lihat wajah mama yang mendung itu.Kesian sungguh mama kerana terlalu merindui kak Wafa.Sebelum sempat aku mengerjakan solat Isyak,sempat lagi aku berbual-bual dengan kak Wafa yang turut mengambil peluang mengucapkan tahniah di atas kejayaanku.

.


No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia