Kawan-Kawan

Sunday 12 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku Ini 7

Bab 7

Hampir tiga jam Tina berjalan-jalan di shopping complex Midvalley tersebut.Dalam masa tiga jam itu dia hanya sekadar membeli dress labuh yang sangat cantik serta beberapa aksesori yang lain seperti cermin mata gelap,rantai mutiara dan jam tangan.Hasrat di hati ingin sahaja membeli modal handphone keluaran terbaru Syarikat Samsung iaitu Galaxy SIII . Tina memang tertarik the boom dengan handphone tersebut.Walaupun hanya memiiki reka bentuk yang simple tetapi apabila melihatkan cirri-ciri handphone tersebut yang canggih terus terpegun rasa di hati dan seterusnya keinginannya untuk memiliki handphone tersebut semakin terbuak-buak.

                “Ish, ruginya aku tak minta handphone ini sebagai hadiah keputusan cemerlang SPM daripada abang Faris.Kenapalah baru sekarang keluaran handphone Samsung Galaxy SIII ni baru muncul.Geramnya !”,gerutu hati Tina.

                “Ouh, long time no see , Tina.What are you doing at here? Are you alone right now ? Wow, so surprising ! Mana perginya rakan-rakan sejati you tu?        
Ini lagi seorang mamat yang terlebih keparat muncul di hadapan aku.Bertalu-talu soalan yang dilemparkan kepada aku.Sudahlah itu tak bagi salam langsung.Memang menjengkelkan betul.

                “Waalaikumussalam.Who are you? Do we know each other?Sorry, I had amnesia today. Goodbye.”
                “Sorry sebab I main terjah saja tadi.I shocked looking at you alone at here.Sebab itu tak sempat nak beri salam.Betul ke you memang menghidap penyakit amnesia? Jangan-jangan disebabkan muka I yang handsome ini yang membuatkan you kehilangan kata-kata.Yelah, bukan I nak show off tapi itu memang kebenarannya.”

                “Subhanallah, perasannyalah mamat ngek ngok depan aku sekarang ini.Kenapa dia nak seksa aku sampai macam ini sekali? Why ? Memang aku menyampah betullah sebab pernah menjalinkan persahabatan dengan lelaki yang  tak guna ini.Kau cakap ajelah banyak-banyak.Malas aku nak membazirkan air liur aku dekat orang gila macam kau !”, luah Tina di dalam hati sahaja.Memang cari nahaslah kalau mulut itu main cakap lepas saja.Kalau kena jerit dengan lelaki kepala kayu ini tak ke naya?


                “Lantak kaulah Asy.Malas aku nak layan.Kau ingat aku kempunan sangat ke nak dengar suara kau yang meloyakan tekak aku ini.Mengapalah hari ini aku selalu saja jumpa dengan lelaki yang aneh lagi pelik.Macam-macam betul” ,ngomel Tina sambil mempercepatkan langkahnya kea rah tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut.Tina terus menapak pergi daripada lelaki yang pernah dicintainya masa dahulu.Masa dahululah, sekarang ini pula memang tak ada sedikit perasaan sayang buat lelaki yang bernama Muhammad Muriz Asyraf bin Dato Haji Zainuddin.

Terpinga-pinga Asyraf melihat tindakan Qistina.Sungguh keras sekali hati wanita tersebut.Kalah batu. Kalau batu bolehlah dilembutkan lagi oleh air.Tetapi, hati Tina ini memang special kerana tidak ada satu pun ubat yang mujarab buat masa kini yang mampu melembutkan hati wanita tersebut.Ditenungnya kelibat gadis itu sehingga hilang di kedua-dua belah matanya.
.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                “Tina.Kenapa kau sanggup buat aku macam ini?Apa salah aku Tina? Apa? Sejujurnya ,jika masa bias aku putarkan kembali hanya satu sahaja hasratku iaitu aku mahu kita tetap bersama walaupun hanya sebagai sahabat baik.Itu sudah memadai buat aku.Bertemu dengan engkau sahaja sudah membuatkan nafasku menjadi sesak dan hatiku berdegup hebat.Tidak pernah aku merasai perasaan begini dengan mana-mana perempuan yang aku kenali.Hanya engkau Tina yang mampu menggugat keimanan aku,yang mampu menggoncangkan perasaanku ini.

                   Ya Allah, jika dengan melepaskannya mampu membuatkan dia gembira dan terlepas daripada seksaan ini,aku rela Ya Allah.Aku ikhlas.Aku sanggup melakukannya demi kebahagiaan dia. Aku sanggup melukakan perasaan aku sendiri daripada aku menghiris hatinya dan seterusnya meninggalkan luka yang dalam untuknya.Sungguh Ya Allah, aku amat mencintai Tina tetapi cintaku untuknya tidak sehebat cintaku untukmu Ya Allah.Oleh itu, aku telah membuat keputusan supaya aku akan meleraikan tali janji di antara aku dan dia keranamu Ya Allah.Tetapi,sekiranya aku memang dijodohkan untuknya ataupun sekiranya dia dijodohkan untukku,maka persatukanlah hati kami suatu saat nanti Ya Allah.Aku berserah kepadamu Ya Allah.”

Gugur air mata yang mula bertakung di tubir mata Asyraf.Dia menutup kembali diari yang disimpan kemas olehnya.Sesungguhnya,dia tidak pernah melupakan setiap detik bersama Tina.Segala kenangan,gelak tawa Tina disimpan kemas di dalam memori otaknya.

                “Tina.Benci sangat ke kau dekat aku? Luka yang berada di dalam lubuk hati aku ini lebih besar dan dalam sekiranya jika dibandingkan dengan luka yang kau alami Tina.Bukankah lebih menyakitkan apabila kita terpaksa meninggalkan orang yang kita cintai berbanding rasa ditinggalkan ? Sampai hati kau buat aku macam ini Tina.Kalaulah bukan disebabkan oleh perempuan syaitan itu sudah pasti kita tak akan terseksa sebegini Tina.Semuanya kerana perempuan yang bernama Danisya”luah Asyraf perlahan di dalam kamar tidurnya.Jika dia diberi kesempatan, dia ingin meluahkannya kepada Tina supaya gadis kesayangannya itu tahu cerita yang sebenarnya.


Danisya.Nurul Auni Danisya binti Mohamed Zikri.Nama yang tidak pernah luput di ingatan Qistina dan Asyraf.Nama yang sudah sebati di dalam memori otak mereka.Seorang perempuan yang sangat diimpi-impikan oleh setiap pelajar di sekolah tempat mereka belajar dahulu.Sebut sahaja nama Danisya,semua warga sekolah itu kenal dengan pemilik nama tersebut.Tetapi,jika dibandingkan dengan Tina,Tina memiliki seraut wajah yang lebih cantik dan indah daripada Danisya kerana wajah Tina kelihatan semula jadi.Danisya pula gemar menggunakan mekap yang tebal tetapi tidaklah terlalu over ketebalan mekap di wajahnya untuk kelihatan cantik.Danisya merupakan seorang pelajar yang datangnya dari golongan biasa tetapi dia mampu menundukkan ego dan mencuri hati pelajar lelaki di sekolahnya dan Asyraf merupakan salah seorang di antara pelajar malang tersebut.
               
    Disebabkan hari itu,detik itu,saat itu segala-galanya berubah hanya kerana kejadian yang telah meninggalkan luka yang dalam di dalam hati milik Asyraf dan Qistina serta perasaan yang gembira di hati Danisya.

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia