Kawan-Kawan

Monday 12 November 2012

Cinta Magis Part 4


                                            Tengku Adam Fahim               Suha Adelia   




Part 4

Pada petang itu , Syarikat Marwa Holdings telah digemparkan dengan kedatangan Datin Maria Kalsom. Isteri pemilik syarikat itu datang dengan membawa satu hajat.Satu hajat yang bakal mengurangkan keluarga pekerja di syarikat itu.Datin Kalsom mahu segera melancarkan serangannya.Oleh itu, dia sedang mengambil langkah pertama iaitu dia mesti berjumpa face-to-face a.k.a bertemu mata ke mata dengan Suha Adelia.

Sebaik sahaja Datin Kalsom menjejakkan kaki di syarikat milik suaminya, dia terus menaiki lif ke tingkat 13 belas.Tempat anak lelakinya bekerja.Pejabat anak lelakinya dengan perempuan tak guna baginya itu.Dia sengaja datang ke pejabat suaminya itu pada petang itu juga kerana dia mengetahui bahawa anak lelakinya tiada di pejabat.Macam mana pula dia boleh tahu ? Jawapannya mudah sahaja.Datin Kalsom ada mengupah spy di dalam pejabat anak lelakinya.Sebab itulah dia boleh mengetahui keberadaan anaknya di pejabat. Suaminya pula berada di luar negara kerana menghadiri meeting yang penting.Bertambah mudahlah kerjanya.

"Kau Suha Adelia ?,"tanya Datin Kalsom sinis.

Suha tersentak apabila tiba-tiba sahaja dia diajukan dengan soalan tersebut. Segera dia mengalihkan pandangan matanya yang tertancap pada beberapa dokumen ke arah si gerangan yang mengajukan soalan padanya.Nada suara si penyoal tersebut cukup sinis dipendengarannya.

"Ya saya.Saya Suha Adelia.Puan cari Tuan Tengku Adam Fahim ? Dia tiada di pejabat hari ini ," ujar Suha sopan dan penuh lemah lembut.Budi bahasa itukan budaya kita .

"Ikut aku,"arah Datin Kalsom.

Suha yang mendengar arahan yang dikeluarkan oleh Datin Kalsom hanya terpinga-pinga.Ikut dia ? Pergi mana ? Suha tidak mengerti apa yang dibicarakan oleh perempuan yang berada di dalam lingkungan umur 50-an itu.

Datin Kalsom terus melulu ke arah pejabat anaknya.Dia membuka pintu pejabat tersebut dan jelas sekali di wajah Suha Adelia yang seakan-akan tidak percaya akan perbuatannya tersebut.

"Kenapa? Salah ke aku masuk pejabat anak aku sendiri?,"soal Datin Kalsom kepada Suha.

An..nak ? Maksudnya dia .. ibu ? , desis hati Suha Adelia.Bala apa pula yang akan menimpa dirinya selepas ini.Kakitangan yang berada di tingkat 13 itu pula sudah diam membatu dan takut menikus melihat adegen yang sedang berlaku di hadapan mereka.Mahunya tak takut.Melihat muka Datin Kalsom yang tiada secalit senyuman itu pun sudah menggerunkan mereka.Mereka yang melihat hanya mampu memberi sokongan dan doa kepada Suha Adelia.

"Iy...iya..Puan. Saya masuk seka..sekarang," balas Suha tergagap-gagap.

'Panggil aku Datin.Dah, masuk sekarang."

"Baik Datin."

Usai memasuki dan mengunci pintu pejabat Tengku Adam Fahim, Datin Kalsom terus memeberi peringatan kepada Suha Adelia.Tiada mukadimah a.k.a pendahuluan.Ceewah ! Macam buat karangan pula nak kena buat pendahuluan segala.

"Aku rasa kau tahu tujuan aku datang ke sini bukan ? Aku nak ingatkan kau supaya jauhkan diri kau dengan anak aku.My only son, Tengku Adam Fahim."

"Tapi Datin , saya tiada apa-apa hubungan dengan Tengku Adam Fahim.Dia hanyalah majikan saya ,"ujar Suha yang cuba mempertahankan diri.

"Kau tak payah nak memperbodohkan akulah.Kau ingat aku tak tahu apa yang berlaku ? Kau sengaja nak menggoda anak aku.Kau tahukan esok dia dah nak bernikah ? Aku tak sangka dekat dunia ini masih ada perempuan penggoda macam kau.Kau ingat aku tak tahu yang kau cuma gilakan harta keluarga aku.Sebab itulah kau goda cukup-cukup anak akukan? Apa mak bapa kau tak pernah ajar kau ke ?," fitnah Datin K Kalsom.

Berasap telinga Suha Adelia mendengar cemuhan tersebut.Apa kaitannya mak dan ayahnya di kampung dengan masalah ini.So ridiculous ! Ingatkan anak perangai baik mak pun mestilah berperangai baik.Tetapi, rupa-rupanya telaahnya jauh berbeza sekali.Dengan mengumpul keberanian yang mula menerpa diri,Suha mula membela dirinya.

" Datin , stop the crap.Tolong jangan kaitkan mak ayah saya dengan fitnah yang Datin lemparkan kepada saya.Semiskin-miskin saya, I still have my own dignity.Datin juga perlu ingat,walaupun saya tidak mempunyai apa-apa , saya masih mempunyai sesuatu yang lebih berharga iaitu maruah diri saya.Terserah kepada Datin nak mengata saya apa-apa sekali pun kerana saya tahu apa yang sebenarnya yang terjadi berbanding dengan Datin sendiri.

Datin Maria Kalsom hanya tersenyum puas.Memang padanlah dia menggelar gadis ini gadis yang lurus bendul.Nampaknya ikan dah nak termakan pancing.Good ! Next step.

"Okay.Fine.Kau ingat aku percaya dengan kata-kata kau ? Kau kata kau lebih tahu apa yang terjadi daripada aku ? Macam itu ke ? Apa yang membuktikan maruah kau itu berharga sangat ?

Ish..Tak sangka betul Suha dengan mak datin seorang ini.Beraku-kau pula itu.Tak sopan betul.Ini mesti tidak mengamalkan slogan budi bahasa itu budaya kita.

"Kalau macam itu,saya letak jawatan.Itukan yang Datin mahu daripada saya ?," soal Suha berani.

Datin Kalsom hanya tersenyum puas mendengar butir perkataan yang keluar daripada mulut Suha.

"Tahu pun.Aku ingatkan yang kau ini bengap sangat sampai tak faham-faham bahasa tersirat aku.At last, kau faham juga.So, aku nak kau serahkan surat PER-letakan jawatan kau itu sebelum kau balik.Faham?,"sengaja
Datin kalsom menekankan perkataan PER-letakan jawatan itu.

"Baiklah Datin."

Sesudah pertengkaran itu berlaku, Datin Kalsom segera pulang ke rumahnya.Dia tidak mahu suaminya mendapat tahu perihal ini.Kalau suami dia mengetahui akan perkara ini ,masak dia seumur hidup.Sudah pastilah suaminya itu akan memarahinya.Nasib baik suaminya itu dalam penerbangan balik ke Malaysia.

**

Suha beruntung kerana pertengkaran yang berlaku di antara dirinya dan Datin Maria Kalsom tidak kedengaran di telinga staf-staf Marwa Holdings.Pejabat Tengku Adam Fahim yang kalis bunyi itu menguntungkan dirinya kerana dia boleh menjaga maruah dirinya di hadapan staf-staf Marwa Holdings. Kalaulah tidak, sudah pasti dia akan diberi tanggapan-tanggapan yang negatif daripada staf-staf pejabatnya. Masanya yang berbaki sedikit di pejabat itu digunakan dengan sepenuhnya.Dia mula mengemaskan barang-barangnya dan mecuri sedikit masa untuk melihat pejabat itu buat kali terakhir.

***

Jam sudah menginjak ke jam 10.00 malam.Dia diberitahu oleh Pak Samad a.k.a pengawal keselamatan di pejabatnya bahawa terdapat seorang pekerjanya yang masih belum pulang.Dia sendiri berasa hairan.Siapa yang rajin sangat nak buat kerja over-time dan rasa-rasanya mana ada sesiapa yang pernah membuat kerja over-time di pejabatnya.

Usai meletakkan keretanya di tempat parking yang khas untuknya dia segera melakukan sedikit senaman ringan.Dia mengurut tengkuknya.Dia berasa amat letih pada hari ini.Mana taknya, semalam dia berkeliaran sehingga ke Masjid Kristal ,Kuala Terengganu.Hari ini pula sehari suntuk dia ke Pulau Pinang.Teringin sangat ke Pantai Ombak Rindu.Nak feel romantiklah konon-kononnya.Tapi hasratnya untuk berlama-lama di situ terpaksa dibatalkan kerana desakan mamanya yang suruh pulang ke rumah.Esokkan hari bahagia buat dirinya. Hari bahagia? Eeeuuuw.. Baginya ialah,hari derita sengasaranya adalah.Jadi,nak tak nak terpaksalah dia pulang ke rumah pada hari ini.Dalam perjalanan ke ruamhnya pula,Pak Samad a.k.a pengawal keselamatannya memaklumkan kepadanya bahawa masih ada pekerjanya di syarikat.So,terpaksalah di turun padang ke syarikatnya itu untukmelihat gerangan siapakah yang masih bertapa di situ. 

"Eh, aku silap pandang ke ni ? Itu bukan ke kereta Suha ? ," gumam Adam sebaik sahaja melangkah keluar dari keretanya.Tapi tak mungkinlah Suha kesayangannya belum pulang lagi.Banyak sangat ke kerja pada hari sehingga Suha kesayangannya perlu pulang lambat ke rumah pada hari ini.

Kunci masuk pejabat yang berupa seperti kad yang berada di tangannya segera diimbas pada masin pengimbas.Dia memerlukan kunci itu untuk memasuki ke pejabatnya.Langkah kakinya segera dilajukan ke tingkat 13..Di dalam kepalanya hanya satu sahaja,dia perlu memastikan bahawa Suha Adelia berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja.Namun , Tengku Adam Fahim tidak sedar bahawa tiada sesiapa di perkarangan pejabatnya buat masa itu termasuklah kesemua pengawal keselamtannya.Tambahan pula lagi,mengapa pula dia perlu membuka pintu syarikat itu sendiri ?Apakah ...?

Sampai sahaja di tingkat 13 , Adam terus melangkah ke ruangan pejabatnya.Sekali lagi,dia mengambil kad kuncinya yang khusus untuk memasuki ke ruangan pejabat tersebut.Selepas mengimbas kad kunci dan mengakses beberapa kata laluan, akhirnya dia dapat melihat sesusuk tubuh yang berada beberapa langkah di hadapannya.Cahaya lampu di ruangan pejabatnya yang terang memudahkan dia untuk mengesan kedudukan Suha.Kelihatan wajah Suha yang muram bertemankan air mata menghiasi segenap inici raut wajahnya. Terdetik di hatinya kini dengan pelbagai persoalan.

"Alhamdulillah.Nasib baik tiada apa-apa yang buruk yang berlaku kepada Suha , " bisik hati Adam.

Suha yang termenung sejak daripada tadi terkejut apabila mendengar derapan kaki milik seseorang. Dipusingkan badannya perlahan-lahan ke belakang,Alangkah terkejutnya dia melihat Adam di di hadapannya.Seseorang yang dia amat cintai.

"Encik Adam ? Buat apa dekat sini ? ," soal Suha.

"Eh , bukan saya ke yang sepatutnya tanya soalan itu ? Apa yang awak buat dekat sini malam-malam buta ini ? Satu lagi, kenapa dengan muka awak Suha ? Awak menangis ? , " soal Adam semula kepada Suha.Soalan dibalas dengan soalan.Emmm..Bagus betullah si Adam ini.

"Err...Saya.. ," Suha tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi.Macam mana dia nak khabarkan berita perletakan jawatannya kepada Adam.Confirm punyalah yang Adam akan mengamuk nanti.

"Saya ... Apa ? ," soal Adam kembali apabila melihat Suha masih tidak menjawab pertanyaannya.

Belum sempat Adam ingin mendengar jawapan daripada bibir Suha , bekalan elektrik Marwa Holdings di tingkat 13 yakni tempat dia berada di saat dan detik ini bersama Suha terpadam.Yang menghairankan Adam ialah mengapa di ruangan di luar ruangan pejabatnya di tingkat 13 itu masih ada bekalan elektrik ? Di dalam ruangan pejabatnya ini pula yang tiada bekalan elektrik.Pelik bebenor.

Suha yang terkejut dengan situasi tersebut hanya terdiam dan tidak berkutik sedari tadi.Sejujurnya, dia terkejut dan berasa tidak sedap hati dengan keadaan sebegini.Yalah , dia sekarang sedang berdua-duaan dengan Adam dan berada di tempat yang gelap lagi itu.Macam-macam fitnah boleh terjadi kalau macam ini halnya.

" Encik Adam, saya rasa lebih baik saya pulang dulu.Tak manis kalau ada orang terlihat saya dengan encik berdua-duaan macam ini.Esokkan hari perkahwinan encik.Saya rasa lebih baik encik pulang ke rumah," ujar Suha sekali nafas sahaja.Kemudian,dia bergegas mengambil kotak yang berada dia atas mejanya dean segera melangkah keluar dari ruangan pejabat tersebut.

Adam yang melihat Suha membawa kotak tersebut terkesima.Tiba-tiba gerak hatinya kuat mengatakan bahawa Suha sudah meletakkan jawatan.Yalah , semuanya tidak dapat disangkalkan lagi apabila Tengku Adam Fahim melihat dengan kedua-dua belah matanya sendiri bahawa tiada satu barang pun yang terletak di atas mja milik Suha Adelia.

Apabila hati mendahului akal ,semua perkara menjadi tidak masuk akal. Dengan pantas Adam menarik tangan Suha yang kelihatan terburu-buru keluar dari ruangan pejabatnya.Ikutkan rasa hati dan perasaannya yang bercelaru pada detik itu , dia cuma mahu menghentikan pergerakan Suha yang mahu keluar dari ruangan pejabatnya.Tapi , entah bagaimana, Adam yang tidak sengaja merentap tangan Suha dengan kuat telah menyebabkan Suha yang tidak terduga akan tindakan itu terjatuh ke dalam pelukan Tengku Adam Fahim.Habis terjatuh kotak yang dipegangnya sedari tadi dan bersepah barang-barang yang dismpannya di dalam kotak tersebut di atas ruangan lantai pejabat tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka berdua akan tindakan yang tidak bersengaja itu.Tanpa sempat memperbetulkan keadaan,mereka sekali lagi dikejutkan dengan kedatangan sekumpulan manusia.Ada di antara mereka yang berkumpulan itu yang memakai serban dan songkok serta berkopiah. Sudahlah jatuh , ditimpa tangga lagi itu .Adakah hari ini memang hari kejutan buat diri mereka berdua ? Atau apakah sudah tertulis takdir buat mereka berdua untuk mengharungi ujian ini ?










1 comment:

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia