Kawan-Kawan

Friday 17 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku Ini 8

Bab 8

Danish yang baru sahaja pulang dari university tempat belajarnya itu segera menapak ke dalam rumah.Rumahnya yang lebih besar sedikit daripada rumah Tina kelihatan megah di kawasan perumahan elit tersebut.Yang menjadi perbezaannya rumah Tina berada di Melaka manakala rumah Zafriel Danish pula berada di Kuala Lumpur.

Danish masih ingat kembali peristiwa di mana dia terlanggar seorang gadis yang agak kecil dan berkulit putih gebu tersebut.Jelas terpancar di wajah perempuan tersebut yang sudah kemerah-merahan apabila dilanggar olehnya.Danish cuba membuat andaian sama ada perempuan tersebut menahan marah ataupun menahan rasa sakit akibat pelanggaran yang tidak disengajakan itu.

Ya, memang betul.Danish ketika itu sedang tergesa-gesa untuk pergi menemui rakan karibnya yang sudah lama dia tidak ketemu.Sudahlah dia terlewat daripada janji temu tersebut.Disebabkan langkah kakinya yang kelam kabut itulah dia secara tidak sengajanya terlanggar seorang perempuan di pintu masuk selatan Midvalley tersebut.

                “Kelakar betullah perempuan itu.Ada ke hal kecik macam itu disangkanya aku takut jika dia akan buat laporan polis.Memang gila betul.So funny!”,ujar Danish perlahan di taman milik mummynya.

Di taman ros milik mummynya itulah Danish meluahkan semua perasaannya.Tidak kiralah sama ada perasaan gembira,sedih,kecewa dan derita semuanya akan diluahkan di taman tersebut.Danish gemar berada di taman ros milik mamanya semenjak dia masih kecil lagi.Perasaannya akan menjadi damai dan lapang sekiranya dia berada di situ.

                “Amboi,termenung nampak anak mummy ni.Ada problem ke ini ?”

Danish melihat ibunya yang semakin dimamah usia tetapi masih cantik di matanya sedang melangkah ke arah bangku yang memang disediakan di taman itu dan semestinya bangku tersebut berada tidak jauh daripada Danish.Ibunya duduk berhadapan dengan Danish.Face-to-face.Senang jika berborak sebegitu kata ibunya semasa mereka sekeluarga sedang mereka seni bina taman ros milik mummynya ini.

                “Tak ada lah mum.Nish tak termenung pun.Nish cuma memandang hasil ciptaan milik kita sekeluarga.Indah betul rasanya.”

                “Jangan nak tipu mummylah Nish.Mummy tahu Nish ada masalah tapi saja tak nak cerita dekat mummy.Mummy yang mengandungkan Nish selama sembilan bulan dan menjaga Nish selama 20 tahun, enam bulan, 20 jam, 45 minit dan 53 saat.Masakan mummy tak tau fi’il anak teruna mummy ini” ujar Datin Qaisara yang seakan-akan merajuk dengan anak terunanya.

                “Eh,maksud mummy yang untuk 20 tahun,enam bulan,20 jam,46 minit dan 59 saat ini mama tak nak jaga Nish lagi ke?”,seloroh Nish.Sengaja dia berkelakuan seperti itu kerana dia mahu mengusik ibunya yang  berpura-pura merajuk itu.

                “Ish,kamu ini.Mummy akan jaga kamu sampai nafas terakhir mummy.Takkanlah mummy nak campak anak mummy ini keluar dari hidup mummy.Mummykan sayang semua anak mummy melebihi nyawa mummy sendiri.”

                “Okay,okay.Relakslah mummy.Nish cuma nak usik mummy saja.Janganlah marah ye. Maafkanlah anakanda wahai bondaku yang tercinta dan paling jelita di seluruh angkasa ini.

                “Maafmu tak diterima wahai anakanda.Siapa suruh Nish usik mummy macam itu.Tahu takut. Sebagai dendanya,mummy nak Nish ikut mama pergi Melaka hujung minggu ini.Deal?

                “Pergi Melaka? Buat apa mummy? Holiday ke ?”


                “Kawan mummy ada buat majlis dekat rumah dia hujung minggu ini.Katanya,dia mahu jemput mummy sebab  dah lama kami tidak bertemu.Sambil-sambil itu bolehlah anak mummy ini bercuti supaya hilang kedutan dekat muka yang asyik tegang tu.”

                “Ceh,apalah mummy ni.Boleh pulak mummy cakap macam itu dekat anak mummy yang handsome lagi kacak ini”,ujar Danish.

                “Banyak cekadak betullah Nish ni.Perasan betul anak mummy ini.So,mummy anggap Nish 
setujulah ye ikut mummy pergi Melaka hujung minggu ini.Sebarang rayuan tidak akan diterima.Titik. Okay ?”

                “Baiklah wahai bondaku.Nish sanggup meredah lautan durian sekalipun hanya semata-mata untukmu wahai bondaku yang tercinta.Hahahahahahahhaha”,ujar Danish membalas kata-kata ibunya sambil ketawa berdekah-dekah seperti tak ingat dunia di taman ros tersebut.

Datin Qaisara yang mendengar ayat yang diutarakan oleh anaknya itu hanya mampu mencebik bibir sahaja.Malas rasanya mahu membalas bait-bait cinta anaknya yang tak romantis langsung.Datin Qaisara juga pelik melihat gadis-gadis di luar sana yang mudah terpikat dengan anak terunanya itu.

                “Sudah-sudahlah ketawa itu Nish.Pergi masuk dalam sekarang.Tak elok duduk dekat luar malam-malam ini.Nanti badan itu masuk angin tak boleh pula mummy nak ke Melaka hujung minggu ini”,bebel Datin Qaisara terhadap Zafriel Danish.

Danish yang mendengar kata-kata ibunya itu hanya mengangguk dan segera menapak ke kamar tidurnya.Di dalam hatinya dia terasa berdebar-debar pula ingin ke Melaka hujung minggu ini.Rasa seperti hendakpergi berperang pula.Bila ditanya kepada akalnya,dia sendiri tidak tahu jawapannya.Akhirnya, malam itu terus berlalu bersama-sama dengan perasaan tertanya-tanya di benak Danish apabila dia sudah mula terlelap di tilam empuknya itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tina yang sedang melayari laman muka buku a.k.a facebook pada waktu tengah hari ini kelihatan monyok sahaja.Tina sekarang sedang melancarkan mogok dengan mama kesayangannya.Tina tidak pernah menyangka bahawa mamanya tidak membenarkan dia pulang ke rumahnya di Melaka pada saat ini.Sedang Tina asyik melayan perasaannya,kedengaran bunyi deringan telefon bimbit yang melagukan nyanyian T-ara kumpulan penyanyi Korea yang terkenal yang berjudul lovey dovey.

                “Ish,siapa la pulak kacau aku malam-malam ni? Dahlah mood aku tak baik ni.Memang nak kena la mangkuk ini.”

Tina sedikit terkejut apabila melihat nama Kak Wafa yang muncul di skrin telefon bimbitnya.Di dalam hatinya dia tertanya-tanya mengapa kakak kesayangannya itu menelefonnya.

                 “Helo”,ujar Tina lembut persis gadis yang sedang mengawal keayuannya.

            “Helo.Tina.Tina cepat balik dekat rumah ini.Mama...Ma..Ma...Mama pengasan Tina.”
           
                      “What? Ya Allah macam mana boleh pengsan? Yes....yes..I'm going back right now."

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia