Kawan-Kawan

Sunday 12 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku Ini 5

Bab 5
Ish,boring sungguh hari ini.Dah lapan hari berlalu sejak pengumuman keputusan peperiksaan SPM. Lenguhlah juga tangan aku bersalam-salaman dengan guru yang banyak menaburkan jasanya untuk aku.Mulut aku juga terasa lenguhnya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan tahniah untuk aku.Aku dah bosan tahap gaban dekat rumah ini.Nak keluar dengan Fiyyah, Hana , Dhiya dan Marissa rasa malaslah pula.Bukannya aku tak tahu yang dia orang semua itu kaki jalan.Pantang nampak jalan asyik nak jalan saja.Hish, tak sangka betul aku boleh tahan duduk dekat rumah lapan hari ini tanpa hang out dengan kawan sejati aku itu.Semuanya penangan tv.Alah, short form untuk televisyen.Best jugak drama korea yang disiarkan.Melihat kekacakkan artis korea itu memang mampu mencairkan hati aku yang keras ini.Aku tertarik dengan gaya rambut artis korea yang macho dan gentleman tersebut yang macam Lee Min Ho dan Kim Soo Hyun gitu.

    Duduk dalam bilik ini pun bukannya seronok sangat.Dah banyak novel yang aku baca apabila melepak dekat dalam bilik ini.Kira-kira tiga buah novel yang telah aku berjaya baca keseluruhannya. Boleh tambah koleksi novel-novel aku yang telah sedia ada.Aku mula berjinak-jinak baca novel ini pun semasa aku berumur 16 tahun.So, tak banyaklah sangat koleksi novel dekat bilik aku ini.
                
    “Pung...Aouch..Sakitnya tangan kaki aku.Apa benda yang aku terlanggar ini?Sakit betul kaki aku. Buat jatuh saham aku saja disebabkan terlanggar katil tinggi yang berbentuk separuh bulat ini. Memang betul orang tua-tua cakap yang malang itu tidak berbau.Tak sangka betul aku ini jenis orang yang tak berhati-hati . Hish, memang tak makan saman betullah aku ini”,ujarku sambil memicit-micit kaki kananku.Tiba-tiba aku terlihat sebuah album yang terjatuh dari rak buku aku semasa aku membelek-belek novel yang telah aku beli semalam.Agaknya mungkin album gambar tersebut terjatuh semasa aku terlanggar katil kesukaan dan kesayanganku ini.Maklumlah rak buku tu pun tak sampai satu meter dari katil aku.Apabila kulihat album gambar yang bercorak teddy bear ini,terlintas satu peristiwa ataupun dikatakan sebagai satu sejarah yang paling aku benci di dalam hidup aku.

   Aku terus membuka halaman tengah album gambar tersebut.Di dalam gambar tersebut kelihatan aku,Danisya dan Asyraf sedang bergambar bersama di I-City,Shah Alam.Aku memang menyampah betul memandang gambar Asyraf yang berada di tengah-tengah antara aku dan Danisya di dalam gambar tersebut.
Pertanyaan Fiyyah kembali menerjah ruangan kotak pemikiranku.Masih terngiang-ngiang lagi suara Fiyyah yang menanyakan soalan cepumas khusus buat aku.Semasa mengambil keputusan SPM sempat lagi aku mengerling ke arah Asyraf yang kelihatan sangat gembira kerana keputusan SPMnya juga bagus seperti aku.Memang aku tidak nafikan yang dia merupakan seorang pelajar yang pintar dan terkenal di sekolahku.Siapa yang tak suka dengan wajahnya yang handsome habis.Kulit pula berwarna putih kemerah-merahan.Tapi kalau nak lawan dengan aku,aku rasa kulit aku lagi putihlah.  Aku tidak tahu jawapan apa yang terbaik untuk aku berikan kepada Fiyyah dan biarkan pertanyaan Fiyyah berlalu dibawa angin.

  Ya,memang betul.Aku pernah menjadi kawan baik dan agak rapatlah juga dengan Danisya dan Asyraf selain daripada kawan sejati aku itu.Aku mula berkawan dengan Asyraf dan Danisya semenjak aku di tingkatan tiga lagi.Kami satu kelas di sekolah kota bandaraya bersejarah,Melaka ini.Aku dan Danisya memang rapat gila-gila.Of courselah,kami kenal semenjak kami di tadika lagi dan persahabatan kami kekal sehingga sekarang. Waktu Asyraf mula menjejakkan kaki di sekolah kami,segalanya menjadi malang buatku.

  Waktu mula-mula persahabatan antara aku dan Asyrah tak adalah seteruk begini.Hati aku memang sudah tersiat-siat apabila terkenangkan peristiwa buruk itu.Mana mungkin aku bisa memaafkan dia secepat  mungkin.Walaupun beribu kali dia meminta maaf kepada aku,aku...Entahlah, memikirkannya pun sudah membuatkan aku rasa sebak apatah lagi jika aku face-to-face dengannya. Memang tak bolehlah.Agak-agaknya mahu menangis aku dekat depan muka dia secara live. Tak nak aku menanggung malu yang menggunung tinggi seperti gunung kinablu.Buat malu aku saja.Dahlah masa itu aku sedang berperang habis-habisan untuk peperiksaan SPM.Memang kuat betul dugaan yang Allah berikan kepadaku.Namun,aku tak pernah menyalahkan-Nya di atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh aku.Aku ikhlas menerimanya dalam hidup aku.Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Cuma,aku memerlukan masa untuk biarkan ingatan tersebut luntur dan semakin luntur supaya aku dapat memaafkan dia.Tetapi, untuk menerima dia semula dalam hidupku, aku tak berani jamin jika aku mampu menerima dia semula sebagai kawanku mahupun lebih daripada kawan.

Lelaki..Apa yang mereka tahu ? Setelah merosakkan hati seorang perempuan,selepas mereka tegar meninggalkan kaum hawa,mengapa mereka masih mahu kembali ke pangkuan perempuan tersebut?Mengapa?Mengapa?Mengapa? Bukankah ianya seperti menjilat ludahnya semula? Sungguh,aku benar-benar tidak mengerti dan tidak mahu mengerti segala alasan dan apa-apa penjelasan pun daripada mulut seorang buaya.Sehingga sekarang aku masih tidak menemui jawapannya.Padahal prinsip hidupku kuat mengatakan bahawa setiap soalan itu pasti ada jawapannya.Entahlah,mungkin jawapan itu sudah jelas terpapar di hadapan mataku tetapi aku sengaja membutakan mata hati aku untuk menidakkan jawapan yang terang lagi bersuluh itu.
               
  “Tina, Qistina !” , laungan suara mama yang lantang telah mengejutkan aku dari lamunan aku.Kuat betul suara mama.Kalah mikrofon.Itulah susah kalau duduk rumah besar-besar ini. Semuanya kena menjerit-jerit,berteriak-teriak.Nak naik tingkat atas mama mana larat.Lenguhlah , letihlah dan macam-macam lagilah alasan mama.Sedangkan bilik mama pun sama saja dengan aras bilik aku.Macam-macam betullah mama ni.Jangan aku terikut perangai mama sudah.Hehehehe... sempat lagi aku peril mama aku.Sorry mama...
Bunyi ketukan di pintu menambahkan lagi tekanan kepada sistem saraf aku.Dahlah aku terpegang album gambar yang memberikan sejuta rasa dalam hidup aku.Cuba ulang suara balik.Terpegang? Biar betik?Okay,kesilapan teknikal.Dahlah aku memang pegang album gambar yang memberi sejuta rasa dalam hidup aku ini.Ketukan yang bertalu-talu di pintu dan kedengaran suara mama yang menyuruh aku membuka pintu bilik tidurku ini menambahkan cemas dalam hati aku.Mana taknya, semua rahsia aku,mama tahu.Apalah reaksi mama kalau mama melihat aku memegang album gambar yang cuba dibakarnya tahun lepas.Mama memang marah dengan kejadian yang menimpa aku.Katanya,dia rasa amat kecewa terhadap Asyraf yang juga merupakan anak golongan berada di sekitar kawasan perumahan aku .Silap-silap mesti aku kena dengar ceramah free mama kalau mama melihat aku memegang album gambar yang bercorak teddy bear ini  dan mama pasti bertambah berang lagi apabila melihat aku sedang menatap gambar Asyraf ini.Dengan perasaan yang yakin, aku terus mencampakkan album gambar tersebut bawah katilku dan aku segera menguak pintu kamarku dari dalam untuk membenarkan mama masuk ke bilikku.

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia