Kawan-Kawan

Saturday 4 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku ini 1...

Bab 1
‘Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga aku mengaji hari ni.Selalunya,kalau nak mengaji mesti banyak aja alasan aku ni.Nak buat itu dan inilah.Macam-macam alas an ada.Menyampah,’ aku bermonolog di dalam hatiku.Itulah aku.Asyik bercakap seorang-seorang.Mana taknya,semua orang naik menyampah mendengar apa yang aku katakan. Semuanya ingat aku ni kuat membebel macam mak nenek.Tapi,kecantikan aku bukanlah persis gaya nenek yang berusia 70-an mahupun 60-an.Aku ini muda lagi tau.Kecantikan aku pun mengalahkan ‘Miss World’. Ceewah ! Perasan betullah aku ni. Dah lah peminat seorang pun tak ada…hmmm..apalah nasibku ni. Macam dalam novel pulak.
Dua tiga kucing berlari,
Nur Qistina Luthfiyah nama diberi ..
Hahahahaha… apa punya pantunlah.Macam tak kena aja.Cikgu Rohani cakap suka kata pantun dalam satu baris pantun hendaklah dalam bilangan yang lebih kurang sama jumlahnya supaya pantun yang dihasilkan lebih menarik.Maafkan saya cikgu kerana tidak mengikut tunjuk ajar yang diberi.He..hee…hee..
Nama aku memang special  tau.Maksud nama aku ialah Cahaya Kelembutan Keadilan.Macam mana ? Hebat tak nama aku? Memang dasar angkat bakul isi sendirilah aku ni..Nama ini merupakan hasil gabungan nama yang diberi oleh nendaku yang tercinta dan mama yang kusayangi.Mama berkeras hendak menamakan aku Qistina manakala nendaku pula mahu aku bernama Luthfiyah.Last-last ,mereka gabungkan aja nama aku.So, jadilah Nur Qistina Luthfiyah bt Azizuddin.
Aku merupakan anak ketiga hasil perkahwinan papaku En.Azizuddin b. Abdul Aziz dan mamaku Pn.Laila Maria bt Mohammad.Aku mempunyai lima orang adik-beradik.Tiga perempuan dan dua lelaki.Aku mempunyai seorang abang, seorang kakak,seorang adik perempuan dan lelaki .Abangku bernama Muhammad Faris Rayyan bin Azizuddin.Dia berumur 27 tahun. Dah besar panjang tapi masih single available.Bila disuruh cari pasangan mahu sejuta alasan diberi bersama-sama dengan faktanya yang merapu itu.Ada ke patut dia kata perempuan dekat luar sana tidak ada yang menepati syaratnya.Kalau nak tahu syaratnya,meh sini Tina bagi tau.Syarat-syaratnya ialah perempuan tu mesti kena paidai memasak seperti mama. Katanya lagi,kalau tak dapat perempuan yang memenuhi asas kreterianya itu, dia boleh mati kelaparan kelak.Ish,ish,ish, ada ke patut begitu.
Nak diceritakan lagi,aku ini ada seorang kakak yang tak kurang hebatnya seperti abangku yang petah bercakap dan bekerja sebagai seorang jurutera itu.Kakakku ini merupakan fresh graduate untuk course Bachelor of Commerce (Accounting) in Business Law .Baru minggu lepas sahaja , kami sekeluarga pergi ke konvokesyennya.Dia belajar di Monash Sunway University Campus, Selangor. Ramai juga mamat hensem dekat sana.Sambil menghadiri konvokesyen kakak kesayanganku itu sempat lagi aku mengambil masa untuk menikmati ciptaan indah Allah di situ.Cuci matalah katakan.Apa yang orang tua-tua selalu panggil tu, haa.. sambil menyelam minum air.Hish, aku ini memanglah pantang tengok mamat hensem. Hehehee.. Opss, terlupa sudah.Nama kakakku itu ialah, Wafiyyah Wafa Wardah binti Azizuddin dan berumur 24 tahun.
          Jika ada sebuah hikayat, tak cukup rasanya aku ingin ceritakan perihal adik kembarku itu.Seorang perempuan seorang lelaki.Banyak betul ragamnya.Macam-macam ada. Dia orang berdua tu macam singa dengan cheetah.Kalau berjumpa mesti ada aksi kejar-mengejar.Macam tengok filem aksi pun ada.Yang seorang tak boleh kena disakat, yang seorang lagi tu pula suka menyakat.Hmmm… Apalah nasib ! Tapi,semasa kelahiran mereka berdua,kami sekeluarga berasa amat gembira.Yalah,kelahiran mereka berdua dikira bersejarah tau sebab dalam salasilah keluarga kami mana ada yang melahirkan anak kembar.Aku memang tabik hormat lah dekat mama kerana mampu melakar sejarah baru dalam salasilah keluarga kami.Mereka berdua tu berumur 15 tahun.Masing-masing ambil PMR tahun ini.Namanya ialah Zahra Khayla Delisha binti Azizuddin dan Muhammad Muzaffar Iqbal bin Azizuddin.
          Huaaaaaa…Mengantuknya aku.Dah mengelamun panjang ini rasa nak tidurlah pula. Tidur dululah.Aku berharap semoga esok pagi akan adan sinaran matahari yang hangat menyambut aku untuk melalui onak duri yang telah ditentukan olahNya.Selamat malam Tina.

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia