Kawan-Kawan

Thursday 23 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku Ini 9

Bab 9

'Ya Allah , kau selamatkanlah mamaku.Aku sedar bahawa aku bukannya anak yang taat dan aku mohon Ya Allah kau selamatkanlah buku dari sebarang malapetaka supaya aku boleh membalas budi baiknya selagi aku bernafas di bumimu ini Ya Allah.Amin ya rabbalalamin...'
Pada petang yang redup itu , Tina segera pulang ke rumahnya yang terletak di Melaka selepas mendapat panggilan mengejut daripada kak Wafanya.Tina yang sedang memandu di atas jalan raya lebuh raya utara-selatan itu bersyukur kerana lebuh raya tersebut tidak sesesak seperti pada musim perayaan.Maklumlah ketika itukan ramai orang yang mahu pulang ke kampung halaman masing- masing.Semasa dalam perjalanan, Tina tidak berhenti bermohon kepada Tuhan yang Maha Esa supaya keadaan mamanya baik-baik sahaja.

Jam di dashboard kereta Viosnya menunjukkan waktu ketika itu ialah jam 6:30 petang dan dia baru sahaja melepasi tol Seremban.Masih jauh perjalanannya untuk kembali ke rumahnya.Tiba-tiba handphone Tina berdering seperti memintanya mengangkat panggilan tersebut dengan kadar segera a.k.a ASAP ( as soon as possible).Tanpa melengahkan masa,Tina segera mengangkat panggilan tersebut setelah melihat sekilas nama pemanggil yang terpapar di skrin telefon bimbit miliknya.

'Hello.Hello kak Wafa.Is mama okay right now ? Mama dah sedarkan diri ke? How is her conditions right now? Kak Wafa dah call doktor peribadi keluarga kita ke yang nama dia tu ..
arr... Doktor Za...

'Doktor Zarief ke ? Do you have anymore question to ask me ? Banyaknya soalan Tina.Agak-agaklah sikit Tina oii.. Ini baru aje akak told you that our mum just pengsan.Where are you Tina right now?Mama is already conscious and mama asyik panggil nama Tina saje masa mama pengsan.'

'Alhamdulillah.Maksudnya mama dah sedar la.Ala akak Wafa tau-tau ajelah yang Tina memang selalu risaukan keadaan mama.Kalau mama cakap mama pening kepala je Tina dah gelabah,inikan pula jika mama pengsan lagilah Tina lebih gelabah. Walaupun mama pengsan macam itu saje , kita mana boleh ambil ringan sahaja bende itu.Lagipun Hana selalu beritahu dekat Tina bahawa banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu pengsan.Misalnya,mungkin mama pengsan disebabkan oleh..'

'Cop ...cop.Sudahlah,Tina ini berleter macam mak neneklah.Akak tahulah yang kawan Tina si Hana itu bakal doktor.Kalau Tina bagi tau semua info tu dekat akak sekalipun bukannya akak faham sangat pun. Lainlah kalau Tina bagi tau akak pasal business.Barulah akak faham.'
'Hish akak ni, apa-apa ajelah.Jaga mama tu baik-baik.Insya Allah dalam pukul 8 malam nanti Tina sampailah dekat rumah.Tapi Tina rasa peliklah. Macam mana akak boleh ada dekat rumah sekarang ni.Bila masa pula akak balik ? Semalam Tina call mama , mama tak de pun cakap yang akak dah balik.Yelah , selalunya mamalah orang yang paling excited sekali kalau kak Wafa pulang ke sini.'

'errrr.... Hish ! Mama ni ..' , gumam Wafa di dalam hatinya.
--------------------------------------------------
'Mummy , finally we are here ! Kita dah sampai.Jom !', ujar Danish kepada Datin Qaisara.

' Yes.I know my dear.We are finally at here.Mummy tengok Danish ni macam tak sabaq aje nak pergi majlis ni.Kenapa anak teruna mummy ni excited semacam aje ?Anything you want inform me ?'

'Entahlah mum.Danish cuma rasa berdebar-debar aje ni.Tak taulah pulak kenapa.'

'Peliklah anak mummy ni.Sudahlah, jom masuk rumah kawan mummy ni. This house looks very beautiful. Emmm, I'm impressed.'

'Apalah mummy ni.'

Tetapi memang tak dapat disangkalkan lagi bahawa apa yang dikatakan oleh Datin Qaisara.Rumah banglo tersebut kelihatan sangat mewah.Konsep ala-ala inggeris dan moden kontemperori itu benar-benar memukau hati Datin Qaisara.
--------------------------------------------------

Kelihatan ramai golongan elit yang membanjiri rumah banglo mewah milik rakan Datin Qaisara.Datin Qaisara telah dikhabarkan bahawa rakannya itu mahu mengadakan surprise party untuk anak perempuannya yang baru tamat persekolahan sekali gus meraikan ulang tahun anaknya itu yang berumur 18 tahun.

'Ya Allah.Sara ! You 're here.Wow, I'm so glad to see you again.How are you ? Ni sebelah you mesti Danishkan? Dah besar rupanya Danish.Handsome pula tu..'

' Laila , Laila . Sabaq la sikit.Banyak betul soalan tu.I'm fine.I'm also glad to see you again.Yes , this is my hero. Dah besar dah.Boleh jadi laki orang dah pun', ujar Datin Qaisara berserta gelak kecilnya.

'Aunty confirmed yang Danish mesti tak ingatkan yang Danish pernah main-main dekat rumah aunty masa Danish kecik-kecik dulu.'

'Eh, tak adalah aunty.Danish ingat lagi.Dulu Danish suka kacau anak perempuan aunty yang birthday girl malam ini masa kecik-kecik dulu. Betul tak aunty ?But.,.where is she, aunty ?

'Betullah tu.Kesian anak aunty kena buli selalu dengan Danish.Ouh , anak aunty tu on the way ke sini.From kl to here.Maybe she'll be here around 8 p.m.Lagi 5 hingga 10 minit dia sampailah tu.'
Belum sempat Danish mahu membalas kata-kata Datin Laila, seorang perempuan dewasa yang umurnya dalam lingkungan 24 tahun itu.menghampiri mereka.

'Mama.She'll be here in 3 minutes more', ujar Wafa dalam nada gelabahnya.
Usai meminta diri daripada Datin Qaisara,Datin Laila terus membuat pengumuman bahawa birthday girl pada malam itu akan berada di rumahnya itu pada bila-bila masa.. Setelah selesai membuat pengumuman,seluruh lampu di rumah mewah tersebut dipadam supaya anaknya itu tidak.dapat menghidu secret mission yang dilakukan oleh Datin Laila sejak dua minggu yang lepas.Bukannya Datin Laila tidak tahu bahawa anaknya itu sememangnya berasa sangsi dengan perangai peliknya itu semenjak belakangan ini.Tetapi ,demi projek rahsianya ini,dia sengaja buat-buat tak tahu dengan anaknya itu supaya anaknya tidak melahirkan rasa syak wasangka yang terlalu besar terhadapnya.
-----–----———-------------------------------

'Assalammualaikum.Mama !Mama ! Kak Wafa !', laung Tina.

Sampai sahaja di perkarangan rumah miliknya ,Tina terus menerobos keluar dari perut keretanya.Tina sudah tidak betah lagi untuk menyimpan perasaan gundah-gulana di dalam hatinya.Hatinya menjadi semakin risau apabila melihat rumahnya yang gelap-gelita tanpa sebarang cahaya.

'Mana semua ahli keluarga aku?Entah -entah dia orang pergi hospital tak? So, does it means that mama ...' , desis hati Tina.

Apabila Tina sibuk memikirkan andaiannya sendiri ,tiba-tiba kelihatan cahaya yang samar-samar datang dari arah kolam renang yang terletak bersebelahan taman milik mamanya dan ...

1 comment:

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia