Kawan-Kawan

Sunday 2 December 2012

Cinta VS Benci 6

Bab 6 ..enjoy ;)

“Ya Allah, dah pukul 6:30 petanglah pula.Mampus aku ! ,” gumam Rissa.

Jam di dashboard keretanya telah menunjukkan jam 6:30 petang.Disebabkan Rissa terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dia telah terlambat untuk menghantar dokumen ke Amanda Holdings.

**
Kelihatan ramai pekerja Amanda Holdings yang berpusu-pusu keluar menandakan waktu bekerja mereka sudah tamat.Rissa yang baru sahaja melangkah keluar dari keretanya tergesa-gesa melangkah masuk ke dalam bangunan Amanda Holdings.Amanah daripada Puan Khaisara perlu dilaksanakan dengan segera.

“Ya cik, ada apa yang boleh saya bantu?,”soal penyambut tetamu Amanda Holdings itu dengan sopan.

“Oh , saya Rissa.Saya dari Irfida Holdings.Boleh saya berjumpa dengan CEO Amanda Holding? Dia masih ada di pejabat lagi tak?,”soal Rissa.

“Maksud Cik Rissa, Encik Emir?”

“Ohh, ya.Encik Emir ,”jawab Rissa kembali sambil menganggukkan kepalanya.

“Encik Emir masih ada lagi dekat pejabat dia.Pejabat dia terletak di tingkat 18.”

“Terima kasih ya ,”ucap Rissa dan membrikan senyuman manis buat penyambut tetamu yang bernama Hanis Arina tersebut.

**

“Aku kena cepat ni.Dah nak pukul 7 petang ni,”desis hati Rissa.


Rissa terkocoh-kocoh untuk mendapatkan lif.Matlamatnya kini hanya satu.Dia mesti ke tingkat 18 dengan cepat.Dia khuatir jika CEO tersebut akan pulang sebelum dia sempat memberikan dokumen sulit yang berada di tangannya.Jadi,dia segera memaksimumkan kadar kelajuaannya berjalan.Akibat daripada pergerakan kakinya yang laju dan matanya yang hanya difokuskan ke arah lif,tidak semena-mena dia telah terlanggar bahu seorang pekerja yang muda yang berjalan di hadapannya.

Rissa yang ketika itu tidak dapat mengimbangi badannya telah disambut oleh pemuda tersebut.Tetapi lain pula yang terjadi apabila Rissa yang telah berjaya disambut oleh lelaki tersebut telah berlaga kepala secara tidak sengaja.

"Dunggggggggg".

“Hey,you ada mata ke tak ni?,”soal lelaki tersebut sinis sambil memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa sakit kepalanya itu.Tetapi,dia tidak sedari bahawa dia masih belum melepaskan tangannya daripada memeluk Rissa. 

“Mak aih,handsome gila laki ni.Tapi,adab bercakap dengan orang buruk nak mampus ,”desis hati Rissa. Siapa hairan dengan lelaki handsome yang berkulit putih kemerah-merahan dan smart sekalipun sekiranya lelaki tersebut tidak beradab.Menyakitkan hati saja.Rissa yang masih berada di dalam pelukan lelaki tersebut  mengambil peluang tersebut untuk mengamati wajah lelaki tersebut.

“Sorry encik.Saya tak sengaja.”Kali ini, pemuda tersebut segera melepaskan pelukannya.Gila apa nak peluk-peluk orang dalam pejabat.Habis kecoh nanti kalau sesiapa yang melihat kejadian ini.Pasti akan menimbulkan syak wasangka kepada orang lain yang tidak mengetahui kejadian sebenar.

“Sorry,sorry.Aku tak terima sorry kau itu.Sakit kepala aku terhantuk dengan kepala kau.Tahu tak? Kepala batu ke kau ni.Nasib baik fail aku ni tak melayang tau tak.”

“Sorry encik,saya tak sengaja.Saya betul-betul tak sengaja.”

Rissa berasa sangat malu ketika itu.Untung sahaja nasibnya kerana tiada orang yang melihat drama sebabak itu.Kalau tidak,memang dia bersumpah dia tidak akan menjejakkan kakinya ke syarikat itu lagi. Malu la wei !

“Argghh.Who cares kalau kau tak sengaja ke sengaja ke? Next time, aku jumpa kau,kena kau nanti ,” gertak pemuda itu lagi.

Sejurus selepas itu,pemuda itu terus menaiki lif dan meninggalkan Rissa yang terpinga-pinga dengan ayat terakhirnya.

“Next time,aku jumpa kau,kena kau nanti !,”ancaman tersebut tidak berhenti bergema di lohong pendengaran Rissa.Buat seketika Rissa tergaman tanpa sepatah kata.

**

Sekembalinya Emir di pejabatnya,dia menghempaskan pintu pejabatnya dengan kuat.Kalau sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti sakit gegendang telinga mereka menerima gelombang bunyi tersebut.

Ditarik-tarik tali leher yang terhias kemas di kolar bajunya menandakan dia sedang dilanda amarah sekarang.Baru sahaja dia menjadi CEO selama dua hari,sekarang masalah ini pula yang dia alami. 

Sebenarnya bukan masalah besar pun, dia cuma terlanggar seorang perempuan berhadapan di sebuah lif. 

Cuma dia sahaja yang memperbesarkan masalah tersebut.Kepalanya yang sakit dek terhantuk dengan kepala perempuan yang dijumpainya tadi dipicit-picitnya untuk menghilangkan rasa sengal.

**

Tok ! Tok ! Tok !

Bunyi ketukan di pintu mengalihkan pandangan Emir yang sedang fokus ke arah dokumen syarikat ke arah pintu pejabatnya.

“Masih ada orang lagi ke di pejabatnya kini ?,” soalnya lebih kepada dirinya sendiri.

Tanpa membiarkan perasaan ingin tahunya itu semakin membuak-buak di dalam dirinya,dia segera memberi arahan.

“Masuk ,”arah Emir.Sengaja dia memandang ke arah dokumen yang terdampar di atas mejanya tanpa memandang ke arah gerangan yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Rissa yang memandang ke arah pemuda yang berada di dalam pejabat tersebut merasa meluat melihat pemuda tersebut.Tiada tatasusila langsung.Lelaki tersebut langsung tidak memandang mukanya.Tindakan lelaki tersebut yang sedang meneliti dokumen di mejanya pun nampak seperti dibuat-buat sahaja.Buktinya, dokumen tersebut dibaca secara terbalik.Kantoi !

Dengan menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan,Rissa cuba untuk memaniskan mukanya dan segera berkata.

“Maafkan saya.Saya Rissa dari Irfida Holdings.Saya ingin berjumpa dengan encik sebab saya nak serahkan dokumen ini.”

“Eh, macam aku kenal aje dengan pemilik suara tu.Takkanlah.. ,”teka Emir.Tapi,dalam hati sajalah.

Dalam hati Emir berharap agar sangkaannya itu salah.Dia tidak mahu berjumpa dengan perempuan itu lagi.Sudahlah dia malu dengan kejadian tadi.Walaupun dia sudah biasa memeluk ramai gadis di luar sana.Namun,perasaannya aneh apabila dia memeluk Rissa.Sengaja dia memarahi gadis tersebut untuk menutupi kegugupannya ataupun dengan bahasa mudah nak cover malulah !

Sambil mengira-gira tekaannya dengan perlahan-lahan Emir mengangkat kepalanya dan alangkah terperanjatnya dia melihat wajah perempuan itu.Apabila mereka mula bertentang mata,maka mata mereka mula membuntang seperti cendawan butang dan peti suara mereka mula mengeluarkan satu perkataan yang pasti.

“KAU !”

**

“Woi Rissa ! Apa hal itu? Muka macam beruk je aku tengok.Dahlah balik lambat ,”ujar Deeja.

Rissa yang baru sahaja selesai mandi segera mengambil tempat di atas sofa di ruang tamu rumah sewa milik mereka berdua.

“Aku pergi hantar dokumenlah tadi .”Lemah sahaja suara Rissa kedengaran.
Deeja mengerutkan dahinya.

“Kau bukan ke setiausaha.Sejak bila pula tugas kau bertukar jadi penghantar surat ini? Don’t tell me Irfan suruh kau buat kerja macam itu sebab nak balas dendam dengan kau?,”soal Deeja yang kehairanan.

“Bukan dia suruhlah.Dia tu lepas daripada waktu makan tengah hari itu terus hilang.Tak masuk-masuk pejabat dah.Yang ni, aku tolong kak Khaisara tolong hantarkan dokumen sulit dekat Amanda Holdings ,” terang Rissa satu persatu.

“Laaa..Rileks lar.Aku just tanya je.Kenapa kau macam marah sangat ni?”

“Aku tak taulah kalau hari ini memang hari berkenalan sedunia.Geramlah ! Arrgghhh..Kusut.. Kusut…,” bentak Rissa.

“Maksud kau apa?,”sekali lagi Deeja kebingungan.

Rissa mengangkat kepalanya dan memandang Deeja yang duduk berhadapan dengannya.Nasib baik kedudukan Deeja jauh daripadanya.Ada sebuah meja kecil yang terletak di antara mereka.Kalau tak, dah lama dia gigit-gigit si Deeja ni.

Peristiwa terperanjat beruknya itu tadi masih melekat di dinding permikirannya.Kuat sungguh melekatnya.Kalah kekuatan gam gajah.

“Ouhhh, jadi kau pekerja Irfida Holdings lah ya?”, soal Emir.Kedengaran begitu sinis sekali pertanyaan Emir di halwa telinga Rissa.

“Ya ,” jawab Rissa sopan.Nanti tak pasal-pasal projek antara Irfida Holdings dan Amanda Holdings terbatal pula kalau dia bersikap kurang ajar.

“What document ?”

“Apa dia ingat dia seorang saja ke yang boleh speaking.Aku pun bolehlah ! ,” desis hati Rissa

“Document about our mega projects.This document is private and confidential.So,that’s why I need to give you this document hand-by-hand.”

Emir yang mendengar jawapan Rissa hanya mendiamkan diri.Pelik benar dia rasakan.Dia seolah-olah gemar mahu menyakitkan hati perempuan ini.Selalunya pantang sahaja dia melihat perempuan secantik Rissa pasti dia akan membeli hati perempuan tersebut dengan kata-kata manisnya.

“I know that document is private and confidential.If not, you wouldn’t come here and see me just to give that document.”

Jawapan yang diberikan oleh Emir itu memang menggeramkan hati Rissa.Sebenarnya dia saja berkata sedemikian sebab dia ingin mengenakan si lelaki poyo depan dia ini.Tak sangka pula dia yang terkena.Huhuuu..

Pekikan Deeja yang mengalahkan deejay radio itu memecahkan lamunan Rissa.Tersentak dibuatnya.Nasib baik dia tidak melatah seperti Deeja.

“Woii ! Yoohooo !!!”

“Apa kau ni Deeja.Terperanjat aku !,”ujar Rissa separuh menjerit.Di antara mereka,mereka berdua sudah biasa dengan kekasaran nada suara sebegini.

“Dah tu.Kau asyik tenung muka aku sampai nak tembus.Aku ingatkan ada jerawatlah dekat muka aku.Buat cuak aku je kau ni,”balas Deeja selamba.Dia memang selamba pun ! Opss..

Pada malam itu,Rissa menceritakan kesuluruhan kejadian yang berlaku di Amanda Holdings.Habis Rissa disembur dengan gelak tawa oleh Deeja.Katanya,mungkin Emir dijodohkan untuknya.Persis seperti di dalam drama ataupun sinetron gitu.Tapi, takkanlah..

p/s : sorry lambat update..cos beberapa hari ni terpaksa jadi babysitter percuma..huhuuu..




No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia