Kawan-Kawan

Saturday 22 September 2012

Cinta VS Benci 2




Bab 2


“Deeja, bukan ke kau dah janji dengan aku? Mana aci kau mungkir janji.Allah tak suka tahu orang yang suka mungkir janji ini.Hari itu kau yang sungguh-sungguh berjanji dengan aku nak belanja lunch seminggu.”

“Alaaa beb.Aku bukannya sengaja.Kau fikir senang ke kerja sebagai jurutera?Bilik aku ini pun dah bersepah-sepah dengan pelan sehingga aku tak nampak pintu keluar bilik aku ini dah.”

Rissa yang mendengar teman setianya itu berkata-kata hanya mencebik meluat.Hebat sungguh metafora yang digunakan oleh Deeja.Namun, memang tidak dinafikan bahawa kata-kata Deeja tersebut adalah benar.Rissa kadang-kala berasa kasihan dengan teman setianya.Tetapi, apakan daya jika tuntutan kerja telah menyebabkan kita harus memilih keputusan yang sukar.

“Yelah.Aku percaya.Tapi ingat,janji lunch seminggu itu tak luput lagi tahu. Nanti,aku tuntut balik.Understand?”

“Yes..yes..Understood.Kalau kau dah lapar tahap gaban sangat kau pergilah lunch date dengan Irfan itu.Dia bukan ke sayangkan kau?”

“Dah..Dah..Tak ada maknanya.Aku tak faham maksud kau bila kau ucapkan perkataan sayang dan aku bencilah dengar perkataan itu.”

“Ala..Marah pula kakak kita seorang ini.Tapi kita tak boleh nak pujuklah sebab ada orang itu yang lebih layak pujuk dia dan orang itu selalu dekat di mata tapi jauh di hati.Opsss ! Agak-agaknya dekat di mata berdebar di hati baru betul kut?,”ujar Deeja selamba.Dia mahu melihat reaksi Rissa yang sebenarnya. Dia berasa hairan melihat kawan baiknya itu tidak tertarik dengan kekacakkan Irfan tersebut.

“Ngeklah kau.Aku tak suka.So,that means I will never love him forever and ever.Tak akan.Ok?”

“Kau jangan berazam macam itu.Aku takut saja kalau kau termakan dengan janji kau.Entah-entah naanti kau yang tergila-gilakan dia.Siapa tahukan? Hidup kita ini umpama roda.Kita tidak akan selalu berada di atas.”

“Apa-apa ajelah Deeja.Malas aku nak ambil kisah.Tapi bab yang kau kata ‘termakan janji’ itu bukan ke kau yang buat macam itu.Hari itu dah janji dengan aku nak belanja lunch hari ini.Tapi..Hmm..tau-tau ajelah.”

 “Alamak.Aku bagi nasihat aku pula yang kena balik.Oklah.Aku nak siapkan pelan aku ini.Nanti kalau aku ada masa free kita roger okay?.”

“Okay.Tahu pun takut.Bye.Assalamualaikum.”

“Tak takutlah.Ok.Bye.Waalaikumussalam.”Kemudian Rissa terus menekan butang merah sebagai tanda talian dimatikan dan menyambung kembali  kerjanya yang hanya tinggal sedikit itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

“Rissa,petang ini dalam pukul 2:00 , you pergi tunggu I dalam kereta.Okay?.”

“Pardon? I kena tunggu dalam kereta you ? Nak pergi mana?,”ujar Rissa yang kelihatan seperti bingung dengan soalan yang diutarakan oleh Irfan a.k.a bosnya.

“Takkanlah you ini ada penyakit insomnia pula? You dah lupa ke yang you kena pergi temankan I ke Amanda Holdings.Kitakan ada meeting dekat sana.”

“Tuan,penyakit amnesialah.Bukannya insomnia.Insomnia itu penyakit susah nak tidur yang kerap kali kepada wanita ketika mereka mengalami PMS ataupun kita panggil period.Saya ini mana ada penyakit pelupa.Saya muda lagi tahu. Saya sahaja nak test tuan.Manalah tahukan kalau-kalau bos terlupa ke,” balas Rissa sekadar mahu menutup rasa malunya.

“Alamak kantoi sudah.Aku lupa pula pasal meeting tu,”gumam Rissa perlahan.

“Ish !I bukannya belajar perubatan macam you.Sudahlah, you ini macam-macam hallah.Daripada I bertengkar dengan you, lebih baik I pergi sembahyang zuhor.Kalau tak nanti I terlambat nak hadiri meeting tu.You pun belum sembahyang lagikan? Jom kita pergi surau sekarang.”

“Arrr.Tuan pergilah ajelah dulu.Nanti saya sembahayang la,”balas Rissa.

Irfan berasa pelik apabila mendengar butir perkataan yang disampaikan oleh Rissa tersebut.Rissa kelihatan seperti teragak-agak mahu meluahkan sesuatu dan dia kelihatan seperti tergagap-gagap semasa bercakap.Irfan yang kebingungan melihat reaksi Rissa tersebut segera berdiri dan berjalan menuju ke arah Rissa yang sedang berdiri beberapa tapak di hadapannya.

Rissa yang melihat Irfan a.k.a bosnya itu sedang menuju ke arahnya sambil memberikan renungan tajam segera berkata-kata dengan jujur dan beraninya. “Saya tak boleh sembahyang.”

Irfan yang mendengarnya hanya mampu mengangguk faham.Dia boleh melihat wajah Rissa yang sudah kemerah-merahan itu hanya mampu menundukkan kepala.Malulah tu,desis hati Irfan.

Memang tidak dapat dinafikan,sejak dahulu lagi iaitu semasa mereka sedang berkasih di antara satu sama lain,Rissa memang tidak boleh menipu Irfan.Semua gerak-geri dan cara percakapannya berada di dalam genggaman Irfan.Dia sering kalah dengan renungan Irfan. “Hish,”keluhnya perlahan.

Tidak lama kemudian,ketika Irfan mahu melangkah keluar daripada ruangan pejabatnya dan bergegas ke surau, kedengaran bunyi yang agak pelik memenuhi ruangan pejabat tersebut.Irfan pun berpaling ke arah Rissa.Rissa pula sudah menahan malu.

“Rissa,what happen ?.”

“Errr,nothing la.Saya tak apa-apa.”

“Is it true ?”

“Yes !”

“You  tak payahlah nak tipu I.I tahu yang you belum lunch lagikan ?Kalau tidak , takkanlah perut you dah berbunyi-bunyi macam drum,”ujar Irfan sambil menahan tawanya.

“Mana adalah.You pergilah sembahyang cepat sikit.Nanti terlambat you marah I pula.”

“Okay.Lepas I solat,kita pergi lunch dulu.Tak ada alasan lagi.Tengok muka pun I dah tahu yang you itu tengah kelaparan.”

Rissa yang mendengar arahan Irfan hanya mampu akur dan mengangguk lemah.Dia tidak berani mahu menolaknya apabila Irfan sudah bernada keras sebegitu.Dia masih menjaga adabnya yang merupakan seorang pekerja dengan Irfan yang merupakan majikannya walaupun dia sebenarnya sudah mendapat tempat yang lebih istimewa di dalam hati majikannya, Irfan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di dalam sebuah restoran..

“Rissa, you nak order apa?.”

“Saya mana pernah datang sini.You order ajelah apa-apa pun.”

“Kalau I order hati you,boleh ?,” duga Irfan.

“Kalau you nak makan pelempang , buatlah,”gertak Rissa.

“Alallalaa…Ganasnya  teman wanita I ni.”

“Irfan,kalau you nak cakap-cakap pasal ni lagi, saya balik rumah terus.”

“Okay...Okay. Janganlah you nak terasa sangat.I cuma main-main .Take it as a joke,”ujar Irfan sambil tersenyum ke arah Rissa.

“Silly,”balas Rissa di dalam hati.Memang cari masalah kalau dia berkata sedemikian di hadapan Irfan.Bagi Rissa,soal hati dan perasaan mana boleh dimain-mainkan.Memang dasar gila punya orang!

Sejerus selepas perbualan tersebut,Irfan terus memesan makanan buat mereka berdua.Kemudian,mereka terus makan hidangan makanan yang telah dipesan.
-----------------------------------------
Ketika perjalanan ke Amanda Holdings..di dalam kereta milik Irfan..

"Rissa,I hope you boleh faham isi hati I ini.I.."

"Irfan..Enough ! Bukan ke saya dah cakap yang saya tak nak dengar apa-apa lagi. You itu dah berkahwin.Takkan you tak faham ?," luah Rissa.

"So,itu ke problemnya kalau you tak boleh nak terima I?You pun fahamkan yang I terpaksa kahwin dengan perempuan itu.Kalau bukan disebabkan syarikat milik keluarga I yang berada di dalam krisis kewangan,I takkan kahwin dengan dia.Dia bukan pilihan I.You itu adalah pilihan I.Tiga tahun kita bercinta Rissa.Tiga tahun.Itu bukan tempoh masa yang sekejap.I tahu yang you pun susah nak lupakan I.Betul tak apa yang I cakapkan ni Rissa ?

"Irfan.Listen.Saya dah lama lupakan you dan sekarang ni saya tak cintakan you lagi. Saya cuma anggap you sebagai kawan saya .Tak lebih daripada itu.Be matured la Irfan.Kita bukannya budak-budak lagi.Kalau you tak kahwin sekalipun, saya tak akan kahwin dengan you.You dah kahwin,so , buatlah cara dah kahwin.Hargailah dia.Tak payah nak terhegeh-hegeh dekat saya lagi. Rimas tahu tak?"

Irfan yang mendengar butir-butir perkataan yang keluar daripada mulut Rissa hanya mampu menahan marah.Dia berasa tercabar dengan kata-kata Rissa.Akibat terlampau marah,dia menghempaskan stereng keretanya dan terus memecut laju ke Amanda Holdings.






No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia