Kawan-Kawan

Tuesday 11 December 2012

Cinta VS Benci 9

Bab 9 ;)

"Assalamualaikum mak," sapa Rissa.

"Waalaikumsalam Rissa.Ada apa call mak ni ?"balas Puan Elena yang sedang berbicara dengan anak perempuannya,Rissa .Puan Khadijah ketika itu sedang memegang telefon bimbitnya di tangan kanannya manakala tangan kirinya digunakan untuk meletakkan barang dapur yang baru sahaja dibelinya di sebuah pasaraya.

"Mak ayah apa khabar? Sihat ? "

"Alhamdulillah,macam nilah kami Rissa oii.Mak dengan ayah kamu sihat je."

"Rindunya Rissa dekat mak ayah dengan abang adik semua.Macam mana dengan pokok durian belakang rumah? Dah berbuah tak?Rissa pun miss dekat pokok itu juga."

"Kalau kamu rindu,mailah pulang.Mak ayah pun rindu dekat Rissa.Kamu dengan durian memang tak boleh nak pisahkan.Pokok kesayangan kamu dekat belakan rumah kita itu buahnya lebat.Kalau nak makan, mai pulang cepat-cepat.Kalau tak,abang adik kamu dengan ayah kamu sekali yang tukang habiskan durian itu semua"

"Haaa, ni Rissa nak khabaq dekat maklah yang petang ni Rissa nak balik.In Shaa Allah,dalam pukul 10 malam Rissa sampailah dekat rumah."

"Apasal kamu balik malam-malam.Risau mak.Kamu balik esok pagi ajelah ya nak.Mak risaulah.Kamu tu dahlah sorang-sorang."Berkerut-kerut dahi Puan Elena ketika dia sedang berbual dengan anaknya.Gerak hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang buruk yang akan berlaku terhadap anaknya.

"Tak ada apa-apalah mak.In Shaa Allah semuanya baik-baik saja.Mak tak usahlah risau ,ya ?"Tersenyum Rissa di pejabat Irfida itu apabila mendengar suara ibunya yang risau akan keselamatannya.Mak sayang akulah ! Hik..

"Kalau kamu dah kata macam itu,mak dah tak boleh kata apalah.Tapi,ingat Rissa ,kalau ada apa-apa masalah call mak ataupun ayah kamu cepat-cepat.Faham tu?" Tegas sekali suara Puan Elena memberikan arahan.

"Iya mak.Iya...Rissa letak dulu ya.Nanti bos Rissa marah pula.Ok mak.Tataa..Assalamualaikum.

Klik ! Panggilan dimatikan.Berbaki lagi 2 jam sahaja waktu pejabat nak tamat.Fighting Rissa !!
Argghhh,ketebalan rindunya terhadap keluarganya kini memang mengalahkan ketebalan awan yang mendung.Ceewahh !
**
"Linda,you cancel semua meeting I tiga hari ini ,"arah Emir kepada setiausahanya.

Linda segera meletakkan pen yang dipegangnya sedari tadi.Segera dia membontoti langkah Emir yang menghala ke bilik pejabatnya.

"Tapi bos.."

"Tak ada tapi-tapi lagi.Just do as what I said."

"Kalau meeting penting macam mana?"Linda meramas-ramaskan jari jemarinya.Dia memang berkelakuan sebegini kalau dia sedang cemas.

"Itu,pandai-pandailah you coverkan untuk I.Kalau tak ada apa-apa lagi,sila keluar.I nak balik sekarang."

Linda keluar daripada bilik pejabat lelaki tersebut dengan langkah yang longlai.Sedih sungguh hatinya bekerja dengan majikan sebegini.

"Nasib baik dia bos yang handsome !Kalau tak pergi jalanlah !"gumam Linda.

**
Jam di dashboard kereta Myvi keluaran terbarunya dipandang sekilas.

"Emm,baru pukul 7.Berhenti dululah dekat kawasan rehat dan rawat Genting Sempah.Boleh aku sembahyang and rehatkan badan sekali, " ucap Rissa lebih kepada dirinya sendiri.

Sementara itu,Emir pula ..

"Aduh,lapar gila perut aku ni.Haaa,sudah.Berdondang sayanglah pula perut aku menyanyi ni.Berhenti dululah.Lebih baik aku isi perut lepas tu boleh solat sekali.Berhenti dekat kawasan rehat dan rawat Genting Sempahlah,"ucap Emir.

**
Usai selesai menunaikan solat fardhu maghrib,Rissa segera melipat telekungnya.Dia ingin membeli makanan dan meneruskan perjalanannya dengan segera kerana dia mahu sampai ke rumah keluarganya dengan cepat.

**
"Ya Allah, kenapa dengan kereta aku ini.Tak boleh start pula.Waduh ! Ish,kan dah keluar bahasa indonesia aku ni.Adoihai..,"gumam Rissa.

Kelihatan seorang pemandu yang memakirkan keretanya di sebelah kereta Rissa sedang merenung ke arah Rissa.

Pemuda yang memakai cermin mata gelap itu segera menanggalkan cermin mata gelapnya itu dan menggosok-gosokkan matanya.Dia ingin memastikan perkara yang dilihatnya.

"Apa yang perempuan tu buat dekat sini?,"desis hati Emir.Dia menapak ke arah Rissa yang berada dalam kegelisahan.Pintu kereta dahlah terbuka.Dahi yang putih melepak itu pula berkerut-kerut  lepas itu mulutnya asyik berkumat-kamit.Bomoh ke  apa perempuan ni?

"Hey" 

Tersentak Rissa mendengarnya.Melaun manalah yang sebut hey tu.Ingat lagu Ezlynn ke hey hey bye bye.
Sempat lagi Rissa mengutuk orang yang menegurnya.

"Assalamualaikum" Rissa berkata dan menoleh ke belakang untuk melihat orang yang menegurnya tadi.

"Wait ! Mamat ni macam pernah aku jumpa.Eh,diakan mangkuk tingkat tu ! ,"desis hati Rissa.Bertambah kedutan di dahinya dan bertambah kecil matanya apabila melihat Emir di belakangnya.

"Dah tak payah nak kutuk-kutuk aku.Berapa banyaklah agaknya tong sumpah seranah yang kau bagi dekat aku."

Bibir diketap tanda menahan geram.Sabar Rissa ! Sabar ! Sabar itu separuh dari iman.

Sebelum membalas kata-kata Emir,Rissa melemparkan senyuman manis bergula kepada Emir.Terkejut Emir dibuatnya.Dah gila apa perempuan ni senyum dekat aku.Aku kutuk dia,dia boleh pula senyum lagi.

"Baguslah awak tahu ,"ucap Rissa.Kemudian badannya dipusing menghadap dashboard keretanya.Dia mencuba untuk start keretanya.Namun,hampa.Keretanya tetap tidak boleh dihidupkan.

Emir yang melihat berasa simpati terhadap Rissa.Hari sudah semakin gelap.Opsss,tersilap,memang dah gelap pun.

"Kau on the way nak ke mana? ,"soal Emir yang kini berdiri bersebelahan Rissa yang sedang duduk di atas seat keretanya.

Rissa menoleh ke sebelah kanannya.

"Raub"

"Eh,buat apa pula? Hal kerja ke?" Kini,giliran Emir pula yang mengerutkan dahinya.

"Balik kampunglah.Aku cuti start dari hari selasa ni sampai hari ahad ,"jelas Rissa.

"Ohh.Kenapa dengan kereta kau ni pula?Tak boleh start ke ?,"soal Emir lagi.

Rissa memandang Emir dengan perasaan geram yang terbuku di hatinya.Dah geharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Ish,geram betul aku dengan mamat ini.Bukannya dia tak nampak tadi yang tak boleh nak hidupkan kereta aku.

"Woi,asal pandang aku macam itu pula?,"soal Emir.

"Kau ni,dah sah-sah kau nampak aku tak boleh nak start kereta ni.Maksudnya tak boleh start lah," luah Rissa.Daripada kata panggilan awak terus bertukar kepada kata panggilan kau.

Emir hanya tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya.Dia sebenarnya sengaja sahaja nak tanya soalan tersebut kepada Rissa.Sengaja cari nahas.

"Disebabkan aku baik,aku tolong kau."

Rissa yang mendengar pula terlopong mulutnya.

"Haaaa?"

"Boleh percaya ke mamat ni?,"desis hati Rissa.


p/s: Kepada silent readers silalah komen-komen ya.Sedih saya sebab cerita sorang-sorang dekat sini.Kalau ada apa-apa idea untuk cerita ini,silalah kongsikan dengan saya.Semua idea amatlah dialu-alukan.Sekian. Thanks ... ;)


1 comment:

  1. alaaa jgn la sedih kite x komen :) ,,best sngt citer awk ni,,, nk next entry lagi boleh ye

    ReplyDelete

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia