Kawan-Kawan

Monday 3 December 2012

Cinta VS Benci 7 (Re-Edit)

Bab 7 ..


“ARGGGGGGGGGGGHHHH !!Dasar jantan tak guna ! Rupa-rupanya itu kerja kau selama ini.Berfoya-foya dengan perempuan.Aku benci kau Irfan !!! ,”teriak Qaireena.

Qaireena yang baru sahaja pulang daripada pub yang sering dikunjungi oleh Irfan segera mengambil menapak masuk ke biliknya.Dia mencari tualanya.Dia mahu mandi.Dia mahu membersihkan badannya yang melekit.Hari ini memang hari yang paling dibencinya.

Daripada tengah hari lagi dia sakit hati.Ingatkan hari  ini dia mahu menyakitkan hati Rissa.Tetapi akhirnya, dia pula yang sakit hati.Sudahlah dia sakit hati melihat Rissa yang bekerja sebagai setiausaha Irfan.Lagi besarlah peluang Irfan mahu memujuk rayu si Rissa itu.Yang kedua pula, tak disangka-sangkanya Irfan tegar memaki hamunnya di dalam pejabatnya tadi.Nasib baik waktu itu waktu rehat pekerja.Jadi, tiada orang di ruangan pejabat tersebut selain dia dan Irfan.Tiba-tiba ingatannya melayang kepada perbualannya ataupun lebih tepat lagi pertengkarannya bersama Irfan tengah hari tadi.

“Hai,sayang ,” kata Qaireena manja dan berjalan dengan gaya menggoda menuju ke arah Irfan.

“Hey,you buat apa dekat sini ?Dah buang tebiat apa?” marah Irfan sambil menayangkan muka tidak puas hati.

Qaireena yang mendengar amarah Irfan itu hanya buat-buat tak tahu saja.Sengaja dia berperlakuan begitu.Dia segera meletakkan tas tangannya di atas meja kerja Irfan dan berjalan ke arah Irfan. 

“Hey,you buat apa ni.Jangan nak memandai sentuh I.I don’t like it.”Irfan segera menepis tangan Qaireena yang mula menjalar di bahunya.

“Kenapa you tak suka I sentuh you.Our nights yesterday you tak marah pun..”

“Stop talking about that stupid thing.Just ignored it.It was my big mistakes ! ,” teriak Irfan.Dia bangkit daripada kerusinya.

Kali ini Qaireena tidak dapat menepis kemarahannya lagi.Setegarnya Irfan berkata sedemikian.Stupid night? Dah gila apa?

“What ? Your big mistake ?Seriously? Have you ever forget what happened during before our marriage? Do you want me to recall your memory? ,”bentak Qaireena.Dia berasa begitu sakit hati dengan sikap Irfan.Dengan Rissa ke main lagi lembut sahaja bicaranya.Pijak semut pun tak mati.Tapi , bila berhadapan dengannya, ini pula yang jadi.

“Stop that crap la Qaireena.I ingat semua itu.Tapi,you yang perangkapkan I.Betul tak? Kalau dulu you yang beria-ia tak invite I pergi ke private party you itu, I won’t get married with you.”

“Ouh,sekarang ni you nak salahkan I sebab ajak you pergi private party I pula? You yang mabuk, you nak salahkan I  pula.Come onlah Fan !”

“You tau tak,kalau cakap dengan you ni memang buat otak kepala dengan hati I sekali sakit.Cubalah you jadi macam Rissa tu sikit.Sejuk je hati I pandang muka dia.Bukannya macam you.Panas hati I tengok muka you.Rasa macam dalam NERAKA !

Qaireena yang mendengar berasa sakit hati sekali.Dendamnya terhadap Rissa semakin membuak-buak. Asyik-asyik Rissa.Semua yang baik, Rissalah jawapannya.Dirinya sahaja yang jahat.

“You memang dah kurang ajarkan Irfan.You tau tak I ni isteri you.Bukannya Rissa.Dah bertahun kita kahwin,tapi, you masih bersikap macam ini.I’ve never thought that you would never care and appreciate me like this.You just make me feel useless.And because of that,I hate myself.I hate myself for cannot get your love.In this few years,I’ve tried many ways to make you fall in love with me.Tapi,kalau you dah cakap I ni macam tu,I rasa dah tak guna I bersabar dengan you.Sekarang ni,biar giliran I pula yang akan buat you hilang sabar dengan I.And you,just wait for it,Irfan !,”jelas Qaireena sambil mengangkat dan menunjukkan jari telunjuknya ke arah wajah Irfan.

Rintihan Qaireena itu langsung tidak berkesan terhadap Irfan.Dia bukannya simpati melihat keadaan Qaireena yang kelihatan seperti orang putus harapan tetapi dia malah makin membenci Qaireena.

“Just wait for what? You nak buat I hilang sabar? What the hell are you talking about? You tau tak you tu dah lama buat I hilang sabar.Sejak I kahwin dengan you ,kesabaran I memang dah hilang.Tengok muka you hari-hari buat I rasa nak muntah tau tak.And one more things,siapa you nak dapatkan cinta I.You konow right that my love is for Rissa and not you Reena.I even don’t care about you.So, please stop day dreaming laa ,”balas Irfan sambil mamandang mata Qaireena dengan pandangan yang jelas menunjukkan dia amat bencikan Qaireena.

“Okay,fine Irfan ! Fine.You ingat,satu hari nanti you akan menyesal dengan kata-kata you sendiri dan you sendiri yang akan merangkak memohon maaf dengan I.”

Qaireena yang ketika itu sudah mengambil tas tangannya dan segera melangkah keluar daripada pejabat tersebut berhenti apabila Irfan mula bersuara.

“Lepas ini,kita ikut kontrak asal kita dan sebelum saya terlupa,saya akan keluar dari rumah itu.So, goodbye !,”ujar Irfan tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Qaireena yang mendengar mengetap bibirnya menahan rasa marah dan geram yang bercampur baur.

**

Kerancakan muzik di kelab malam itu, sedikit sebanyak menceriakan mood Irfan.Irfan yang ketika itu sedang mabuk mengambil langkahnya di tengah-tengah kelab malam itu dan menari dengan sepuas-puasnya.Tanpa segan-silu,dirangkulnya mana-mana badan perempuan yang asyik khusyuk menari di kelab malam itu.

**

Di sebalik keasyikan orang yang sedang menari di kelab malam itu,terdapat seserang yang sedang memerhatikan susuk badan Irfan yang sedang menari tanpa ingat dunia itu.Emir yang melihat keadaan itu sangat terkejut.Tambah-tambah lagi apabila Irfan dengan selambanya menarik,memeluk dan mencium rata-rata perempuan yang turut menari bersamanya.Dia segera menapak ke arah Irfan.

“Woi , bro ! ,” sapa Emir dengan nada yang menjerit.Audio muzik di kelab malam itu begitu kuat sekali.
Irfan yang mendengar suara orang yang menegurnya itu segera menoleh kepalanya ke belakang.

“Whoa,bro !Long time no see ! Tak sangka jumpa kau dekat sini.How are you dude?,”sapa Irfan kembali dengan nada yang lebih kuat sambil menepuk bahu Emir.

“Aku macam nilah bro.Cool and steady.Weh,jomlah berborak dekat sana.Rimaslah dekat sini,”pinta Emir.

“Alright.”

**

 “So,how’s life? Aku dengar kau dah kahwin dengan kawan lama aku.Qaireena,”soal Emir.

Kedudukan mereka yang agak tersorok daripada keriuhan para pengunjung kelab malam itu yang sedang menari terkinja-kinja tanpa mengenal erti lelah telah memudahkan mereka untuk bersembang.

“Oklah ,”jawab Irfan acuh tidak acuh.

“Ok je? Kawan aku itu punyalah cantik kau kata ok je?”

“Habis itu kau nak aku kata apa? Awesome ? Fantastic?,”soal Irfan semula kepada Emir.Soalan berbalas soalan.

“Rilexlah bro.I’m just asking.”

“Stoplah tanya aku macam mana itu ini, sekarang ini aku nak tanya ,kau apa cerita?”

“Aku macam inilah.Still single and available ,”jawab Emir dengan bangga.

“Siapa suruh kau tak kahwin.Sebab itulah masih single and available.”

“Eh eh kau ni.Tahulah dah kahwin.Berlagak pula.”

Irfan yang mendengar hanya tersenyum tawar.Apa guna jika dia berkahwin sekalipun jika dia tidak pernah memberi ruang dan peluang buat Qaireena sebagai suri hatinya.Kedatangan Qaireena ke kelab malam ini tadi tiba-tiba menerjah ke dalam ruangan mindanya.Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata yang dilemparkan Qaireena.

"Eh,lepaskan tangan I Irfan.Sakitlah !,"arah Qaireena.

Irfan yang menarik pergelangan tangan Qaireena keluar daripada kelab malam itu segera melepaskan pegangannya.

"Yang you datang sini buat apa? For what Reena? For what ?,"soal Irfan.Irfan yang cuba mencari ketenangan di kelab malam itu berasa sakit hati apabila melihat kelibat Reena di kelab malam tersebut.

"Ouhh.Hahahahaha..You ingat you aje yang boleh datang kelab malam ini? You dah lupa kontrak kita ? Buat hal masing-masingkan ? So,mind your own buisness,"jawab Qaireena dengan nada oktaf yang rendah. Sempat lagi dia menjeling Irfan yang kelihatan marah padanya.

"Whatever.Selepas I masuk balik kelab malam ini and kalau I nampak you ada dekat situ,you taulah apa yang akan I buat,"gertak Irfan.Irfan cuba menurunkan suhu hatinya yang semakin panas melihat kehadiran Qaireena di situ apatah lagi dengan melihat pakaian Qaireena yang benar-benar seksi melampau.Sebenci-benci pun dia terhadap Qaireena,dia tidak suka melihat Qaireena berpakaian sedemikian.Mungkin ada terselit sedikit rasa sayangnya buat Qaireena.Yeah,who knows ?

"You ini memang .."

"I kata pergi balik.Pergi balik rumah sekarang ," arah Irfan.

**

"Woi bro ! Apa hal kau termenung pula ni?Aku nyahut panggil-pangil kau,kau buat tak tahu je.Kena sampuk apa? ,"gurau Emir sekadar membangkitkan mood ceria di wajah sahabat karibnya Irfan.

"Kena sampuk kepala hotak kau.Apalah doakan aku macam itu.Aku reging kau karang ,baru tahu ,"balas Irfan .

"Okey.Okey.Aku menyerah ,"jawab Emir berserta senyuman di bibirnya.

Daripada soal kahwin ,berkalih pula pasal syarikat.Kemudian,mereka berborak pula pasal kereta dan akhirnya mereka tidak sedari bahawa beberapa jam sahaja lagi matahari akan terbit.

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia