Kawan-Kawan

Thursday 11 October 2012

Cinta VS Benci 3!



Bab 3


“Siti Nur Khadeeja binti Ahmad Hussin, lambatnya kau balik rumah hari ini,”sapa Rissa.Deeja yang baru kelihatan masuk ke dalam rumah hanya sempat mengurut dadanya dek terkejut dengan sapaan Rissa.

“Sofia Nur Arissa binti Abdullah, boleh tak kau tolong beri salam dahulu sebelum aku masuk ke dalam rumah ini.Terkejut tau aku.Nasib baik jantung aku tak lemah.Kalau tak..”

“Eh..eh..Janganlah membebel.Macam nenek tua tahu.Sudahlah dekat pejabat tadi aku kena leter dengan si gila itu.Sakit gila hati aku sekarang ini.Kalau ada pistol dekat pejabat itu dah lama aku serang.Aku betul-betul benganglah dengan si...”

“Rissa ! Tadi hang yang kata jangan membebel dekat hang.Ni yang hang pi membebel dekat telinga depa ni kenapa? Dah rasa macam mendengar luahan hati pula.”

Rissa yang sedang berdiri di tepi tangga terus menapak ke arah sofa yang hanya beberapa langkah di hadapannya. Dia segera duduk di atas sofa yang berwarna merah hati tersebut. Orang dahulu-kala selalu berpesan,' kalau seseorang itu sedang marah hendaklah dia duduk jika dia berdiri'.Itulah amalan yang selalu diamalkan oleh Rissa.Baginya,nasihat itu adalah benar belaka dan bukan nasihat yang direka-reka untuk tujuan suka-suka.

“Hemmm,”gumam Rissa perlahan.Dia sedang  tertekan dengan jiwanya.Peristiwa yang berlaku semasa dia sedang dalam perjalanan ke Amanda Holdings  bersama dengan Irfan a.k.a bosnya masih berlegar-legar di ruang pemikirinnya.Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata yang dilemparkan oleh Irfan buat dirinya.

Sejujurnya dia sendiri tidak dapat menafikan perasaannya.Memang benar yang dia masih mencintai Irfan.Namun begitu,Rissa pasti bahawa perasaan cinta itu hanya merujuk kepada perasaan cinta untuk seorang sahabat.Cintanya buat Irfan pada detik ini sudah tidak sehebat cintanya seperti semasa tiga tahun yang lepas.Cukuplah perasaan cinta  yang sudah dialaminya.Rissa tidak mahu kesengsaraan lagi.Dia mahu mencari kebahagiaan dirinya.

“Oii mak cik.Aku berdiri macam model cantik depan kau ni ,kau tak perasan.Jauhnya kau termenung.Dah sampai mana dah?,”perli Deeja a.k.a best friend forever Rissa.

“Sudah sampai Pluto.Kenapa ,nak ikut ke ?,”seloroh Rissa.

“It’s not funny , okay ?,”balas Deeja

“Aku tak kata pun yang lawak tu kelakar,”ujar Rissa sambil menahan tawanya dari meletus keluar.

“Ish.Hang  ni.Nak kena ni.Sebagai denda,kau kena masakkan makam malam untuk kita berdua malam ni.”

“Apa ni .Ini tidak adil.Tidak adil bagiku...,”balas Rissa.

“Alamak hang ni,nak nyanyi lagu Yuna pula.Pergi ajelah masak.Aku dah lapar nak mampus ni,” ujar Deeja sambil mengerdipkan mata bundarnya.

“Eeee..nak termuntah aku tengok kau terkedip-kedipkan mata kau.Aku tak cairlah tengok muka kucing kau itu.Lainlah kalau kau buat muka itu dekat depan Faris Danish.Confirm dia angau setahun.”

“Hak alah kau ni,ni muka limited edition tau.Susah nak tengok aku buat muka macam ini.Sudahlah comel, sweet pula itu.Ish,ish ..ish....muka siapalah itukan ?,”ujar Deeja.

“Isi bakul angkat sendirilah kau ini.Daripada aku layan kau lebih baik aku pergi masak dulu.”

“Emmm,baguslah tu.Sementara aku menunggu kau siapkan makan malam,aku pergi mandi dululah. Semoga kau selamat memasak.Pastikan makanan itu sedap, okay?,”pinta Deeja.

“Deeja...Deeja...  banyak betul songelnya.Macam nenek betul,”gumam Rissa sambil melangkah menuju ke dapur rumah dua tingkat sewa milik mereka berdua.
---------------------------------------------------------------------------------------
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.Namun,kelibat Irfan masih tidak kelihatan di rumah kondominium mewah miliknya.

“Hish, where’s he going.He never respect me as her wife.Never mind,this time I’ll let you do like this. But,next time, I’ll make sure that you’ll be responsible at what you’ve done Irfan.Aku takkan sesekali lepaskan kau,”bisik Qaireena penuh dendam di dalam hatinya.

Bunyi derapan kaki di ruang tamu membuatkan Qaireena segera bangkit dari katil miliknya.Dia terus menapak ke arah dapur.Sasarannya adalah Irfan.Ya,hari  ini dia perlu bertentang mata dengan Irfan.Sudah tiga tahun mereka bergelar suami isteri.Namun,keadaan masih tidak berubah. Perkahwinan mereka hanya menjanjikan penderitaan sahaja.Qaireena bukannya seseorang yang bodoh.Dia bukannya bodoh untuk membuat keputusan mengahwini Irfan pada usia yang muda. Dia ada misi dan visi yang hanya diketahui oleh dirinya sahaja.

“Irfan,we need to talk,”arah Qaireena.Bau arak yang melekat di badan Irfan membuatkan dia mahu termuntah.Sejujurnya,dia masih tidak dapat menahan tekaknya daripada berasa loya akibat membau minuman keras yang melekat di badan Irfan.Orang tua selalu berkata, ‘alah bisa tegal biasa’.Namun begitu,hakikatnya,sudah tiga tahun dia membau minuman keras yang melekat di badan Irfan namun dia masih tidap dapat menyesuaikan dirinya lagi dengan bauan itu.

“Apa lagi yang you nakkan ? Tak cukup ke duit yang I bagi ?,”balas Irfan selamba.

“Duit ? I don’t need your money.I just need you.Aku cuma perlukan belaian seorang suami. Faham?”

“Pardon ? Suami ? Siapa suami you ? I ?”

“You jangan nak buat bodohlah Irfan.You know  very well than others.”

“Hey, listen.I’m not your husband.I don’t even care who you are.And for your information,there’s 
only one person that should be my wife and she’s Sofia Nur Arrissa. Faham ?,”ujar Irfan sambil menjongketkan kening di sebelah kirinya.

“Jangan jadi pengecutlah Irfan.You sedar tak yang you dah lama hidup dalam bayang-bayang perempuan itu.Move onlah.

Irfan yang baru mahu meneguk air madu untuk menghilangkan rasa loya di tekaknya terus menghempaskan cawan kaca tersebut di atas lantai dapur rumahnya.Dia cukup pantang jika seseorang berkata sedemikian kepada dirinya.Api kemarahan di dalam dirinya semakin membuak-buak.Sudahlah dia terpaksa menghadapi perang dingin di antara dirinya dan Rissa semasa menghadiri meeting di Amanda Holdings petang tadi.Sebab itulah dia pergi menghabiskan masanya di club untuk melupakan masalahnya dengan Rissa setelah meeting itu tamat.Sudah kira-kira sebulan dia sudah tidak ke sana sejak kehadiran Rissa di pejabatnya.Dia tidak mahu Rissa mengetahui bahawa dia seorang peminum arak yang tegar.

Qaireena yang sedang menanggung rasa marah bercampur geram tersentak dengan perbuatan Irfan. Dia tidak pernah menyangka Irfan akan bertindak seperti itu. “Irfan , what are you doing?”

“You nak sangat belaian I malam nikan? Okay, fine.I akan bagi you.”

Qaireena berasa terkejut mendengar butir perkataan yang disampaikan oleh Irfan.Keadaan emosi Irfan pada ketika itu tidak stabil.Dia takut jika Irfan bertindak tidak waras pada malam ini.

“Kenapa? You yang nak sangat belaian I malam nikan ? So , tak payahlah nak buat muka terkejut macam itu pula,”ujar Irfan

“You dah gila Irfan. You’re totally insane !”

Irfan yang berasa bengang mendengar patah kata yang dituturkan Qaireena terus menarik tubuh Qaireena dalam dakapannya dan terus melangkah ke bilik tidur mereka.Pada malam itu,hanya mereka sahaja yang mengetahui apa yang berlaku ke atas diri mereka berdua.Semoga,malam itu akan membina hubungan baik di antara kedua-dua pasangan suami isteri tersebut.


No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia