Kawan-Kawan

Saturday 10 November 2012

Cinta Magis Part 3



Part 3

Di bawah kepekatan larut malam, kelihatan sebuah kereta sport Skyline GTR R35 sedang dipandu laju oleh si pemandu yang sedang berperang dengan emosi dan perasaannya.Emosi dan perasaan? Bukankah kedua-duanya sama sahaja maksudnya? Ish..Ish..Ish..Salah jawapannya bagi sesiapa yang mengatakan kedua-duanya itu sama maksudnya.Selain perbezaan perkataan , ejaan dan bunyi sebutan , emosi lebih merujuk kepada perubahan hormon yang bertindak di dalam diri seseorang yang akhirnya menyebabkan seseorang itu mengalami perbezaan daripada segi tingkah laku,perbuatan dan pertuturannya.Manakala perasaan pula lebih merujuk kepada perkara kompleks iaitu perkara yang rumit seperti perasaan suka , benci , sayang , dan cinta.

        "Ya Allah, apa lagi yang harus aku lakukan ? ," Adam bermonolog di dalam hatinya.

Apabila susah baru nak ingat Tuhan.Inilah sikap segelintir masyarakat Islam pada masa kini.Bila senang , lupakan Tuhan tapi bila susah baru nak ingat Tuhan.Kita sebagai umat Islam sepatutnya tidak harus memandang enteng dengan kekuasaan Tuhan.Bila Dia memberikan kita kesenangan bukan beerti kita perlu melupakan dan meninggalkan-Nya.Malah,kita perlu kerap bersujud untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya.Oleh itu , kita hendaklah merenung-renungkan setiap perbuatan yang dilakukan dan muhasabahkan diri kita supaya tidak melakukan perbuatan tersebut.

Sebaik sahaja Tengku Adam Fahim memandu tanpa arah tujuan sekitar lima jam yang lalu,akhirnya dia sudah tiba di Terengganu.Jauh betul di melencong kali ini.Dari Kuala Lumpur ke Terengganu.Alang-alang sudah sampai ke sini,dia sudah tekad untuk ke tempat itu.Sudah tiba  masanya untuk dia kembali ke pangkal jalan.Dia tidak mahu termasuk dalam golongan-golongan yang akan dilaknat Allah.Dia mahu berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Itu tekadnya.Oleh itu, pada detik dan saat ini dia sudah berada di hadapan Masjid Kristal ,Terengganu.Dia mahu memohon keampunan dan cahaya petunjuk ataupun disebut sebagai hidayah daripada Allah.

Usai mengambil wuduk dan mengerjakan solat fardhu Isyak , solat sunat taubat dan solat sunat hajat serta solat sunat tahajjud , Tengku Adam Fahim segera mengangkat kedua-dua tangannya persis seperti orang yang sedang berdoa.

           "Ya Allah Ya Tuhanku.Segala puji  hanyalah bagimu Ya Allah.Tiada Tuhan melainkan Mu Ya Allah.Hanya kepadaMu aku bersujud dan percaya Ya Allah.Ya Allah Ya Tuhanku,ampunkanlah aku Ya Allah . Ampunkanlah segala dosaku.Maafkanlah aku kerana sudah tidak lama tunduk dan sujud kepadaMu. Ampunilah aku kerana aku sering mengejar dunia tanpa berpaling mengejar akhirat yang seharusnya aku kejar Ya Allah.Ya Allah Ya Tuhanku, aku malu.Aku malu untuk memohon sesuatu kepadaMu.Aku tahu bahawa aku bukannya seseorang hamba yang baik dan sentiasa beristiqamah dalam mengerjakan suruhanMu. Sesungguhnya aku sedar bahawa aku merupakan insan yang paling lemah dan tidak beristiqamah dalam mengerjakan suruhanMu Ya Allah.Tetapi,kali ini aku bermohon sangat Ya Allah agar engkau akan memakbulkan permintaanku.Ya Allah Ya Tuhanku ,tolonglah berikan aku cahaya petunjuk iaitu hidayahMu Ya Allah.Tolonglah daku Ya Allah.Aku sudah buntu memikirkan tindakan apa yang perlu aku lakukan kerana semuanya semakin rumit Ya Allah.Hanya kepadaMu aku dambakan pertolongan dan tolongilah daku Ya Allah.Amin...Amin..Ya Rabbalalamin...,"doa Adam.

Sesudah berdoa,Adam segera menepis air mata yang mula bertandang.Dia tahu bahawa dia sudah melakukan banyak kekhilafan.Dia bersyukur kerana ujian daripada Allah ini telah membuatkan dia sudah mula berubah.Walaupun dia mengalami masalah gejala sosial yang teruk pada masa lampaunya,dia masih mengingati cara-cara mengambil wuduk dan bersembahyang dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa sedang bersolat.Sejujurnya,dia berasa lega kerana masih mengingati semua itu.Tiba-tiba terdetik di dalam kotak fikirannya bait-bait lagu Rapuh yang dinyanyikan oleh Opick iaitu penyanyi terkenal di Indonesia.


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Kini,hanya satu sahaja pinta Tengku Adam Fahim.Dia meminta bahawa setiap langkah dan perbuatannya akan terus berada di bawah keredhaanNya.

###

Jam loceng di tangan menunjukkan bahawa pada waktu itu baru sahaja pukul 3 pagi.Sudah bermacam-macam cara dilakukan supaya mata yang setia terjaga itu mula melabuhkan tirainya. Sungguh tidak disangka matanya kini sudah mula bijak melakukan tanda protes terhadap dirinya sendiri.Lagipun,bagaimana dia mahu melelapkan matanya sedangkan perkara yang amat mendebarkan hatinya sering berlegar-legar di ruang mindanya.Menyampah pula rasanya dengan mindanya sendiri.Jika tidak memikirkan dirinya yang sedang uzur sekarang , tak ada maknanya dia mahu berteluku dan tergulin-guling di atas katil miliknya.Sudah pasti dia akan memohon keampunan dan menluahkan segala yang terbuku di hatinya terhadap Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

        "Kenapalah kau buat aku jadi gila seperti detik ini.Tengku Adam Fahim ! Sebab kau..Sebab kau , aku mula membuka pintu hati cintaku semula buat seseorang insan yang bergelar lelaki.Tapi, tak mungkin aku akan dapat bersama dengan kau . Kau terlalu sempurna buat aku.Kau umpama bintang-bintang yang jauhnya berjuta kilometer dari duniaku.Aku tak layak untuk kau Adam. Aku tak...la.. ,"rintihan hati Suha.

Suha tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia berasa sebak.Dia sedih.Dia kecewa.Dia resah. Dia gelisah.Dia benci akan perasaannya kini.Kemudian,dia mula memecahkan empangan air matanya yang sudah mula bertakung di tubir matanya.

        "Seandainya kau adalah bintang , aku adalah bulan.Bulan yang tidak sesempurna bintang yang mampu mengeluarkan cahayanya yang mampu menggembirakan pelbagai pihak.Baginya, dia adalah bulan yang tidak sesuai digandingkan dengan bintang.Bulan yang tidak mampu mengeluarkan cahayanya sendiri untuk dipersembahkan kepada khalayak ramai.Bulan yang bukannya serba boleh.Hanya tahu meminta daripada sang suria akan cahayanya untuk menerangi diri sendiri," gumam Suha perlahan.

Untuk apa membiarkan anjing menyalak di atas bukit,sekiranya dia sedar dirinya siapa. Seseorang yang tidak layak berganding dengan Tengku Adam Fahim yang tampak jauh lebih sempurna berbanding dirinya.Namun,jauh daripada itu, Suha tidak sedar bahawa cinta itu perlu saling melengkapi.Tanggapan bahawa seseorang yang tampak sempurna perlu digandingkan dengan seseorang yang tampak sempurna juga merupakan tanggapan yang salah.Cinta itu saling memerlukan.Cinta itu bukannya sebuah perlawanan untuk menjadi seseorang yang tampak sempurna.Akan tetapi, cinta itu merupakan anugerah ilahi yang mengajar seseorang itu untuk menerima pasangannya dengan sedia ada kerana cinta itu tidak mengajar kita untuk menjadi seseorang yang hipokrit terhadap diri sendiri.Cinta itu juga indah kerana cinta mengajar kita saling melengkapi kekurangan serta kelebihan pasangan kita.Kelebihan dan kekurangan pasangan itu tidak boleh diukur dengan nilai material seperti wang ringgit.Sedangkan kelebihan dan kekurangan pasangan itu lebih merujuk kepada iman di dada , ilmu yang tinggi dan bakat serta potensi setiap pasangan itu sendiri.

####

Di sebalik kesedihan dan kekecewaan yang dialami oleh Tengku Adam Fahim dan Suha Adelia, terdapat seseorang yang hatinya dipenuhi dengan kebencian dan kedengkian.Sesungguhnya, masih ramai lagi manusia yang tidak bersyukur di atas limpah kurnia yang telah Allah berikan.
Salah seorang daripada golongan manusia tersebut adalah Alia Qistina.

Alia Qistina merupakan seorang model yang cukup dikenali di persada antarabangsa.Dia memiliki raut wajah yang cantik dan potongan badan yang memukau tetapi sayangnya hati Alia Qistina tidak seindah rupa fizikalnya.Walaupun dia mendapat banyak tempat di mata hati lelaki, namun dia hanya mahukan Tengku Adam Fahim yang mempu mendebarkan hati wanitanya.Ya, dia hanya mahukan Tengku Adam Fahim ! Tengku Adam Fahim sahaja.

Demi memiliki Tengku Adam Fahim, Alia Qistina tekad untuk memasang strategi.Baginya,jangka masa tiga hari ini boleh mengubah segala-galanya.Arghhh !! Lambatnya masa berlalu buat Alia Qistina.Dia benci mahu menunggu saat hari perkahwinannya bersama Tengku Adam Fahim.Jika boleh, pada saat ini juga dia mahu bernikah dengan Adam.Tapi,apakan daya.Dia mahukan majlis yang tampak hebat dan gah di mata dunia.Dia mahu menunjukkan kepada semua orang di dunia ini bahawa dialah merupakan pengantin yang paling bahagia di dunia.

Pada keesokan harinya,Alia Qistina terus menuju ke rumah Tengku Adam Fahim yang terletak di Taman Titwangsa.Teratak Villa Impian itu menjadi sasarannya.Sesudah memakirkan keretanya, Alia terus melulu masuk ke dalam rumah tersebut untuk berjumpa dengan Datin Maria Kalsom a.k.a ibu Tengku Adam Fahim.

     "Good morning aunty , " sapa Alia dengan nada manjanya.Geli-geleman rasanya bagi sesiapa yang mendengarnya.

     "Good morning dear , my sweet daughter in-law to be , "balas Datin Kalsom ceria.Alia pula sudah kelihatan tersipu malu.Cuba cakap, siapa yang tidak berasa bangga bermenantukan seorang gadis yang menawan,terkenal dan kaya-raya.Memang sudah semestinya,si mentua akan berasa bangga.Itulah yang berlaku pada Datin Kalsom.Nasib baik Alia masih belum berpunya.Dapatlah dia 'cop' dulu untuk dijadikan menantu.Kerjanya untuk menjodohkan Alia dengan anak terunanya makin mudah apabila Alia Qistina itu sendiri sudah jatuh cinta dengan anak terunanya.

Setelah bertegur sapa, Datin Kalsom mempelawa bakal menantunya itu untuk duduk di ruang tamu rumahnya yang eksklusif itu.

      "Kenapa dengan muka Qis ?," soal Datin Kalsom prihatin.

Tidak disangka Alia Qistina bahawa Datin Kalsom mudah terperangkap dalam pembohongannya.Dia amat berterima kasih dengan jurumekapnya yang mampu mengaburi pandangan Datin Kalsom. Sengaja dia meminta jurumekap peribadinya memekapkan wajahnya agar kelihatan sembap dan tidak bermaya.

      "Tak ada apa-apalah aunty."

      "Qis , cuba cerita dekat aunty.Qis ada masalah ke ?," soal Datin Kalsom.


Tiba-tiba Qis mula menabur permata jernih di wajahnya.Dia berpura-pura menangis untuk menjayakan lakonannya di mata Datin Kalsom.Buruk benar rupanya masa itu.

      "Masalah kecil saja aunty,"balas Alia Qistina seolah-olah sedang bermain tarik tali dengan Datin Kalsom.

      "Tak apa.Qis cuba cerita dekat aunty.Aunty tak percayalah masalah Qis tu masalah kecil. Takkanlah Qis menangis teruk macam ni sebab perkara kecil.Aunty tak percayalah."

      " Sebenarnya..."

      "Sebenarnya apa , Qis ?"

Alia Qistina mula berpura-pura menangis semahunya.


      " Sebenarnya Adam ada affair dengan setiausaha dia,Suha Adelia."

Datin Kalsom yang mendengar perkara tersebut terus berdiri daripada tempat duduknya.Itu menandakan bahawa dia amat marah mendengar perihal itu.Tidak disangka-sangkanya bahawa anak lelakinya berani bertindak sedemikian.Sudahlah lagi dua hari majlis perkahwinan anak lelakinya itu.Sekarang ini pula masalahnya?

      "Qis, Qis jangan risau ya sayang.Sudah,jangan menangis lagi.Nanti tak ada seri pula muka Qis masa majlis pernikahan Qis nanti.Hal yang itu serahkan saja dekat aunty.Tahulah aunty nak buat macam mana.Okay,dear? ,"ujar Datin Kalsom sambil merangka-rangka langkah yang perlu diambilnya agar anak lelakinya tidak berlaku curang dengan bakal menantunya.Untuk itu,dia perlu berjumpa dengan seseorang.Sasarannya adalah Suha Adelia.Ya, Suha Adelia !














No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia