Kawan-Kawan

Friday 24 August 2012

Cinta Magis Part 2

‘Helo.Excuse me.Is Tengku Adam Fahim here?,’ujar perempuan gedik yang bertubuh langsing persis seperti model di hadapannya itu.

‘Yes.Do you have did an appointment to see him? He is busy right now.’

‘Whatever,’ jawab gadis tersebut acuh tak acuh.

Dengan gaya bongkaknya,gadis tersebut terus berlalu dan mahu memulas tombol pintu pejabat Tengku Adam Fahim. Suha yang melihat keadaan tersebut terus mengikuti perempuan tersebut dan mahu menghalangnya.Tetapi, gadis tersebut telah berjaya meloloskan pegangan Suha dan berjaya memasuki pejabat TengkuAdam Fahim.Tengku Adam Fahim yang belum memandang wajah kedua-dua gadis tersebut terus meneliti proposal yang sedang diusahakan oleh pekerjanya dan sempat lagi dia memberikan peringatan kepada Suha.

‘Suha.This is my last warning.I’ve told you right.I’m busy.Do I need to explain it  with other language ?’

‘Tapi bos..’

‘Tapi apa?,’ Tengku Adam Fahim yang sedang bengang itu segera mengangkat mukanya.Alangkah terkejutnya dia melihat gadis yang berada di sisi Suha tersebut. Gadis yang ibunya calonkan untuk dibuat isteri.Mana mungkin Tengku Adam Fahim mahu menerima gadis tersebut di dalam dirinya. Walaupun gadis tersebut kelihatan cantik tetapi itu semua tidak pernah membuat jantung TengkuAdam Fahim berdegup laju.Dia seperti tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa buta gadis yang bernama Alia Qistina tersebut.

‘Hey,you buat apa dekat pejabat I ini ha?,’bentak Tengku Adam Fahim terhadap gadis bernama Alia Qistina yang betul-betul berhadapan dengannya.

‘Suka hati  I lah.Lagipun pejabat you pun akan jadi pejabat I jugak bila kita dah kahwin nanti.’

‘Hey perempuan,kau jangan nak perasan dekat sini ya.Siapa yang nak kahwin dengan kau? Aku tak pernah setuju pun nak kahwin dengan kau ! Never ever !’

‘Ini mesti sebab you dah ada perempuan lainkan? Kalau tak,takkanlah you tak tertarik dengan kecantikan I ini? Cepat beritahu I siapa perempuan sialan tu?,’ bentak Alia Qaisara yang seperti dirasuk hantu.

‘You jangan nak buat kecoh dekat pejabat I,boleh tak? You tak ada maruah ke nak buat ini semua?Lagi satu,perempuan yang I cinta itu ada nama dan dia bukannya perempuan sialan.Understood?

‘Ouh,jadimemang betullah sangkaan I selama ini yang you sudah punya kekasih hati? So sad.Ini mesti mak you tak bagi restu.Sebab itulah mak you terdesak sangat nak kahwinkan I dengan you.’

‘Siapa kata yang mak I tak bagi restu?Who say ?Perempuan yang I cinta itu betul-betul berada di belakang you.I love Suha Adelia very very much.’

Gulp ! Suha Adelia yang memang setia berada dekat pintu pejabat bosnya itu sudah tidak mampu untuk menelan air liurnya.Dalam hatinya,berbakul- bakul sumpah seranah buat bosnya.Dia memang sakit hati mendengar pengakuan maut yang bosnya luahkan di hadapan singa betina tersebut.Tak pasal-pasal, dia sekali terlibat dalam masalah peribadi bosnya itu.

‘Sayang,betul tak apa yang abang cakapkan ini?’

‘Haaaa...sayang ? Abang? What the...,’desis hati Suha Adelia.Suha yang melihat perbuatan bosnya yang mengarahkan dia mengiakan kata-katanya terus mengangguk-anggukkan kepalanya.Suha yang menyedari perbuatan spontannya itu terus menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Hish,perempuan ini betul ke tak?Sekejap angguk,sekejap geleng.Pelik betul,’ ngomel Alia Qistina.
Tengku Adam Fahim yang melihat kecurigaan yang bertandang di muka Alia Qistina terus menapak ke arah Suha dan mengenggam tangan perempuan tersebut persis seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

‘Sayang...Don’t be afraid.Itulah..Bukan ke abang dah cakap yang kita kena kahwin cepat-cepat .Suhalah ini yang jual mahal sangat dekat abang.Tengok,bukan ke dah jadi macam ini?,’rengek Tengku Adam Fahim persis seperti kanak-kanak kecil.
Suha yang mendengar omongan bosnya itu terasa mahu muntah di situ pula. Sudahlah bosnya itu berkata-kata dalam nada yang romantis,memang tegaklah bulu romanya itu berdiri.Ditambah pula dengan sentuhan hangat bosnya itu. Memang makin menjadi-jadilah rasa gugupnya.

‘Ish..sudah..sudah...Fahim, anggap sahaja yang saya tak dengar apa-apa.Naik meluat saya lihat drama swasta di depan mata saya ini.And you,perempuan tak guna lebih baik you jauhkan diri daripada bakal suami I ini.You all jangan nak buat I malu masa majlis pernikahan itu nanti.Fahim, remember that you and I will get married in three days.Kalau you tak datang masa majlis perkahwinan kita,you tahulah apa yang akan I buat dekat perempuan ini.Jangan cabar I,’ujar Alia Qistina yang segera keluar dari ruangan pejabat milik Tengku Adam Fahim sesudah menghabiskan kata-katanya yang berbaur arahan dan amaran.

Suha pula sudah menjengilkan matanya ke arah Tengku Adam Fahim sebagai tanda perbuatan Tengku Adam Fahim tersebut terhadap dirinya sudah melampaui batas .
Tengku Adam Fahim yang perasan akan riak wajah Suha terus melepaskan genggaman tangan mereka dan segera duduk di atas sofa di ruangan pejabatnya sambil meraup wajahnya yang kusut itu.
---------------------------------------------------------

3 comments:

  1. Bila nak sambung ni?? Hati dah tak dapat tahan lagi dah. Haha

    ReplyDelete
  2. Insya Allah sambungan mini novella ini akan di sambung tak lama saja lagii... so, teruskan membaca ye... tq !!! ;)

    ReplyDelete

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia