Kawan-Kawan

Saturday 4 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku Ini 3

Bab 3

“Akhirnya sampai juga aku ke sekolah ni”,ujar Tina dengan nada yang riang.Ya, sekolah inilah tempat aku menuntut ilmu.Terlalu banyak kenangan manis,suka duka,perit,derita dan macam-macam lagilah yang aku telah lalui di sekolah ini.Bab yang negatif macam perit,duka dan derita itulah yang membuatkan aku rasa sakit hati bila terkenangkan sekolah lamaku ini. Aku pun tak tahu macam mana perkara yang boleh dikatakan agak bangang jika dikata dengan kasar itu  boleh berlaku. “ Ala,perkara dah lepas.Tak payahlah diungkitkan kembali. Kalau diungkitkan kembali sekali pun mampukah perkara tersebut akan merubah segala-galanya? monologku di dalam hati.

“Qistina ! Yooohooo .. Awat lambatnya hang ni sampai !”,tegur rakan karibku a.k.a best friend forever aku , Nur Liyana Syafiyyah binti Dato Tengku Kamal.Kawan karibku ini tinggi orangnya,langisng ataupun slim, berkulit putih kuning langsat,rambut lurus yang berwarna perang kemerah-merahan..Coop , yang itu bukan warna yang asli ya !Disebabkan dia kawan karib aku yang paling baik di dunia dan alam semesta ini,ceewahh ..terlebih sudah ! Aku memanggilnya Fiyyah.

Nak diceritakan, aku ini dulu ahli group yang diberikan nama Milky Way.Disebabkan obses dengan tajuk sains yang diajarkan oleh guru sains aku semasa aku di tingkatan 3, alaaa.. chapter  yang tentang planet tu, sebab itu lah kami menamakan group kami Milky Way. Kumpulan ini terdiri daripada 5 orang.Tak sikit,tak ramai. Medium. Ahli kumpulannya terdiri daripada aku,Fiyyah, Hana Zulaikha binti Dato Arman Bakhtiar,Dhiya Hanif binti Dato Muhammad Naqib dan Aisyah Marissa binti Dato Muhammad Zawawi. .Kawan-kawan aku ini semuanya berkulit putih termasuklah aku.Huhu..Mereka semua inilah rakan aku yang selalu di sisi aku tak kira susah dan senang.Semuanya dilalui bersama-sama.Aku rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan oleh mereka semua.

“Oiii ! Orang cakap dengan dia,dia buat-buat tak dengar pula.Dah jauh ke kau mengelamun itu.Sampai ke Jordon ke ataupun Turki?”,ujar Hana kepadaku.Fiyyah di sisinya pula hanya diam seribu bahasa dan mendengara apa yang dikatakan oleh Hana sahaja.

“Beristighfar aku ,kau tahu tak ! Tak reti-reti ke bagi salam dulu.Ni tak,main terjah saja.Nasib baik aku kawan kau tau.Kalau orang lain,naya kau tu Hana”,ucapku dengan nada yang dibuat-buat kedengaran tegas.Aku yang baru sahaja menutup pintu kereta Vios aku terus mengunci keretaku itu.Alhamdulillah,berkat kesabaran abang aku yang perasan paling handsome di dunia, aku telah lulus dalam ujian memandu.Sekarang dapatlah aku pergi ke mana-mana dengan mudah.Tak payah harapkan pemandu setia keluarga kami , Pak Adin , mama,papa dan abang Faris serta kak Wafa.

“Eleh,dia pun sama.Bersyukur aku kawan aku ini dah berubah.Ingatkan macam dulu juga. Kasar sikap dan bahasanya terhadap orang lain.Nasib baiklah ada aku yang setia dan sedia memahami kau ini.Hehehehe…” ,ujar Hana.

“Sebenarnya,Tina ini memanglah nampak kasar sikap dan bahasanya terhadap orang yang tak dikenalinya.Tetapi,jika mereka sudah mengenali siapa Tina yang sebenar-benarnya,baru mereka tidak akan menyesal berkawan dengannya”, Hana bermonolog di dalam hati.

“Ceh,perasan pula kawan aku ini.Kau isi arnab dalam bakul angkat sendiri yee.. Memang betullah kau ini Hana.Sikapmu tidak pernah berubah walaupun sudah lama tidak kutemu”selorohku yang cuba menghidupkan suasana di kala itu.
“Kau ini kalau tak merosakkan peribahasa yang indah tu mamang tak sah lah.. Ada ke patut dikatanya peribahasa arnab segala tu. Jomlah cepat kita pergi ambil slip keputusan SPM kita tu.Kalau aku biarkan hang berdua berchit-chat kat sini memang tak ambillah aku slip peperiksaan SPM itu”.

Mendengar kata-kata Fiyyah itu, aku dan Hana telah mempercepatkan langkah kami ke dewan sekolah kami yang besar dan luas itu.Aku pula sudah tidak sabar-sabar lagi ingin berjumpa dua rakan karibku yang lain iaitu Dhiya dan Marissa.Kata Fiyyah,mereka menunggu kami di dewan.Sedang aku berjalan cepat ke dewan sekolah tersebut,Fiyyah tiba-tiba bersuara.
         
          “ Emmm, Tina, kau masih tak maafkan Arsyad ke ?”
------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.Aku bersyukur kepadamu”, dalam nada yang sebak Tina berkata. “Macam mana dengan keputusan hang semua?”,soalnya kepada rakannya yang sudah tersenyum lebar.
“Straight A’s”,serentak dengan itu mereka berkata dengan nada yang teruja.
Aku tak pernah sangka yang kami semua akan dapat “Straight A’s” dalam keputusan peperiksaan SPM kami.Masa trial dulu pun tak adalah baik sangat keputusan kami ini.Walau apa-apa pun,aku tetap rasa gembira dan bahagia kerana dapat keputusan yang boleh menggembirakan hati kedua ibu bapa aku.Tak sia-sia mereka menhantar aku ke sekolah selama ini.Selepas ini, aku harus meneruskan rancanganku.Aku mahu meneruskan perjuanganku ke menara gading pula.Aku mahu mengambil jurusan mengenai accounting. Itu memang ialah cita-citaku semenjak kecil lagi.Ibu bapaku pula tidak pernah menghalang aku daripada mengejar cita-citaku.Bahkan,mereka sokong dan yakin dengan keputusan yang aku lakukan.
Tiba-tiba Dhiya bersuara.

          “Nampaknya bolehlah kita sambung pelajaran kita dekat university yang we all idam-idamkan.Tak sabar rasa-rasanya nak tunggu.I’m excited !”

          “Kok ye pun,sabarlah dulu.Aku haraplah kita semua belajar di university yang sama. Bolehlah apa yang kita wish selama ini boleh tertunai.”ujar Marissa

          “Amin” , kami ucapkan bersama-sama

Tidak nun jauh di sana aku melihat kelibat seseorang yang membuat aku berasa sangat geram.Tingkah lakunya yang memang menjengkelkan itu membuat aku rasa nak cekik-cekik je mamat gila tu.

“Ya Allah,apa yang kau fikirkan ni Tina.Istighfar,istighfar cepat !”,monologku di dalam hati.

          

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia