Kawan-Kawan

Friday 7 December 2012

Cinta VS Benci 8

Bab 8 ! ;)



Sudah beberapa hari kejadian pertengkaran Qaireena dan Irfan serta kejadian pertemuan Rissa dan Emir berlaku.Pada hari ini,Qaireena sedang bersiap-siap untuk bertemu dengan rakannya di KLCC.

**

"Reena , how are you baby ?"

Kelihatan dari jauh Reena sedang menuju ke arah meja yang memuatkan seramai empat orang .

"Dah tak ada soalan lain ke nak tanya? ",Qaireena menjengilkan matanya di hadapan rakan-rakannya setelah mengambil tempat duduk.

Kawan-kawannya turut menjengilkan mata mereka.Masing-masing tak mahu kalah berlawan mata siapa paling besar.

Akhirnya Qaireena mengalah.

"I'm fine baby !"

Kawan-kawannya yang mendengar sebaris ayat tersebut melemparkan segaris senyuman.

"You all ni memang tak berubah.Tetap macam dulu jugak ,"ujar Qaireena.Agak-agak kejahatan mereka semasa di zaman universiti dulu masih sama ke ? Tepuk dada tanya hati !

Seorang gadis yang berambut panjang membalas ayat yang dituturkan oleh Qaireena.

"Reen,Reen..We still same like before.Yang penting,hati puas !,"ujar Lisa yang menyebut trademark popular mereka semasa zaman universiti.

"Ish, girls ! Why we must talk about our past?It is an obsolete things.Apa kata you all cerita benda yang menarik?,"cadang seorang gadis yang bernama Shaaron pula.Nama asalnya Sharifah Azlin tetapi dimodenkan pula menjadi Shaaron. Nama glamour la katakan.

"Okay girls,besides talking about our past,lets talk about gossips.I love gossipsss !,"ucap Melly yang sememangnya kaki gosip dalam kumpulan mereka.Kalah wartawan sensasi.Ternyata Melly lebih hebat daripada mereka.Tanyalah macam-macam padanya,memang dia tahu semuanya.

Bersinar-sinar ketiga-tiga mata gadis yang mendengar kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Melly. Bagus juga rupanya ada kawan sebegini.Tak payah dah nak beli magazine sebab mereka sudah ada magazine bergerak.Tak lain dan tak bukan Melly la jawapnya !

"Wey,tell us.We can't wait for your gossipss Mel,"ujar Qaireena.Amboi,speaking nampak !

"Okay,chill la girls.You all tau tak?"

"We don't know !" Cepat sahaja ketiga-tiga mereka menjawab.Gelojoh sangat nak mendengar gosip.

Mel juga tidak kurang hebatnya, excited punya pasal sampai digenggam tangan kiri dan kanannya dan diangkat ke paras bahu.

"Finally, finally Emir Rizqi Aisy come back to Malaysia ! Ouh,gosh ! I can't wait to see my prince charming." Teruja sungguh Mel memberitahu Qaireena,Lisa dan Shaaron.Bersinar sungguh matanya.Seperti Emir itu kekasihnya pula.

Lisa yang mendengar hanyar mencebik meluat.

"Hish,you ni Mel ! Dia juga yang you nakkan."Lisa berkata sambil membelek-belek kukunya.

"You are stupid Lis.You shouldn't have to broke up with him.He's such a handsome guy.And that was so wasteful ,"selamba sahaja Qaireena berkata begitu.Dahulu,Lisa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan CEO Amanda Holdings iaitu seorang lelaki yang popular dengan nama Emir Aiqal walaupun nama sebenarnya Emir Rizqi Aisy.

"Don't worry la Reena.Nanti aku goda dia cairlah dia dengan aku.Macam kau tak kenal aku ini sapa." Bangga Lisa menunjukkan kehebatannya.Bibirnya menguntumkan senyuman sinis sambil memikirkan strategi untuk mendapatkan Emir semula.Kali ini tak boleh terlepas ! Never ever !!

"Mel,how do you know that he's at Malaysia right now? soal Shaaron yang mahu mengorek rahsia lagi.

"Hellooooo ! I'm Mel okay ? I know la ! Because a few days ago,I've seen him at Clinton Bar.Wow , he's super duper hot than before.Lis,how lucky you are to have Emir as your boyfie."Melly memberikan pujian kepada Lisa. Padahal,belum tentu lagi Emir itu milik Lisa !

"Well,see the legs la kan !," tambah Lisa lagi.

Serentak dengan itu,gamat restoran itu dengan gelak tawa mereka.Kemudian,mereka langsung memesan makanan tengah hari mereka di restoran yang terletak di KLCC itu.

**
"Akak, Rissa nak tanya something boleh ? , "soal Rissa kepada Puan Khaisara.

Puan Khaisara yang mendengar terus memandang muka Rissa.Berkerut dahi Puan Khaisara mendengar soalan Rissa.

"Tanya ajelah Rissa.Kenapa ya ? Ada masalah kerja ke ?"

"Eh,bukan macam itulah kak.Actually,Rissa cuma nak minta cuti empat hari boleh? Rissa nak balik kampung jumpa family.Dah lama Rissa tak balik jenguk dia orang ,"jelas Rissa.

Puan Khaisara tersenyum.

"Laa.Akak ingatkan apalah tadi.Kenapa tak tanya terus dekat Encik Irfan? Diakan bos Rissa."

"Memang Rissa nak beritahu dia lepas ini.Tapi,sebab Rissa ambil cuti lama sangat ini,Rissa takutlah pula nak minta.Nanti,dia tak bagi pula.Kempunanlah Rissa ,"ngomel Rissa sambil memuncungkan mulutnya.

"Rissa ini.Confirmlah dia bagi punya.Percayalah cakap akak ini.Lagipun,minggu ini tak banyak sangat hal. Baguslah Rissa pilih minggu ini untuk cuti empat hari."

"Kalau aka dah kata macam itu,legalah sikit hati Rissa.Rissa jumpa dengan Encik Irfan dulu ya." Rissa segera mengeluarkan sepucuk surat daripada lacinya.Surat minta cuti.Leceh pula bekerja dengan Irfan.Semuanya nak kena ada surat la,sampul surat la.Bukannya tak boleh hantar melalui e-mel pun.

**

" Laa, betul ke ini Rissa?Awat tak habaq dekat aku awal-awal.Kalau tak,boleh join sekaki ," ucap Deeja dengan nada tidak puas hati.Best betul si Rissa ni dapat bercuti.Deeja pun mahu bercuti juga.Huarggggg !!

"Ala kau ni,aku pergi empat hari ajelah.Bukannya empat tahun.Ngada-ngada je kau ni.Lainlah kalau Faris Danish.Sehari tak jumpa dia,kau dah meroyan dah,"tempelek Rissa.Lucu sungguh dia melihat muka Deeja ketika itu.Muka tak puas hati.

"Kau ni..lebih pulak.Aku hempuk kau dengan hanger baju tu baru tau penangan Deeja."Deeja segera mengambil hanger baju yang terdampar di atas katil Rissa.

"Woi,cool ..cool..Aku main-main jelah."Rissa berkata lagi sambil tangannya ligat mengemas bajunya. Esok, dia akan pulang ke kampung halamannya di Raub,Pahang selepas waktu dia bekerja.Bertolak waktu malamlah gayanya.

Tadi pun,jenuh dia nak minta kebenaran daripada Irfan untuk bercuti.Menyampah betul dia dengan Irfan. Macam-macam alasan yang diberikan oleh Irfan untuk tidak membenarkan dia mengambil cuti.Sebal sungguh hati.Dalam hati ini dahlah kerinduan aku terhadap  mak abah dengan adik-beradik aku kat kampung itu setinggi gunung Everest.nasib baik otak aku geliga.Bolehlah aku smash balik semua auta Irfan itu.





2 comments:

  1. seronok..tp kalo nak qaireena n irfan tu jadi heroin n hero best juga...lain dari lain..klo yg emir n sofia tu byk dah..hehe..jgn marah

    ReplyDelete
  2. anonymous huhuuu ^^ ! tak marah laa. . saya pun fikir nak tukaq watak hero heroin ni. . maybe saya akan buat 2 kisah cinta yang berkisarkan tentang persahabatan antara rissa ,emir , qaireena and irfan ! anyway thanks sbb beri cadngan. . ;)

    ReplyDelete

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia