Kawan-Kawan

Tuesday 20 November 2012

Cinta VS Benci 5



Bab 5
Di sebuah Restoran Warisan Melayu..

“Wei, asal dengan muka kau itu? Monyok saja aku tengok.Aku rasa kalah jeruk mangga kalau compared dengan muka kau yang masam itu. Cubalah cerita.Cuba cerita,”ujar Khadeeja sahabat karib Rissa.

Entah apa yang merasuk diri Rissa pada hari ini.Semalam bukan ke main lagi ceria dan riangnya dekat rumah.Tengok-tengok waktu tengah hari ini mukanya berkerut seribu dan wajahnya mempamerkan riak tidak tenang.Macam-macam hal betul si Rissa ini.

“Aku cuma..Aku cuma jumpa dia laa..”

“Jumpa siapa Rissa ? Jumpa hantu ke ?”

Rissa yang mendengar shabat karibnya hanya mempu menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda tidak menyangka pengaruh cerita seram di dalam diri rakannya itu terlalu hebat.Sampai terbawa-bawa ke alam reality.Ish..Ish..Ish … Tak patut begitu !

“Kau ini tak habis-habis dengan hantu Kak Limah dengan pontianak mata merah kau itu.Aku cuma jumpa..”
Deeja yang mendengar Rissa berkata sedemikian hanya mampu bersabar.Tahulah dirinya ini memang peminat finatik cerita genre seram.Ditarik nafasnya sedalam-dalamnya untuk mengusir perasaan geramnya terhadap Rissa.Orang tengah serius boleh pula si Rissa ini buat lawak antarabangsa.Seriau betul…

“Ala kau saja nak kenakan aku..Tahulah aku suka tengok cerita hantu.Aku gurau saja tadi.Relax lar der.Kau ini pun satu, tak habis-habis dengan aku cuma ..aku cuma.. Ingat ini iklan percuma ke ?”

Sengaja sahaja Deeja cuba berlawak dengan Rissa.Sekurang-kurangnya ini mampu menjernihkan kembali wajah Rissa yang memang sudah sedia berkeruh pada tika ini.Dapat-dapat lagi reaksi wajah Rissa yang serius nak mampus saat dia mengeluarkan statementnya yang sememangnya lawak yang tak lawak itu.

“Loyar buruk pula kau ini kan Deeja.Aku cuma jumpa kawan baik aku itu.”

“Eh ,Rissa  ! Aku ingatkan aku ini kawan baik kau.Sampai hati kau sudah ada kawan baik yang lain.Tak sangka betul aku.Sudahlah itu tak beritahu aku langsung.Nak merajuklah macam ini.”

“Eh.. eh.. Aku yang tengah stress berkedut muka , kau pula nak merajuk buat muka seposen dekat sini.Apa yang kau tak kenalnya.Aku jumpa Qaireena tadi.”

“Laa….Iya ke ? Maksud kau Qaireena yang satu bilik dengan kau masa dekat universiti dulu tu ke ? Yang kahw…,”kata Deeja.

Nasib baik dia tidak sempat menyambung perkataan akhir yang baru sahaja ingin disebutnya tadi.Hal sensitif itu.Yakni hal yang membawa luka dan meninggalkan parut di lubuk hati yang paling dalam.

Belum sahaja Rissa mahu berkata-kata,seorang pelayan restoran di tempat mereka berdua ingin menjamu selera sudah berdiri di tepi meja mereka untuk mengambil pesanan.

“Erm, kita orderlah dulu.Lepas ini aku sambung cerita balik,” ucap Rissa kepada Deeja.
“Okey,”balas Deeja sepatah kata.

--------------------------------------------------------

“Alhamdulillah.Kenyang betul aku dah ini.Tak larat pula rasanya nak berdiri,”ujar Rissa.

“Sudah-sudah..Tak payah nak mengada-ngada lagi.Saja jelah tu.Nampak sangat maksud tersirat kau itu.Mentang-mentanglah aku yang bayarkan.

“Kau yang dah berjanji.Memey lar.Aku saja-saja je nak ingatkan janji kau itu.Seminggu okay ? Ingat tau,”kata Rissa.Hampir tersembur gelak tawanya tatkala melihat muka cemburut Deeja.Geli hatinya melihat wajah teman baiknya ketika itu.

Deeja yang melihat Rissa yang sedang ketawa akan dirinya itu berasa sedikit lega.Lapang sudah segenap hatinya melihat wajah ceria Rissa waktu itu.Tetapi, dia sengaja membuat muka serius di hadapan Rissa agar dia bisa menyembunyikan perasaan leganya pada ketika itu.

“Janganlah gelakkan aku lagi.Malu lar wei.Pak cik yang duduk dekat belakang kau itu pun dah pandang-pandang muka cun aku ini,”balas Deeja seraya memanggil pelayan restoran untuk menjelaskan bayaran makan tengah hari mereka berdua pada hari itu.

“Aku tak tahanlah tengok muka kau tadi.Cute sangat,”ujar Rissa selamba sambil membuat tanda peace di kedua-dua belah tangannya yang diangkat sedikit ke paras kepalanya.

“Banyak cekadak kau punya cute,”balas Deeja sambil mencebik mulutnya.

Setelah selesai membuat bayaran,Deeja dan Rissa terus pulang menuju ke pejabat masing-masing.Mereka berdua telah berjanji untuk pulang awal ke rumah pada hari ini untuk melaksanakan “Rancangan Luah Bicara” yang sering mereka lakukan ketika ada di antara mereka yang sedang mengalami perasaan kecewa,sedih dan stress melampau.

----------------------------------------

“Rissa, kerja Rissa ada banyak lagi ke itu ?,”soal Puan Khaisara a.k.a Ketua Setiausaha di Syarikat Irfida.

“Lagi sikit saja ini kak.Kenapa akak tanya?,”soal Rissa kembali kepada Puan Khaisara yang sudah lama dianggap sebagai kakaknya sendiri.

“Akak ingatkan nak minta tolong dekat Rissa hantarkan dokumen penting ini dekat Amanda Holdings.Si mamat Rafie itu tak datang kerja hari ini.Demam katanya.Sebenarnya akak boleh saja hantar dokumen ini sendiri.Tapi,akak kena pergi hospital sekarang sebab anak akak demam teruk ini.Baru sekejap tadi akak dapat call from cikgu sekolah agama dia,”terang Puan Khaisara bersungguh-sungguh.

“Tak apalah akak.Selama ini pun,akak dah banyak bantu Rissa.Lagipun, Rissa cuma perlu hantar dokumen ini dekat Amanda Holdings kan?”

“Terima kasih banyak ya Rissa.Maaf sebab akak dah susahkan Rissa pula hari ini.Dokumen ini kena hantar hand-by-hand.Maklumlah maklumat sulitkan.Rissa kena hantar dokumen ini kepada CEO Amanda Holdings sendiri.Nama dia Emir Rizqi Aisy.Orang selalu panggil dia Encik Emir .”

Terasa air liur tersekat di bahagian tengah kerongkongnya pada ketika ini.CEO? Pasti bukan calang-calang orang ini.Terasa gerun pula dirinya ingin menyerahkan dokumen ini kepada CEO Amanda Holdings.

“Kalau macam itu , Rissa beransurlah dulu ya ke sana.Takut jalan jem pula nanti.”

“Kalau Rissa tak tahu bilik CEO itu dekat tingkat mana, Rissa tanya saja dekat bahagian receptionist syarikat itu.”

“Okay kak,” ucap Rissa menamatkan perbualan mereka.

Usai dokumen penting tersebut diambil daripada Puan Khaisara, Rissa segera memandu ke Amanda Holdings.Dia berharap agar dia cepat tiba di Amanda Holdings kerana dia sudah mengikat janji dengan Deeja untuk pulang awal ke rumah pada hari ini.











2 comments:

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia