Kawan-Kawan

Monday 19 November 2012

Cinta Magis Part 5

Cinta Magis Part 5 


"Sumpah ustaz , saya tak buat macam apa yang ustaz katakan.Saya be..berani bersumpah di atas nama Allah , " jelas Suha sambil menangis teresak-esak.

Tengku Adam Fahim yang melihat keadaan itu tidak mampu berbuat apa-apa untuk menenangkan perasaan hati Suha.Dia akui memang salah mereka berdua kerana berada di tempat yang sunyi dan gelap lagi itu.Kali ini, dia yakin akan firasatnya.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.Cantik sungguh pemainan orang tersebut.Begitu teratur dan sempurna bak kata pepatah smooth and clear macam iklan maybelline gitu.

Tiba-tiba dia teringat kembali akan peristiwa buruk yang berlaku sebentar tadi.

"Kamu berdua ditangkap kerana sedang berkhalwat.Sila ikut kami sekarang, "ujar seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Amir.

Adam dan Suha yang ketika itu sedang terkejut dengan situasi mereka yang kelihatan seperti sedang berpelukan telah dikejutkan lagi dengan kehadiran orang-orang JAIS.

"Tapi saya..," ujar Suha yang sedang mula mengalirkan air mata.Tidak disangka perkara yang mahu dielakkannya betul-betul terjadi sekarang.

"Tapi apa ? Sudah terang lagi bersuluh lagi kami melihat awak berdua sedang berpelukan.Entah-entah awak berdua pernah melakukan perkara yang lebih terkutuk daripada ini ," balas seorang pemuda yang menjadi saksi mereka sedang ditangkap berkhalwat.

"Tadi saya terjatuh dan bos saya cuma membantu saya sahaja, encik.Tolonglah.Saya betul-betul tidak melakukan apa-apa dengan dia encik ," rayu Suha berkali-kali.

"Sudahlah.Saya rasa lebih baik kalian berdua ikut kami sekarang.Kalau ada apa-apa masalah sila terangkan di balai nanti,"ujar Ustaz Amir.

"Adam , tolonglah jelaskan kepada mereka yang kita berdua tidak bersalah , " lantang suara Suha berkata-kata.Dia benar-benar marah pada saat itu.

"Saya .. ," belum sempat Tengku Adam Fahim bersuara terdapat suara seseorang yang terus memotong percakapannya.

"Sudahlah.Tak payah nak berdrama lagi dekat sini.Dah banyak  kali kami menghadapi situasi yang macam ini. Semuanya berpura-pura tak bersalah , " ujar pemuda yang menjadi saksi tersebut lagi.

Akhirnya Tengku Adam Fahim dan Suha Adelia terpaksa mengikuti Ustaz Amir dan mpat orang saksinya yang lain.Sampai sahaja di luar perkarangan Marwa Holdings, mereka dikejutkan lagi dengan satu kejutan lagi.Terdapat ramai wartawan yang menyerbu ke arah mereka.Seolah-olah perkara ini telah dirancang secara teliti oleh seseorang.Reaksi Suha pula , usah dipertikaikan.Mukanya memang merah menahan marah. Takut dia melihat reaksi Suha pada waktu tersebut.

***
Kelihatan Datin Maria Kalsom dan suaminya Datuk Farid Ahmad sedang melangkah menuju ke arah mereka berdua.Tidak ketinggalan juga si gedik Alia Qistina.

" Hoi perempuan ," tiada langsung sapaan salam.Orang Islam ke bukan ni ?

Suha hanya membuang pandang ke arah lain.Menyampah dan malas nak layan kerenah tunang si Adam.Pasti dia akan dicaci dan dihina sebentar lagi.

"Alia ! Behave yourself. ," Datuk Farid memberi amaran.

Alia yang mendengar Datuk farid memberi amaran keras terhadapnya hanya mampu menahan sabar. Malunya bukan kepalang.Sakit hatinya apabila Datuk Farid seakan-akan memihk kepada Suha.Siapa yang bakal menantu dia sekarang ini.

"Anak ini Suha Adeliakan ? , "ujar Datuk Farid memulakan bicara.

Suha yang mendengar soalan tersebut hanya menganggukkan kepala.Dia berasa sangat letih saat ini sehingga tidak mampu berbicara.

"Dah bisu ke perempuan ini.Tak ada mulut dah ke ? ," soal Datin Kalsom sinis.

Datuk Farid yang mendengar kata-kata isterinya itu hanya memandang geram terhadap isterinya. Isterinya tidak patut berkata sedemikian.

"Maafkan aunty Kalsom iye Suha , " ujar Datuk Farid.

Kemudian Datuk Farid memandang ke arah Adam.

"Adam , do you have something to explain ? , " soal Datuk Farid tenang.

"Pa , actually both of us didn't do anything.It was Adam's fault ," jawab Adam yang cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar.

"Salah Adam ? How could it became your fault ? Jangan-jangan perempuan ini yang rancang kesemuanya , " duga Datin Kalsom.

"Ma ! "

"What Adam ? What ? "

"Kami berdua tak bersalah.Can you please believe in me ? "

"Adam , I believe in my only son.That's you."

Baru sahaja Adam ingin menarik nafas lega setelah mendengar butir kata daripada ibunya , dia dikejutkan lagi dengan penyataan ibunya.

"But , I don't believe her.Aku tak percayakan perempuan penggoda itu."

"Maria , please watch your mouth . Jangan nak keruhkan lagi keadaan, " marah Datuk Farid.Geram sungguh Datuk Farid melihat sikap kebudak-budakan isterinya itu.

"Terserah mamalah nak kata apa-apa pun.Tapi yang pasti , mama kena ingat bahawa kebenaran pasti akan terungkap pada suatu hari nanti dan pada saat itu mama akan ketahui bahawa semua kata-kata nista yang mama lemparkan kepada Suha itu adalah fitnah semata-mata, "  jelas Adam satu-persatu.Dia sudah penat mahu melayan kerenah ibunya itu.

Suha yang mendengar butir perkataan yang diucapkan oleh Adam mula mengalirkan air matanya.Murah sungguh air matanya pada wakti ini.Sementara Alia pula hanya mencebik meluat menandakan dia benci melihat sketsa air mata tersebut.

"Kalau macam itu, papa buat keputusan yang papa nak Adam bernikah dengan Suha.Memandangkan semuanya dah jadi macam ini.Lagipun papa, tidak mahu perkara ini akan jadi buah mulut wartawan setempat.. Malu papa nanti.Tadi , jenuh papa menyuruh mereka semua membatalkan artikel-artikel yang melibatkan kamu berdua.Alia, uncle minta maaf.Mungkin jodoh kamu dengan anak uncle stakat ini sahaja ," ujar Datuk Farid tenang.

"What ! Uncle tak boleh buat Alia macam ini.Mana Alia nak letak muka Alia bila orang kata Alia tak jadi bernikah dengan Adam.Uncle tak boleh buat Alia macam ini.Cannot , " jerit Alia lantang.

Datin Kalsom juga berfikir ada betulnya apa yang dikatakan oleh suaminya.Malulah dia jika hal ini tersebar ke pengetahuan orang ramai.Mana nal letak mukanya nanti.Alahai, terpaksalah dia mengorbankan Alia.

Bagi Suha pula, dia sudah tidak terdaya untuk melakukan apa-apa.Dahlah dia sebatang kara di dunia  ini. Seandainya ibu bapa dia pasti hidup , pasti mereka akan berasa sedih terhadap dirinya.Dia pasrah dan menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa.

Adam yang mendengarnya pula hanya tergamam.Dia tidak menyangka bahawa ayahnya akan berkata sedemikian.Dia fikir ayahnya akan memarahinya cukup-cukup.Tapi , sebaliknya pula yang berlaku. Lagipun , dia merasakan ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini.Buktinya, dia akan bernikah dengan perempuan yang dicintainya itu pada esok hari.

Datuk Farid pula hanya mampu merenung ke arah anaknya dengan perasaan yang sayu.Dia juga berasa bersyukur kerana anaknya tidak jadi bernikah dengan Alia.Setelah dia mendapat tahu perkara sebenarnya daripada seseorang , dia berasa bahawa dia telah membuat keputusan yang salah dengan membenarkan anaknya bernikah dengan Alia.Nasib baik Allah membantunya mengetahui kebenaran yang sebenar-benarnya.

Alia Qistina pula berasa amat marah dan berdendam dengan semua ahli keluarga Datuk Farid.Lebih-lebih lagi kepada Suha Adelia.Dia berasa amat marah terhadap Suha.Disebabkan Suha , dia dilanda dengan dua masalah.Pertama,dia terpaksa menahan malu kerana tidak jadi bernikah denganAdam.Kedua pula, dia berada dalam keadaan buntu bila memikirkan anak yang berada di dalam perutnya.Dia sudah hamil dua bulan.Cepat atau lambat dia takut jika ada orang yang mengetahuinya.

Jauh daripada tempat perbincangan Datuk Farid bersama isteri , anak , Suha dan Alia , terdapat seseorang yang memerhati ke arah mereka. Sejurus kemudian, segaris senyuman mula terbit  di mulut seseorang tersebut.Akhirnya berjaya juga rancangannya.

1 comment:

  1. teruskan..best lah plak..tapi jalan cerita cam dah biasa je..

    ReplyDelete

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia