Kawan-Kawan

Friday 24 August 2012

Cinta Magis Part 1


'Astaghfirullah..! Apa yang hang pi buat ni ? Akak suruh hang pi fotostat kertas ini 100 keping bukannya suruh hang pi buat mesin fotostat. Kenapa lama sangat hang nak pi fotostat benda ni ?,'soal Puan Nurul Hayati selaku Ketua Setiausaha di Syarikat Marwa Holdings tersebut.

'Akak, bukannya Suha nak duduk bertenggek lama-lama pun dekat sini. Mesin fotostat ni haa yang sengal sangat.Orang duk tekan-tekan tapi tak berfungsi pun.Macam dah rosak aje. Sudahlah Mr.Angry Bird tu mesti mengamuk sakan dengan Hana kejap lagi.Yelah, sepatutnyakan kerja-kerja fotostat ini cuma mengambil masa yang sekejap sahaja,' luah Suha Adelia selaku setiausaha salah seorang Pengarah Syarikat Marwa Holdings.

'Betul ke mesin fotostat ini rosak? Rasanya baru minggu lepas sahaja mesin fotostat ini dibeli.Takkanlah cepat sangat rosak.Masalah besar ini, desis hati Puan Nurul Hayati sambil menekan-nekan punat-punat yang tersusun rapi di badan mesin fotostat tersebut.

Suha sangat mengerti kerisauan yang melanda diri rakan sekerjanya yang semakin dimamah usia tersebut. Syarikat yang menjadi tempat kerjanya ini memang memerlukan mesin fotostat.Dalam sehari beratus-ratus kertas yang akan difotostatkan oleh pekerja di setiap bahagian syarikat ini.Tanpa kemudahan tersebut ,alamatnya habislah nasib pekerja di sini yang mahu menggunakan perkhidmatan mesin fotostat tersebut.

'Sudahlah itu Suha.Hang pilah sambung kerja hang yang Tuan Tengku Adam Fahim tu bagi.Nanti kalau dia dah mengamuk mampus hang dengan dia nanti.'

'Ish,akak ni.Dia kalau dah marah memang sebiji macam kartun angry bird tu.Asyik tau nak marah saja.Sudahlah itu, tak nak dengar penjelasan orang lain pula. Seksa sungguh jiwa dan raga Suha ini,' ngomel Suha.

Puan Nurul Hayati tidak mampu menyangkal apa yang dikatakan oleh Suha.Baginya seratus peratus butir-butir perkataan yang keluar dari mulut Suha itu adalah fakta dan bukannya rekaan semata-mata.Sudah nasib Suha dia mendapat bos yang sebegitu.Nasib baik Suha Adelia ini merupakan seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi.Dapatlah dia menahan rasa marah yang membuak-buak di dalam hatinya.
---–----------------------------------------------

'It's already one hour.Where did you go Suha ? You told me that you want to help Puan Nurul Hayati just for a while.But now,you already missing for an hour,' jerkah Tuan Tengku Adam Fahim.

'Sorry tuan.Sa...saya..mesin fotostat..'
'Cik Suha,sejak bila pula awak jadi gagap ini.Semalam bukan main lagi awak menjawab semua soalan saya.'

Suha yang mendengar kata-kata bosnya itu hanya mengetuk-ngetuk kepalanya.Semalam memang dia tunjuk yang dia tu hero di hadapan bosnya itu.Semua soalan yang dilemparkan kepadanya memang dijawab dengan penuh gramatis, tepat dan padat.

'Mesin fotostat itulah yang rosak. Sebal aje hati.'

'Cik Suha oii.Marwa Holdings ini cuma ada satu mesin fotostat ke? Bukan ke ada banyak lagi mesin fotostat dekat tingkat bawah?'

'Memanglah bos.Tapi..'

'Sudah.Sudah.I don't want to hear anymore explanation.Sekarang ini lebih baik kalau awak pergi siapkan kerja yang saya beri pagi tadi.'

Itulah sikap bos yang memang tidak disukai oleh Suha.Suka sangat tak mahu mendengar penjelasan orang lain.Geram sungguh hati jika mengenangkan sikap meluat bosnya itu.

'Hish.Geram betullah.Apa dia fikir mesin fotostat itu boleh digunakan sesuka hati ke?', desis hati Suha.
--------------------------------------------------

Jika dikira-kira, hati ini genap enam bulan Suha Adelia bertugas di Marwa Holdings.Bermacam-macam kerenah manusia yang dia temui di situ.Gadis yang sudah menginjak ke usia 26 tahun itu sebenarnya bukan calang-calang orangnya. Gadis tersebut pemegang sijil master dalam bidang perakaunan.Tetapi dia terpaksa mengambil satu lagi course yang berlainan dalam bidang kesetiausahaan.Menjadi seorang akauntan memang impian Suha sejak dia masih kecil lagi.Sikapnya yang teliti dan pantas mengesan kesilapan dalam catatan akaun memang melayakkannya untuk menjadi seorang akauntan yang hebat dan berkaliber.Tetapi sayangnya, banyak syarikat yang mahukan seorang akauntan yang berpengalaman dan peluang pekerjaan yang semakin banyak persaingannya membuatkan Suha terpaksa mengkuburkan impian dan cita-citanya.
Kerja sebagai seorang setiausaha ini pun telah membuatkan Suha berasa bersyukur sangat.Dapatlah dia menanggung perbelanjaan peribadinya dan menghulurkan wang buat orang tuanya.Walaupun gajinya tidak seberapa,Suha pandai membuat bajet untuk menguruskan kewangannya.
‘Suha,kau tak pergi mana-mana ke hari ini? Ajaklah boyfriend kau pergi jejalan,’ ujar Damia Darwisya teman karibnya semenjak kecil lagi.
‘Apa boyfriend? Tak kuasa aku nak melayan.Kau bukannya tak tahu yang aku ini memang anti-lelaki.Menyampah aku.Lelaki semuanya auta.Suka memungkiri janji.’
‘Suha..Suha...Kau tak boleh berterusan macam ini.Nanti selama-lamanya kau tak berkahwin.Umur kau itu pun semakin tua bukannya semakin muda.Aku ini pun lagi tiga bulan sahaja nak kahwin.Aku ingatkan bila kita sama-sama dah kahwin bolehlah kita jodohkan anak-anak kita.’
‘Ish, merepek betullah.Mana ada orang buat macam itu zaman sekarang ini.Kau ingat ini zaman batu ke nak jodoh-jodohkan segala?’
‘Kau ni sensitif betullah.Orang cuma bergurau saja.Takkanlah dah sentap kut? Lagipun takkanlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga?Kumbang bukannya seekor tapi banyak tahu.Lupakanlah si jantan tak guna itu.Bukannya bawa untung pun mengenangkan jantan durjana itu,’ luah Damia yang sedang berang dengan sikap kepala batu milik rakannya itu.
‘Excuse me.Siapa yang ingat dekat lelaki sial itu?Disebabkan dialah aku jadi fobia dengan lelaki sekarang ini.Aku tak sangka yang Faris Iqbal itu sanggup buat aku macam ini.Sudahlah aku bermati-matian cintakan dia.Tapi..,’ujar Suha dalam nada yang sebak.

‘Tapi dia curang dengan kaukan?Dia tidur dengan perempuan lain?Dia hampir merogol kau? Itu ke yang kau cuba nak sampaikan dekat aku? Harap nama sahaja yang sedap tapi perangai macam hantu.Aku rasa mata dia memang butalah sebab tak nampak cinta kau yang tulus dan ikhlas ini.Kalau aku jumpa dia lagi tahulah aku macam mana nak kerjakan dia nanti.’

Pemilik nama Suha Adelia itu memang cantik orangnya.Wajah gadis tersebut berbentuk bujur.Kulitnya pula putih kemerah-merahan.Matanya yang bundar berserta alis matanya yang hitam memukau memang melihatkan ciri-ciri gadis yang ‘limited edition’.Jika dipandang sekilas, ramai orang yang tidak akan percaya bahawa gadis tersebut sudah berumur 26 tahun.Mana tidaknya,ramai golongan belia yang berumur 23 tahun sudah tertarik melihat muka Suha Adelia.Mukanya yang manis itu memang tidak jemu ditatap.Ditambahkan lagi dengan potongan badan Suha yang slim memang tertarik the boomlah.Walaupun gadis tersebut memiliki ketinggian yang tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek tersebut mempunyai ramai orang yang menaruh harapan untuk memiliki hati dan jasad perempuan tersebut,pemilik yang bernama Suha Adelia ini tetap dengan pendiriannya.Egonya yang menggunung tinggi menyukarkan para lelaki untuk menyelami perasaan Suha Adelia.Kini hanya satu sahaja dipinta oleh Damia.Dia berharap agar Suha Adelia akan menemukan jodoh yang telah tercipta untuknya.

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia