Kawan-Kawan

Thursday 11 October 2012

Cinta VS Benci 4 !



Bab 4

Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui celahan tingkap ke dalam kamar tidur milik Qaireena dan Irfan telah menyebabkan Qaireena terjaga dari tidurnya yang panjang.Semalam merupakan hari yang paling meletihkan buat dirinya.Semuanya gara-gara Irfan !

Dalam keadaan mamai lagi,Qaireena mengagahkan dirinya untuk bangkit dari pembaringannya. Kelihatan Irfan tidur nyenyak sekali di sebelahnya tanpa sehelai benang pun.Tiba-tiba kejadian tiga tahun lepas kembali menerpa ke ruang mindanya.Dia masih ingat lagi peristiwa itu kerana disebabkan peristiwa itulah perkahwinannya telah disegerakan.Dia menarik segaris senyuman di bibirnya.Senyuman sinis ! Akhirnya ,dia berjaya menjatuhkan ego Irfan dengan mengahwininya.

Kemudian, dia bergegas ke bilik air dan membersihkan dirinya.Kalau tak silap, ini merupakan kali kedua Irfan menyentuhnya.Dia berharap agar kejadian malam tadi akan membuahkan benih di rahimnya.Hanya itu sahaja cara untuk merebut semula cinta Irfan .Kali ini, dia berasa kedudukannya sebagai isteri Irfan sudah tergugat.Kemunculan Rissa di pejabat milik suaminya telah membuatkan dia resah-gelisah.Dia khuatir jika cinta Irfan buat Rissa semakin mendalam.

“Huh, dia ingat aku tak tau ke perkara yang berlaku dekat pejabat.Kalau dia ingat aku ini bodoh, memang dia silap besarlah.Sekali kau permainkan aku , Irfan ,selama-lamanya kau takkan dapat keluar dari permainan yang telah aku ciptakan ini,”bisik hati Qaireena.

Qaireena memerhatikan wajahnya di hadapan sebuah cermin di dalam bilik airnya.Dia bertekad untuk memulakan rancangannya pada saat ini.Pekerjaan Rissa sebagai personal assistant  suaminya membuatkan dia takut akan kalah dalam rancangan busuknya.Dia perlu meneliti semula rancangan busuk yang hendak dilakukannya.Rancangan ini perlu diteliti sebaik mungkin supaya dia tidak tersilap pencaturan nanti.Dia mahu Rissa tersungkur di kakinya.Untuk itu,dia perlu menghasut seseorang untuk menjayakan rancangannya.Orang itu ialah...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bunyi pancuran air dari bilik air menyebabkan Irfan terjaga dari tidurnya.Dia masih berada di dalam keadaan mamai.Pandangannya berbalam-balam.Kepalanya pula terasa dipusing-pusing menandakan kaplanya sakit ketika itu.Dia tidak ingat keseluruhan kejadian yang menimpanya kelmarin.Dia cuma ingat yang dia telah bertengkar dengan Qaireena iaitu isteri yang tidak diiktirafnya di ruang dapur rumah milik mereka berdua.

“What happened to me last night?What the hell that I’m doing ?,”gumam Irfan perlahan.
Sebaik sahaja dia menarik cadar selimut yang membaluti tubuhnya yang kesejukan pada malam semalam, dia terus tergamam.Dia sudah boleh mengagak perkara yang menimpa ke atas dirinya. Apatah lagi melihat keadaannya yang tidak memakai apa-apa pakaian.Oleh itu,dia semestinya boleh mengagak bahawa dia telah bersama dengan Qaireena pada malam semalam.Bodohnya dia pada detik itu !

“Kenapalah aku emosi sangat semalam? Bodoh betullah.Bull shit !,”gerutu hati Irfan.

Irfan bergegas keluar dari kamar tidur itu dan terus melangkah ke bilik tetamu iaitu tempat yang sering digunakannya untuk mengelak daripada Qaireena.Sebenarnya,memang sejak awal perkahwinan mereka,Irfan sering tidur di bilk tetamu tersebut.Tapi,disebabkan di berada dalam keadaan tidak sedar semalam dia sudah terbabas masuk ke dalam bilik tidur Qaireena.Benci betul dia teringatkan kejadian semalam.Dia sudah tidak betah untuk berada lama-lama di dalam bilik tidur Qaireena kerana kejadian yang berlaku semalam menyebabkan dia teringat kembali kejadian yang menyebabkan dirinya dipaksa berkahwin dengan Qaireena.Dan , disebabkan peristiwa itulah dia benci diri Qaireena. Langsung tidak ada sekelumit perasaan sayang dan perikemanusiaan buat diri Qaireena kerana yang ada hanyalah perasaan benci dan dendam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Rissa, Tuan Irfan tak masuk lagi ke ?,”soal Puan Khaisara.

‘Belum lagi kak.Dia tak datang kot hari ni.Lagipun dah pukul sepuluh pagi ini.Maybe dia dah ambil emergency-leave,” balas Rissa acuh tidak acuh.Malas untuk mengetahui perihal Irfan. “Kalau dia tak datang, lagilah aku suka.Tenang sikit hidup aku, desis hati Rissa.”

“Tak adalah Rissa.Tak de sesiapa pun inform dekat akak yang dia ambil emergency-leave hari ini.Maybe dia datang lewat sikit kot, ujar Puan Khaisara.

“Yalah kot,” balas Rissa pendek.Rissa terus menyambung kerjanya yang tidak seberapa banyak itu. 

Kedudukan meja kerjanya yang berhampiran dengan kedudukan meja kerja Puan Khaisara telah menyenangkan untuk mereka berbual.Maklumlah,ruangan pejabat di tingkat 19 ini merupakan ruangan yang eksklusif khusus buat CEO Syarikat Irfida sahaja.Jadi,tidak banyak mata dan telinga yang memandang dan mendengar perkara-perkara yang menjadi topik perbualan mereka.
-------------------------------------------------------------------------

“Rissa.My schedule please,”ucap Irfan bersahaja.

“Okay.Wait for a moment.”
Rissa terus melangkah masuk ruangan pejabat milik Irfan.Dia segera memaklumkan Irfan mengenai aktiviti yang perlu dilakukan oleh Irfan pada sebelah petang hari ini.Sesudah dia memaklumkan kesemuanya, dia bergegas keluar dari ruangan pejabat tersebut.Tak sanggup rasanya untuk berlama-lama di situ.Bukannya dia tidak nampak mata Irfan yang meratah tubuhnya.Sungguh ,dia memang rasa tidak selesa dengan perlakuan Irfan pada saat ini.Meremang bulu romanya.

“Rissa,wait !”

Rissa yang baru sahaja memegang tombol pintu jalan tersebut terus berpaling ke arah Irfan.

“Hish,dia nak apa lagi ini ?,”bisik hati Rissa.

“I’m so sorry for what happened yesterday.I hope that you...” Belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya , Rissa terus memotong percakapannya.

“Irfan, please be professional.Jangan campur adukkan masalah peribadi you dengan masalah kerja. Please, “pinta Rissa.

Setelah Rissa mengucapkan kata-kata itu.Dia terus menapak keluar dari bilik pejabat itu.Sebaik sahaja dia keluar dari pejabat tersebut, dia telah dikejutkan dengan satu pertemuan di antara dirinya dan Qaireena.Sejujurnya,dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan bertemu semula dengan kawan karibnya itu setelah tiga tahun tidak bersua muka.

“Ohh ,Qaireena. Kau Reenakan ?,”soal Rissa teruja.

“Hey,Rissa.Yes..yes Rissa.I am.Syukurlah aku dapat bertemu dengan kau semula.How are you? Okay ? Emm, dah lama ke kau kerja dekat sini ?,”ujar Reena.Hmm, rindulah konon.Lain perkataan yang dituturkan dari bibir merahnya lain pula perkataan yang dituturkan di dalam hatinya.Dia meluat melihat Rissa yang berada di hadapannya sekarang.Tak sangka Rissa sudah semakin cantik dan pandai bergaya. Memang jauh benar diri Rissa yang dikenalinya sejak tiga tahun yang lepas.

“Ohh. Aku okay je.“Eh eh.. Jom kita duduk dekat sofa tetamu dulu,”ajak Rissa.

“Okay . Jom.”

Kemudian mereka menyambung semula perbualan mereka setelah mereka duduk di atas sofa di ruangan tetemu tingkat 19 Syarikat Irfida tersebut.

“Dah lama kita tak jumpa.Seriously, kau nampak cantik sangat sekarang ini,”puji Rissa ikhlas.

“Of courselah aku cantik sekarang ini.Semuanya demi Irfan , suami aku.”Sengaja Qaireena berkata sedemikian kepada Rissa.Dia tidak suka melihat ketenangan di wajah mulus milik Rissa.Dia ingin membakar hati Rissa dengan berkata sedemikian.Peduli apa dia jika Rissa menangis air mata darah sekalipun di hadapannya.Dia berjanji pada dirinya yang dia tidak akan sesekali melepaskan Irfan kembali ke pangkuan Rissa.

Rissa yang mendengar statement maut Qaireena hanya mampu mengulum senyuman.Dia sudah kehilangan kata untuk membalas ayat Qaireena tersebut.Dia dapat merasakan bahawa Qaireena tidak suka melihat kehadirannya di sini.Yalah, siapa yang suka jika bekas keasih suaminya bekerja  satu pejabat dengan suaminya.Dapat- dapat lagi bekerja sebagai personal assistance. Tak ke naya ?

Qaireena yang melihat perubahan riak wajah Rissa segera berkata “Rissa, I didn’t mean to..”

“It’s okay Reena.Itukan cerita lama,”balas Rissa bersahaja.Ya, dia memang tahu persis perkara yang cuba disampaikan oleh Qaireena.

“Oh, sekarang waktu lunchkan.Jom lunch dengan aku,”ajak Qaireena.

“Emmm..Sebenarnya aku ada appointment dengan someone hari ini,”tolak Rissa lembut. 
Sebenarnya ,dia bukannya tidak mahu lunch bersama dengan Qaireena.Dia takut jika Irfan akan turut serta bersama-sama dengan mereka berdua.Sudah semestinya, semua orang akan berasa canggung di meja makan nanti.

“Someone ? Someone special ke ?,”duga Qaireena.Dia khuatir jika Rissa sudah mempunyai teman istimewa.Jika ya, peluang untuk dia meneruskan rancangannya akan musnah.

“Yes.Someone special in my heart,”balas Rissa tanpa selindung.

“Kalau macam itu tak apalah.Aku pergi lunch dengan suami aku saja hari ini.Lain kali kita lunch sama, okay ?”

“Okay,”ujar Rissa pendek.

Qaireena segera menuju ke ruangan pejabat suaminya.Langkah pertama rancangannya sudah dia laksanakan dengan baik.Dia perlu merebut kepercayaan Rissa dahulu untuk meneruskan rancangan keduanya pula nanti.Dan senyuman sinis terpampar di wajahnya.

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia