Kawan-Kawan

Sunday 12 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku Ini 6

Bab 6



     “Makin lama aku rasa makin pelik pula dengan perangai mama yang suka berahsia semenjak -menjak ini.Bila aku menyatakan hasrat aku ingin pulang ke rumah pada hari esok , dihalangnya aku daripada berbuat demikian.Katanya dia mahu memberikan aku peluang berada di Kuala Lumpur lebih lama.Tapi masalahnya ,kenapa masalahnya mama tiba-tiba bersikap begitu.Semasa minggu lepas memang susah mama mahu melepaskan aku ke sini ?Siap ada babak berair mata lagi semasa aku menyatakan hasrat aku pada mama yang aku mahu ke Kuala Lumpur untuk mencari maklumat mengenai universiti pilihan aku.Semasa aku mahu melangkah keluar dari rumah tersebut lagi menjadi-jadi pula sikap mama yang mudah menitiskan air mata.

     Kalau nak diikutkan sudah sembilan hari aku berada di sini sambil mencari maklumat mengenai universiti yang terletak di kawasan ini.Tetapi kesian betul dekat diri aku ini.Dah lama sangat aku terperuk dekat rumah.Tiap-tiap hari rutin yang sama. Asyik keluar pergi jogging dekat taman kawasan perumahan ini sahaja.Kalau tak pergi jogging,aku banyak menghabiskan masa-masa aku ke universiti yang terdapat di sini.Tension betul aku.Kalaulah budak berempat itu ada dekat sini memang confirm aku akan ajak dia orang ke mari.Tapi nak keluar dengan budak berempat itu pula mereka sibuk dengan aktiviti masing-masing.Malas nak ganggu dia orang.

                Nasib baik papa ada beli rumah kondominium di Kuala Lumpur.Mudahlah urusanku di sini.Tak usah aku penat-penat menyerabutkan otak aku untuk memikirkan tempat tinggal.Baju aku pun aku memang dah siap letak dekat sini.

                So,aku rasa tak ada masalahnyakan kalau aku nak pergi shopping hari ini.Semua urusan telah pun aku selesaikan.Emmm,kalau macam itu dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku QISTINA akan mengambil keputusan untuk pergi ke shopping complex dengan satu misi iaitu pergi membeli-belah setelah diperkenankan oleh hati dan akal akulah.Heheheehh...” , Tina bermonolog sendirian sambil tersengih-sengih dengan menampakkan barisan giginya yang putih.Macam nak buat iklan ubat gigi pula gayanya.

##

Setelah bersiap-siap untuk pergi ke shopping complex, Tina segera menapak keluar dari rumahnya.Tina yang mengenakan sepasang blous berwarna biru turquoise yang labuh sehingga ke buku lalinya dan cardingan pendek yang bewarna biru tua segera memboloskan dirinya ke dalam kereta Vios untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas yang bakal tercipta semasa tengah hari nanti.           
Satu jam kemudian.

                “Mana nak cari parking?Mana ? Mana ? Mana ?”, bentak Tina.Geram sungguh hatinya kerana sudah tiga puluh minit dia membuang waktu emasnya hanya semata-mata untuk mencari parking.Itulah salah satu kelemahan Tina.Qistina a.k.a Tina mempunyai tahap kesabaran yang nipis.Kalau dia dah naik hot memang bahayalah orang di sekelilingnya.Habis dibebel oleh Tina.Terutama sekali kawan-kawannya.Habis keluar semua bahasa asing yang sedikit pun tidak difahami oleh kawan-kawannya.

                “Haaa, dah jumpa.Dah jumpa.Satu,dua,tiga.Yes ! Dapat juga aku parkingkan kereta aku ini.Lega rasanya hati aku.Terima kasihlah dekat mak cik itu sebab dah habis bershopping.Sekarang giliran aku pula bershopping sakan”, ujar Tina dalam nada teruja. Setelah mengunci keretanya,Tina segera menapak ke dalam pasaraya Midvalley tersebut.Memang sesak jalan raya di sekitar kawasan pasaraya ini.Sebab itulah Tina jarang pergi ke shopping complex Midvalley.Kalau ada pun,selalunya dia akan menaiki kereta api sahaja.Baginya, dengan menaiki kereta api,masa yang digunakan untuk tiba di Midvalley lebih pantas,mudah dan semestinya hati riang kerana cepat sampai ke destiasi. Huhu..

                “Papppp...”

                “Ya Allah,sakitnya bahu aku.Badan besi apa mamat sengal yang langgar aku ini.Sakitnya bukan kepalang.Macam terlanggar Incredible Hulk pula.Ini yang buat hati aku bertambah panas lagi. Sudahlah tadi aku kena cari parking setengah jam.Bila aku nak cool down saja,dah bertambah lava dari gunung berapi yang buat aku naik hot sekarang.Apa tidaknya,mamat sengal ini dah langgar aku bukannya nak tolong aku”, ujar Tina di dalam hatinya sambil memberikan jelingan maut terhadap jejaka tampan yang melanggarnya di pintu masuk sebelah selatan Midvalley tersebut.

                “Are you alright miss ? I’m so sorry.I didn’t mean to...”
                “Don’t worry.I’m ABSOLUTELY alright”,ujar Tina yakin dengan menekankan perkataan ABSOLUTELY di dalam percakapannya.
Nasib baik lelaki tersebut terlanggarnya di pintu masuk selatan Midvalley tersebut.Cuba dia melanggar perempuan tersebut di hadapan kedai-kedai yang berada di dalam  pasaraya tersebut.Tak pasal-pasal kena halau dengan pengawal keselamatan sahaja.Buat malu pulak nanti.

                “But,you doen’t seem alright.Betul ke you ini tak apa-apa.Risau saya”, balas Zafriel Danish lembut.

                “Betul.I tak apa-apa.Small matter saja ini.Badan I Nampak saja kecik tapi I kuat macam tarzan tau”.

Danish berasa risau pula melihat keadaan gadis yang baru sahaja dilanggarnya. Muka gadis tersebut yang kemerah-merahan mendatangkan resah dan gelisah di hatinya.Tapi yang menghairankan Danish ialah boleh pula gadis yang mengikat tocang satu rambut lurusnya itu buat lawak antarabangsa waktu-waktu macam ini.

                “Agaknya budak ini baru lepas tamat persekolahan kut.Nampak macam budak-budak je. Tapi aku rasa aku pernah nampak muka dia.Ye ke? Takkanlah dia..Ish tak mungkinlah.Mungkin seiras aje tak”,ujar Danish yang sedang bertarung dengan hatinya sendiri.

                “Hello.Excuse me.Apa yang you termenungkan itu.I tak apa-apalah.You jangan risau.I takkan buat report polis.Benda kecik macam ini tak payah nak dibesar-besarkan.Bukannya apa-apa sangat pun.Kalau dah tak ada apa-apa lagi I pergi dulu.Assalammualaikum.”

Tina berasa sangat geram dengan lelaki tersebut.Tidak betah dia nak berada dekat dengan lelaki tersebut.Rasa nak ketuk saja. “Boleh pula si mamat sengal itu berangan depan aku yang sedang berusaha untuk menutup rasa kesakitan aku ini di depan mata dia.Tapi, aku rasa aku macam pernah jumpa dengan dia.Tapi, di mana ?” , Tina bermonolog sendirian di dalam hatinya.


No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia