Kawan-Kawan

Wednesday 10 October 2012

Sinopsis Cinta VS Benci




“Antara cinta dan benci , yang manakah aku dambakan ?”

“Adakah dengan memilih cinta aku akan bahagia ? “

“Atau perlukah aku memilih benci sebagai jaminan kebahagiaan di dalam hidupku ?”

Sesungguhnya setiap perasaan cinta dan benci itu terkandung di dalam perlembagaan hati masing-masing.Begitulah perasaan suka dan duka yang perlu dihadapi oleh pemilik nama yang bernama Sofia Nur Arrissa.Orang yang dicintainya telah dibawa pergi oleh seorang sahabat yang dianggap sebagai  sahabat karibnya manakala orang yang membenci dirinya pula dia kahwini.Rentetan peristiwa buruk yang berlaku ke atas dirinya memaksanya untuk mengahwini seorang lelaki yang sememangnya tidak mungkin akan pernah mencintainya walaupun sekali dalam seumur hidupnya.Akan tetapi,dia redha.Dia pasrah menerimanya.

Bagi pemilik nama yang bernama Emir Rizqi Aisy pula, di dalam hatinya penuh dengan bunga dendam buat Sofia Nur Arissa.Perkahwinan yang didirikannya tidak pernah membuatkan kedua-duanya berasa bahagia.Tetapi.jika sudah acap kali bersua muka dan bertentangan mata mustahil perasaan cinta tidak akan bertandang di dalam hati. Tiada perkara yang mustahil di dunia ini.Dari perasaan benci boleh bertukar kepada cinta.Ya,di dalam hatinya memang terdapat cinta  buat Sofia Nur Arissa.Namun,disebabkan dirinya menyalahkan Sofia Nur Arissa yang menyebabkan kematian abangnya yang terkorban di dalam sebuah kebakaran membuatkan bunga-bunga cintanya buat Sofia Nur Rissa semakin layu dan mati.

Muhammad Irfan Aryan Muazzam pula lain kisahnya.Dia dalam hatinya,cintanya hanya khusus buat Sofia Nur Arissa.Dia tidak akan mencintai mana-mana perempuan di dalam hidupnya selain daripada Sofia Nur Arissa.Tapi sayangnya,dia telah berkahwin dengan Azza Qaireena yang menjadi pilihan keluarganya.Dia perlu berkorban demi keluarganya.Dia perlu menyelamatkan syarikat papanya yang  hampir muflis dengan mengahwini Azza Qaireena.Baginya,walaupun dia sudah berkahwin,ianya tidak  pernah mengubah apa-apa di dalam hidupnya.Kehidupan sosialnya semakin teruk sebelum kedatangan semula Sofia Nur Arissa yang bekerja di syarikatnya .Kini,dia sudah memasang tekad untuk merebut cinta Sofia Nur Arissa semula tanpa mengambil kira akan status dirinya yang merupakan seorang suami buat Azza Qaireena apabila Sofia Nur Arissa bekerja sebagai setiausaha di syarikat miliknya.

Azza Qaireena merupakan kawan karib buat Sofia Nur Arissa.Di dalam diam,dia sememangnya mencintai Muhammad Irfan Aryan Muazzam dan perkahwinannya di antara dirinya dengan Muhammad Irfan Aryam Muazzam memberikan peluang buat dirinya untuk memiliki lelaki tersebut. Dia sanggup mengorbankan masa depannya demi memiliki lelaki tersebut.Walaupun dirinya merupakan sahabat karib buat Sofia Nur Arissa,dia tidak pernah menganggap Sofia Nur Arissa sebagai sahabat karibnya.Baginya,Sofia Nur Arissa adalah batu pengahalang buat dirinya dengan Muhammad Irfan Aryan Muazzam.Dia amat bencikan Sofia Nur Arissa tanpa Sofia Nur Arissa sedarinya!

Petikan dialog :


“Sofia akan tetap belajar mencintai abang walaupun Sofia tahu bahawa Sofia sememangnya tidak layak untuk hidup bersama dengan abang Qi.Sofia tahu.Sofia ini cuma seorang pembunuh di mata hati abang.”-Sofia Nur Arissa

“Aku tidak akan pernah maafkan kau Sofia.Disebabkan engkaulah abang aku mati.M-A-T-I , faham tak?Aku tidak akan pernah sesekali membenarkan kau hidup bahagia.Walaupun keluarga aku tidak tahu hakikat yang sebenar,kau jangan sesekali ingat kau akan selamat.”- Emir Rizqi Aisy.

“Rissa, Ayen sayangkan Rissa.Kembalilah semula kepada Ayen.Ayen tak peduli jika Ayen suami kawan karib Rissa sekalipun.Abang tetap mahu mengahwini Rissa.Hanya Rissa di dalam hati abang.”- Muhammad Irfan Aryan Muazzam.

“Kau ingat selama ini aku anggap kau itu sebagai kawan karib aku ke perempuan?Kau tahu tak yang kau itu tak guna.Disebabkan kaulah suami aku tidak pernah pedulikan aku dan aku nak kau ingat yang aku BENCIKAN kau selama-lamanya.”-Azza Qaireena.

Antara Cinta dan Benci , yang manakah akan menjanjikan kebahagiaan buat Sofia Nur Arissa ? Adakah pilihannya CINTA?  BENCI ?  Atau apa mungkinkah kedua-duanya sekali?



p/s : Yang ini draft sahaja !  ;)

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia