Kawan-Kawan

Saturday 4 August 2012

Lengkapkanlah Cintaku Ini 2

Bab 2
“Tina ! Tina! Tina ! Ya Allah , budak bertuah ini tak bangun-bangun lagi rupanya”,ujar Puan Laila Maria yang sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengejutkan satu-satunya anak perempuannya yang sedang lena diulit mimpi yang entah indah ke tidak.Oppss.. bukan satulah tapi dua anak perempuannya jika dikira yang masih berada di rumah tersebut.Yalah, mana nak campak pula adik perempuan kesayanganku itu.Nanti,mulalah datang penyakit angin tom tom adiknya itu jika merajuk.Memang cari nahaslah dia orang kalau buat si Kayla tu merajuk.
          Eh,eh, sekarang ini berbalik semula kepada cerita aku sekarang ini.Puan Laila Maria tak tahu nak guna cara ataupun jampi apa untuk mengubah sikap anaknya yang tidur mati tu. Silap-silap, gempa bumi pun dia tak sedar kalau tidur macam tak pernah tidur selama 1001 tahun macam ini.Umur pun dah semakin tua.Dah 17 tahun anaknya itu.Nasib baik anakya itu tidak dapat tawaran PLKN.Kalay ya,tak tahulah apa yang akan terjadi kepada anak perempuannya itu.Melompat-lompat Tina bila dia check yang dia tidak terpilih untuk ke sesi PLKN tersebut di lawan web PLKN yang telah disediakan.Selepas menjawab peperiksaan SPM yang berlangsung kira-kira 4 bulan yang lalu,Tina telah bekerja di sebuah kedai makan iaitu kedai Secret Recipe yang berkebetulan sedang mencari pekerja part time  di sebuah pusat beli-belah di Melaka Mahkota Parade itu.Anak perempuannya yang bernama Wafa itu pula telah menyambung pelajarannya ke peringkat master.Baru saja semalam mereka sekeluarga menghantar Wafa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ataupun yang selalu disebut sebagai KLIA.Wafa telah pergi ke London demi mencapai cita-citanya yang ingin bekerja di syarikat perniagaan yang terkemuka.Untuk itu, anaknya Wafa ingin meyambung pelajarannya itu sehingga ke peringkat master kerana zaman sekarang ini terlalu banyak persaingan untuk merebut pekerjaan yang masing-masing minati.Justeru,dengan menyambung pelajaran sehingga peringkat yang hampir tinggi mungkin akan memberi peluang yang lebih cerah kepada anaknya itu untuk mendapatkan pekerjaan.
          Tiba-tiba gugur setitik air mata yang mula berlinang di tubir mata tua Puan Laila. Qistina ataupun digelar Tina yang kebetulan telah bangun segera membangkitkan tubuhnya dari tilamnya yang empuk seperti marsmallow itu apabila sedari ibunya yang sedang menangis. “Mama, kenapa mama menangis ni ? Tina minta maaf ya ma.Tina janji yang Tina akan ubah sikap Tina yang suka buat tahi mata ni.Janganlah nangis ya ma !” , ujar Tina kepada mamanya.
          “Ya Allah, mengelamun jauh rupanya aku ni.Aku ke bilik Tina inikan sebab nak kejutkan Tina supaya bersiap-siap dan segera mengambil keputusan SPM nya yang akan dikeluarkan kira-kira 1 jam dari sekarang”, monolog Puan Lailla di dalam hatinya. “Astaghfirullah..Mama datang sini nak kejutkan kamu Tina.Tiba-tiba pula mama teringatkan kakak kamu Wafa.Mama sedih sebab selepas ini mesti mama jarang nak bersua muka dengan kakak kamu.Memandangkan kamu dah berjanji pada mama yang kamu nak ubah sikap kamu yang suka buat tahi mata tu,mama harap kamu tunaikan janji kamu itu.Ingat, jangan mungkir janji.Allah tak suka orang yang mungkir janji! Kamu ni dah sembahyang ke belum?”, tanya Puan Laila kepada anaknya, Tina.
          “Ala mama ni,orang tengah PMS lah ataupun disebut period.Mana boleh sembahyang. Hehehehe..” , balasku dengan nada yang lembut.Cis,aku ingatkan pasal apalah tadi yang menyebabkan mama menangis.Rupa-rupanya,itu adalah disebabkan oleh kak Wafa.Betul juga kata-kata mamaku itu.Selepas ini, aku mesti rindu dengan kak Wafa.Siapalah nak dengar luahan isi hatiku selepas ini.Dulu masa kak Wafa di Malaysia bolehlah aku curahkan semua rasa ketidak puasan hatiku ini dengan menceritakan segala yang berlaku pada diriku ini. Tapi, sekarang ni susahlah sikit.Kalau nak call , habislah kredit aku nanti.Kalau balas-balas e-mel pula,macamlah kakakku itu ada masa nak melayan kerenah aku.Hehehehehe…
          “Tina ! Kenapa kamu tersengih-sengih macam kerang busuk ni.Kamu mengelamun apa pula tu? Dah ! Pergi mandi cepat.Semalam,Tina beritahu mama yang Tina akan ambil keputusan peperiksaan SPM hari ini.Takkan dah lupa kot !”, ujar Puan Laila dengan sedikit tegas.
Tina yang baru tersedar bahawa hari ini merupakan hari yang paling bersejarah buatnya terus mengambil tuala mandi dan segera menapak ke bilik air yang berada di dalam biliknya itu. “Alamak, OMG ! Macam mana aku boleh terlupa pula ini.Dahlah tinggal lagi 45 minit saja lagi untuk aku bersiap-siap ke sekolah lamaku.Ish,tak boleh jadi ini.Baik aku mandi cepat.Eh, kejap,baju ,seluar dengan tudung, aku dah gosok ke belum ya ? Aaaahhh, mampus aku” , monolog Tina di dalam hatinya sendiri.
Puan Laila hanya mampu menggeleng kepala dan ketawa kecil melihat telatah anak perempuannya itu.

No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia