Kawan-Kawan

Saturday 15 September 2012

Cinta VS Benci 1 !



Bab 1


“Rissa ! Kau dah lama tunggu ke ? Sorrylah dude sebab aku lambat ! Jalan jemlah tadi.Serius, aku tak tipu.Kalau kau tak percaya..”

“Sudahlah itu Deeja ! Aku dahlah panas dekat sini.Naik lenguh tahu kaki aku berdiri terpacak macam tiang bendera semata-mata menunggu ketibaan kau.Kalau kau nak jelaskan dekat aku sebab kau lewat pun,ajaklah aku pergi minum dekat mana-mana kedai dulu.Barulah lega sikit kemarahan aku ini.”

“Oh.Lupa pula.Heheee.Kiranya kau dah maafkan akulah ye ?”

“Eh,eh.Ewah-ewah.Siapa kata aku dah maafkan kau.Aku tak kira,walau apa-apa pun kau kena bertanggungjawab.Belanja aku makan seminggu ini.Baru aku maafkan.Tak payah berkira. Tiga jam tahu aku tunggu kau.Deal?”

“Hish ! Berkiralah kau ini.Yelah-yelah.Kaukan kawan baik aku.Nak tak nak terpaksalah juga aku turutkan permintaan kau itu.Nanti kalau kau lari dari rumah sewa kita itu,kesian pula dekat aku kena tinggal seorang-seorang.”

“Ala nak buat orang sentaplah tu,”ujar Rissa.
-------------------------------------------------------------------
“Cik Sofia Nur Arissa, bukan ke I dah beritahu you yang I nakkan salinan proposal Syarikat Amanda semalam ? Takkan you dah lupa kot ? You jangan nak buat I bengang tahap gapan pagi-pagi buta ini pulak ya ?”, ujar Muhammad Aryan Irfan Muazzam bin Dato Haji Sofian selaku bos Sofia Nur Arissa.

“Maafkan saya Encik Irfan.Saya..sa..ya terlupa.Saya pergi dapatkan salinan itu sekarang juga.Bagi saya masa 10 minit saja.Boleh tak?”,rayu Arissa.

“Rissa..Rissa.Apa yang ada dalam otak you sebenarnya? You tahukan yang I memang perluksn salinan itu sekarang.Nasib baik I tanya you pasal salinan itu.Kalau tak,memang selama-lamanyalah you takkan ingat.Betulkan ?”

“Tapi saya bukannya sengaja nak lupa tuan.Saya terlupa.”Ditekankan sedikit perkataan TER- di bahagian hadapan perkataan lupa supaya bosnya itu tahu bahawa dia tidak sengaja untuk melakukan kesalahannya itu.

“I don’t care.This is my last warning Rissa.Lebih baik you buat kerja you betul-betul if you don’t want to be fired.”

“Baik tuan”, balas Rissa sambil menganggukkan kepalanya.

------------------------------------------------------------------------------------------
“Rissa,kenapa dengan tuan Irfan itu? Apa yang dia tak puas hati lagi dengan Rissa?”, tanya Puan Khaisara selaku ketua setiausaha di Syarikat Irfida tersebut.

“Tak ada apa-apalah kak.Dia itukan menyakitkan hati.Rissa cuma terlupa saja yang dia ada minta salinan proposal Syarikat Amanda itu.Entah angin tak ada,ribut tak ada, tiba-tiba  dia macam berminat nak uruskan syarikat ini.Dulu tak ada pun macam ini.Asyik berfoya kerja dia dulu.Sampai naik lenguh tahu tangan Rissa ini membalas mesej-mesej jiwang kekasih keliling pinggang dia itu”, rengus Rissa.

“Syukur Alhamdulillah kalau dia dah berubah Rissa.Akak betul-betul gembira kalau si Irfan itu dah berubah.Kesian akak tengok dekat mama papa dia itu. Kedua-dua mereka itu sudah cukup runsing dengan perangai kasanova tak bertempat anak lelaki milik dia orang itu.”

“Entahlah akak.Malas nak layan kerenah dia.Rissa pergi buatkan salinan proposal yang dia nakkan itu dulu ya kak.Nanti dia mengamuk pula kalau Rissa lambat sangat bagi dia salinan proposal ini.Kalau ada masa nanti kita chit-chat lagi ya.Heheheheh”,ujar Rissa selaku setiausaha bosnya a.k.a Muhammad Aryan Irfan Muazzam.

“Naam.Ya.Pergilah buat kerja itu.Kalau dia mengamuk susah pula nak pujuk nanti.”
Puan Khaisara hanya mampu memerhatikan langkah Rissa yang sudah jauh meninggalkannya.Di dalam hatinya,dia berasa kesian dengan takdir yang menimpa Rissa.Rissa bukanlah seseorang yang boleh dianngap remeh.Dia mempunyai kelulusan yang tinggi tetepi disebabkan kegawatan ekonomi pada waktu kini telah menyebabkan gadis tersebut memilih untuk bekerja sebagai setiausaha di syarikat ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------

“Tuan.Ini salinan proposal yang tuan minta tadi.Saya letakkan di sini ya.”

“Rissa…”, lirih suara Irfan memanggil Rissa.Boleh tergoda tahu kalau tiada iman yang kuat. Tahulah yang dia itu kasanova.

“Ya tuan”,balas Rissa.

Rissa yang berkata dengan nada yang tinggi akhirnya telah menyentakkan Irfan dari lamunannya.Dia meraup wajahnya berulang-kali.Sudah berkali-kali dia mengingatkan dirinya agar tidak hanyut dengan melihat wajah mulus milik Rissa.Namun,ternyata dia tetap gagal juga.

“Haa.Ada apa-apa yang penting tak untuk hari ini ? Macam mana dengan jadual saya hari ini?”,ujar Irfan untuk menutup kegelisahannya.

Rissa mula membuka buku yang dikhaskan untuk mencatat segala perkara penting yang berkaitan dengan jadual Irfan.Kemudian,dia mula memberitahu tuannya segala perkara penting yang perlu dibeir perhatian oleh Irfan.Irfan yang mendengar hanya mendengar sahaja suara gadis itu.Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Langsung tidak dicerna setiap patah perkataan yang keluar dari bibir gadis yang berjaya menganggu perasaan nya.Dia buntu.Buntu dengan perasaannya sendiri.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tiga tahun yang lepas..

"Rissa,kita jumpa ya,"pinta Muhammad Aryan Irfan Muazzam.

"Okay,Ayen .Tapi dekat mana kita nak jumpa?,"ujar Rissa dengan nada yang manja.

"Dekat tempat biasa.Okay ?."

"Okay."Klik.Talian dmatikan.Masing-masing besiap-siap untuk bertemu.

Setelah hampir 30 minit Irfan menunggu Rissa di Taman Tasik Titiwangsa tersebut,dia mula mendail nombor telefom milik Rissa.Dia ingin menyatakan sesuatu yang amat penting. Dia khuatir jika dia terlambat menyatakan hasrat hatinya.Dia tidak mahu nasi menjadi bubur.

"Sorry Ayen,Rissa terlambat.Jalan jammed tadi.Sorry ya."

"Maafmu diterima sayang.Walau sebesar manapun salah yang sayang buat, abang akan tetap maafkan sayang."

"Apalah awak ini Ayen.Kita tak kahwin lagi dah abang-sayang bagai.Malulah,"ujar Rissa tersipu malu.Dia tidak terkejut pun sebenarnya mendengar patah kata yang dikeluarkan oleh Ayen.Maklumlah,Ayen merupakan seorang kasanova pada zaman mereka universiti kini.

"Practice makes perfect.Hehehee..Sebenarnya abang nak cakap tentang.."

"Tentang apa?,"sampuk Rissa.

"Tak sabarnya isteri abang ini.”

“Ish,apa bakal isterinya Ayen,tunang pun belum !,”ujar Rissa manja

“Aduhai,terlupa pula abang nak tambah perkataan akan datang dalam ayat abang tadi.Hahahahahah.. Rissalah ini buat abang terlebih excited pula.”

“Main-main pulaklah abang ini.Cepatlah beritahu Rissa perkara yang abang nak cakap tadi.”

Hati Irfan yang tadinya sudah mulai tenang kembali resah semula.Dia berdehem sebelum menyuarakan hasratnya.“Ehem..Rissa, jom,kita kahwin."

"Kahwin? Tapi..Kita baru nak belajar capai cita-cita kita.Kenapa Ayen tergesa-gesa sangat ini?,"Rissa yang mendengar omongan Irfan mula melopong.Teruk benar rupanya.Nasib baik Irfan tidak memandang wajahnya pada waktu itu.

"We love each other.Am I right? So,jomlah kita kahwin cepat,Rissa"

"Ya Ayen.We both love each other.Tapi, Rissa tak faham.Rissa tak faham kenapa Ayen bertindak macam terdesak sangat ini.Ayen tolonglah faham situasi Rissa.Rissa baru nak kejar cita-cita Rissa.Lainlah dengan situasi Ayen.Ayen cuma tinggal setahun saja lagi nak tamatkan pengajian Ayen dalam peringkat master untuk course Ayen,"terang Rissa bersungguh-sungguh kepada  Ayen.

"Tapi papa Ayen paksa Ayen kahwin dengan gadis pilihan mama.Syarikat papa Ayen dalam masalah.Tapi Ayen tak nak.Ayen cuma nak kahwin dengan Rissa.Rissa fahamkan?"

Rissa yang mendengar terus tergamam.Sungguh, dia memang terkejut mendengar berita yang baru sahaja disampaikan oleh kekasihnya.
















No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia