Kawan-Kawan

Friday 14 December 2012

Cerpen Hidayah Itu Cahaya Petunjuk



"Along, jaga rumah ni.Umi nak pergi kedai kejap.Jaga adik itu."Puan Maizurah berpesan kepada anak perempuan sulungnya Inarah Allaq.

"Baiklah umie.Pergilah kedai.Along jaga adik ni."

**
Puan Maizurah merupakan seorang pengasuh bayi.Dia menjaga dua orang bayi lelaki yang berusia tiga tahun. Selain itu, Puan Maizurah mempunyai lima orang anak.Tiga perempuan dan dua lelaki.Anaknya yang paling kecil berusia 11 bulan.

Pada waktu itu,Ammar Awwab dan Fakhir Haziz berada di ruang tamu rumah milik mereka sekeluarga. Rumah yang didiami oleh mereka tidaklah sebesar banglo mewah yang sentiasa menjadi kebanggaan orang. Rumah mereka itu cuma rumah dua tingkat yang boleh memuatkan seramai tujuh orang ahli mendiami rumah tersebut walaupun bapa mereka memiliki gaji yang lumayan.

" Ammar Awwab senyaplah sikit.Along tengah buai Aisyah ni.Dia nak tidur.Kau dengan Haziz pergilah main dekat atas.Kalau tak nak,kau slowkanlah kau punya handphone punya volume ," arah Inarah Allaq.

"Suka hati akulah ,"balas Ammar Awwab.

"A'ar.Suka hatilah.Bluekkk,"Fakhir Haziz menjawab sambil menjelirkan lidahnya dan memberi maksud bahawa dia meluat mendengar kata-kata kakaknya itu.

Inarah Allaq tidak tahu apa dan bagaimana lagi caranya untuk menasihati adik-adik lelakinya.Kini, dia cuma berharap bahawa dia dapat bersabar dengan kerenah adik-adiknya yang berusia 13 tahun dan 9 tahun itu.

"Blekk.Asyraf tak boleh main game angry bird ni.Ilhan boleh main," ujar Haziz yang kelihatan cuba untuk membuat budak yang berusia tiga tahun  yang bernama Asyraf itu merajuk.

"A'ar.Asyraf budak kecik.Asyraf tak boleh main game ni.Budak kecik.Bluekk.Kini,giliran Ammar pula yang cuba menyakitkan hati budak kecil tersebut.

Sejurus selepas itu,Asyraf mula menangis sehingga suaranya mengganggu Aisyah dari tidur lenanya.Inarah Allaq,cuba sekali lagi untuk menasihati adiknya.

"Sudahlah itu,korang berdua ni pergilah main dekat atas.Asyraf diam.Ilhan tidur,"arah Inarah Allaq.

"Suka hati akulah nak naik ke tak nak.Kau diamlah sial.Nak bising pulak."Ammar Awwab menjawab kata-kata Inarah Allaq.

"Entah,macam pondan je nak bising-bising."Serentak dengan itu Ammar Awwab dan Fakhir Haziz tersengih. Bangga barangkali dengan jawapan mereka.

Lama-kelamaan,Inarah Allaq tidak dapat menepis kemarahan yang membuak-buak di dadanya.Terus dia melemparkan kemarahannya kepada adik-adiknya.

"Korang beerdua ni faham bahasa tak.Aku suruh korang berdua naik atas.Kalau tak nak naik atas,diamlah sikit.Tak faham-faham ke aku cakap ni ,"bentak Inarah Allaq.

"Kau tak payah nak gelabah anjinglah dekat sini.Kau itu yang diam."Ammar Awwab berkata dan Fakhir Haziz mengiakannya.

"Eh,aku suruh naik atas tu naik atas ajelah.Dahlah aku yang buai si Aisyah itu.Naik lengh tangan aku nak buai.Bukannya korang berdua yang buai.Bila aku bising masa kau buai Aisyah pandai pula korang nak marah-marah aku.Kesian budak ni nak tidur,kau pula yang bising-bising,"dengan lantang Inarah Allaq bersuara sambil tangan kirinyanya dicekakkan di pinggang.

Makin lama makin galak mereka mengusik budak-budak yang berusia tiga tahun itu sehingga kedengaran suara tangisan mereka.Inarah Allaq yang tidak dapat membendung kemarahannya itu segera menuju ke arah adik-adik lelakinya.

Inarah Allaq segera menarik Fakhir Haziz yang berusia sembilan tahun itu menuju ke tangga rumah mereka.

"Kau pergi naik sekarang.Naik !!!" Bagaikan halilintar suara Inarah Allaq menjerit. 

"Aku tak naklah sial pukimah lancau babi.Aku cakap aku tak nakkan."Haziz sedaya upaya melepaskan tangannya daripada digenggam Inarah Allaq.

"Kau mulut memang tak ada adabkan."Serentak dengan itu,Inarah Allaq menghadiahkan penanmpar ke wajah kurus milik adiknya itu.

Pergaduhan mula tercetus di antara adik-beradik itu.Fakhir Haziz yang cuba untuk menumbuk seluruh badan Inarah Allaq dan Inarah Allaq pula yang cuba mencubit dan menampar adiknya.Masing-masing tidak mahu mengalah.Kemudian,mereka mula terjerit-jerit sebagai tanda tidak mahu mengalah.Malu sungguh terhadap jiran tetangga yang mendengar jeritan mereka.Pasti pada saat ini,syaitan-syaitan yang melihat pertelingkahan yang berlaku di antara adik-beradik tersebut menepuk-nepuk tangan dan menjerit kesukaan.

Sejurus itu,dengan segera Ammar Awwab menarik tangan Haziz untuk naik ke atas.Budak-budak yang berusia tiga tahun itu pula diam tidak berkutik melihat pergaduhan dan pertengkaran tersebut.

Inarah Allaq berasa sedih dan kecewa melihat adiknya yang saban hari tidak menhormatinya sebagai seorang kakak.Setelah kena pukul ,kena sumpah seranah baru mereka mahu naik ke tingkat atas. Sumpah !Dia sendiri tahu bahawa dengan melakukan kekasaran ,dia tidak boleh meyelesaikan sesuatu perkara.Tapi, apa yang dia boleh buat pada waktu kemarahan sedang bergelodak di dalam jiwanya?

Setelah adik-adik lelakinya naik ke tingkat atas rumah mereka.Inarah Allaq segera berkata.

"Kau ingat,dengan mulut kau yang tak beradab macam itu takkan ada orang yang mahu kawan dengan kau.Kau ingat kalau kau tak hormat orang lain,takkan ada orang yang akan hormati kau.Kau buatlah macam ni."Inarah Allaq memberikan kata nasihat kepada adiknya.Inarah menahan nafasnya yang tersekat-sekat sambil menyeka air matanya.Sejujurnya,dia memang sayang akan adik-adiknya.

Kata-kata Inarah Allaq yang berunsur nasihat itu dibalas dengan jeritan adik-adik lelakinya.

"Kau diamlah !!!Arrrrrrr"

"Tengoklah dah banyak setan dalam diri kau.Sekolah agama tapi tak pernah sembahyang dekat rumah. Macam inilah kalau dah banyak sangat setan dalam diri itu.Ajar orang lain mengaji tapi diri sendiri tak pernah mengaji dekat rumah.Sebab apa ? Sebab setan dah banyak dalam diri masing-masing."

"Kau diamlah babi pukimak sial lancau gemuk kau,"jerit Ammar Awwab dari tingkat atas.

Tidak mahu melanjutkan pertengkaran dan Aisyah yang sudah lena tidur dibuai itu,Inarah Allaq diam tidak berkata apa-apa untuk membalas kata-kata adiknya.

Tidak lama selepas itu,Puan Maizurah sudah pulang dari kedai.Kemudian,Inarah Allaq segera naik ke biliknya selepas selesai mengambil wuduk.Dia mahu mengadu segala-galanya kepada tuhan yang Maha Esa.

Sesudah menyempurnakan solat sunat dua rakaat,Inarah Allaq segera menadah kedua belah telapak tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah,apakah salahku selama ini? Adakah disebabkan dosa-dosaku yang lampau membuatkanku terpaksa menghadapi ujianMu ini? Aku tahu Ya Allah,Engkau tidak akan memberikan ujian kepada hambaMu yang tidak mampu mengaharunginya.Tetapi,adakah ujian dariMu ini mampu untuk aku harungi Ya Allah?Aku bukannya mahu mempersoalkan ujian dariMu Ya Allah.Tetapi,mengapa aku tidak merasakan keberkatan dan rasa cinta di dalam keluarga ini Ya Allah?Mengapa aku hanya merasa derita dan kesengsaraan di dalam keluarga ini Ya Allah? Mengapa Ya Allah? Mengapa? Adakah salah kami yang tidak menjaga hubungan denganmu Ya Allah? Tolonglah aku Ya Allah untuk merungkai setiap persoalanku ini.Aku sudah tidak terdaya Ya Allah.Aku hanya hambamu yang lemah.Jika benar hidayahMu itu milik kami, kau berikanlah hidayah itu kepada aku dan keluargaku.Lembutkanlah hati kami Ya Allah.Amiiinn ya rabbalalamin."Inarah Allaq meraup wajahnya selepas selesai berdoa.Setelah membiarkan air matanya mengalir dan meluahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Berkuasa barulah dia berasa tenang. Sesungguhnya,cinta kepada Ilahi itu terasa nikmatnya.


**
Seminggu selepas kejadian itu,Inarah Allaq menjauhkan diri daripada keluarganya.Dia tahu dia berdosa melakukan hal sebegitu.Tetapi,emosinya menguasai dirinya.Dia berasa malu dengan jiran tetangga mereka yang mengetahui keadaan keluarga mereka yang tidak aman.Bukan sekali mereka bergaduh, dah banyak kali dah.Sampai, keadaan mereka sekeluarga sudah sampai ke pengetahuan AJK Surau di kawasan perumahan mereka.Inarah Allaq benar-benar rasa malu.

Kemudian,di suatu petang,Inarah Allaq meluahkan isi hatinya kepada ibunya yang sedang memasak ketika itu.

"Umie,kenapa dengan keluarga kita macam ini?" Tanya Inarah Allaq yang cuba menahan tangisannya.

Puan Maizurah yang faham benar maksud pertanyaan anak perempuannya itu sengaja bertanya seperti tidak memahami maksud soalan yang ditanya oleh Inarah Allaq.

“Maksudnya?Umie tak fahamlah.”

Inarah Allaq mengangkat wajahnya untuk memandang wajah ibunya yang sedang mengacau lauk gulai tempoyak tersebut.

“Maksud Inarah ,kenapa keluarga kita tak sebahagia macam keluarga lain.Kawan-kawan Inarah semuanya mempunyai hubungan yang baik dengan adik-beradik.Tapi,kenapa keluarga Inarah macam ni umie?Inarah malulah dekat kawan-kawan Inarah.Dapat-dapat lagi bila dia orang tahu yang adik-adik Inarah tak beradab.Inarah malulah umie nak jawab persoalan kawan-kawan Inarah.Inarah rasa maruah Inarah ni rendah sangat.Itu belum lagi dengan mak cik-mak cik yang pandang Inarah ni macam Inarah ada penyakit berjangkit,”luah Inarah.

Puan Maizurah berasa sebak mendengar luahan anaknya itu.Salah dia ke cara dia mendidik anaknya? Dia menjaga setiap anaknya bagaikan menatang minyak yang penuh semenjak mereka lahir lagi.Tetapi, dia tidak mengetahui mengapa jasa-jasanya yang melahirkan dan menjaga anak-anak yang disayanginya itu dibalas sebegini rupa.Tipulah jika dia tidak berasa sedih dengan kenyataan ini.Sejujurnya,memang dia berasa sedih dan kecewa lebih daripada apa yang dirasakan oleh anak-anaknya.Sudah berbuih mulutnya menasihati kedua-dua puteranya supaya menjaga akhlak dan adab.Tetapi,setiap kata-kata nasihat daripada dirinya hanya dibalas dengan kata-kata cacian dan jeritan puteranya sahaja.Sungguh luluh hatinya mengenangkan nasibnya yang satu itu.

Dengan menarik sekali nafas, Puan Maizurah menjawab soalan Inarah.

“Inarah,kamu kena ingat,Allah itu selalu bersama-sama dengan orang yang sabar.Kmu kenalah bersabar menghadapi ketentuanNya.Mesti ada sebab mengapa Allah menjadikan sesuatu,” terang Puan Maizurah.
Inarah yang mendengar hanya tersenyum.

Ya,dia tahu.Pasti ada sebab mengapa Allah menjadikan sesuatu perkara.Tapi,sudah lama dia mecari jawapan mengapa dia diuji sebegini.Kadang-kala dia berasa seperti hendak mati sahaja apabila mengenangkan adik-adiknya yang bersikap kurang ajar.
**
Nak masuk dua minggu,tapi kenapa luka-luka dekat badan aku ini tak sembuh-sembuh lagi.Kuat betul adik aku tumbuk tulang-tulang aku,ngomel Inarah.Sejujurnya dia berasa aneh kerana badannya sering kali sakit semenjak-menjak ini.

Ketika dia ingin melangkah ke bilik air yang terletak di biliknya,tiba-tiba Inarah rebah dan terkulai lemah.
**
“Doktor,kenapa dengan anak saya,”tanya Puan Maizurah cemas.Dia tidak pernah melihat keadaan anaknya yang lemah sebegitu.Dia sendiri sudah mahu pitam melihat muka anak perempuannya yang pucat lesi itu.

“Maaf ya Puan Maizurah.Saya harap Puan Maizurah dapat bertenang apabila saya memberitahu perkara sebenar.”Doktor yang bernama Azmi itu sedang menyusun ayat-ayatnya untuk memberitahu Puan Maizurah mengenai keadaan Inarah.

“Ya doktor.Beritahu saya cepat doktor ,”desak Puan Maizurah.

“Sebenarnya,melalui laporan kesihatan anak puan,saya mendapati anak puan menghidap penyakit leukemia peringkat akhir.”

Puan Maizurah yang mendengar terasa seperti ada berjuta-juta batu yang sedang menghempapnya kini. Di mindanya pada saat ini terlayar wajah manis anak sulungnya itu.Air jernih yang mula bergenang di kelopak mata Puan Maizurah terus diseka oleh Puan Maizurah.Dia perlu kuat.Demi anaknya,dia perlu kuat.

“Doktor,jangan-jangan laporan yang doktor dapat itu salah barangkali.Anak saya itu masih muda.Dia baru sahaja berusia 18 tahun.Tak mungkin anak saya menghidap penyakit tersebut.Sebab yang saya tahu, penyakit tersebut arwah mak saya sahaja yang menghidapnya.Macam mana pula anak saya boleh terkena penyakit itu pula,” soal Puan Maizurah yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberitahu oleh doktor muda tersebut.

“Pada awalnya memang saya tak percaya puan.Saya sendiri mengarahkan doktor lain untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekali lagi terhadap anak puan dan hasilnya sama seperti apa yang saya dapat. Dan lebih mengejutkan saya anak puan menghidap penyakit leukemia beserta dengan penyakit darah tinggi.”

“Habis tu,macam mana dengan anak saya doktor?Apa yang patut saya buat?Ada apa-apa jenis rawatan ke yang anak saya boleh lakukan untuk dia sembuh daripada penyakitnya itu?,”soal Puan Maizurah sambil menangis teresak-esak.

“Maafkan saya sekali lagi puan.Tiada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit anak puan.Pada saat ini,kita hanya mampu berdoa kepada yang Maha Esa untuk keajaiban dariNya.Saya hanya mampu anggarkan bahawa anak puan hanya boleh menghabiskan sisa-sisa hidupnya selama seminggu.Maafkan saya puan.”

Puan Maizurah yang mendengar menangis hiba.Banyak sungguh dugaannya kini.Dia amat memerlukan kata-kata semangat daripada suaminya pada detik ini.Tetapi,malang sungguh kerana suaminya tidak dapat melawat anak perempuannya ini kerana suaminya outstation ke negara Jepun.
**
Puan Maizurah menapak ke arah wad yang menempatkan anaknya,Inarah Allaq.Puas dia menyuruh dirinya untuk tidak menangis di hadapan anaknya.Dia tidak mahu anaknya itu tahu bahawa dia sedang merahsiakan sesuatu.Dia memaksa dirinya untuk senyum bila berhadapan dengan anaknya itu.

“Inarah,kan umie suruh Inarah tidur.Kenapa tak rehat aje ni.”Puan Maizurah mengarah anaknya yang sedang terbaring itu melelapkan mata.

“Inarah tak boleh tidurlah umie.Umie,kenapa dengan Inarah? Doktor cakap apa pasal kesihatan Inarah?,” soal Inarah.Dia berharap agar Puan Maizurah berlaku jujur dengannya.

Soalan daripada Inarah itu benar-benar menyentak kalbunya.Ibu mana yang tidak sedih mengenangkan nasib yang menimpa anaknya itu.Puan Maizurah cuba untuk menceriakan suasana yang suram itu. Maafkan umie 

Inarah,umie terpaksa meipu kamu,rintih Puan Maizurah di dalam hatinya.

“Kamu itu demam panas ajelah Inarah.Itulah kamu asyik sangat memikirkan masalah yang menimpa keluarga kita.Lepas ni,umie tak mahu Inarah fikir banyak-banyak ya sayang.Inarah rehat aje.”Puan Maizurah berkata sambil mengusap ubun-ubun kepala anaknya itu.

Inarah Allaq hanya menganggukkan kepalanya dan segera melelapkan matanya.

“Alhamdulillah.Nasib baik Inarah demam panas ajekan umie.Nanti lepas beberapa hari nanti,Inarah sihatlah seperti sedia kala.Umie jangan bimbang ye.”Inarah berkata sambil melelapkan matanya.

Puan Maizurah yang tidak dapat menahan sebak segera keluar daripada bilik tersebut.Dia sudah tidak dapat menahan gelodak di hatinya.Matanya pula seakan-akan ingkar arahannya yang tidak mahu menangis di hadapan anaknya itu.

“Ya.”Puan Maizurah bersuara sambil menutup mulutnya dan segera keluar daripada bilik tersebut.Nasib baik anaknya itu tidak dapat mengesan perbuatannya.

Setelah telinganya dapat mendengar pintu bilik itu ditutup.Inarah segera membuka kedua-dua belah matanya.Dia tersenyum dalam kesengsaraan.Dia bangkit daripada pembaringannya dan menuju ke arah tingkap di dalam biliknya itu.

“Terima kasih umie kerana menjaga hati Inarah.Terima kasih kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada Inarah,” ujar Inarah perlahan.Air matanya mula mengalir tanpa henti.
**
Ya,dia tahu tempoh seminggu itu tidak lama.Dia kini sedang mempersiapkan dirinya untuk menghadap ilahi.Inarah melarang ibunya untuk menjenguk dia di hospital.Katanya,dia mahu berehat dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa.Puan Maizurah pula hanya akur akan permintaan anaknya.

Sebenarnya,Inarah tidak sanggup untuk melihat wajah dukacita ibunya itu.Dia tahu ibunya pasti sedih mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.Dia sendiri berasa terluka dan sesungguhnya berita yang didengarinya itu memang suatu tamparan yang hebat buat dirinya.

Masanya hanya tinggal kira-kira lima hari sahaja lagi.Sepanjang masa dia berada di hospital ini , dia sering membaca Al-Quran dan sembahyang sunat tahajjud.Dia mahu mengumpul kekuatan.Dia tidak mahu emosi yang menguasai dirinya kerana dia sudah kesuntukan masa untuk mengejar pahala.

Di sebalik keheningan malam itu,Inarah terdengar sayup-sayup suara pertelingkahan antara dua orang. Segera Inarah menyarung tudung expressnya itu dan mencabut jarum yang dicucuk di tangan kanannya. Dia menuju ke arah seorang pemuda yang telah ditinggalkan oleh seorang perempuan yang berkemungkinan kakak kepada pemuda tersebut.Dia sendiri tidak mengetahui mengapa dia bersemangat sekali untuk membantu lelaki tersebut.

“Assalamualaikum,”sapa Inarah kepada lelaki yang disediakan di hospital tersebut.

Tersentak Hulwan Mukhlis dibuatnya.Dia mengamati wajah perempuan yang mulus tersebut.Tetapi, mengapa wajah perempuan tersebut kelihatan pucat dan dia tidak faham juga mengapa dia berasa tenang melihat wajah tersebut.Seolah-olah seluruh masalahnya hilang dibawa angin lalu.

“Wa..Waalaikumsalam.”Tergagap-gagap Mukhlis menjawab salam Inarah.Inarah tersenyum lalu duduk selang dua buah kerusi daripada Mukhlis.

“Maafkan saya kalau awak fikir saya ni menyibuk ke apa,tapi saya dengar daripada luar bilik saya tadi suara awak sedang bergaduh dengan seorang perempuan.”

Sekali lagi Mukhlis terkejut.Malu sungguh dia rasakan.Tak sangka gadis tersebut mendengar pertengkarannya dengan kakaknya tadi.

“Ehemm”.Mukhlis berdehem.Kemudian dia menyambung bicaranya.

“Emm, dia itu kakak saya.Saya gaduh dengan dia tadi.Kenapa,ada masalah?” Mukhlis cuba untuk menayangkan egonya.Tidak mahulah dia dilihat seperti budak-budak pada sudut pandangan gadis tersebut.Bergaduh-gaduh dengan adik-beradik ini macam budak kecik je bagi Mukhlis.Tapi, tanpa sedar, dia buat juga.

Inarah Allaq tersenyum.Terpempan Mukhlis dibuatnya.Penasaran betul dibuatnya.Gila ke apa perempuan ni nak senyum-senyum.

“Tak ada masalah.Tapi,tak baik tau awak buat kakak awak macam itu.”

“Eh,kenapa pula? Dah dia yang mulakan dulu.Benci saya tengok dia itu.Eeee…”Mukhlis meluahkan ketidak puasan hatinya.

“Ish,awak ni degillah.”Inarah ketawa.Sekali lagi Mukhlis terkejut.

“Aduhai,dah banyak kali aku terkejut ni,” desis hati Mukhlis.

Inarah menyambung kembali bicaranya.

“ Awak kena ingat, pasti ada sebab dan akibat berlakunya sesuatu perkara.Allah tidak pernah menciptakan perkara yang sia-sia.Pasti Allah ingin awak belajar sesuatu.Sebab itu Allah berikan awak dugaan macam ini.”
Mukhlis mengerutkan dahinya.Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Inarah.

“Tapi apa hikmah di sebaliknya.Saya tak dapat apa-apa hikmah pun.Sakit hati adalah.”Mukhlis menjawab.
Inarah menggerakkan jari telunjuk tangan kanannya ke arah kiri dan kanan sebagai tanda tidak menyetujui apa yang dijawab oleh Mukhlis.

“No,no,no.Awak nak tahu tak, dulu saya selalu mencari jawapan mengapa Allah berikan saya dugaan macam ini. Boleh dikatakan hamper setiap hari saya bergaduh dengan adik-adik saya.Kami berteriak antara satu sama lain.Kami bergaduh menyakitkan hati dan badan masing-masing Saya rasa sangat malu sebab jiran-jiran mengata saya dengan keluarga saya yang tidak pernah aman..Saya malu dengan kawan-kawan saya dekat sekolah sebab mempunyai adik-adik yang bersikap kurang ajar dengan saya. Saya sendiri rasa sedih kerana adik-adik saya tidak menghormati saya.Saya juga sedih kerana adik saya tidak menjaga hubungannya dengan Allah.Saban hari saya berfikir cara-cara untuk menjadikan adik saya seseorang yang soleh dan berakhlak mulia.Kadang-kala saya berfikir apa dosa saya yang lalu yang menyebabkan saya perlu menerima dugaan seberat ini.”

Tersentuh hati Mukhlis yang mendengar luahan hati Inarah.Dia dapat merasakan betapa sedihnya dan lukanya hati Inarah menghadapi dugaan seberat itu.Tapi,dia tahu akan kebenaran pepatah berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Apa yang dia rasakan sekarang melalui cerita yang disampaikan Inarah tidak standing dengan apa yang dirasakan oleh Inarah sendiri.

Kemudian,Inarah tersenyum ke arah Mukhlis.Pelik Mukhlis melihat senyuman yang terbit di wajah Inarah.

“Tapi,kini saya sudah menemui jawapan saya.”

Kata-kata yang dilemparkan oleh Inarah benar-benar membuat Mukhlis berdebar-debar.
**
“Inarah,kamu tu kan tak sihat lagi.Duduk ajelah dekat hospital ini,”pinta Puan Maizurah.

Kini,seluruh ahli keluarganya sudah mengetahui penyakit yang dihidap oleh Inarah.Mereka menyangka Inarah tidak mengetahui apa-apa mengenai penyakitnya.

“Ala umie,Inarah bosanlah duduk dekat sini.Inarahkan tengah sihat ni.Jomlah kita pergi bukit dekat belakang hospital ni.Inarah nak tengok matahari terbenam,”rengek Inarah persis seperti bayi.

Pelik Puan Maizurah melihat anaknya itu yang beria-ia mahu makan masakannya dan sekarang ini pula anaknya itu mahu melihat matahari terbenam bersama-sama dengan ahli keluarganya.

“Biarlah Zurah,Inarah nak sangat tengok matahari terbenam.Kita ikut ajelah permintaan dia tu,” ujar Encik Ibriz Juman iaitu suami Puan Maizurah yang kelihatan sedang mendukung Aisyah.

“Baiklah abang.”
**

“Umie nak baring atas riba umie boleh tak?”

Puan Maizurah hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu.

“Baring ajelah kamu ini.Bukannya umie suruh bayar pun.”

Inarah hanya tersenyum mendengar telatah umienya.

“Umie,ayah, matahari nak terbenam tu.Amni,Ammar,Haziz jom kita kira sama-sama.

“10, 9 ,8,7,6”

“Ya Allah,terima kasih di atas segala-galanya,”desis hati Inarah sambil memejamkan matanya perlahan-lahan.
Ahli keluarganya yang lain tidak menyedari mulut Inarah yang berkumat-kamit mengucap kalimah syahadah.

“3,2,1”

“Inarah,jom kita masuk hospital balik,”arah Puan Maizurah.

Menyedari anaknya yang tidak menyahut panggilannya itu,Puan Maizurah segera menggoncang tubuh anaknya.Namun,apakan daya jika anaknya sudah pergi menghadap seruan ilahi.Dia dan suaminya beserta anak-anaknya yang lain hanya mampu mengucapkan kalimah innalillah.Semoga anaknya dicucuri rahmat.
**

“Maaf,puan,ada orang yang menyuruh saya menyerahkan surat ini kepada puan.Kalau tak silap saya kata pemuda tersebut,Inarah berpesan supaya surat ini perlu disampaikan kepada puan,”ujar jururawat tersebut.

“Terima kasih ya dik.”Puan Maizurah menyambut huluran sampul surat tersebut.Banyak persoalannya yang timbul mengenangkan kata-kata jururawat tersebut.

Inarah telah selamat dikebumikan.Dia dan suaminya beserta anak-anaknya yang lain berada di hospital pada hari ini kerana dia ingin mengambil barang-barang milik anaknya yang terdapat di hospital ini.

“Surat daripada Inarah ke Zah?,”soal suaminya.

“Ya abang”

Dengan pantas Puan Maizurah membuka sampul surat tersebut.Bergenang air matanya membaca pesan terakhir anaknya itu.Dia menangis hiba di dalam pelukan suaminya itu.Suaminya beserta anak-anaknya yang lain turut menangis teresak-esak setelah membaca amanat terakhir Inarah.

 Assalamualaikum umie ,ayah , adik-adik semua,
Kalau kalian semua baca surat ini,Inarah sudah pergi buat selama-lamanya.Inarah harap agar umie,ayah dan adik-adik semua tidak bersedih dengan pemergian Inarah.Inarah tau perkara yang sebenarnya umie.Inarah tahu yang Inarah menghidap penyakit leukemia.Sebelum Inarah terlantar di hospital ini lagi,Inarah sudah tahu penyakit Inarah.Tapi,Inarah diamkan aje.Inarah tak mahu melihat umie dengan ayah risau.Inarah tau,umie sedang menghadapi tekanan dengan jiran tetangga.Ayah pula sibuk dengan kerjanya.Jadi,Inarah memutuskan yang Inarah tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar kepada umie dengan ayah.Akhir-akhir ini,Inarah sering berfikir mengenai adik-adik Inarah.Bukan kerana Inarah mahu memikirkannya.Tetapi,kerana Inarah harus memikirkannya.Inarah mahu meringankan beban umie dengan ayah.Kini,Inarah sedar.Hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah sahaja kita boleh merasai kenikmatan berkeluarga.Sejujurnya,Inarah mengaku.Inarah bukannya baik sangat.Inarah sering kali melengah-lengahkan waktu solat.Inarah tidak menjaga hubungan denganNya.Sebab itu Allah memberikan kita dugaan ni.Untuk kita lebih mendekatkan diri kepadanya.Umie,betul kata-kata umie.Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kini,Inarah sudah menemui jawapannya.Allah merindui Inarah. Allah ingin Inarah mendekatkan diri kepadaNya.Inarah bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih merindui dan dekat dengan Inarah.Inarah bersyukur sangat.Mengenai penyakit Inarah,Inarah redha.Inarah pasrah kepadaNya.Jika dengan kematian Inarah dapat membuka hati adik-adik Inarah bahawa pentingnya menjaga maruah keluarga kita dan dijadikan pengajaran supaya sentiasa menjaga hubungan denganNya, Inarah bahagia umie,ayah.Inarahlah orang yang paling bahagia di dunia ini.Akhir sekali, satu sahaja yang Inarah pinta , adik-adik semua tolonglah bersangka baik antara satu sama lain,jagalah akhlakmu dan sentiasalah dekat dengan Allah.Maka,adik-adik semua pasti akan merasai kenikmatannya.Jagalah umie dengan ayah baik-baik.Umie,ayah,halalkanlah segala makan minum Inarah.Inarah Allaq akan sentiasa berada di hati kamu semua.Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Salam Sayang,

Inarah Allaq.

Mukhlis yang berdiri jauh daripada pandangan keluarga Inarah turut mengalirkan air mata.Benar kata Inarah bahawa Allah itu Maha Penyayang.Allah sudah pun menunjukkan cahaya petunjuk kepada keluarganya.Dan kini,dia turut merasai hidayah Allah.Dia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia akan selalu menghargai ahli keluarganya dan menjaga keharmonian keluarganya.

“Terima kasih Inarah.Awaklah sahabat saya yang paling baik.Semoga awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Betul kata awak,hidayah itu cahaya petunjuk.Terima kasih Inarah,”gumam Mukhlis.

Setelah membaca amanat terakhir Inarah,Ammar dan Haziz berasa amat menyesal kerana berkata dan berkelakuan kasar terhadap kakaknya.Ayah Inarah pula berasa amat bersalah kerana tidak pernah menitikberatkan soal sembahyang di dalam keluarganya.Amanat daripada Inarah akan pasti mereka tunaikan.Terima kasih anakku,rintih Encik Ibriz Juman.

p/s : Semoga kita semua sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan pencipta kita,Allah dan menjaga akhlak serta budi pekerti diri kita semua.




No comments:

Post a Comment

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia