Bab 5
Di sebuah
Restoran Warisan Melayu..
“Wei, asal
dengan muka kau itu? Monyok saja aku tengok.Aku rasa kalah jeruk mangga kalau
compared dengan muka kau yang masam itu. Cubalah cerita.Cuba cerita,”ujar
Khadeeja sahabat karib Rissa.
Entah apa
yang merasuk diri Rissa pada hari ini.Semalam bukan ke main lagi ceria dan
riangnya dekat rumah.Tengok-tengok waktu tengah hari ini mukanya berkerut
seribu dan wajahnya mempamerkan riak tidak tenang.Macam-macam hal betul si
Rissa ini.
“Aku cuma..Aku
cuma jumpa dia laa..”
“Jumpa siapa
Rissa ? Jumpa hantu ke ?”
Rissa yang
mendengar shabat karibnya hanya mempu menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda
tidak menyangka pengaruh cerita seram di dalam diri rakannya itu terlalu
hebat.Sampai terbawa-bawa ke alam reality.Ish..Ish..Ish … Tak patut begitu !
“Kau ini tak
habis-habis dengan hantu Kak Limah dengan pontianak mata merah kau itu.Aku cuma
jumpa..”
Deeja yang
mendengar Rissa berkata sedemikian hanya mampu bersabar.Tahulah dirinya ini
memang peminat finatik cerita genre seram.Ditarik nafasnya sedalam-dalamnya
untuk mengusir perasaan geramnya terhadap Rissa.Orang tengah serius boleh pula
si Rissa ini buat lawak antarabangsa.Seriau betul…
“Ala kau
saja nak kenakan aku..Tahulah aku suka tengok cerita hantu.Aku gurau saja tadi.Relax
lar der.Kau ini pun satu, tak habis-habis dengan aku cuma ..aku cuma.. Ingat
ini iklan percuma ke ?”
Sengaja
sahaja Deeja cuba berlawak dengan Rissa.Sekurang-kurangnya ini mampu
menjernihkan kembali wajah Rissa yang memang sudah sedia berkeruh pada tika
ini.Dapat-dapat lagi reaksi wajah Rissa yang serius nak mampus saat dia
mengeluarkan statementnya yang sememangnya lawak yang tak lawak itu.
“Loyar buruk
pula kau ini kan Deeja.Aku cuma jumpa kawan baik aku itu.”
“Eh
,Rissa ! Aku ingatkan aku ini kawan baik
kau.Sampai hati kau sudah ada kawan baik yang lain.Tak sangka betul aku.Sudahlah
itu tak beritahu aku langsung.Nak merajuklah macam ini.”
“Eh.. eh..
Aku yang tengah stress berkedut muka , kau pula nak merajuk buat muka seposen
dekat sini.Apa yang kau tak kenalnya.Aku jumpa Qaireena tadi.”
“Laa….Iya ke
? Maksud kau Qaireena yang satu bilik dengan kau masa dekat universiti dulu tu
ke ? Yang kahw…,”kata Deeja.
Nasib baik
dia tidak sempat menyambung perkataan akhir yang baru sahaja ingin disebutnya
tadi.Hal sensitif itu.Yakni hal yang membawa luka dan meninggalkan parut di
lubuk hati yang paling dalam.
Belum sahaja
Rissa mahu berkata-kata,seorang pelayan restoran di tempat mereka berdua ingin
menjamu selera sudah berdiri di tepi meja mereka untuk mengambil pesanan.
“Erm, kita
orderlah dulu.Lepas ini aku sambung cerita balik,” ucap Rissa kepada Deeja.
“Okey,”balas
Deeja sepatah kata.
--------------------------------------------------------
“Alhamdulillah.Kenyang
betul aku dah ini.Tak larat pula rasanya nak berdiri,”ujar Rissa.
“Sudah-sudah..Tak
payah nak mengada-ngada lagi.Saja jelah tu.Nampak sangat maksud tersirat kau
itu.Mentang-mentanglah aku yang bayarkan.
“Kau yang
dah berjanji.Memey lar.Aku saja-saja je nak ingatkan janji kau itu.Seminggu
okay ? Ingat tau,”kata Rissa.Hampir tersembur gelak tawanya tatkala melihat
muka cemburut Deeja.Geli hatinya melihat wajah teman baiknya ketika itu.
Deeja yang
melihat Rissa yang sedang ketawa akan dirinya itu berasa sedikit lega.Lapang
sudah segenap hatinya melihat wajah ceria Rissa waktu itu.Tetapi, dia sengaja
membuat muka serius di hadapan Rissa agar dia bisa menyembunyikan perasaan
leganya pada ketika itu.
“Janganlah
gelakkan aku lagi.Malu lar wei.Pak cik yang duduk dekat belakang kau itu pun
dah pandang-pandang muka cun aku ini,”balas Deeja seraya memanggil pelayan
restoran untuk menjelaskan bayaran makan tengah hari mereka berdua pada hari
itu.
“Aku tak
tahanlah tengok muka kau tadi.Cute sangat,”ujar Rissa selamba sambil membuat
tanda peace di kedua-dua belah tangannya yang diangkat sedikit ke paras
kepalanya.
“Banyak
cekadak kau punya cute,”balas Deeja sambil mencebik mulutnya.
Setelah
selesai membuat bayaran,Deeja dan Rissa terus pulang menuju ke pejabat
masing-masing.Mereka berdua telah berjanji untuk pulang awal ke rumah pada hari
ini untuk melaksanakan “Rancangan Luah Bicara” yang sering mereka lakukan
ketika ada di antara mereka yang sedang mengalami perasaan kecewa,sedih dan
stress melampau.
----------------------------------------
“Rissa,
kerja Rissa ada banyak lagi ke itu ?,”soal Puan Khaisara a.k.a Ketua Setiausaha
di Syarikat Irfida.
“Lagi sikit
saja ini kak.Kenapa akak tanya?,”soal Rissa kembali kepada Puan Khaisara yang
sudah lama dianggap sebagai kakaknya sendiri.
“Akak
ingatkan nak minta tolong dekat Rissa hantarkan dokumen penting ini dekat
Amanda Holdings.Si mamat Rafie itu tak datang kerja hari ini.Demam
katanya.Sebenarnya akak boleh saja hantar dokumen ini sendiri.Tapi,akak kena
pergi hospital sekarang sebab anak akak demam teruk ini.Baru sekejap tadi akak
dapat call from cikgu sekolah agama dia,”terang Puan Khaisara
bersungguh-sungguh.
“Tak apalah
akak.Selama ini pun,akak dah banyak bantu Rissa.Lagipun, Rissa cuma perlu
hantar dokumen ini dekat Amanda Holdings kan?”
“Terima
kasih banyak ya Rissa.Maaf sebab akak dah susahkan Rissa pula hari ini.Dokumen
ini kena hantar hand-by-hand.Maklumlah maklumat sulitkan.Rissa kena hantar
dokumen ini kepada CEO Amanda Holdings sendiri.Nama dia Emir Rizqi Aisy.Orang selalu panggil dia Encik Emir .”
Terasa air
liur tersekat di bahagian tengah kerongkongnya pada ketika ini.CEO? Pasti bukan
calang-calang orang ini.Terasa gerun pula dirinya ingin menyerahkan dokumen ini
kepada CEO Amanda Holdings.
“Kalau macam
itu , Rissa beransurlah dulu ya ke sana.Takut jalan jem pula nanti.”
“Kalau Rissa
tak tahu bilik CEO itu dekat tingkat mana, Rissa tanya saja dekat bahagian
receptionist syarikat itu.”
“Okay kak,”
ucap Rissa menamatkan perbualan mereka.
Usai dokumen penting tersebut diambil daripada Puan Khaisara, Rissa segera memandu ke Amanda Holdings.Dia berharap agar dia cepat tiba di Amanda Holdings kerana dia sudah mengikat janji dengan Deeja untuk pulang awal ke rumah pada hari ini.
best..smbg lg ye ;)
ReplyDeletetq . . nantikan sambungannya ye . . ;)
ReplyDelete