Kawan-Kawan

Tuesday 1 January 2013

SAYA MENGHILANG. ..

HAPPY NEW YEAR 2013  !

Assalamualaikum,
entry kali ini saya nak beritahu something dekat semua yang ada singgah ke blog saya dan yang menjadi pembaca setia untuk karya2 saya. .

tahun ni saya berumur 17 tahun..*okey, sekarang ni bukannya nak cakap pasal umur* so, maksud simboliknya ialah saya akan mula bersekolah pada hari esok... *sekali lagi dibesarkan tulisan*..ESOK  !!!! kalau dah kata 17 tahun tuu maksudnya tahun ni saya ambik peperiksaan SPM laaa yeh..

Sebenarnya,masa cuti sekolah ni lagi saya rasa macam nak stop kejap untuk novel cinta vs benci.. coz, pada mulanya saya buat suka2 je novel ni.. *kerana saya.mempunyai imaginasi yang terlebih* asal duduk seorang2 tu mula la fikiran ni menerewang fikiaq bende2 yang x sepatutnya.. ..dan disebabkan ini saya tak tahu nak lepaskan imaginasi saya ni kat mane *selepas berhempas.pulas berfikir,akhirnya saya temui jawapannya*

Saya mula menulis sebuah bab novel dan sambungkannya kepada bab yang seterusnyalah..novel yang first sekali saya tulis 'lengkapkanlah cintaku ini' tapi saya hentikan dulu novel tu sebab nak tumpukan sepenuh idea saya kepada novel cinta vs benci..kalau saya rasa sangat emosional saya akan start tulis cerpen..sebab saya suka meluahkan apa yang saya fikirkan di dalam sebuah cerita.dan sebab itulah juga kekadang *maybelah -.-* gaya penulisan saya pun mcm biasa sahaja..

Okay,sorry lah sebab terpaksa memaksa korang semua membaca bebelan a.k.a luahan hati ssorang penulis yang tidak diiktiraf ni.. *huahuahuahaua... act, nak beritahu je yang maybe entry untuk cinta vs benci akan slow sikit.. kalau saya ada masa *sekali lagi diTEGASkan.. kalau ADA MASA* saya akan post satu bab untuk satu bulan..itu lebih baikkan daripada tak ada langsung...

Akhir sekali,saya harap agar korang semua dapat mendoakan kejayaan saya di dalam peperiksaan SPM...terima kasih juta juta..
tatataaaa.....;)

p/s: macam buat karangan pula aku ini...

2 comments:

  1. Mimie you're still 16..well according to your birth date

    ReplyDelete

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia