Kawan-Kawan

Sunday 3 March 2013

Cinta VS Benci 11




Bab 11

Akhirnya,tiba juga saat-saat yang aku nantikan.Akhirnya aku boleh pergi ke dusun Emir untuk melantak durian.Opsss ! Untuk pengetahuan atuk-atuk dan nenek-nenek di luar sana aku ini memang terkenal dengan gelaran hantu durian.Kalau nak tahu,gelaran itu telah diberikan oleh ibuku yang tercinta.

Waktu cerah begini,barulah aku berkesempatan untuk melihat pemandangan villa milik keuarga Emir. Memang luas gila.Gila pun tak luas seperti ini.Aku mengerling ke arah sebelah kiriku.Mak Mah berjalan menuruti langkahku ke arah dusun yang terletak di belakang villa tersebut.Sebelum memulakan perbualan,aku berdehem dahulu.Sakit tekak woo..

“Mak Mah,Mak Mah ke yang tolong jagakan dusun ini semua?” Rissa memulakan sesi soal jawabnya dengan Mak Mah.Mereka berdua sedang berjalan menuju ke sebuah pondok khas yang sememangnya nampak klasik dan bercirikan alam semula jadi.Mana tidaknya, pondok tersebut diperbuat daripada kayu jati yang berkualiti tinggi.Macam mana aku tahu? Jawapannya ialah,Mak Mah yang memberitahuku tentang pondok tersebut semasa kami sedang mencuci pinggan mangkuk sesudah kami semua selesai makan tengah hari.

Agak-agaknyalah,mesti Deeja akan berasa pelik mendengar cerita aku.Kombinasi di antara taman bunga dan dusun?  Memang sah-sahlah dia akan mengatakan aku sudah mengalami kemerengan otak tahap kronik.Tapi,itu bukan salah aku pun.Sudah memang kawasan villa terlebih mewah milik Emir ini direka sebegitu.Villa milik Emir memang unik.Pokok-pokok yang ditanam di dusunnya ditanam secara berasingan mengikut jenis buah sehingga membentuk bulatan separa ataupun dengan menggunakan bahasa mudah dusunnya kelihatan berbentuk ‘C’ jika dilihat daripada pemandangan atas.

Villa Emir ini direka dalam bentuk bulatan.Jika dusunnya yang kelihatan seperti membentukkan bulatan separa,kini taman bunganya pula juga direka khas dalam keadaan berbentuk bulatan separa yang akhirnya melengkapkan bentuk bulatan.Gabungan di antara dusun dan taman bunga ini memang aneh dan aku juga tidak  faham akan tindakan nenek dan atuk Emir yang meminta gabungan tersebut mesti direka di dalam bentuk bulatan.Villa Emir itu pula terletak betul-betul di tengah-tengah bulatan tersebut.Rumah itu pun satu hal juga.

Mengapa rumah tersebut direka dengan corak ala-ala Inggeris. Perkara ini seperti pelik di pandangan mata aku kerana gabungan villa Emir yang ala-ala Inggeris ini digabungkan dengan eleman dusun.Dusun? Kalau taman bunga itu usah difikirkanlah kerana memang tidak pelik pun menurutku.Tapi,mungkin ini citarasa mereka kut? Ataupun adakah terdapat maksud simbolik di sebaliknya? Entah,malas mahu menyesakkan kepala aku dengan soalan yang sememangnya aku tiada jawapannya,maka,aku pun hanya membiarkan persoalan yang berada di benakku itu hilang dibawa angin.

“Rissa,Rissa duduk dekat sini dulu ye.Mak Mah pergi masuk ke dalam rumah dulu.”Mak Mah berkata sebaik sahaja kami sampai di pondok tersebut.

“Rissa duduk seorang-seorang dekat sini ke Mak Mah? Kalau Mak Mah nak masuk ke dalam rumah,Rissa pun ikut jugalah.” Terpampang riak resah gelisah di wajah Rissa.Takutlah tu !

“Apa yang nak ditakutkannya oii Rissa.Kejap lagi si Emir tu datang bawa durian kesukaan kamu tu.Tak maulah risau.Tak ada hantu yang keluar petang-petang macam ini.”Mak Mah cuba berlawak.

“O ooo kay.. lah Mak Mah.Rissa tunggu dekat sini ya.” Terukir senyuman di bibirnya sesudah ia menghabiskan kata-katanya.

**
“Oppppocot mak kau durian berduri-duri !!!” Kus semangat aku ! Gerangan siapakah yang bersikap terlebih ajaran ini? Eh,apa yang aku melalut ini.Ish !!!

Dipusingkan badannya ke belakang.”Dush” Degup jantungnya berdenyut dengan pantas.Terpanar dia dengan senyuman manis Emir.Senyuman yang ikhlas.Ya,buat pertama kalinya aku melihat dia tersenyum seikhlas hatinya.Terus hilang rasa amarahku kepadanya.

“Terkejut aku tau tak.” Tergagap-gagap Rissa menuturkan bicaranya.Debaran yang dirasakan masih belum hilang.Ini kalau lama sangat aku tinggal di sini,tak mustahil aku akan jatuh cinta dengan mamat poyo ini.
Kini,terpampang pula senyuman sinis di wajah Emir.Haa ! Ini baru Emir yang aku kenal.Mamat berlagak dan annoying.

“Aku tak sangka pula yang kau ini kuat melatah.” Sinis sahaja pertuturan Emir.
Malas mahu melayan rasa amarahnya terhadap kata-kata Emir,Rissa hanya bertindak dengan memandang ke arah buah-buah durian yang dibawa oleh Emir.Terus hatinya dilambung kegembiraan yang tidak terhingga.Dah nama pun hantu durian !!

**

‘Segarnya rambut aku.Barulah rasa lega sikit,’ desis hati Rissa.
Setelah dia lengkap berpakaian,Rissa segera menapak ke arah balkoni.Lembut sahaja angin bertiup yang menyapa wajahnya.Ternyata besar perbezaannya jika tinggal di Bukit Fraser dan Kuala Lumpur. Tiba-tiba Rissa teringat kembali perbualannya bersama Emir di pondok dusun pada petang tadi.Mengingatkan perbualannya bersama Emir tadi benar benar meragut ketenangan dari jiwanya.

“Kau suka makan durian ke?” Emir mengerutkan wajahnya.

“Sukalah.Kenapa?” Kini,giliran Rissa pula yang mengerutkan dahinya.

“Bukan ke perempuan tak suka makan durian sebab dia orang kata durian itu tinggi kalorilah, kolestrollah dan apa benda entah yang merepek-repek itu.”  Emir berkata sambil cuba untuk membelah buah durian tersebut.

“Apa bendalah yang perempuan itu merepek.Durian memanglah ada kalori.Tapi,tak adalah banyak sangat. Seulas  durian baru mempunyai 50kcal.Tak adalah tinggi sangat pun.Kalau bab kolestrol itu pula, manalah kawan perempuan kau itu belajar yang buah-buahan ada kolestrol.Durian atau mana-mana buah tidak mengandungi kolestrol sebab kolestrol cuma datang dari sumber haiwan dan bukannya tumbuhan.Faham?”

“Oh…Tak sangka pula kau tahu benda-benda macam ini.Aku ingatkan kau ini macam katak bawah tempurung.”

“Agak-agaklah.Aku baling durin itu dekat kepala kau baru tau.” Rissa memalingkan mukanya daripada menghadap wajah Emir.Kecil hatinya apabila Emir berkata sedemikian.

“Aku gurau jelah tadi.Apa kata kau beritahu aku lagi fakta-fakta durian kau itu.Sebagai ganjarannya aku pun akan share satu fakta durian dengan kau.Amacam ? Deal ?”

“Kau ingat ini bisnes ke nak deal segala.” Nak tak nak,Rissa pun memulakan mukadimahnya untuk memberitahu Emir mengenai fakta-fakta durian yang diketahuinya.

“Durian ini kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant,B-complex dan potassium yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mengawal bendalir badan,mengawal denyutan jantung dan tekanan darah.Seulas durian juga baru sahaja mengandungi 1 sehingga 2 gram lemak dan itu pun bukanlah lemak tepu dan seulas durian juga mengandungi lebih kurang 10 gram gula.Namun begitu,kau tak bolehlah makan durian terlalu banyak kerana durian ini boleh memanaskan badan kau danlebih-lebih lagi jika engkau menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.” Panjang lebar Rissa berkongsi fakta durian yang diketahuinya.
“Aku mana ada penyakit itulah.Aku muda lagi.”  Rissa yang mendengar Emir berkata sedemikian terasa mahu muntah sahaja.Mudalah sangat si Emir itu.

“Aku belum habis cakap lagilah.Fakta terakhir yang aku tahu mengenai durian ialah durian juga dikatakan boleh mengurangkan stress kerana buah durian mengandungi amino acid bernama tryptophan yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang mengantukkan.Jadi, orang yang makan durian itu pun lebih senang tidur dan rasa lebih tenang.”

“So,itu sahaja ke yang kau tahu mengenai fakta durina?” Emir menyoal Rissa yang ketika itu baru sahaja sedang memasukkan seulas durian ke dalam mulutnya.

“Emmmm..Ye la kot.” Rissa menjawab.

“Aku rasa ada lagi satu fakta yang kau tertinggal ini.Sudahlah fakta itu fakta yang paling penting tahu tak.” Sengaja Emir menegaskan suaranya.
Tersentak Rissa dibuatnya.Kenapa tiba-tiba lelaki di hadapannya ini nak marah tak tentu pasal.

“Apanya yang penting sangat itu?” Soal Rissa kepada Emir.
Emir yang mendengar hanya tersenyum.Rissa pula kelihatan terkejut melihat reaksi Emir.Macam-macam betul.

“Kebaikannya yang terakhir itu…” Emir sengaja melambat-lambatkan pertuturannya.Dia ingin membuat Rissa penasaran .

“Apa dia? Cakap sajalah.Hishhhh” Rissa sudah mula mengeluarkan amarahnya.Digigitnya biji durian yang berada ditangan kanannya itu.

“Ok.Aku beritahu.Yalah,ini pun kau yang nak tahu sangat.Kau kena tahu juga yang duria itu boleh tingkatkan nafsu…”

Belum sempat Emir menghabiskan ayatnya,Rissa sudah terbatuk-batuk.Kemungkinan dia sudah boleh mengagak perkataan seterusnya yang akan keluar daripada mulut Emir.

“Ish,kau ini potong line betullah.Aku baru saja nak habiskan ayat aku.” Emir membuat muka tidak puas hati.

“Ish,kalau fakta kau itu pun aku tahulah.Tapi,aku cuma tak nak sebut sahaja fakta itu.”

“Ouh,kau tahulah rupa-rupanya.Emmmm.I see.” Emir tersenyum sumbing.

“Ish,miang betul pak cik dekat depan aku ini.”

Serentak itu kedengaran gelak tawa daripada Emir.Suka benar dia menggelakkan Rissa.

“Ish,kau ni sudah-sudahlah.Aku sumbat biji durian ini baru tahu.”Rissa sudah memberi amaran.

“Okay,okay..Fine.Aku stop gelak.Haa..cakap pasal durian,kau tahu tak kenapa rumah nenek aku ini pelik?” Soal Emir kepada Rissa.

“Pelik? Apa yang pelik?”

“Yalah,kau tak pelik ke tengok dusun dengan taman bunga yang mengelilingi rumah nenek aku ini?”
Rissa sudah berdebar-debar.Semangat inkuirinya juga semakin bertambah.Hailaa,mamat ini memang buat 
aku curious betullah.

Rissa mengangkat keningnya tanda inginkan jawapan daripada Emir.

"Ini semua sebab abang aku.Danish Irsyad Aisy."

Rissa yang mendengar terus terpana.Nama itu..Nama itu mengingatkan Rissa kepada seseorang.Adakah dia orang yang sama?






                                                 

3 comments:

  1. Seriously dah lupa cerita nie,t'paksa ulang baca bab2 yang lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab saya update lambat sangat kut...hehehee ;)

      Delete
  2. best...bila nak sambung

    ReplyDelete

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia