Kawan-Kawan

Friday 29 March 2013

Cinta VS Benci Bab 12


Bab 12

“Danish Irsyad Aisy..”

Nama yang dipenuhi misteri.Pemiliknya mestilah milik seorang lelaki dan lelaki tersebut mestilah seorang manusia.Seorang lelaki yang pernah mencintai seseorang di dalam diam.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui rahsia yang disimpan rapi oleh jejaka tersebut.Namun malangnya,dia sedar dan pasrah bahawa dia hanya bertepuk sebelah tangan.Namun,bukankah ada kata-kata yang menyebut “ mencintai dan dicintai itu bukanlah dengan tujuan untuk memiliki dan dimiliki tetapi mencintai seseorang dengan hati yang tulus hanya beerti jika kita mahu orang yang kita cintai itu bahagia meskipun si dia tidak mencintai kita”.Berbekalkan dengan prinsip itu,dia bangkit daripada kesedihannya dan berazam untuk membahagiakan perempuan yang dicintainya itu.

**

“Apa betul ke perempuan itu ada kena mengena dengan kematian abang aku ? Betul ke apa yang dikatakan oleh Qaireena ? Dan perlukah aku mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu? Arrgghhh !! Kusut betullah kepala aku.Damn it Rissa ! ” Emir berkata kepada dirinya sendiri sambil mencengkam kuat rambutnya sendiri.

Kepulangannya ke Malaysia yang disambut oleh Qaireena beberapa minggu yang lalu sedikit sebanyak meresahkan hatinya.Dan persoalannya kini,mengapa sudah hampir empat tahun kematian abangnya,baru Qaireena mahu menjelaskan kepadanya bahawa Rissa adalah pembunuh abangnya? Memang dia sendiri akui,dia juga tertanya-tanya sebab terjadinya kematian abangnya dan berita dan maklumat yang disampaikan oleh Qaireena benar-benar menyentakkan jiwanya sehingga dia berasa amat marah terhadap Rissa . 

Amarahnya kini terhadap Rissa hanya bersandarkan atas satu alasan.

Rissa, perempuan itu pembunuh abang aku !

“Kau takkan boleh mengelak daripada aku Rissa.Never ever.Kalau dulu kau fikir kau boleh mengelak daripada rahsia kau diketahui orang,sekarang tidak lagi Rissa,kerana aku sendiri yang akan membongkarkan rahasia tersebut dan semestinya aku akan membuatkan kau merasai derita lebih apa yang abang aku rasai.You deserve it,women ! , ” monolog Emir.

Emir sudah tekad untuk menanam rasa benci terhadap Rissa.Dia termakan akan kata-kata yang diujarkan oleh Qaireena.Betul ataupun tidak,itu bukan lagi menjadi kepentingan buatnya. Masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin yang menjadi penyebabnya.Berbekalkan dengan prinsip tersebut,dia semakin mempercayai kata-kata penipuan yang dibuat oleh Qaireena.Tanpa disedari,Emir sendiri sudah terjebak dengan permainan yang dirancang oleh Qaireena yang bertujuan untuk memusnahkan Rissa.

**

Pada malam itu,Rissa resah di tempat pembaringannya.Dicuba dan dipaksa matanya untuk lelap .Dia ingin melupakan peristiwa yang menyayat hatinya.Dia ingin melupakan perasaan traumanya terhadap peristiwa yang berlaku empat tahun yang lalu.Dia cuba melelapkan matanya,namun, tanpa diundang, mindanya sendiri membawa dia ke kenangan silam.

Empat tahun yang lalu…

“Riss,Rissa,dengar apa yang Danish nak cakapkan ini.Irfan, dia tak bersalah.Itu semua perangkap yang dibuat oleh Reena.”Termengah-mengah Danish cuba mempertahankan kata-katanya.Masakan tidak, Danish terpaksa bersaing langkah dengan Rissa yang berjalan mendahuluinya!Danish cuba untuk mengejar Rissa yang mempercepatkan langkahnya untuk keluar daripada kafeteria universiti mereka.

Rissa yang mendengar kata-kata Danish,memberhentikan langkahnya di hadapan pintu keluar kafeteria tersebut.Yalah,mana dia mampu untuk bersaing langkah dengan Danish yang sedia maklum tinggi mengalahkan galah.Setakat dia yang berkaki pendek itu apalah sangat buat Danish.

“We need to talk,Rissa !” Danish bersuara.Kemudian dia menyambung kembali.”But not at here.We go to another place.Shall we ?” Danish membuka pintu keluar kafeteria tersebut dan mengangkat tangan kirinya ke paras bahu dan melakukan gaya seolah-olah mempersilakan Rissa keluar daripada kafeteria tersebut.
Rissa yang melihat hanya mampu mendengus sahaja di dalam hati.

Setibanya mereka di taman universiti tersebut,Danish sengaja mencari tempat yang agak tersembunyi agar dia boleh berbincang dengan Rissa dengan lebih selamat.Dia tidak mahu ada di antara pelajar di university tersebut tahu perkara yang menjatuhkan maruah orang lain.Dan yang paling penting,perasaan Rissa perlu diutamakan.

“Okay,Rissa.Dengar apa yang I nak katakan ini.” Danish memulakan bicara.

“Apa lagi Danish ?” Rissa menjongketkan kedua-dua keningnya di hadapan Danish.Nak tergelak pula 
Danish melihat muka cemburut Rissa.Yang lebih kelakar lagi dia tidak menyangka bahawa Rissa tidak reti untuk menjongketkan sebelah keningnya.Jadi,nak tak nak terpaksalah dijongketkan kedua-dua kening tersebut.

“Ehem”.Danish berdehem untuk mengusir rasa geli hati yang bertandang di hatinya.Sekarag ini dia perlu serius.Dia perlu memberitahu Rissa perkara yang penting.

“Irfan tak bersalah Rissa.”Danish berkata sambil memandang ke arah Rissa.

“Tak.Itu memang salah dia.”Rissa cuba untuk menyangkal akan kata-kata Danish.

“Dia tak salah.”

“Dia salah.Dia BERSALAH !”

“Itu bukan salah dia.”

“Itu memang salah dia.”

“Dia tak bersalah Rissa.Dia tak bersalah.Itu bukan salah dia.Itu semua salah…” Belum sempat Danish menghabiskan kata-katanya,Rissa segera memotong bicara Danish dan menukar posisinya yang sedang duduk kepada berdiri.

“Cukuplah Danish ! Persetankan semua itu.Rissa dah malas nak dengar apa-apa alasan dia.Rissa dah penat Danish.Dah penat.”Rissa menghamburkan tangisannya di hadapan Danish yang dianggap sebagai abang kandungnya sendiri.Kedua-dua belah tangannya diletakkan di telinganya sebagai tanda dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi daripada Danish.

“Rissa.Don’t cry.Please…,”rayu Danish.Hancur luluh hatinya melihat gadis yang dicintainya di dalam diam itu mengalirkan air mata.Melihatkan Rissa yang berdiri itu,Danish juga segera ikut berdiri.

“Rissa dah penat Danish.Rissa dah fed up dengan semua ini.Dia,lelaki itu mesti bertanggungjawab ke atas perbuatannya.Sampai hati dia buat Rissa macam ini.”Rintih Rissa.

Dilihatnya wajah Rissa yang jelas kelihatan tertekan dengan masalah itu.Kemudian,dipeluknya Rissa di dalam dakapannya dengan harapan tangisan Rissa akan reda.Kemudian,ditariknya pula tangan Rissa untuk duduk semula di bangku yang disediakan di taman tersebut.

“Listen Rissa.Tak semestinya apa yang berlaku di hadapan kita itu perkara yang betul .” Danish cuba untuk menenangkan dan menerangkan hal yang sebenarnya kepada Rissa.

“Apa yang tak betulnya Danish? Dengan gambar tak senonoh itu you kata tak semestinya gambar itu memberi maksud yang benar.Apa yang you cuba dalihkan lagi? Sebab you kawan Irfan,you nak bela dia? Walaupun sudah terang lagi bersuluh dia sudah menodai kesucian Qaireena?” Bertalu-talu soalan yang Rissa soalkan kepada Danish sehingga merah padam mukanya menahan amarah.

“Nope.I bukan nak cuba untuk memanipulasikan cerita apatah lagi nak membela Irfan.Tapi,I cuba nak sampaikan kebenaran cerita yang sebenarnya bahawa Irfan telah diperangkap oleh Qaireena.” Danish segera berdiri dan menghadap muka Rissa di hadapannya.Ditenungnya muka Rissa supaya Rissa dapat mempercayai akan kata-katanya.Danish juga berasa amat yakin terhadap kata-katanya kerana rahsia Qaireena berada di dalam genggamannya.

Rissa memandang ke arah Danish.Sepertinya, Danish tulus memberitahu dia perkara yang sebenar. Ditenungnya wajah Danish yang mengharapkan pengertian daripada Rissa.Wajah yang ikhlas dan penuh pengharapan itu tidak akan pernah dia mampu dia usirkan di dalam mindanya.Wajah tersebut seakan-akan sudah melekat dan tidak boleh ditanggalkan dari memori mindanya.Memori yang mengundang seribu rasa di hatinya.Memori yang dia sendiri tidak diberi pilihan untuk mengusir kenangan lalu.

**

“Danish…”Rissa mengeluh buat sekalian kalinya.Dibuka matanya kembali untuk mengusir kenangan lalu daripada menerpa ke gawang mindanya.Dia segera membangkitkan tubuhnya.Dia mahu ke bilik air untuk mengambil wuduk.Mungkin dia perlu menghadap Allah Yang Maha Esa untuk mengembalikan ketenangan di jiwanya.

Usai menghadap Allah Yang Maha Kuasa, Rissa segera menanggalkan telekungnya.Dilipatnya telekung dan sejadah tersebut dan diletakkan semula ke dalam almari.

“Tok ! Tok ! Tok !” Mendengar ketukan di pintu tersebut membuatkan Rissa yang sedang mengelamun ketika menyimpan telekung di dalam almari itu berasa terkejut.Habis sudah kenangan silamnya itu berterbangan jauh dari mindanya.

“Tokk ! Tokk ! Tokk!! Kali ini bunyi ketukan di pintunya semakin kuat.Itu menambahkan lagi perasaan geram yang terbuku di hatinya.Entah apa lagilah mamat itu hendakkan.Menyampah pula rasanya !

“Kejap.” Dengan hanya satu perkataan itu,bunyi ketukan dipintunya pun tidak kedengaran.Mungkin mamat sewel itu puas hati barangkali mendengar aku menyahut ketukan pintunya itu tadi.

“Nak apa?” Terus sahaja perkataan tersebut dihambur oleh Rissa yang setelah dia membuka pintu biliknya.Dilihat pula si Emir yang sedang merenungnya macam nak makan.Eeee, tiba-tiba meremang pula bulu romanya dirasakan.

“Esok siap.Aku hantar kau balik rumah kau.Jangan lambat.Kalau kau lambat, kau balik sendiri.” Emir memberi ugutan kepada Rissa.

Tersenyum lebar Rissa mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Emir.Alhamdulillah, akhirnya pada esok pagi dia akan bertemu dengan ibu bapa yang dia rindui untuk kesekalian lamanya.

“Okay.Aku janji.Aku janji takkan lambat.”Rissa tersenyum ikhlas di hadapan Emir.
Emir yang melihat hanya memandang kosong ke arah Rissa.Dia tidak mahu jiwanya itu kalah dengan sifat Rissa yang riang dan menawan itu.Dia perlu menguatkan hatinya supaya tidak tertawan dengan Rissa .

**

Setelah memaklumkan keberangkatan mereka esok pagi kepada Rissa,Emir segera mengambil angin di luar rumahnya.Dia segera melabuhkan duduknya di sebuah bangku yang terletak berhampiran dengan kolam renangnya.

Pada saat ini,dia masih berkira-kira,perlukah dia menjalankan rancangannya itu? Rancangan yang bakal 
membuat kehidupan Rissa menderita.Tetapi,bukankah dia sendiri yang memilih untuk membuat Rissa menderita?  

Dia pembunuh , Emir ! Hatinya bagaikan menghasutnya untuk menanam perasaan benci dan dendam terhadap Rissa, satu-satunya perempuan yang sangat disayangi oleh abangnya,tanpa dia ketahui.

Dan kini,Emir bertekad,walau apa sekalipun yang terjadi, dia berjanji akan membuat Rissa menderita tanpa mempedulikan perasaan Rissa itu sendiri.


2 comments:

I would appreciate for those who are giving a comments at my post.. tq !
L.O.L :Iffah Damia