Kawan-Kawan

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

Bab 13 Cinta VS Benci


I'm sorry girls ! Update kali ni memang macam kura-kura sikit cause I extremely sibukss with other things for these past few months and it will still continuing and never be end until I had my exams over ! huh ! penat membebel pula..I hope you'll always remember Reena,Emir,Rissa and Irfan .. Here we goooo !!

Bab 13 ;)



Dia berjalan ke hulur ke hilir.Nak kata macam kucing hilang anak pun ada.Resah semacam. Bukan kakinya sahaja yang memainkan peranan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, malah  kali ini anggota muka dan tangannya pula yang memainkan peranan. Sekejap tangannya dinaikkan ke pelapis dahinya,sekejap itu pula dia memeluk tubuhnya.Anggota mukanya pula usahlah diperkatakan.Berkerut semacam.Bak kata, semuanya macam-macam ada !

“Dia ni yang lambat ke ataupun aku ini yang awal sangat bangun?”  Dia mula menggerakkan kakinya ke arah pintu utama banglo mewah itu.

Pancaran matahari yang bersinar itu menyilaukan pandangan matanya.

“Hish,dia ini memang dah lebihlah ! Semalam bukan ke main lagi gamaknya suruh aku ini bangun awallah 
sangat . Hish !!!” Tak habis-habis Rissa mengomel meluahkan rasa yang terbuku di hati.

“Rissa !” Mak Mah melaung kuat nama Rissa. Terkejut Rissa buat seketika.Kuat juga rupa-rupanya suara Mak Mah ini.

“Ya Mak Mah,” Rissa segera menyahut panggilan Mak Mah. Tangannya segera menutup kembali pintu utama rumah banglo tersebut.Panas !

Kalau dua jam yang lepas, Mak Mah memanggilnya untuk menikmati hidangan sarapan pagi ataupun bahasa omputihnya breakfast , sekarang ini Mak Mah memanggilnya untuk melantak hidangan makanan tengah hari pula.Melantak ? Erk…

Niat di hati bukannya tak mahu memekik terlolong menarik Emir keluar daripada dunia fantasinya, tetapi dia takut seandainya Emir memaki hamun dia pula nanti.Last-last, si Emir itu tak mahu menghantarnya pulang pula.Choi !

“Rissa sabarlah sikit ya.Nanti itu turunlah si Emir itu ya,nak ?” Mak Mah memulakan sesi pujuk memujuknya itu.

Rissa hanya membiarkan Mak Mah mengusap bahunya.Nak redakan kemarahan aku kut !

“Terima kasih Mak Mah,”senyum Rissa segaris.Tawar sungguh rasanya.Kalau  Deeja yang  buat hal macam ni memang dah kena bambu dengan aku. Semalam janji macam ya ya betulnya. Hari ini pula batang hidung pun tarak. Haila ,ini memang janji haprak betul !

Rissa lincah menyendukkan lauk ketam masak lemak itu ke dalam pinggannya.Perghhh ! Meleleh air liur kalau tak kuat iman ini.Rissa tersenyum sendiri.Sekurang –kurangnya dapatlah dia mengurangkan rasa panas hatinya itu sebaik sahaja melihat lauk-pauk yang terhidang di atas meja mewah itu.

Baru sahaja dia selesai mengambil beberapa jenis lauk pauk yang dihidangkan di atas meja itu, dia dikejutkan dengan bunyi deheman.

Emm,baru nak turun ke ? Omel Rissa di dalam hati.

Baru sahaja dia hendak memberikan pandangan maut khas untuk Emir, dia soalah-olah terpaku dengan melihat ciptaan Allah di hadapannya itu.Rupa Emir ketika itu memang mampu menyejukkan lava di hatinya.Tak jadi nak meletup kebaboomm terus.

Dup dap dup dap ! Jantung dah mula buat perangai.Aduhai, bila jantung hati dah mula buat perangai ini,mulalah abang paru-paru ini pun ikut sama.Sesak nafas tahu tak ! Rasa macam terkena penyakit hyperventilation syndrome pula .

Kenapalah macam ni? Baru lihat different side of Emir sikit,hatinya dah mula lemah. Hish, gila gamaknya aku ini !

Sabar Rissa ! Sabar !! Janganlah obvious sangat reaction itu. Rissa tak putus-putus memberikan nasihat percuma buat hatinya yang tersayang itu.

Tak mampu menghadapi godaan tersebut,Rissa segera berpaling daripada melihat wajah Emir. Nak kata Emir pakai smart pun tak adalah sangat.Setakat pakai baju polo yang bewarna hijau emerald beserta seluar jeans tiga suku itu pun dah mampu nak mencairkan hati Rissa.Wow, impressive, huh?

Lebih baik aku menghadap makanan ini aje.Lagi bagus ! Rissa membebel buat sekalian kalinya.
Emir yang baharu sahaja turun daripda tangga tersebut terus menapak ke arahnya. Nak makan juga kot ?

“Amboi ! Tak pelawa tuan rumah makan dulu ke ?” Dush ! Sarkastik sungguh soalan yang dilemparkan Emir.

Hatinya yang mulai sejuk itu kian membara tatkala mendengar soalan maut Emir itu tadi. Ingatkan nak bagi salam ke apa ke dulu.Ini tak,main terjah sahaja !

“WAALAIKUMUSALAM.Jemput-jemput !”  Sengaja dikuatkan sedikit perkataan waalaikumusalam tersebut.Tangan kirinya pula melakukan aksi seperti mempelawa tetamu yang datang ke rumahnya mengambil tempat duduk.

Sesaat kemudia,Rissa segera menadah tangan untuk membaca doa makan.Dia sengaja melakukan perbuatan tersebut dengan segera sebab dia malas nak menambahkan koleksi kosa katanya. Membebel !

Emir yang melihat hanya mendiamkan diri sahaja.Memberi peluang untuk Rissa cool dulu !
**

Laa,merajuk ke minah ini ? Emir menggaru perlahan kepalanya.Dahinya pula berkerut seribu tetapi tak cukup untuk menghilangkan wajah ketampanannya. Ceewah gitu !

Rasa menyesal bertandang di hatinya pula.Semalam dia khusyuk sangat dengan rancangan membalas dendamnya itu sehingga tak sedar pula malam yang kian gelap.Kemudian,apa lagi ? Tidur lambatlah jawabnya.Dia itu dahlah spesies yang tak boleh tidur kurang dan terlebih. Kalau dia tidak dapat tidur yang mencukupi memang ada zombilah yang muncul dekat muka bumi ini.

Nak pujuk ke ? Dia menggumam perlahan.Kemudian,dia memandang langit yang terbentang luas di atas.Ceh,nak berfikir pun kena pandang langit tau !

 Setelah itu,dia memandang sekilas perbuatan Rissa di hadapannya itu.Semalam dia dapat melihat keterujaan di wajah Rissa apabila dia mengatakan ingin menghantar Rissa pulang ke rumahnya.Tapi,sekarang ..?

Emm,should  I or shouldn’t I ? Emir masih berkira-kira untuk memujuk Rissa kembali. Semalam kata tak suka,bencilah,nak balas dendamlah.Tapi,hari ini  kenapa lain macam pula dengan pendiriannya itu ? Eh ?

**

Rissa melihat Emir yang sudah bersiap-siap di luar rumah.Gila psiko ke apa mamat ini ? Sedari tadi, dia melihat Emir asyik sangat menghadap langit kemudian geleng-geleng kepala.Macam-macam.Hailah ! Hari ini memang hari macam-macam ke?

Rissa segera menyambut huluran tangan Mak Mah.Dikucupnya tangan Mak Mah.Rasa sebak mula bertamu di hati.Sepanjang dia berada di sini, dia rasa sudah mula jatuh sayang dengan Mak Mah.Mak Mah sudah dia anggap seperti ibunya sendiri.

“Jaga diri elok-elok ya,nak ! Sampaikan salam Mak Mah untuk mak kamu,” ujar Mak Mah sambil tersenyum nipis.

“Insya Allah Mak Mah,” balas Rissa.

Dilihat dan direnung satu persatu anak-anak Mak Mah dan suaminya.Sayu pula hati nak tinggalkan rumah ini.Kebaikan Mak Mah dan keluarganya sepanjang dia berada di sini, takkan mudah untuk dia lupakan.

“PINNNNNNNNN……”

Kedengaran bunyi hon kereta milik Emir melalak di luar sana.Hish ! Memang tak bagi peluang betul untuk dia melakukan aksi kuch kuch hota hai dekat sini.

“Err..Mak Mah, Rissa gerak dulu eh.Monster itu dak melalak-lalak itu,” selamba sahaja Rissa berkata sedemikian.Ini,kalau Emir dengar entah apalah yang jadi.Anak-anak Mak Mah yang sedari tadi perhatikan 
Rissa ketawa geli hati mendengar Rissa berkata.

“Yalah,pergi cepat.Nanti dia keluar daripada kereta itu pula,habis kamu,” Mak Mah ketawa kecil sebaik sahaja menghabiskan ayatnya.

Rissa tersenyum dan segera memeluk Mak Mah dan anak-anak perempuannya. Yang lelaki tak boleh, haram ! Bukan mahram,okay ? Take note !

“ Tataaa akak !” Kesemua anak-anak Mak Mah melambaikan tangan mereka tanda mengucapkan selamat tinggal.Rissa yang melihat hanya mampu tersenyum sahaja.

Kalau ada jodoh,kita jumpa lagi ! bisik hatinya.

“PINNNNNNNNNNNNN…..”

Bunyi hon yang kedengaran buat kali keduanya membuatkan Rissa cepat melangkah masuk ke dalam perut kereta.Sebelum dia masuk ke dalam perut kereta,sempat lagi dia melambaikan tangannya kepada keluarga Mak Mah yang berdiri di  muka pintu utama.

**
Dipandang sekilas wajah Emir yang sedang leka memandu tersebut sebelum memalingkan mukanya menghadap jalan raya kembali.Dull betul dirasakan suasana ketika itu.

Laa,dia ini sengaja ke nak mendera aku ini.Kalau tak nak cakap pun,cubalah sekurang-kurangnya cubalah considerate sikit.On-lah radio itu ! Rissa mengomel di dalam hati.

Matanya pula tidak lepas daripada memandang suis radio tersebut.Kalau nak diikutkan tangannya yang gatal itu,dah lama dia menekan suis radio tersebut. Haila !

Kalau nak diikutkan,kejadian pagi tadi memang dia tak habis marahkan si Emir ini lagi.Masakan tidak ! Semalam Emir bersungguh-sugguh suruh dia bangun awal.BANGUN AWAL,okay ? Sangkanya mereka akan bertolak selepas breakfast,tapi sangkaannya itu meleset sama sekali ataupun lebih tepat lagi jika dikatakan tak betul dan salah.Dari pagi ditunggu-tunggu sehinggalah kelibat Emir ini muncul juga waktu tengah hari ini.Tak semena-mena perasaan gila yang dirasakan sewaktu melihat kelibat Emir yang turun ke ruang makan tadi menerjah ke dalam hatinya.Choi !

Rissa segera mengurut-urut dadanya berulang-kali untuk mengusir debaran yang menggila di hatinya.

Emir yang terpandang akan perbuatan Rissa tersebut terus mengerutkan dahinya. Ni apahal pula dengan 
perempuan ini ?

BE CONTINUE ... ;)

Friday, 29 March 2013

Cinta VS Benci Bab 12


Bab 12

“Danish Irsyad Aisy..”

Nama yang dipenuhi misteri.Pemiliknya mestilah milik seorang lelaki dan lelaki tersebut mestilah seorang manusia.Seorang lelaki yang pernah mencintai seseorang di dalam diam.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui rahsia yang disimpan rapi oleh jejaka tersebut.Namun malangnya,dia sedar dan pasrah bahawa dia hanya bertepuk sebelah tangan.Namun,bukankah ada kata-kata yang menyebut “ mencintai dan dicintai itu bukanlah dengan tujuan untuk memiliki dan dimiliki tetapi mencintai seseorang dengan hati yang tulus hanya beerti jika kita mahu orang yang kita cintai itu bahagia meskipun si dia tidak mencintai kita”.Berbekalkan dengan prinsip itu,dia bangkit daripada kesedihannya dan berazam untuk membahagiakan perempuan yang dicintainya itu.

**

“Apa betul ke perempuan itu ada kena mengena dengan kematian abang aku ? Betul ke apa yang dikatakan oleh Qaireena ? Dan perlukah aku mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu? Arrgghhh !! Kusut betullah kepala aku.Damn it Rissa ! ” Emir berkata kepada dirinya sendiri sambil mencengkam kuat rambutnya sendiri.

Kepulangannya ke Malaysia yang disambut oleh Qaireena beberapa minggu yang lalu sedikit sebanyak meresahkan hatinya.Dan persoalannya kini,mengapa sudah hampir empat tahun kematian abangnya,baru Qaireena mahu menjelaskan kepadanya bahawa Rissa adalah pembunuh abangnya? Memang dia sendiri akui,dia juga tertanya-tanya sebab terjadinya kematian abangnya dan berita dan maklumat yang disampaikan oleh Qaireena benar-benar menyentakkan jiwanya sehingga dia berasa amat marah terhadap Rissa . 

Amarahnya kini terhadap Rissa hanya bersandarkan atas satu alasan.

Rissa, perempuan itu pembunuh abang aku !

“Kau takkan boleh mengelak daripada aku Rissa.Never ever.Kalau dulu kau fikir kau boleh mengelak daripada rahsia kau diketahui orang,sekarang tidak lagi Rissa,kerana aku sendiri yang akan membongkarkan rahasia tersebut dan semestinya aku akan membuatkan kau merasai derita lebih apa yang abang aku rasai.You deserve it,women ! , ” monolog Emir.

Emir sudah tekad untuk menanam rasa benci terhadap Rissa.Dia termakan akan kata-kata yang diujarkan oleh Qaireena.Betul ataupun tidak,itu bukan lagi menjadi kepentingan buatnya. Masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin yang menjadi penyebabnya.Berbekalkan dengan prinsip tersebut,dia semakin mempercayai kata-kata penipuan yang dibuat oleh Qaireena.Tanpa disedari,Emir sendiri sudah terjebak dengan permainan yang dirancang oleh Qaireena yang bertujuan untuk memusnahkan Rissa.

**

Pada malam itu,Rissa resah di tempat pembaringannya.Dicuba dan dipaksa matanya untuk lelap .Dia ingin melupakan peristiwa yang menyayat hatinya.Dia ingin melupakan perasaan traumanya terhadap peristiwa yang berlaku empat tahun yang lalu.Dia cuba melelapkan matanya,namun, tanpa diundang, mindanya sendiri membawa dia ke kenangan silam.

Empat tahun yang lalu…

“Riss,Rissa,dengar apa yang Danish nak cakapkan ini.Irfan, dia tak bersalah.Itu semua perangkap yang dibuat oleh Reena.”Termengah-mengah Danish cuba mempertahankan kata-katanya.Masakan tidak, Danish terpaksa bersaing langkah dengan Rissa yang berjalan mendahuluinya!Danish cuba untuk mengejar Rissa yang mempercepatkan langkahnya untuk keluar daripada kafeteria universiti mereka.

Rissa yang mendengar kata-kata Danish,memberhentikan langkahnya di hadapan pintu keluar kafeteria tersebut.Yalah,mana dia mampu untuk bersaing langkah dengan Danish yang sedia maklum tinggi mengalahkan galah.Setakat dia yang berkaki pendek itu apalah sangat buat Danish.

“We need to talk,Rissa !” Danish bersuara.Kemudian dia menyambung kembali.”But not at here.We go to another place.Shall we ?” Danish membuka pintu keluar kafeteria tersebut dan mengangkat tangan kirinya ke paras bahu dan melakukan gaya seolah-olah mempersilakan Rissa keluar daripada kafeteria tersebut.
Rissa yang melihat hanya mampu mendengus sahaja di dalam hati.

Setibanya mereka di taman universiti tersebut,Danish sengaja mencari tempat yang agak tersembunyi agar dia boleh berbincang dengan Rissa dengan lebih selamat.Dia tidak mahu ada di antara pelajar di university tersebut tahu perkara yang menjatuhkan maruah orang lain.Dan yang paling penting,perasaan Rissa perlu diutamakan.

“Okay,Rissa.Dengar apa yang I nak katakan ini.” Danish memulakan bicara.

“Apa lagi Danish ?” Rissa menjongketkan kedua-dua keningnya di hadapan Danish.Nak tergelak pula 
Danish melihat muka cemburut Rissa.Yang lebih kelakar lagi dia tidak menyangka bahawa Rissa tidak reti untuk menjongketkan sebelah keningnya.Jadi,nak tak nak terpaksalah dijongketkan kedua-dua kening tersebut.

“Ehem”.Danish berdehem untuk mengusir rasa geli hati yang bertandang di hatinya.Sekarag ini dia perlu serius.Dia perlu memberitahu Rissa perkara yang penting.

“Irfan tak bersalah Rissa.”Danish berkata sambil memandang ke arah Rissa.

“Tak.Itu memang salah dia.”Rissa cuba untuk menyangkal akan kata-kata Danish.

“Dia tak salah.”

“Dia salah.Dia BERSALAH !”

“Itu bukan salah dia.”

“Itu memang salah dia.”

“Dia tak bersalah Rissa.Dia tak bersalah.Itu bukan salah dia.Itu semua salah…” Belum sempat Danish menghabiskan kata-katanya,Rissa segera memotong bicara Danish dan menukar posisinya yang sedang duduk kepada berdiri.

“Cukuplah Danish ! Persetankan semua itu.Rissa dah malas nak dengar apa-apa alasan dia.Rissa dah penat Danish.Dah penat.”Rissa menghamburkan tangisannya di hadapan Danish yang dianggap sebagai abang kandungnya sendiri.Kedua-dua belah tangannya diletakkan di telinganya sebagai tanda dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi daripada Danish.

“Rissa.Don’t cry.Please…,”rayu Danish.Hancur luluh hatinya melihat gadis yang dicintainya di dalam diam itu mengalirkan air mata.Melihatkan Rissa yang berdiri itu,Danish juga segera ikut berdiri.

“Rissa dah penat Danish.Rissa dah fed up dengan semua ini.Dia,lelaki itu mesti bertanggungjawab ke atas perbuatannya.Sampai hati dia buat Rissa macam ini.”Rintih Rissa.

Dilihatnya wajah Rissa yang jelas kelihatan tertekan dengan masalah itu.Kemudian,dipeluknya Rissa di dalam dakapannya dengan harapan tangisan Rissa akan reda.Kemudian,ditariknya pula tangan Rissa untuk duduk semula di bangku yang disediakan di taman tersebut.

“Listen Rissa.Tak semestinya apa yang berlaku di hadapan kita itu perkara yang betul .” Danish cuba untuk menenangkan dan menerangkan hal yang sebenarnya kepada Rissa.

“Apa yang tak betulnya Danish? Dengan gambar tak senonoh itu you kata tak semestinya gambar itu memberi maksud yang benar.Apa yang you cuba dalihkan lagi? Sebab you kawan Irfan,you nak bela dia? Walaupun sudah terang lagi bersuluh dia sudah menodai kesucian Qaireena?” Bertalu-talu soalan yang Rissa soalkan kepada Danish sehingga merah padam mukanya menahan amarah.

“Nope.I bukan nak cuba untuk memanipulasikan cerita apatah lagi nak membela Irfan.Tapi,I cuba nak sampaikan kebenaran cerita yang sebenarnya bahawa Irfan telah diperangkap oleh Qaireena.” Danish segera berdiri dan menghadap muka Rissa di hadapannya.Ditenungnya muka Rissa supaya Rissa dapat mempercayai akan kata-katanya.Danish juga berasa amat yakin terhadap kata-katanya kerana rahsia Qaireena berada di dalam genggamannya.

Rissa memandang ke arah Danish.Sepertinya, Danish tulus memberitahu dia perkara yang sebenar. Ditenungnya wajah Danish yang mengharapkan pengertian daripada Rissa.Wajah yang ikhlas dan penuh pengharapan itu tidak akan pernah dia mampu dia usirkan di dalam mindanya.Wajah tersebut seakan-akan sudah melekat dan tidak boleh ditanggalkan dari memori mindanya.Memori yang mengundang seribu rasa di hatinya.Memori yang dia sendiri tidak diberi pilihan untuk mengusir kenangan lalu.

**

“Danish…”Rissa mengeluh buat sekalian kalinya.Dibuka matanya kembali untuk mengusir kenangan lalu daripada menerpa ke gawang mindanya.Dia segera membangkitkan tubuhnya.Dia mahu ke bilik air untuk mengambil wuduk.Mungkin dia perlu menghadap Allah Yang Maha Esa untuk mengembalikan ketenangan di jiwanya.

Usai menghadap Allah Yang Maha Kuasa, Rissa segera menanggalkan telekungnya.Dilipatnya telekung dan sejadah tersebut dan diletakkan semula ke dalam almari.

“Tok ! Tok ! Tok !” Mendengar ketukan di pintu tersebut membuatkan Rissa yang sedang mengelamun ketika menyimpan telekung di dalam almari itu berasa terkejut.Habis sudah kenangan silamnya itu berterbangan jauh dari mindanya.

“Tokk ! Tokk ! Tokk!! Kali ini bunyi ketukan di pintunya semakin kuat.Itu menambahkan lagi perasaan geram yang terbuku di hatinya.Entah apa lagilah mamat itu hendakkan.Menyampah pula rasanya !

“Kejap.” Dengan hanya satu perkataan itu,bunyi ketukan dipintunya pun tidak kedengaran.Mungkin mamat sewel itu puas hati barangkali mendengar aku menyahut ketukan pintunya itu tadi.

“Nak apa?” Terus sahaja perkataan tersebut dihambur oleh Rissa yang setelah dia membuka pintu biliknya.Dilihat pula si Emir yang sedang merenungnya macam nak makan.Eeee, tiba-tiba meremang pula bulu romanya dirasakan.

“Esok siap.Aku hantar kau balik rumah kau.Jangan lambat.Kalau kau lambat, kau balik sendiri.” Emir memberi ugutan kepada Rissa.

Tersenyum lebar Rissa mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Emir.Alhamdulillah, akhirnya pada esok pagi dia akan bertemu dengan ibu bapa yang dia rindui untuk kesekalian lamanya.

“Okay.Aku janji.Aku janji takkan lambat.”Rissa tersenyum ikhlas di hadapan Emir.
Emir yang melihat hanya memandang kosong ke arah Rissa.Dia tidak mahu jiwanya itu kalah dengan sifat Rissa yang riang dan menawan itu.Dia perlu menguatkan hatinya supaya tidak tertawan dengan Rissa .

**

Setelah memaklumkan keberangkatan mereka esok pagi kepada Rissa,Emir segera mengambil angin di luar rumahnya.Dia segera melabuhkan duduknya di sebuah bangku yang terletak berhampiran dengan kolam renangnya.

Pada saat ini,dia masih berkira-kira,perlukah dia menjalankan rancangannya itu? Rancangan yang bakal 
membuat kehidupan Rissa menderita.Tetapi,bukankah dia sendiri yang memilih untuk membuat Rissa menderita?  

Dia pembunuh , Emir ! Hatinya bagaikan menghasutnya untuk menanam perasaan benci dan dendam terhadap Rissa, satu-satunya perempuan yang sangat disayangi oleh abangnya,tanpa dia ketahui.

Dan kini,Emir bertekad,walau apa sekalipun yang terjadi, dia berjanji akan membuat Rissa menderita tanpa mempedulikan perasaan Rissa itu sendiri.


Sunday, 3 March 2013

Cinta VS Benci 11




Bab 11

Akhirnya,tiba juga saat-saat yang aku nantikan.Akhirnya aku boleh pergi ke dusun Emir untuk melantak durian.Opsss ! Untuk pengetahuan atuk-atuk dan nenek-nenek di luar sana aku ini memang terkenal dengan gelaran hantu durian.Kalau nak tahu,gelaran itu telah diberikan oleh ibuku yang tercinta.

Waktu cerah begini,barulah aku berkesempatan untuk melihat pemandangan villa milik keuarga Emir. Memang luas gila.Gila pun tak luas seperti ini.Aku mengerling ke arah sebelah kiriku.Mak Mah berjalan menuruti langkahku ke arah dusun yang terletak di belakang villa tersebut.Sebelum memulakan perbualan,aku berdehem dahulu.Sakit tekak woo..

“Mak Mah,Mak Mah ke yang tolong jagakan dusun ini semua?” Rissa memulakan sesi soal jawabnya dengan Mak Mah.Mereka berdua sedang berjalan menuju ke sebuah pondok khas yang sememangnya nampak klasik dan bercirikan alam semula jadi.Mana tidaknya, pondok tersebut diperbuat daripada kayu jati yang berkualiti tinggi.Macam mana aku tahu? Jawapannya ialah,Mak Mah yang memberitahuku tentang pondok tersebut semasa kami sedang mencuci pinggan mangkuk sesudah kami semua selesai makan tengah hari.

Agak-agaknyalah,mesti Deeja akan berasa pelik mendengar cerita aku.Kombinasi di antara taman bunga dan dusun?  Memang sah-sahlah dia akan mengatakan aku sudah mengalami kemerengan otak tahap kronik.Tapi,itu bukan salah aku pun.Sudah memang kawasan villa terlebih mewah milik Emir ini direka sebegitu.Villa milik Emir memang unik.Pokok-pokok yang ditanam di dusunnya ditanam secara berasingan mengikut jenis buah sehingga membentuk bulatan separa ataupun dengan menggunakan bahasa mudah dusunnya kelihatan berbentuk ‘C’ jika dilihat daripada pemandangan atas.

Villa Emir ini direka dalam bentuk bulatan.Jika dusunnya yang kelihatan seperti membentukkan bulatan separa,kini taman bunganya pula juga direka khas dalam keadaan berbentuk bulatan separa yang akhirnya melengkapkan bentuk bulatan.Gabungan di antara dusun dan taman bunga ini memang aneh dan aku juga tidak  faham akan tindakan nenek dan atuk Emir yang meminta gabungan tersebut mesti direka di dalam bentuk bulatan.Villa Emir itu pula terletak betul-betul di tengah-tengah bulatan tersebut.Rumah itu pun satu hal juga.

Mengapa rumah tersebut direka dengan corak ala-ala Inggeris. Perkara ini seperti pelik di pandangan mata aku kerana gabungan villa Emir yang ala-ala Inggeris ini digabungkan dengan eleman dusun.Dusun? Kalau taman bunga itu usah difikirkanlah kerana memang tidak pelik pun menurutku.Tapi,mungkin ini citarasa mereka kut? Ataupun adakah terdapat maksud simbolik di sebaliknya? Entah,malas mahu menyesakkan kepala aku dengan soalan yang sememangnya aku tiada jawapannya,maka,aku pun hanya membiarkan persoalan yang berada di benakku itu hilang dibawa angin.

“Rissa,Rissa duduk dekat sini dulu ye.Mak Mah pergi masuk ke dalam rumah dulu.”Mak Mah berkata sebaik sahaja kami sampai di pondok tersebut.

“Rissa duduk seorang-seorang dekat sini ke Mak Mah? Kalau Mak Mah nak masuk ke dalam rumah,Rissa pun ikut jugalah.” Terpampang riak resah gelisah di wajah Rissa.Takutlah tu !

“Apa yang nak ditakutkannya oii Rissa.Kejap lagi si Emir tu datang bawa durian kesukaan kamu tu.Tak maulah risau.Tak ada hantu yang keluar petang-petang macam ini.”Mak Mah cuba berlawak.

“O ooo kay.. lah Mak Mah.Rissa tunggu dekat sini ya.” Terukir senyuman di bibirnya sesudah ia menghabiskan kata-katanya.

**
“Oppppocot mak kau durian berduri-duri !!!” Kus semangat aku ! Gerangan siapakah yang bersikap terlebih ajaran ini? Eh,apa yang aku melalut ini.Ish !!!

Dipusingkan badannya ke belakang.”Dush” Degup jantungnya berdenyut dengan pantas.Terpanar dia dengan senyuman manis Emir.Senyuman yang ikhlas.Ya,buat pertama kalinya aku melihat dia tersenyum seikhlas hatinya.Terus hilang rasa amarahku kepadanya.

“Terkejut aku tau tak.” Tergagap-gagap Rissa menuturkan bicaranya.Debaran yang dirasakan masih belum hilang.Ini kalau lama sangat aku tinggal di sini,tak mustahil aku akan jatuh cinta dengan mamat poyo ini.
Kini,terpampang pula senyuman sinis di wajah Emir.Haa ! Ini baru Emir yang aku kenal.Mamat berlagak dan annoying.

“Aku tak sangka pula yang kau ini kuat melatah.” Sinis sahaja pertuturan Emir.
Malas mahu melayan rasa amarahnya terhadap kata-kata Emir,Rissa hanya bertindak dengan memandang ke arah buah-buah durian yang dibawa oleh Emir.Terus hatinya dilambung kegembiraan yang tidak terhingga.Dah nama pun hantu durian !!

**

‘Segarnya rambut aku.Barulah rasa lega sikit,’ desis hati Rissa.
Setelah dia lengkap berpakaian,Rissa segera menapak ke arah balkoni.Lembut sahaja angin bertiup yang menyapa wajahnya.Ternyata besar perbezaannya jika tinggal di Bukit Fraser dan Kuala Lumpur. Tiba-tiba Rissa teringat kembali perbualannya bersama Emir di pondok dusun pada petang tadi.Mengingatkan perbualannya bersama Emir tadi benar benar meragut ketenangan dari jiwanya.

“Kau suka makan durian ke?” Emir mengerutkan wajahnya.

“Sukalah.Kenapa?” Kini,giliran Rissa pula yang mengerutkan dahinya.

“Bukan ke perempuan tak suka makan durian sebab dia orang kata durian itu tinggi kalorilah, kolestrollah dan apa benda entah yang merepek-repek itu.”  Emir berkata sambil cuba untuk membelah buah durian tersebut.

“Apa bendalah yang perempuan itu merepek.Durian memanglah ada kalori.Tapi,tak adalah banyak sangat. Seulas  durian baru mempunyai 50kcal.Tak adalah tinggi sangat pun.Kalau bab kolestrol itu pula, manalah kawan perempuan kau itu belajar yang buah-buahan ada kolestrol.Durian atau mana-mana buah tidak mengandungi kolestrol sebab kolestrol cuma datang dari sumber haiwan dan bukannya tumbuhan.Faham?”

“Oh…Tak sangka pula kau tahu benda-benda macam ini.Aku ingatkan kau ini macam katak bawah tempurung.”

“Agak-agaklah.Aku baling durin itu dekat kepala kau baru tau.” Rissa memalingkan mukanya daripada menghadap wajah Emir.Kecil hatinya apabila Emir berkata sedemikian.

“Aku gurau jelah tadi.Apa kata kau beritahu aku lagi fakta-fakta durian kau itu.Sebagai ganjarannya aku pun akan share satu fakta durian dengan kau.Amacam ? Deal ?”

“Kau ingat ini bisnes ke nak deal segala.” Nak tak nak,Rissa pun memulakan mukadimahnya untuk memberitahu Emir mengenai fakta-fakta durian yang diketahuinya.

“Durian ini kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant,B-complex dan potassium yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mengawal bendalir badan,mengawal denyutan jantung dan tekanan darah.Seulas durian juga baru sahaja mengandungi 1 sehingga 2 gram lemak dan itu pun bukanlah lemak tepu dan seulas durian juga mengandungi lebih kurang 10 gram gula.Namun begitu,kau tak bolehlah makan durian terlalu banyak kerana durian ini boleh memanaskan badan kau danlebih-lebih lagi jika engkau menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.” Panjang lebar Rissa berkongsi fakta durian yang diketahuinya.
“Aku mana ada penyakit itulah.Aku muda lagi.”  Rissa yang mendengar Emir berkata sedemikian terasa mahu muntah sahaja.Mudalah sangat si Emir itu.

“Aku belum habis cakap lagilah.Fakta terakhir yang aku tahu mengenai durian ialah durian juga dikatakan boleh mengurangkan stress kerana buah durian mengandungi amino acid bernama tryptophan yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang mengantukkan.Jadi, orang yang makan durian itu pun lebih senang tidur dan rasa lebih tenang.”

“So,itu sahaja ke yang kau tahu mengenai fakta durina?” Emir menyoal Rissa yang ketika itu baru sahaja sedang memasukkan seulas durian ke dalam mulutnya.

“Emmmm..Ye la kot.” Rissa menjawab.

“Aku rasa ada lagi satu fakta yang kau tertinggal ini.Sudahlah fakta itu fakta yang paling penting tahu tak.” Sengaja Emir menegaskan suaranya.
Tersentak Rissa dibuatnya.Kenapa tiba-tiba lelaki di hadapannya ini nak marah tak tentu pasal.

“Apanya yang penting sangat itu?” Soal Rissa kepada Emir.
Emir yang mendengar hanya tersenyum.Rissa pula kelihatan terkejut melihat reaksi Emir.Macam-macam betul.

“Kebaikannya yang terakhir itu…” Emir sengaja melambat-lambatkan pertuturannya.Dia ingin membuat Rissa penasaran .

“Apa dia? Cakap sajalah.Hishhhh” Rissa sudah mula mengeluarkan amarahnya.Digigitnya biji durian yang berada ditangan kanannya itu.

“Ok.Aku beritahu.Yalah,ini pun kau yang nak tahu sangat.Kau kena tahu juga yang duria itu boleh tingkatkan nafsu…”

Belum sempat Emir menghabiskan ayatnya,Rissa sudah terbatuk-batuk.Kemungkinan dia sudah boleh mengagak perkataan seterusnya yang akan keluar daripada mulut Emir.

“Ish,kau ini potong line betullah.Aku baru saja nak habiskan ayat aku.” Emir membuat muka tidak puas hati.

“Ish,kalau fakta kau itu pun aku tahulah.Tapi,aku cuma tak nak sebut sahaja fakta itu.”

“Ouh,kau tahulah rupa-rupanya.Emmmm.I see.” Emir tersenyum sumbing.

“Ish,miang betul pak cik dekat depan aku ini.”

Serentak itu kedengaran gelak tawa daripada Emir.Suka benar dia menggelakkan Rissa.

“Ish,kau ni sudah-sudahlah.Aku sumbat biji durian ini baru tahu.”Rissa sudah memberi amaran.

“Okay,okay..Fine.Aku stop gelak.Haa..cakap pasal durian,kau tahu tak kenapa rumah nenek aku ini pelik?” Soal Emir kepada Rissa.

“Pelik? Apa yang pelik?”

“Yalah,kau tak pelik ke tengok dusun dengan taman bunga yang mengelilingi rumah nenek aku ini?”
Rissa sudah berdebar-debar.Semangat inkuirinya juga semakin bertambah.Hailaa,mamat ini memang buat 
aku curious betullah.

Rissa mengangkat keningnya tanda inginkan jawapan daripada Emir.

"Ini semua sebab abang aku.Danish Irsyad Aisy."

Rissa yang mendengar terus terpana.Nama itu..Nama itu mengingatkan Rissa kepada seseorang.Adakah dia orang yang sama?






                                                 

Friday, 30 November 2012

Cinta Magis-Full


FULL: ..

Part 1
'Astaghfirullah..! Apa yang hang pi buat ni ? Akak suruh hang pi fotostat kertas ini 100 keping bukannya suruh hang pi buat mesin fotostat. Kenapa lama sangat hang nak pi fotostat benda ni ?,'soal Puan Nurul Hayati selaku Ketua Setiausaha di Syarikat Marwa Holdings tersebut.

'Akak, bukannya Suha nak duduk bertenggek lama-lama pun dekat sini. Mesin fotostat ni haa yang sengal sangat.Orang duk tekan-tekan tapi tak berfungsi pun.Macam dah rosak aje. Sudahlah Mr.Angry Bird tu mesti mengamuk sakan dengan Hana kejap lagi.Yelah, sepatutnyakan kerja-kerja fotostat ini cuma mengambil masa yang sekejap sahaja,' luah Suha Adelia selaku setiausaha salah seorang Pengarah Syarikat Marwa Holdings.

'Betul ke mesin fotostat ini rosak? Rasanya baru minggu lepas sahaja mesin fotostat ini dibeli.Takkanlah cepat sangat rosak.Masalah besar ini, desis hati Puan Nurul Hayati sambil menekan-nekan punat-punat yang tersusun rapi di badan mesin fotostat tersebut.

Suha sangat mengerti kerisauan yang melanda diri rakan sekerjanya yang semakin dimamah usia tersebut. Syarikat yang menjadi tempat kerjanya ini memang memerlukan mesin fotostat.Dalam sehari beratus-ratus kertas yang akan difotostatkan oleh pekerja di setiap bahagian syarikat ini.Tanpa kemudahan tersebut ,alamatnya habislah nasib pekerja di sini yang mahu menggunakan perkhidmatan mesin fotostat tersebut.

'Sudahlah itu Suha.Hang pilah sambung kerja hang yang Tuan Tengku Adam Fahim tu bagi.Nanti kalau dia dah mengamuk mampus hang dengan dia nanti.'

'Ish,akak ni.Dia kalau dah marah memang sebiji macam kartun angry bird tu.Asyik tau nak marah saja.Sudahlah itu, tak nak dengar penjelasan orang lain pula. Seksa sungguh jiwa dan raga Suha ini,' ngomel Suha.

Puan Nurul Hayati tidak mampu menyangkal apa yang dikatakan oleh Suha.Baginya seratus peratus butir-butir perkataan yang keluar dari mulut Suha itu adalah fakta dan bukannya rekaan semata-mata.Sudah nasib Suha dia mendapat bos yang sebegitu.Nasib baik Suha Adelia ini merupakan seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi.Dapatlah dia menahan rasa marah yang membuak-buak di dalam hatinya.
---–----------------------------------------------

'It's already one hour.Where did you go Suha ? You told me that you want to help Puan Nurul Hayati just for a while.But now,you already missing for an hour,' jerkah Tuan Tengku Adam Fahim.

'Sorry tuan.Sa...saya..mesin fotostat..'
'Cik Suha,sejak bila pula awak jadi gagap ini.Semalam bukan main lagi awak menjawab semua soalan saya.'

Suha yang mendengar kata-kata bosnya itu hanya mengetuk-ngetuk kepalanya.Semalam memang dia tunjuk yang dia tu hero di hadapan bosnya itu.Semua soalan yang dilemparkan kepadanya memang dijawab dengan penuh gramatis, tepat dan padat.

'Mesin fotostat itulah yang rosak. Sebal aje hati.'

'Cik Suha oii.Marwa Holdings ini cuma ada satu mesin fotostat ke? Bukan ke ada banyak lagi mesin fotostat dekat tingkat bawah?'

'Memanglah bos.Tapi..'

'Sudah.Sudah.I don't want to hear anymore explanation.Sekarang ini lebih baik kalau awak pergi siapkan kerja yang saya beri pagi tadi.'

Itulah sikap bos yang memang tidak disukai oleh Suha.Suka sangat tak mahu mendengar penjelasan orang lain.Geram sungguh hati jika mengenangkan sikap meluat bosnya itu.

'Hish.Geram betullah.Apa dia fikir mesin fotostat itu boleh digunakan sesuka hati ke?', desis hati Suha.
--------------------------------------------------

Jika dikira-kira, hati ini genap enam bulan Suha Adelia bertugas di Marwa Holdings.Bermacam-macam kerenah manusia yang dia temui di situ.Gadis yang sudah menginjak ke usia 26 tahun itu sebenarnya bukan calang-calang orangnya. Gadis tersebut pemegang sijil master dalam bidang perakaunan.Tetapi dia terpaksa mengambil satu lagi course yang berlainan dalam bidang kesetiausahaan.Menjadi seorang akauntan memang impian Suha sejak dia masih kecil lagi.Sikapnya yang teliti dan pantas mengesan kesilapan dalam catatan akaun memang melayakkannya untuk menjadi seorang akauntan yang hebat dan berkaliber.Tetapi sayangnya, banyak syarikat yang mahukan seorang akauntan yang berpengalaman dan peluang pekerjaan yang semakin banyak persaingannya membuatkan Suha terpaksa mengkuburkan impian dan cita-citanya.
Kerja sebagai seorang setiausaha ini pun telah membuatkan Suha berasa bersyukur sangat.Dapatlah dia menanggung perbelanjaan peribadinya dan menghulurkan wang buat orang tuanya.Walaupun gajinya tidak seberapa,Suha pandai membuat bajet untuk menguruskan kewangannya.

‘Suha,kau tak pergi mana-mana ke hari ini? Ajaklah boyfriend kau pergi jejalan,’ ujar Damia Darwisya teman karibnya semenjak kecil lagi.

‘Apa boyfriend? Tak kuasa aku nak melayan.Kau bukannya tak tahu yang aku ini memang anti-lelaki.Menyampah aku.Lelaki semuanya auta.Suka memungkiri janji.’

‘Suha..Suha...Kau tak boleh berterusan macam ini.Nanti selama-lamanya kau tak berkahwin.Umur kau itu pun semakin tua bukannya semakin muda.Aku ini pun lagi tiga bulan sahaja nak kahwin.Aku ingatkan bila kita sama-sama dah kahwin bolehlah kita jodohkan anak-anak kita.’

‘Ish, merepek betullah.Mana ada orang buat macam itu zaman sekarang ini.Kau ingat ini zaman batu ke nak jodoh-jodohkan segala?’

‘Kau ni sensitif betullah.Orang cuma bergurau saja.Takkanlah dah sentap kut? Lagipun takkanlah disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga?Kumbang bukannya seekor tapi banyak tahu.Lupakanlah si jantan tak guna itu.Bukannya bawa untung pun mengenangkan jantan durjana itu,’ luah Damia yang sedang berang dengan sikap kepala batu milik rakannya itu.

‘Excuse me.Siapa yang ingat dekat lelaki sial itu?Disebabkan dialah aku jadi fobia dengan lelaki sekarang ini.Aku tak sangka yang Faris Iqbal itu sanggup buat aku macam ini.Sudahlah aku bermati-matian cintakan dia.Tapi..,’ujar Suha dalam nada yang sebak.

‘Tapi dia curang dengan kaukan?Dia tidur dengan perempuan lain?Dia hampir merogol kau? Itu ke yang kau cuba nak sampaikan dekat aku? Harap nama sahaja yang sedap tapi perangai macam hantu.Aku rasa mata dia memang butalah sebab tak nampak cinta kau yang tulus dan ikhlas ini.Kalau aku jumpa dia lagi tahulah aku macam mana nak kerjakan dia nanti.’

Pemilik nama Suha Adelia itu memang cantik orangnya.Wajah gadis tersebut berbentuk bujur.Kulitnya pula putih kemerah-merahan.Matanya yang bundar berserta alis matanya yang hitam memukau memang melihatkan ciri-ciri gadis yang ‘limited edition’.Jika dipandang sekilas, ramai orang yang tidak akan percaya bahawa gadis tersebut sudah berumur 26 tahun.Mana tidaknya,ramai golongan belia yang berumur 23 tahun sudah tertarik melihat muka Suha Adelia.Mukanya yang manis itu memang tidak jemu ditatap.Ditambahkan lagi dengan potongan badan Suha yang slim memang tertarik the boomlah.Walaupun gadis tersebut memiliki ketinggian yang tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek tersebut mempunyai ramai orang yang menaruh harapan untuk memiliki hati dan jasad perempuan tersebut,pemilik yang bernama Suha Adelia ini tetap dengan pendiriannya.Egonya yang menggunung tinggi menyukarkan para lelaki untuk menyelami perasaan Suha Adelia.Kini hanya satu sahaja dipinta oleh Damia.Dia berharap agar Suha Adelia akan menemukan jodoh yang telah tercipta untuknya.

Bab 2
‘Helo.Excuse me.Is Tengku Adam Fahim here?,’ujar perempuan gedik yang bertubuh langsing persis seperti model di hadapannya itu.

‘Yes.Do you have did an appointment to see him? He is busy right now.’

‘Whatever,’ jawab gadis tersebut acuh tak acuh.

Dengan gaya bongkaknya,gadis tersebut terus berlalu dan mahu memulas tombol pintu pejabat Tengku Adam Fahim. Suha yang melihat keadaan tersebut terus mengikuti perempuan tersebut dan mahu menghalangnya.Tetapi, gadis tersebut telah berjaya meloloskan pegangan Suha dan berjaya memasuki pejabat TengkuAdam Fahim.Tengku Adam Fahim yang belum memandang wajah kedua-dua gadis tersebut terus meneliti proposal yang sedang diusahakan oleh pekerjanya dan sempat lagi dia memberikan peringatan kepada Suha.

‘Suha.This is my last warning.I’ve told you right.I’m busy.Do I need to explain it  with other language ?’

‘Tapi bos..’

‘Tapi apa?,’ Tengku Adam Fahim yang sedang bengang itu segera mengangkat mukanya.Alangkah terkejutnya dia melihat gadis yang berada di sisi Suha tersebut. Gadis yang ibunya calonkan untuk dibuat isteri.Mana mungkin Tengku Adam Fahim mahu menerima gadis tersebut di dalam dirinya. Walaupun gadis tersebut kelihatan cantik tetapi itu semua tidak pernah membuat jantung TengkuAdam Fahim berdegup laju.Dia seperti tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa buta gadis yang bernama Alia Qistina tersebut.

‘Hey,you buat apa dekat pejabat I ini ha?,’bentak Tengku Adam Fahim terhadap gadis bernama Alia Qistina yang betul-betul berhadapan dengannya.

‘Suka hati  I lah.Lagipun pejabat you pun akan jadi pejabat I jugak bila kita dah kahwin nanti.’

‘Hey perempuan,kau jangan nak perasan dekat sini ya.Siapa yang nak kahwin dengan kau? Aku tak pernah setuju pun nak kahwin dengan kau ! Never ever !’

‘Ini mesti sebab you dah ada perempuan lainkan? Kalau tak,takkanlah you tak tertarik dengan kecantikan I ini? Cepat beritahu I siapa perempuan sialan tu?,’ bentak Alia Qaisara yang seperti dirasuk hantu.

‘You jangan nak buat kecoh dekat pejabat I,boleh tak? You tak ada maruah ke nak buat ini semua?Lagi satu,perempuan yang I cinta itu ada nama dan dia bukannya perempuan sialan.Understood?

‘Ouh,jadimemang betullah sangkaan I selama ini yang you sudah punya kekasih hati? So sad.Ini mesti mak you tak bagi restu.Sebab itulah mak you terdesak sangat nak kahwinkan I dengan you.’

‘Siapa kata yang mak I tak bagi restu?Who say ?Perempuan yang I cinta itu betul-betul berada di belakang you.I love Suha Adelia very very much.’

Gulp ! Suha Adelia yang memang setia berada dekat pintu pejabat bosnya itu sudah tidak mampu untuk menelan air liurnya.Dalam hatinya,berbakul- bakul sumpah seranah buat bosnya.Dia memang sakit hati mendengar pengakuan maut yang bosnya luahkan di hadapan singa betina tersebut.Tak pasal-pasal, dia sekali terlibat dalam masalah peribadi bosnya itu.

‘Sayang,betul tak apa yang abang cakapkan ini?’

‘Haaaa...sayang ? Abang? What the...,’desis hati Suha Adelia.Suha yang melihat perbuatan bosnya yang mengarahkan dia mengiakan kata-katanya terus mengangguk-anggukkan kepalanya.Suha yang menyedari perbuatan spontannya itu terus menggeleng-gelengkan kepalanya.

‘Hish,perempuan ini betul ke tak?Sekejap angguk,sekejap geleng.Pelik betul,’ ngomel Alia Qistina.
Tengku Adam Fahim yang melihat kecurigaan yang bertandang di muka Alia Qistina terus menapak ke arah Suha dan mengenggam tangan perempuan tersebut persis seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

‘Sayang...Don’t be afraid.Itulah..Bukan ke abang dah cakap yang kita kena kahwin cepat-cepat .Suhalah ini yang jual mahal sangat dekat abang.Tengok,bukan ke dah jadi macam ini?,’rengek Tengku Adam Fahim persis seperti kanak-kanak kecil.
Suha yang mendengar omongan bosnya itu terasa mahu muntah di situ pula. Sudahlah bosnya itu berkata-kata dalam nada yang romantis,memang tegaklah bulu romanya itu berdiri.Ditambah pula dengan sentuhan hangat bosnya itu. Memang makin menjadi-jadilah rasa gugupnya.

‘Ish..sudah..sudah...Fahim, anggap sahaja yang saya tak dengar apa-apa.Naik meluat saya lihat drama swasta di depan mata saya ini.And you,perempuan tak guna lebih baik you jauhkan diri daripada bakal suami I ini.You all jangan nak buat I malu masa majlis pernikahan itu nanti.Fahim, remember that you and I will get married in three days.Kalau you tak datang masa majlis perkahwinan kita,you tahulah apa yang akan I buat dekat perempuan ini.Jangan cabar I,’ujar Alia Qistina yang segera keluar dari ruangan pejabat milik Tengku Adam Fahim sesudah menghabiskan kata-katanya yang berbaur arahan dan amaran.

Suha pula sudah menjengilkan matanya ke arah Tengku Adam Fahim sebagai tanda perbuatan Tengku Adam Fahim tersebut terhadap dirinya sudah melampaui batas .
Tengku Adam Fahim yang perasan akan riak wajah Suha terus melepaskan genggaman tangan mereka dan segera duduk di atas sofa di ruangan pejabatnya sambil meraup wajahnya yang kusut itu.
---------------------------------------------------------
Part 3

Di bawah kepekatan larut malam, kelihatan sebuah kereta sport Skyline GTR R35 sedang dipandu laju oleh si pemandu yang sedang berperang dengan emosi dan perasaannya.Emosi dan perasaan? Bukankah kedua-duanya sama sahaja maksudnya? Ish..Ish..Ish..Salah jawapannya bagi sesiapa yang mengatakan kedua-duanya itu sama maksudnya.Selain perbezaan perkataan , ejaan dan bunyi sebutan , emosi lebih merujuk kepada perubahan hormon yang bertindak di dalam diri seseorang yang akhirnya menyebabkan seseorang itu mengalami perbezaan daripada segi tingkah laku,perbuatan dan pertuturannya.Manakala perasaan pula lebih merujuk kepada perkara kompleks iaitu perkara yang rumit seperti perasaan suka , benci , sayang , dan cinta.

        "Ya Allah, apa lagi yang harus aku lakukan ? ," Adam bermonolog di dalam hatinya.

Apabila susah baru nak ingat Tuhan.Inilah sikap segelintir masyarakat Islam pada masa kini.Bila senang , lupakan Tuhan tapi bila susah baru nak ingat Tuhan.Kita sebagai umat Islam sepatutnya tidak harus memandang enteng dengan kekuasaan Tuhan.Bila Dia memberikan kita kesenangan bukan beerti kita perlu melupakan dan meninggalkan-Nya.Malah,kita perlu kerap bersujud untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya.Oleh itu , kita hendaklah merenung-renungkan setiap perbuatan yang dilakukan dan muhasabahkan diri kita supaya tidak melakukan perbuatan tersebut.

Sebaik sahaja Tengku Adam Fahim memandu tanpa arah tujuan sekitar lima jam yang lalu,akhirnya dia sudah tiba di Terengganu.Jauh betul di melencong kali ini.Dari Kuala Lumpur ke Terengganu.Alang-alang sudah sampai ke sini,dia sudah tekad untuk ke tempat itu.Sudah tiba  masanya untuk dia kembali ke pangkal jalan.Dia tidak mahu termasuk dalam golongan-golongan yang akan dilaknat Allah.Dia mahu berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Itu tekadnya.Oleh itu, pada detik dan saat ini dia sudah berada di hadapan Masjid Kristal ,Terengganu.Dia mahu memohon keampunan dan cahaya petunjuk ataupun disebut sebagai hidayah daripada Allah.

Usai mengambil wuduk dan mengerjakan solat fardhu Isyak , solat sunat taubat dan solat sunat hajat serta solat sunat tahajjud , Tengku Adam Fahim segera mengangkat kedua-dua tangannya persis seperti orang yang sedang berdoa.

           "Ya Allah Ya Tuhanku.Segala puji  hanyalah bagimu Ya Allah.Tiada Tuhan melainkan Mu Ya Allah.Hanya kepadaMu aku bersujud dan percaya Ya Allah.Ya Allah Ya Tuhanku,ampunkanlah aku Ya Allah . Ampunkanlah segala dosaku.Maafkanlah aku kerana sudah tidak lama tunduk dan sujud kepadaMu. Ampunilah aku kerana aku sering mengejar dunia tanpa berpaling mengejar akhirat yang seharusnya aku kejar Ya Allah.Ya Allah Ya Tuhanku, aku malu.Aku malu untuk memohon sesuatu kepadaMu.Aku tahu bahawa aku bukannya seseorang hamba yang baik dan sentiasa beristiqamah dalam mengerjakan suruhanMu. Sesungguhnya aku sedar bahawa aku merupakan insan yang paling lemah dan tidak beristiqamah dalam mengerjakan suruhanMu Ya Allah.Tetapi,kali ini aku bermohon sangat Ya Allah agar engkau akan memakbulkan permintaanku.Ya Allah Ya Tuhanku ,tolonglah berikan aku cahaya petunjuk iaitu hidayahMu Ya Allah.Tolonglah daku Ya Allah.Aku sudah buntu memikirkan tindakan apa yang perlu aku lakukan kerana semuanya semakin rumit Ya Allah.Hanya kepadaMu aku dambakan pertolongan dan tolongilah daku Ya Allah.Amin...Amin..Ya Rabbalalamin...,"doa Adam.

Sesudah berdoa,Adam segera menepis air mata yang mula bertandang.Dia tahu bahawa dia sudah melakukan banyak kekhilafan.Dia bersyukur kerana ujian daripada Allah ini telah membuatkan dia sudah mula berubah.Walaupun dia mengalami masalah gejala sosial yang teruk pada masa lampaunya,dia masih mengingati cara-cara mengambil wuduk dan bersembahyang dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa sedang bersolat.Sejujurnya,dia berasa lega kerana masih mengingati semua itu.Tiba-tiba terdetik di dalam kotak fikirannya bait-bait lagu Rapuh yang dinyanyikan oleh Opick iaitu penyanyi terkenal di Indonesia.


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Kini,hanya satu sahaja pinta Tengku Adam Fahim.Dia meminta bahawa setiap langkah dan perbuatannya akan terus berada di bawah keredhaanNya.

###

Jam loceng di tangan menunjukkan bahawa pada waktu itu baru sahaja pukul 3 pagi.Sudah bermacam-macam cara dilakukan supaya mata yang setia terjaga itu mula melabuhkan tirainya. Sungguh tidak disangka matanya kini sudah mula bijak melakukan tanda protes terhadap dirinya sendiri.Lagipun,bagaimana dia mahu melelapkan matanya sedangkan perkara yang amat mendebarkan hatinya sering berlegar-legar di ruang mindanya.Menyampah pula rasanya dengan mindanya sendiri.Jika tidak memikirkan dirinya yang sedang uzur sekarang , tak ada maknanya dia mahu berteluku dan tergulin-guling di atas katil miliknya.Sudah pasti dia akan memohon keampunan dan menluahkan segala yang terbuku di hatinya terhadap Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

        "Kenapalah kau buat aku jadi gila seperti detik ini.Tengku Adam Fahim ! Sebab kau..Sebab kau , aku mula membuka pintu hati cintaku semula buat seseorang insan yang bergelar lelaki.Tapi, tak mungkin aku akan dapat bersama dengan kau . Kau terlalu sempurna buat aku.Kau umpama bintang-bintang yang jauhnya berjuta kilometer dari duniaku.Aku tak layak untuk kau Adam. Aku tak...la.. ,"rintihan hati Suha.

Suha tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia berasa sebak.Dia sedih.Dia kecewa.Dia resah. Dia gelisah.Dia benci akan perasaannya kini.Kemudian,dia mula memecahkan empangan air matanya yang sudah mula bertakung di tubir matanya.

        "Seandainya kau adalah bintang , aku adalah bulan.Aku tidak layak untuk digandingkan bersama engkau Adam.Kau terlalu sempurna untuk aku dan kesempurnaan engkau telah membuktikan segalanya.Engkau umpama bintang yang terang bercahaya di kala kegelapan.Tetapi aku tidak sehebat engkau Adam.Tidak Adam ! Never ! Dan tidak akan pernah," gumam Suha perlahan.

Untuk apa membiarkan anjing menyalak di atas bukit,sekiranya dia sedar dirinya siapa. Seseorang yang tidak layak berganding dengan Tengku Adam Fahim yang tampak jauh lebih sempurna berbanding dirinya.Namun,jauh daripada itu, Suha tidak sedar bahawa cinta itu perlu saling melengkapi.Tanggapan bahawa seseorang yang tampak sempurna perlu digandingkan dengan seseorang yang tampak sempurna juga merupakan tanggapan yang salah.Cinta itu saling memerlukan.Cinta itu bukannya sebuah perlawanan untuk menjadi seseorang yang tampak sempurna.Akan tetapi, cinta itu merupakan anugerah ilahi yang mengajar seseorang itu untuk menerima pasangannya dengan sedia ada kerana cinta itu tidak mengajar kita untuk menjadi seseorang yang hipokrit terhadap diri sendiri.Cinta itu juga indah kerana cinta mengajar kita saling melengkapi kekurangan serta kelebihan pasangan kita.Kelebihan dan kekurangan pasangan itu tidak boleh diukur dengan nilai material seperti wang ringgit.Sedangkan kelebihan dan kekurangan pasangan itu lebih merujuk kepada iman di dada , ilmu yang tinggi dan bakat serta potensi setiap pasangan itu sendiri.

####

Di sebalik kesedihan dan kekecewaan yang dialami oleh Tengku Adam Fahim dan Suha Adelia, terdapat seseorang yang hatinya dipenuhi dengan kebencian dan kedengkian.Sesungguhnya, masih ramai lagi manusia yang tidak bersyukur di atas limpah kurnia yang telah Allah berikan.
Salah seorang daripada golongan manusia tersebut adalah Alia Qistina.

Alia Qistina merupakan seorang model yang cukup dikenali di persada antarabangsa.Dia memiliki raut wajah yang cantik dan potongan badan yang memukau tetapi sayangnya hati Alia Qistina tidak seindah rupa fizikalnya.Walaupun dia mendapat banyak tempat di mata hati lelaki, namun dia hanya mahukan Tengku Adam Fahim yang mempu mendebarkan hati wanitanya.Ya, dia hanya mahukan Tengku Adam Fahim ! Tengku Adam Fahim sahaja.

Demi memiliki Tengku Adam Fahim, Alia Qistina tekad untuk memasang strategi.Baginya,jangka masa tiga hari ini boleh mengubah segala-galanya.Arghhh !! Lambatnya masa berlalu buat Alia Qistina.Dia benci mahu menunggu saat hari perkahwinannya bersama Tengku Adam Fahim.Jika boleh, pada saat ini juga dia mahu bernikah dengan Adam.Tapi,apakan daya.Dia mahukan majlis yang tampak hebat dan gah di mata dunia.Dia mahu menunjukkan kepada semua orang di dunia ini bahawa dialah merupakan pengantin yang paling bahagia di dunia.

Pada keesokan harinya,Alia Qistina terus menuju ke rumah Tengku Adam Fahim yang terletak di Taman Titwangsa.Teratak Villa Impian itu menjadi sasarannya.Sesudah memakirkan keretanya, Alia terus melulu masuk ke dalam rumah tersebut untuk berjumpa dengan Datin Maria Kalsom a.k.a ibu Tengku Adam Fahim.

     "Good morning aunty , " sapa Alia dengan nada manjanya.Geli-geleman rasanya bagi sesiapa yang mendengarnya.

     "Good morning dear , my sweet daughter in-law to be , "balas Datin Kalsom ceria.Alia pula sudah kelihatan tersipu malu.Cuba cakap, siapa yang tidak berasa bangga bermenantukan seorang gadis yang menawan,terkenal dan kaya-raya.Memang sudah semestinya,si mentua akan berasa bangga.Itulah yang berlaku pada Datin Kalsom.Nasib baik Alia masih belum berpunya.Dapatlah dia 'cop' dulu untuk dijadikan menantu.Kerjanya untuk menjodohkan Alia dengan anak terunanya makin mudah apabila Alia Qistina itu sendiri sudah jatuh cinta dengan anak terunanya.

Setelah bertegur sapa, Datin Kalsom mempelawa bakal menantunya itu untuk duduk di ruang tamu rumahnya yang eksklusif itu.

      "Kenapa dengan muka Qis ?," soal Datin Kalsom prihatin.

Tidak disangka Alia Qistina bahawa Datin Kalsom mudah terperangkap dalam pembohongannya.Dia amat berterima kasih dengan jurumekapnya yang mampu mengaburi pandangan Datin Kalsom. Sengaja dia meminta jurumekap peribadinya memekapkan wajahnya agar kelihatan sembap dan tidak bermaya.

      "Tak ada apa-apalah aunty."

      "Qis , cuba cerita dekat aunty.Qis ada masalah ke ?," soal Datin Kalsom.


Tiba-tiba Qis mula menabur permata jernih di wajahnya.Dia berpura-pura menangis untuk menjayakan lakonannya di mata Datin Kalsom.Buruk benar rupanya masa itu.

      "Masalah kecil saja aunty,"balas Alia Qistina seolah-olah sedang bermain tarik tali dengan Datin Kalsom.

      "Tak apa.Qis cuba cerita dekat aunty.Aunty tak percayalah masalah Qis tu masalah kecil. Takkanlah Qis menangis teruk macam ni sebab perkara kecil.Aunty tak percayalah."

      " Sebenarnya..."

      "Sebenarnya apa , Qis ?"

Alia Qistina mula berpura-pura menangis semahunya.


      " Sebenarnya Adam ada affair dengan setiausaha dia,Suha Adelia."

Datin Kalsom yang mendengar perkara tersebut terus berdiri daripada tempat duduknya.Itu menandakan bahawa dia amat marah mendengar perihal itu.Tidak disangka-sangkanya bahawa anak lelakinya berani bertindak sedemikian.Sudahlah lagi dua hari majlis perkahwinan anak lelakinya itu.Sekarang ini pula masalahnya?

      "Qis, Qis jangan risau ya sayang.Sudah,jangan menangis lagi.Nanti tak ada seri pula muka Qis masa majlis pernikahan Qis nanti.Hal yang itu serahkan saja dekat aunty.Tahulah aunty nak buat macam mana.Okay,dear? ,"ujar Datin Kalsom sambil merangka-rangka langkah yang perlu diambilnya agar anak lelakinya tidak berlaku curang dengan bakal menantunya.Untuk itu,dia perlu berjumpa dengan seseorang.Sasarannya adalah Suha Adelia.Ya, Suha Adelia !

Part 4

Pada petang itu , Syarikat Marwa Holdings telah digemparkan dengan kedatangan Datin Maria Kalsom. Isteri pemilik syarikat itu datang dengan membawa satu hajat.Satu hajat yang bakal mengurangkan keluarga pekerja di syarikat itu.Datin Kalsom mahu segera melancarkan serangannya.Oleh itu, dia sedang mengambil langkah pertama iaitu dia mesti berjumpa face-to-face a.k.a bertemu mata ke mata dengan Suha Adelia.

Sebaik sahaja Datin Kalsom menjejakkan kaki di syarikat milik suaminya, dia terus menaiki lif ke tingkat 13 belas.Tempat anak lelakinya bekerja.Pejabat anak lelakinya dengan perempuan tak guna baginya itu.Dia sengaja datang ke pejabat suaminya itu pada petang itu juga kerana dia mengetahui bahawa anak lelakinya tiada di pejabat.Macam mana pula dia boleh tahu ? Jawapannya mudah sahaja.Datin Kalsom ada mengupah spy di dalam pejabat anak lelakinya.Sebab itulah dia boleh mengetahui keberadaan anaknya di pejabat. Suaminya pula berada di luar negara kerana menghadiri meeting yang penting.Bertambah mudahlah kerjanya.

"Kau Suha Adelia ?,"tanya Datin Kalsom sinis.

Suha tersentak apabila tiba-tiba sahaja dia diajukan dengan soalan tersebut. Segera dia mengalihkan pandangan matanya yang tertancap pada beberapa dokumen ke arah si gerangan yang mengajukan soalan padanya.Nada suara si penyoal tersebut cukup sinis dipendengarannya.

"Ya saya.Saya Suha Adelia.Puan cari Tuan Tengku Adam Fahim ? Dia tiada di pejabat hari ini ," ujar Suha sopan dan penuh lemah lembut.Budi bahasa itukan budaya kita .

"Ikut aku,"arah Datin Kalsom.

Suha yang mendengar arahan yang dikeluarkan oleh Datin Kalsom hanya terpinga-pinga.Ikut dia ? Pergi mana ? Suha tidak mengerti apa yang dibicarakan oleh perempuan yang berada di dalam lingkungan umur 50-an itu.

Datin Kalsom terus melulu ke arah pejabat anaknya.Dia membuka pintu pejabat tersebut dan jelas sekali di wajah Suha Adelia yang seakan-akan tidak percaya akan perbuatannya tersebut.

"Kenapa? Salah ke aku masuk pejabat anak aku sendiri?,"soal Datin Kalsom kepada Suha.

An..nak ? Maksudnya dia .. ibu ? , desis hati Suha Adelia.Bala apa pula yang akan menimpa dirinya selepas ini.Kakitangan yang berada di tingkat 13 itu pula sudah diam membatu dan takut menikus melihat adegen yang sedang berlaku di hadapan mereka.Mahunya tak takut.Melihat muka Datin Kalsom yang tiada secalit senyuman itu pun sudah menggerunkan mereka.Mereka yang melihat hanya mampu memberi sokongan dan doa kepada Suha Adelia.

"Iy...iya..Puan. Saya masuk seka..sekarang," balas Suha tergagap-gagap.

'Panggil aku Datin.Dah, masuk sekarang."

"Baik Datin."

Usai memasuki dan mengunci pintu pejabat Tengku Adam Fahim, Datin Kalsom terus memeberi peringatan kepada Suha Adelia.Tiada mukadimah a.k.a pendahuluan.Ceewah ! Macam buat karangan pula nak kena buat pendahuluan segala.

"Aku rasa kau tahu tujuan aku datang ke sini bukan ? Aku nak ingatkan kau supaya jauhkan diri kau dengan anak aku.My only son, Tengku Adam Fahim."

"Tapi Datin , saya tiada apa-apa hubungan dengan Tengku Adam Fahim.Dia hanyalah majikan saya ,"ujar Suha yang cuba mempertahankan diri.

"Kau tak payah nak memperbodohkan akulah.Kau ingat aku tak tahu apa yang berlaku ? Kau sengaja nak menggoda anak aku.Kau tahukan esok dia dah nak bernikah ? Aku tak sangka dekat dunia ini masih ada perempuan penggoda macam kau.Kau ingat aku tak tahu yang kau cuma gilakan harta keluarga aku.Sebab itulah kau goda cukup-cukup anak akukan? Apa mak bapa kau tak pernah ajar kau ke ?," fitnah Datin K Kalsom.

Berasap telinga Suha Adelia mendengar cemuhan tersebut.Apa kaitannya mak dan ayahnya di kampung dengan masalah ini.So ridiculous ! Ingatkan anak perangai baik mak pun mestilah berperangai baik.Tetapi, rupa-rupanya telaahnya jauh berbeza sekali.Dengan mengumpul keberanian yang mula menerpa diri,Suha mula membela dirinya.

" Datin , stop the crap.Tolong jangan kaitkan mak ayah saya dengan fitnah yang Datin lemparkan kepada saya.Semiskin-miskin saya, I still have my own dignity.Datin juga perlu ingat,walaupun saya tidak mempunyai apa-apa , saya masih mempunyai sesuatu yang lebih berharga iaitu maruah diri saya.Terserah kepada Datin nak mengata saya apa-apa sekali pun kerana saya tahu apa yang sebenarnya yang terjadi berbanding dengan Datin sendiri.

Datin Maria Kalsom hanya tersenyum puas.Memang padanlah dia menggelar gadis ini gadis yang lurus bendul.Nampaknya ikan dah nak termakan pancing.Good ! Next step.

"Okay.Fine.Kau ingat aku percaya dengan kata-kata kau ? Kau kata kau lebih tahu apa yang terjadi daripada aku ? Macam itu ke ? Apa yang membuktikan maruah kau itu berharga sangat ?

Ish..Tak sangka betul Suha dengan mak datin seorang ini.Beraku-kau pula itu.Tak sopan betul.Ini mesti tidak mengamalkan slogan budi bahasa itu budaya kita.

"Kalau macam itu,saya letak jawatan.Itukan yang Datin mahu daripada saya ?," soal Suha berani.

Datin Kalsom hanya tersenyum puas mendengar butir perkataan yang keluar daripada mulut Suha.

"Tahu pun.Aku ingatkan yang kau ini bengap sangat sampai tak faham-faham bahasa tersirat aku.At last, kau faham juga.So, aku nak kau serahkan surat PER-letakan jawatan kau itu sebelum kau balik.Faham?,"sengaja
Datin kalsom menekankan perkataan PER-letakan jawatan itu.

"Baiklah Datin."

Sesudah pertengkaran itu berlaku, Datin Kalsom segera pulang ke rumahnya.Dia tidak mahu suaminya mendapat tahu perihal ini.Kalau suami dia mengetahui akan perkara ini ,masak dia seumur hidup.Sudah pastilah suaminya itu akan memarahinya.Nasib baik suaminya itu dalam penerbangan balik ke Malaysia.

**

Suha beruntung kerana pertengkaran yang berlaku di antara dirinya dan Datin Maria Kalsom tidak kedengaran di telinga staf-staf Marwa Holdings.Pejabat Tengku Adam Fahim yang kalis bunyi itu menguntungkan dirinya kerana dia boleh menjaga maruah dirinya di hadapan staf-staf Marwa Holdings. Kalaulah tidak, sudah pasti dia akan diberi tanggapan-tanggapan yang negatif daripada staf-staf pejabatnya. Masanya yang berbaki sedikit di pejabat itu digunakan dengan sepenuhnya.Dia mula mengemaskan barang-barangnya dan mecuri sedikit masa untuk melihat pejabat itu buat kali terakhir.

***

Jam sudah menginjak ke jam 10.00 malam.Dia diberitahu oleh Pak Samad a.k.a pengawal keselamatan di pejabatnya bahawa terdapat seorang pekerjanya yang masih belum pulang.Dia sendiri berasa hairan.Siapa yang rajin sangat nak buat kerja over-time dan rasa-rasanya mana ada sesiapa yang pernah membuat kerja over-time di pejabatnya.

Usai meletakkan keretanya di tempat parking yang khas untuknya dia segera melakukan sedikit senaman ringan.Dia mengurut tengkuknya.Dia berasa amat letih pada hari ini.Mana taknya, semalam dia berkeliaran sehingga ke Masjid Kristal ,Kuala Terengganu.Hari ini pula sehari suntuk dia ke Pulau Pinang.Teringin sangat ke Pantai Ombak Rindu.Nak feel romantiklah konon-kononnya.Tapi hasratnya untuk berlama-lama di situ terpaksa dibatalkan kerana desakan mamanya yang suruh pulang ke rumah.Esokkan hari bahagia buat dirinya. Hari bahagia? Eeeuuuw.. Baginya ialah,hari derita sengasaranya adalah.Jadi,nak tak nak terpaksalah dia pulang ke rumah pada hari ini.Dalam perjalanan ke ruamhnya pula,Pak Samad a.k.a pengawal keselamatannya memaklumkan kepadanya bahawa masih ada pekerjanya di syarikat.So,terpaksalah di turun padang ke syarikatnya itu untukmelihat gerangan siapakah yang masih bertapa di situ. 

"Eh, aku silap pandang ke ni ? Itu bukan ke kereta Suha ? ," gumam Adam sebaik sahaja melangkah keluar dari keretanya.Tapi tak mungkinlah Suha kesayangannya belum pulang lagi.Banyak sangat ke kerja pada hari sehingga Suha kesayangannya perlu pulang lambat ke rumah pada hari ini.

Kunci masuk pejabat yang berupa seperti kad yang berada di tangannya segera diimbas pada masin pengimbas.Dia memerlukan kunci itu untuk memasuki ke pejabatnya.Langkah kakinya segera dilajukan ke tingkat 13..Di dalam kepalanya hanya satu sahaja,dia perlu memastikan bahawa Suha Adelia berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja.Namun , Tengku Adam Fahim tidak sedar bahawa tiada sesiapa di perkarangan pejabatnya buat masa itu termasuklah kesemua pengawal keselamtannya.Tambahan pula lagi,mengapa pula dia perlu membuka pintu syarikat itu sendiri ?Apakah ...?

Sampai sahaja di tingkat 13 , Adam terus melangkah ke ruangan pejabatnya.Sekali lagi,dia mengambil kad kuncinya yang khusus untuk memasuki ke ruangan pejabat tersebut.Selepas mengimbas kad kunci dan mengakses beberapa kata laluan, akhirnya dia dapat melihat sesusuk tubuh yang berada beberapa langkah di hadapannya.Cahaya lampu di ruangan pejabatnya yang terang memudahkan dia untuk mengesan kedudukan Suha.Kelihatan wajah Suha yang muram bertemankan air mata menghiasi segenap inici raut wajahnya. Terdetik di hatinya kini dengan pelbagai persoalan.

"Alhamdulillah.Nasib baik tiada apa-apa yang buruk yang berlaku kepada Suha , " bisik hati Adam.

Suha yang termenung sejak daripada tadi terkejut apabila mendengar derapan kaki milik seseorang. Dipusingkan badannya perlahan-lahan ke belakang,Alangkah terkejutnya dia melihat Adam di di hadapannya.Seseorang yang dia amat cintai.

"Encik Adam ? Buat apa dekat sini ? ," soal Suha.

"Eh , bukan saya ke yang sepatutnya tanya soalan itu ? Apa yang awak buat dekat sini malam-malam buta ini ? Satu lagi, kenapa dengan muka awak Suha ? Awak menangis ? , " soal Adam semula kepada Suha.Soalan dibalas dengan soalan.Emmm..Bagus betullah si Adam ini.

"Err...Saya.. ," Suha tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi.Macam mana dia nak khabarkan berita perletakan jawatannya kepada Adam.Confirm punyalah yang Adam akan mengamuk nanti.

"Saya ... Apa ? ," soal Adam kembali apabila melihat Suha masih tidak menjawab pertanyaannya.

Belum sempat Adam ingin mendengar jawapan daripada bibir Suha , bekalan elektrik Marwa Holdings di tingkat 13 yakni tempat dia berada di saat dan detik ini bersama Suha terpadam.Yang menghairankan Adam ialah mengapa di ruangan di luar ruangan pejabatnya di tingkat 13 itu masih ada bekalan elektrik ? Di dalam ruangan pejabatnya ini pula yang tiada bekalan elektrik.Pelik bebenor.

Suha yang terkejut dengan situasi tersebut hanya terdiam dan tidak berkutik sedari tadi.Sejujurnya, dia terkejut dan berasa tidak sedap hati dengan keadaan sebegini.Yalah , dia sekarang sedang berdua-duaan dengan Adam dan berada di tempat yang gelap lagi itu.Macam-macam fitnah boleh terjadi kalau macam ini halnya.

" Encik Adam, saya rasa lebih baik saya pulang dulu.Tak manis kalau ada orang terlihat saya dengan encik berdua-duaan macam ini.Esokkan hari perkahwinan encik.Saya rasa lebih baik encik pulang ke rumah," ujar Suha sekali nafas sahaja.Kemudian,dia bergegas mengambil kotak yang berada dia atas mejanya dean segera melangkah keluar dari ruangan pejabat tersebut.

Adam yang melihat Suha membawa kotak tersebut terkesima.Tiba-tiba gerak hatinya kuat mengatakan bahawa Suha sudah meletakkan jawatan.Yalah , semuanya tidak dapat disangkalkan lagi apabila Tengku Adam Fahim melihat dengan kedua-dua belah matanya sendiri bahawa tiada satu barang pun yang terletak di atas mja milik Suha Adelia.

Apabila hati mendahului akal ,semua perkara menjadi tidak masuk akal. Dengan pantas Adam menarik tangan Suha yang kelihatan terburu-buru keluar dari ruangan pejabatnya.Ikutkan rasa hati dan perasaannya yang bercelaru pada detik itu , dia cuma mahu menghentikan pergerakan Suha yang mahu keluar dari ruangan pejabatnya.Tapi , entah bagaimana, Adam yang tidak sengaja merentap tangan Suha dengan kuat telah menyebabkan Suha yang tidak terduga akan tindakan itu terjatuh ke dalam pelukan Tengku Adam Fahim.Habis terjatuh kotak yang dipegangnya sedari tadi dan bersepah barang-barang yang dismpannya di dalam kotak tersebut di atas ruangan lantai pejabat tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka berdua akan tindakan yang tidak bersengaja itu.Tanpa sempat memperbetulkan keadaan,mereka sekali lagi dikejutkan dengan kedatangan sekumpulan manusia.Ada di antara mereka yang berkumpulan itu yang memakai serban dan songkok serta berkopiah. Sudahlah jatuh , ditimpa tangga lagi itu .Adakah hari ini memang hari kejutan buat diri mereka berdua ? Atau apakah sudah tertulis takdir buat mereka berdua untuk mengharungi ujian ini ?
"Sumpah ustaz , saya tak buat macam apa yang ustaz katakan.Saya be..berani bersumpah di atas nama Allah , " jelas Suha sambil menangis teresak-esak.

Tengku Adam Fahim yang melihat keadaan itu tidak mampu berbuat apa-apa untuk menenangkan perasaan hati Suha.Dia akui memang salah mereka berdua kerana berada di tempat yang sunyi dan gelap lagi itu.Kali ini, dia yakin akan firasatnya.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.Cantik sungguh pemainan orang tersebut.Begitu teratur dan sempurna bak kata pepatah smooth and clear macam iklan maybelline gitu.

Tiba-tiba dia teringat kembali akan peristiwa buruk yang berlaku sebentar tadi.

"Kamu berdua ditangkap kerana sedang berkhalwat.Sila ikut kami sekarang, "ujar seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Amir.

Adam dan Suha yang ketika itu sedang terkejut dengan situasi mereka yang kelihatan seperti sedang berpelukan telah dikejutkan lagi dengan kehadiran orang-orang JAIS.

"Tapi saya..," ujar Suha yang sedang mula mengalirkan air mata.Tidak disangka perkara yang mahu dielakkannya betul-betul terjadi sekarang.

"Tapi apa ? Sudah terang lagi bersuluh lagi kami melihat awak berdua sedang berpelukan.Entah-entah awak berdua pernah melakukan perkara yang lebih terkutuk daripada ini ," balas seorang pemuda yang menjadi saksi mereka sedang ditangkap berkhalwat.

"Tadi saya terjatuh dan bos saya cuma membantu saya sahaja, encik.Tolonglah.Saya betul-betul tidak melakukan apa-apa dengan dia encik ," rayu Suha berkali-kali.

"Sudahlah.Saya rasa lebih baik kalian berdua ikut kami sekarang.Kalau ada apa-apa masalah sila terangkan di balai nanti,"ujar Ustaz Amir.

"Adam , tolonglah jelaskan kepada mereka yang kita berdua tidak bersalah , " lantang suara Suha berkata-kata.Dia benar-benar marah pada saat itu.

"Saya .. ," belum sempat Tengku Adam Fahim bersuara terdapat suara seseorang yang terus memotong percakapannya.

"Sudahlah.Tak payah nak berdrama lagi dekat sini.Dah banyak  kali kami menghadapi situasi yang macam ini. Semuanya berpura-pura tak bersalah , " ujar pemuda yang menjadi saksi tersebut lagi.

Akhirnya Tengku Adam Fahim dan Suha Adelia terpaksa mengikuti Ustaz Amir dan mpat orang saksinya yang lain.Sampai sahaja di luar perkarangan Marwa Holdings, mereka dikejutkan lagi dengan satu kejutan lagi.Terdapat ramai wartawan yang menyerbu ke arah mereka.Seolah-olah perkara ini telah dirancang secara teliti oleh seseorang.Reaksi Suha pula , usah dipertikaikan.Mukanya memang merah menahan marah. Takut dia melihat reaksi Suha pada waktu tersebut.

***
Kelihatan Datin Maria Kalsom dan suaminya Datuk Farid Ahmad sedang melangkah menuju ke arah mereka berdua.Tidak ketinggalan juga si gedik Alia Qistina.

" Hoi perempuan ," tiada langsung sapaan salam.Orang Islam ke bukan ni ?

Suha hanya membuang pandang ke arah lain.Menyampah dan malas nak layan kerenah tunang si Adam.Pasti dia akan dicaci dan dihina sebentar lagi.

"Alia ! Behave yourself. ," Datuk Farid memberi amaran.

Alia yang mendengar Datuk farid memberi amaran keras terhadapnya hanya mampu menahan sabar. Malunya bukan kepalang.Sakit hatinya apabila Datuk Farid seakan-akan memihk kepada Suha.Siapa yang bakal menantu dia sekarang ini.

"Anak ini Suha Adeliakan ? , "ujar Datuk Farid memulakan bicara.

Suha yang mendengar soalan tersebut hanya menganggukkan kepala.Dia berasa sangat letih saat ini sehingga tidak mampu berbicara.

"Dah bisu ke perempuan ini.Tak ada mulut dah ke ? ," soal Datin Kalsom sinis.

Datuk Farid yang mendengar kata-kata isterinya itu hanya memandang geram terhadap isterinya. Isterinya tidak patut berkata sedemikian.

"Maafkan aunty Kalsom iye Suha , " ujar Datuk Farid.

Kemudian Datuk Farid memandang ke arah Adam.

"Adam , do you have something to explain ? , " soal Datuk Farid tenang.

"Pa , actually both of us didn't do anything.It was Adam's fault ," jawab Adam yang cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar.

"Salah Adam ? How could it became your fault ? Jangan-jangan perempuan ini yang rancang kesemuanya , " duga Datin Kalsom.

"Ma ! "

"What Adam ? What ? "

"Kami berdua tak bersalah.Can you please believe in me ? "

"Adam , I believe in my only son.That's you."

Baru sahaja Adam ingin menarik nafas lega setelah mendengar butir kata daripada ibunya , dia dikejutkan lagi dengan penyataan ibunya.

"But , I don't believe her.Aku tak percayakan perempuan penggoda itu."

"Maria , please watch your mouth . Jangan nak keruhkan lagi keadaan, " marah Datuk Farid.Geram sungguh Datuk Farid melihat sikap kebudak-budakan isterinya itu.

"Terserah mamalah nak kata apa-apa pun.Tapi yang pasti , mama kena ingat bahawa kebenaran pasti akan terungkap pada suatu hari nanti dan pada saat itu mama akan ketahui bahawa semua kata-kata nista yang mama lemparkan kepada Suha itu adalah fitnah semata-mata, "  jelas Adam satu-persatu.Dia sudah penat mahu melayan kerenah ibunya itu.

Suha yang mendengar butir perkataan yang diucapkan oleh Adam mula mengalirkan air matanya.Murah sungguh air matanya pada wakti ini.Sementara Alia pula hanya mencebik meluat menandakan dia benci melihat sketsa air mata tersebut.

"Kalau macam itu, papa buat keputusan yang papa nak Adam bernikah dengan Suha.Memandangkan semuanya dah jadi macam ini.Lagipun papa, tidak mahu perkara ini akan jadi buah mulut wartawan setempat.. Malu papa nanti.Tadi , jenuh papa menyuruh mereka semua membatalkan artikel-artikel yang melibatkan kamu berdua.Alia, uncle minta maaf.Mungkin jodoh kamu dengan anak uncle stakat ini sahaja ," ujar Datuk Farid tenang.

"What ! Uncle tak boleh buat Alia macam ini.Mana Alia nak letak muka Alia bila orang kata Alia tak jadi bernikah dengan Adam.Uncle tak boleh buat Alia macam ini.Cannot , " jerit Alia lantang.

Datin Kalsom juga berfikir ada betulnya apa yang dikatakan oleh suaminya.Malulah dia jika hal ini tersebar ke pengetahuan orang ramai.Mana nal letak mukanya nanti.Alahai, terpaksalah dia mengorbankan Alia.

Bagi Suha pula, dia sudah tidak terdaya untuk melakukan apa-apa.Dahlah dia sebatang kara di dunia  ini. Seandainya ibu bapa dia pasti hidup , pasti mereka akan berasa sedih terhadap dirinya.Dia pasrah dan menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa.

Adam yang mendengarnya pula hanya tergamam.Dia tidak menyangka bahawa ayahnya akan berkata sedemikian.Dia fikir ayahnya akan memarahinya cukup-cukup.Tapi , sebaliknya pula yang berlaku. Lagipun , dia merasakan ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini.Buktinya, dia akan bernikah dengan perempuan yang dicintainya itu pada esok hari.

Datuk Farid pula hanya mampu merenung ke arah anaknya dengan perasaan yang sayu.Dia juga berasa bersyukur kerana anaknya tidak jadi bernikah dengan Alia.Setelah dia mendapat tahu perkara sebenarnya daripada seseorang , dia berasa bahawa dia telah membuat keputusan yang salah dengan membenarkan anaknya bernikah dengan Alia.Nasib baik Allah membantunya mengetahui kebenaran yang sebenar-benarnya.

Alia Qistina pula berasa amat marah dan berdendam dengan semua ahli keluarga Datuk Farid.Lebih-lebih lagi kepada Suha Adelia.Dia berasa amat marah terhadap Suha.Disebabkan Suha , dia dilanda dengan dua masalah.Pertama,dia terpaksa menahan malu kerana tidak jadi bernikah denganAdam.Kedua pula, dia berada dalam keadaan buntu bila memikirkan anak yang berada di dalam perutnya.Dia sudah hamil dua bulan.Cepat atau lambat dia takut jika ada orang yang mengetahuinya.

Jauh daripada tempat perbincangan Datuk Farid bersama isteri , anak , Suha dan Alia , terdapat seseorang yang memerhati ke arah mereka. Sejurus kemudian, segaris senyuman mula terbit  di mulut seseorang tersebut.Akhirnya berjaya juga rancangannya.
##
Part 6
“Aku terima nikahnya Suha Adelia binti Ismail dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai.”
“Sah ?” , tanya tok kadi itu kepada dua orang wakil saksi pernikahan tersebut.
“Sah,”jawab kedua-dua saksi itu serentak sambil tersenyum.
“Alhamdulillah,”ujar tok kadi itu pula.
Orang ramai yang membanjiri rumah mewah milik Datuk Farid Ahmad dan Datin Maria Kalsom mengucap tanda syukur dengan perkahwinan di antara Suha Adelia dan Tengku Adam Fahim.Memang tidak dapat dinafikan kecantikan Suha Adelia di dalam sepersalinan lengkap baju kurung moden yang sepatutnya dipakai oleh Alia Qistina tampak padan dan sesuai dengannya.Ramai orang yang memuji-muji kecantikan yang terserlah di segenap ruang inci wajah Suha Adelia.Wajahnya yang tampak bengkak kerana menangis semalaman dapat diatasi dengan mekap yang tidakbegitu tebal.
“Okay,sekarang pengantin perempuan sila tandatangan borang ini,”ujar tok kadi tersebut.
Usai  menandatangani borang tersebut tibalah masa yang paling disukai oleh tetamu di rumah tersebut. Upacara pembatalan air sembahyang !
“Adam,cepatlah sini.Mak lang nak ambil gambar ini,”panggil Datin Kamariah sambil melambaikan tangannya ke arah Adam.Sporting sungguh mak lang Adam !
Adam yang sudah selesai mengerjakan solat sunat itu segera menuju ke arah Suha Adelia.Tidak berkelip matanya memandang wajah Suha.Diamatinya wajah Suha sedalam-dalamnya.
Suha yang sedang memandang ke arah bawah hanya mampu berdiam.Dia tahu Adam sedang memerhatikannya.
“Assalamualaikum sayang,” ucap Adam dengan tulusnya.
Orang ramai yang mendengarnya pun segera mengusik mereka berdua.Dapat dirasakan muka Suha ketika itu sedang berbahang dek malu diusik sebegitu.
Kemudian, Adam menghulurkan tangannya ke arah Suha.
Suha yang melihat segera menyambut tangan Adam dan mengucupnya.
Sesudah itu,Adam segera memegang dagu Suha dan mengangkatnya perlahan-lahan ke atas.Saat ini,mata mereka berdua memang saling bertatapan.Terkaku seketika mereka berdua.Dapat dirasakan bahawa dunia seolah-olah milik mereka berdua pada detik ini.Masing-masing cuba mengungkapkan kata-kata cinta melalui renungan mata.
“Ehem,ehem..Sudahlah itu kalau nak pandang-pandang pun.Sekarang ini sarungkanlah cincin itu dekat Suha, Adam oii.Nanti malam kau tenunglah muka Suha ini puas-puas,” sakat mak su Adam.
Tersentak mereka berdua tatkala mendengar keriuhan yang mula kedengaran.Adam yang terkejut dengan suasana bising itu hanya mampu tersenyum sipu.Suha yang mendengar kata-kata mak su Adam hanya mampu menahan malu dan debaran.Tak terfikir dek akalnya mengenai malam ini.Habislah dia kali ini!
Usai menyarung cincin belah rotan di jari manis milik Suha ,Adam segera mengucup dahi Suha. Jurukamera dan para wartawan sibuk menangkap gambar dan merakam detik-detik indah itu.Agak lama Adam mengucup dahi Suha.
“Cis,ambil kesempatan dalam kesempitanlah mamat ini,”gumam hati Suha.
Datin Kalsom yang melihat tingkah laku anaknya hanya tersenyum plastik di hadapan tetamu yang hadir. Aneh sungguh rasanya apabila saudara terdekatnya begitu berkenan dengan Suha.Suha cantiklah, Suha sweetlah, Suha awesomelah , Suha gorgeouslah , Suha besutifullah , dan macam-macam lagi.Geram sungguh hatinya ini.
“Kalsom , kenapa dengan muka hang ini.Macam tak happy aje dapat menantu,”tempelek Puan Sri Mariam a.k.a kakak Datin Kalsom.
“Eh,tak adalah Yam.Som happy dapat menantu yang pakej lengkap macam ini.Som bersyukur sangat Yam,” balas Datin Kalsom sambil mengukir senyuman seikhlas yang mungkin.
“Baguslah kalau macam itu.Kalaulah akak jumpa Suha ini memang tak difikir sampai dua kali.Memang akak masuk meminang je.Beruntung betul hang ini Som dapat bermenantukan si Suha tu.”
Datin Kalsom yang mendengar hanya mencebik meluat di dalam hati.
Tetamu yang hadir yang merupakan kaum kerabat Datuk Farid dan Datin Kalsom tersenyum bahagia apabila mendapati Suha Adelia merupakan isteri kepada Tengku Adam Fahim.Lega rasanya apabila mereka mengetahui berita yang disampaikan kepada mereka bahawa pengantin perempuan akan bertukar pada majlis perkahwinan ini.Tidah betah rasanya jika si Alia Qistina itu menjadi isteri Tengku Adam Fahim.Memang mereka semua tidak berkenan.
##
Perlahan-lahan pintu bilik itu dikuak dari luar.Suha yang ketika itu baru sahaja  selesai mandi segera menyarung telekungnya.Menggelabah sungguh dia pada waktu itu.
“Eh,tunggulah saya.Kita sembahyang berjemaah sama-sama.Banyak pahala boleh dapat.”
Suha yang mendengar hanya mengangguk kepalanya persis seperti burung belatuk.Memang dia berasa kekok pada saat itu.
##
“Assalamualaikumwarahmatullah ,”  ucap Adam seraya memalingkan kepalanya ke sebelah kiri.
“Alhamdullillah,”ucap Suha sambil meraup wajahnya.
Usai memberi salam kedua , kedua-dua pasangan itu segera menadah kedua belah tangannya untuk berdoa.
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.segala Puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas penghulu kami,Nabi Muhammad dan atas keluarganya dan sahabatnya.Ya Allah,kami pohon kepada-Mu kemaafan dan afiat serta kesejaheraan dalam agama,dunia dan akhirat.Ya Allah,elokkan kesudahan kami pada semua perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan seksaan akhirat.Ya Allah,kami bermohon kepada-Mu segala apa yang baik sama ada lambat atau cepat,yang kami ketahui dan tidak kami ketahui.Dan kami berlindung kepada-Mu dari segala apa yang berbahaya.Ya tuhan kami,kurniakanlah kepada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan dan jauhkanlah kami dari seksa api neraka.Ya Rahman , kami juga ingin memhon kepadaMu akan kesejahteraan rumah tangga kami.Kurniakanlah kami cahaya mata yang soleh dan soleha. Bantulah kami untuk menghadapi segala ujian dan rintangan yang engkau berikan.Amiiin Ya Rabbalalamin.
Usai mengaminkan doa tersebut,terdetik di ruangan hati Suha , masih adakah sinar harapan buat mereka? Masih berpeluangkah mereka untuk merasai kehidupan yang bahagia? Kehidupan seperti suami isteri yang lain? Walaupun mereka terpaksa berkahwin dalam keadaan yang memalukan , adakah mereka boleh berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain? Pening sungguh kepalanya diasak soalan sebegitu.
Tiba-tiba Adam memusingkan badannya ke belakang dan menghulurkan tangannya kepada Suha.
“Kenapa,”tanya Suha polos.
“Salamlah saya.Dapat pahala tau,” seloroh Adam.
Teragak-agak Suha untuk menyambut huluran tangan Adam.Selepas dua,tiga saat,Suha segera menyalam tangan suaminya dengan penuh ikhlas dan tulus.
“Terima kasih sayang untuk segala-galanya,”ucap Adam dengan penuh syahdu dan mengucup dahi Suha dengan penuh kasih sayang.
Suha pula sudah tidak tahan lagi .Ya , dia perlu melakukan itu.
Tersembur gelak ketawa Suha.Dia sudah tidak dapat menahan tawanya daripada meletus keluar.Adam yang melihat pula sudah terpinga-pinga.
“Lawak sangat ke ayat saya itu? ,” soal Adam.
Suha yang tergelak sambil menekan perutnya itu kelihatan termengah-mengah kerana ketawa dengan sepenuh hatinya.
“It just..hahahahhaa….”
“It just what Suha?”
“It just wierdlah Adam when you’re talking like that.Selalunya awakkan cakap kasar aje dengan saya.”
“Ish,apalah.I ingatkan apalah tadi.You ni buat cuak I aje.Memanglah sayang.Dekat pejabat kenalah dengan cara lain.Kalau dekat rumah lainlah cerita.”
“Haaa? Maksud awak? ,” soal Suha sambil mengerutkan dahinya.
“Ish, apa kerutkan dahi macam itu sekali.Berkedut nanti baru tahu ,”nasihat Adam.
“Alaa..cepatlah beritahu.Nak taulah,”rengek Suha manja.
“Betul ni nak tau? Tak menyesal ?,” soal Adam sambil mencubit pipi mulus Suha.
“Ish,apa awak ni.Sakitlah.Kalau tak nak beritahu tak pelah.Kedekut,” balas Suha.
“Sebenarnya I boleh beritahu dekat you.Tapi..”
“Awak ni buat saspen saya je.Cakaplah..Tapi apa ?”
“Awak pernah dengar tak pepatah English yang menyebut “actions speak louder than words”?
Kelihatan Suha menganggukkan kepalanya.
“Pernah.So,apa kaitannya dengan soalan saya tadi?”
“So, maksudnya,I kena tunjukkan caranya melalui perbuatanlah,”ujar Adam dengan penuh maksud tersirat.
“Like what ? ,” soal Suha yang tidak dapat menahan geram.
“Like this ,”balas Adam sambil mengangkat badan Suha ke atas katil.
“Ohhh..Baru sekarang ni saya faham.Jahatlah awak ini Adam.Ngeee..,”ucap Suha sambil mencubit kedua belah pipi Adam.Nakal sungguh !
“Eh, I tutup lampu dulu!”
Kemudian , mereka berdua terus hanyut di dalam dunia yang mereka ciptakan sendiri.Semoga kebahagiaan akan menjadi milik mereka buat selama-lamanya.
##
“Argghhhhhhh.Aku benci kau Adam.Aku benciiiiiii kau,”jerit Suha sekuat hati di dalam rumahnya.Nasib baik dinding rumahnya kalis bunyi.Kalau tak,mampuslah dia kena cepuk dengan jiran sebelah.
Kelihatan seorang lelaki sedang merokok sedang duduk berdua-duaan di atas sofa bersama Alia Qistina.
“You ni boleh tak stop smoking.You taukan I ni allergic dengan bau-bau rokok ni,”kata Alia.
“Relaxlah baby.I know.I know everything about you,”ujar lelaki yang dikenali sebagai Shazril Rafiq yang sedang mengusap bahu Alia.
“You nii.I tengah sakit hati ini.I geramlah,”rengek Alia.
“Yes sweety.Biarlah si jantan tu kahwin dengan orang lain.Youkan ada I.Lagipun kita pun dah hidup macam suami isteri for 2 years.”
“Tapi,I cuma nak harta dia ajelah.I bukannya cintakan dia pun.Lainlah you.Youkan special,”ujar Alia sambil memandang Rafiq dengan pandangan yang menggoda.
“You nii.Ada ada je ,” ucap Rafiq sambil mencuit hidung Alia.
“You… Jom tidur”,ajak Alia sambil mula membuka butang baju Rafiq.
“Okey sayang.Tapi, malam ini I cuma boleh tidur dengan you ajelah.”
“Maksud you?”
“Youkan mengandung baby.Takkan you dah lupa?”
“Oh my gosh ! I lupalah.Ni lagi satu masalah.Macam mana ni ?,”soal Alia yang mula menggelabah.
“Kita kahwin.Okay?,”pelawa Rafiq.
Alia yang mendengar hanya tergamam dan tidak mampu berkata-kata.
##
Part 7
Usai menerima pesanan mesej ringkas daripada Datin Kalsom,Alia segera ke rumah elit tersebut.Entah apalah yang Datin itu mahukan lagi.
“Hello Datin !,”sapa Alia.
“Hello Alia ! How are you?,”balas Datin Kalsom ramah.
Hish Datin ni.Baru semalam aje mereka jumpa semasa majlis perkahwinan Adam.Buat buat tanya pula.
“Alia sihat aunty.”
‘Eh, jomlah duduk dengan aunty dekat pondok belakang.”
“Okay.Why not.”
Selepas mereka berdua duduk di sebuah pondok mini yang terletak bersebelahan dengan swimming pool rumah elit Datin Kalsom,merekasegera memulakan perbualan.
“Alia,aunty minta maaf sangat-sangat dekat Alia.”
“Tak pelah aunty.Dah tak ada jodoh antara Alia dengan Adam,”ujar Alia sambil memaniskan mukanya.Kata mulut memanglah macam tu.Tapi,dalam hati selori sumpah seranah aku taburkan untuk anak kau datin,desis hati Alia.
“Tapi,aunty insist juga nak buat Alia jadi menantu aunty.Alia nak?”
 “Maksud aunty?,”Alia bertanya kerana hairan dengan soalan Datin Kalsom.
“Maksud aunty,aunty nak Adam jadikan Alia isteri kedua dialah.”
Alia yang sedari tadi dalam kehairanan segera bersorak keriangan di dalam hatinya.Tak sangka peluangnya untuk mendapatkan harta milik Adam kembali terbuka.
Disebalik keriangan Alia,Suha yang secara tidak sengaja mencuri dengar perbualan antara Datin Kalsom dan Alia hanya menahan pedih di hati.Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menggugurkan air matanya.Luruh jantungnya tatkala mendengar perkataan isteri kedua daripada mulut Datin Kalsom itu sendiri.Dengan penuh debaran,dia menanti jawapan daripada Alia.
“Ermmm,kalau aunty tak kisah,Alia on aje.Alia sanggup jadi isteri kedua abang Adam.”
Suha yang mendengar jawapan daripada Alia segera menghamburkan air matanya.Terduduk dia disebalik tanaman pokok yang menghalang pandangan Datin Kalsom dan Alia ke arahnya.Betapa dia kecewa dengan takdir yang bakal dihadapinya.
Bibik Yati yang menatang dulang berisi dua buah gelas segera meletakkan gelas tersebut di atas meja bulat yang terletak di antara Datin Kalsom dan Alia.
Bau haruman minuman air teh tarik susu yang menjadi kesukaan Datin Kalsom membuatkan tekak Alia menjadi loya.Sungguh, dia tidak tahan untuk mengeluarkan gelodak isi perutnya.Secara automatiknya,dia terus muntah di hadapan Datin Kalsom.Suha yang melihat keadaan itu pun berasa hairan.
“Alia,kenapa ni?,”soal Datin Kalsom prihatin.
Alia tidak mampu untuk bersuara lalu dia halakan jari telunjuknya ke arah helas minuman Datin Kalsom. Datin Kalsom pula hanya mempamerkan riak hairan ke wajah Alia.Setahunya hanya perempuan mengandung sahaja yang tidak tahan dengan bauan aroma teh tarik susu ini.Takkanlah..
“Alia,beritahu aunty.Jawab soalan aunty ni dengan jujur.Alia pregnant ke?”
Alia yang menggelabah mendengar soalan maut daripada Datin Kalsom segera menapak keluar daripada pondok tersebut dan mula menuju ke pintu rumah Datin Kalsom untuk keluar daripada situ secepatnya.
“Alia,jawab soalan aunty.Jangan harap Alia boleh balik selagi Alia tidak menjawab soalan aunty.”
Alia yang tidak dapat membendung kemarahannya segera menjawab.
“Ya,Alia pregnant.Dah tiga bulan Alia pregnant.”
Datin Kalsom kelihatan benar-benar terkejut mendengar jawapan daripada mulut Alia.Tidak disangka-sangka perempuan yang selalu dia puji dan banggakan rupa-rupanya berbisa.Akibat terkejut dengan berita itu,Datin Kalsom segera mengusap dadanya.
Alia pula sudah panik melihat keadaan Datin Kalsom yang seperti terkena serangan jantung.
“Alang-alang kau dah tahu datin,lebih baik kau mati,”ucap Alia tanpa rasa belas kasihan dan dengan satu tolakan sahaja dia menolak Datin Kalsom ke dalam kolam renang.
“Hahahahahahahahah,”Alia ketawa semahu-mahunya dan dengan segera dia melangkah keluar daripada rumah tersebut.
Suha yang melihat keadaan tersebut segera keluar dari tempat persembunyiannya dan menyelamatkan Datin Kalsom.Rasa terkejutnya dengan berita kehamilan Alia ditolak ke tepi dahulu.
##
“Mama,mama.Macam mana dengan keadaan mama Suha?,”tanya Adam yang kelihatan begitu panik. Kelihatan  papa Adam yang berada di belakang Adam juga sedang menanti jawapan daripadanya.
“Mama dekat dalam wad.Doktor kata mama hamper terkena serangan jantung.Kalau boleh,kita biarkan mama berehat dahulu dekat dalam wad itu,”jelas Suha satu-persatu.
“Tapi,macam mana bibik Yati kata mama lemas dalam swimming pool?”
Suha yang mendengar soalan suaminya segra menjelaskan perkara yang berlaku sebentar tadi.
##
“Abang,sabar abang.Jangan bertindak melulu macam ini.Dia mengandung itu abang ,”pujuk Suha.
“Alia  memang benar-benar dah melampau.Sanggup dia buat mama macam itu.Nasib baik mama tak meninggal.Kalau tak..”
“Tapi,janganlah biarkan kemarahan awak mengatasi kewarasan akal fikiran awak.”
“Okay,abang janji abang akan cuba bersabar.Kita berdua face to face dengan Alia and kita tanya dia kenapa dia buat mama macam itu.Abang cuma  nak tahu apa niat dia yang sebenarnya.”
“Tapi abang janji tau.”
“Ya,sayang Suha.”
Kemudian,mereka berdua segera ke rumah kondominium mewah milik Alia.Mereka ingin membuat perhitungan dengan Alia.
##
“Apa maksud you Rafiq?,”tanya Alia yang cuba menahan marah.
“I..I buat itu semua demi kebaikan you dengan anak kita.Our baby ,”jelas Rafiq.
“You kata,demi kebaikan I.Macam itu ? You tau tak yang you dah buat benda yang paling bodoh.Rupa- rupanya you yang call JAIS malam itu.You cuba perangkap Suha dengan Adam.You cuba halang perkahwinan I dan Adam dengan satukan Adam dengan Suha.Macam itu you kata demi kebaikan I?”jerkah Alia.
Adam dan Suha yang berada di hadapan rumah Alia terpampan mendengar butir kata yang diucapkan oleh Alia.Alia yang cuai dengan tidak menutup pintu rumahnya tidak menyedari dengan kehadiran pasangan suami isteri tersebut.
“You tahu tak,you dah tutup semua peluang I untuk dapatkan harta Adam?”
“Tapi,ini semua kebaikan untuk you dengan I.Kita kenalah fikirkan our baby,”pujuk Rafiq lagi.
Sekali lagi Adam dan Suha terkejut.Rupa-rupanya Alia mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki tanpa pengetahuan Adam.Nasib baik dia tidak bernikah dengan Alia.Kalau tidak,mampuslah dia terpaksa menjadi kambing hitam Alia.
Alia yang mahu melangkah keluar daripada rumahnya tersentak tatkala dia terpandang kelibat Adam dan Suha di hadapan rumahnya.
“Mampus aku,”gumam Alia.
Suha yang melihat air wajah Alia yang bersedih segera melangkah ke arahnya.
“Alia,kau terimalah Rafiq.”
Adam yang mendengar kata-kata Suha terkejut.Mengapa Suha masih melayan Alia dengan baik setelah apa yang dirancangkan oleh Alia kepada Suha?
“Kau tak berhak masuk campur urusan aku.”
Adam yang baru sahaja mahu menjerit ke arah Alia segera ditahan oleh Suha.
“Aku tahu Alia.Aku tak berhak masuk campur urusan kau.Tapi,kau tak boleh biarkan emosi kau menguasai akal fikiran kau.Kau kena fikir masak-masak mengenai masa depan bayi kau.Dia tidak bersalah Alia.Aku harap kau boleh menerima Rafiq sebagai ayah kepada anak yang berada dalam kandungan kau,”ujar Suha dengan nada yang lembut.Dia cuba melakukan pendekatan psikologi ke arah Alia.Mudah-mudahan Alia akan berfikir semula untuk menerima Rafiq sebagai ayah di dalam kandungannya.
Tiba-tiba Alia segera memeluk Suha dan menangis semahu-mahunya.Dia malu kepada Suha.Tidak disangka-sangka orang yang dia benci selama ini berkata sedemikian kepadanya.Alia hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan dia akan bernikah dengan Rafiq.

Semua yang berada di situ hanya mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa.
##
“Setelah Datin Kalsom dan Datuk Farid mengetahui cerita yang sebenarnya mengenai penangkapan kes khalwat anaknya itu berasa lega dan bangga kepada anaknya.
Datin Kalsom telah menerima pengajaran daripada perbuatannya dan dia telah pun memaafkan kesalah Alia terhadapnya.Datin Kalsom juga sudah mulai akrab dengan Suha a.k.a menantunya.Datin Kalsom tidak berputus-putus memohon maaf kepada Suha atas perbuatannnya yang selama ini telah mengguriskan perasaan Suha.
Alia pula selamat dinikahkan dengan Rafiq.Mereka berdua juga amat berterima kasih kepada Suha dan Adam kerana sudi memaafkan kesalahan mereka.Alia dan Rafiq telah membuat keputusan untuk berhijrah ke London.Rafiq akan mewarisi syarikat keluarganya di sana.Mereka tidak menyangka bahawa selama ini ternyata Rafiq merupakan anak kepada rakan bisnes Datuk Farid a.k.a ayah Adam.
##
“Sayang,sayang nak tahu something tak,?”soal Adam sambil memeluk pinggang isterinya yang sudah hamil 5 bulan.
“Nak.Suha nak tahu.Cepatlah beritahu abang,”desak Suha.
“Ish..Gelojohnya isteri abang ini.Ya,abang nak beritahulah ini.”
“Yelah,cepatlah.Baby dalam perut ini pun nak tahu jugak.”
“Ermmm…Sayang rasa tak yang cinta kita ini umpama magis? ,”soal Adam.
“Maksudnya?”
“Abang rasa cinta kita ini umpama cinta magis yang mampu membuka mata semua.”
“Apa ayat jiwang abang ini.Suha tak faham.Cuba abang jelaskan ,”pinta Suha sambil bergerak ke arah kerusi di pondok mini di rumah elit itu.
“Macam ini.Cinta Suha dengan abang telah banyak mengungkap kebenaran yang telah lama tersembunyi.So,bila kebenaran itu terungkap, secara tak sedar,kebenaran tersebut telah berjaya membuka hati mama untuk menerima Suha.Kebenaran itu juga telah mampu membuka hati Alia untuk menerima Rafiq.Macam gitulah maksud abang.”
“Hahahahahahahah..Kelakarlah abang ini ,”ujar Suha.
“Eh,eh..Kenapa pula?”
“Yalah,dah abang cakap cinta magic laa.. magis laa.. Kelakarlah”
“Ish..sayang ni saje je nak kenakan abang.Nak kena ni ,”balas Adam yang cuba menakut-nakutkan isterinya.
Suha yang berpura-pura ketakutan segera bangun dan berlari anak menuju ke tempat lain.Habislah dia kalau ditangkap oleh suaminya.Masak nanti.
Datin Kalsom dan Datuk Farid yang melihat tingkah laku anak dan menantu mereka hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum senang.Moga-moga kebahagiaan itu akan menjadi milik mereka.

TAMAT
p/s : Sorry,kalau tak menepati cita rasa pembaca sekalian.