Kawan-Kawan

Showing posts with label Iffah Damia. Show all posts
Showing posts with label Iffah Damia. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

Bab 13 Cinta VS Benci


I'm sorry girls ! Update kali ni memang macam kura-kura sikit cause I extremely sibukss with other things for these past few months and it will still continuing and never be end until I had my exams over ! huh ! penat membebel pula..I hope you'll always remember Reena,Emir,Rissa and Irfan .. Here we goooo !!

Bab 13 ;)



Dia berjalan ke hulur ke hilir.Nak kata macam kucing hilang anak pun ada.Resah semacam. Bukan kakinya sahaja yang memainkan peranan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, malah  kali ini anggota muka dan tangannya pula yang memainkan peranan. Sekejap tangannya dinaikkan ke pelapis dahinya,sekejap itu pula dia memeluk tubuhnya.Anggota mukanya pula usahlah diperkatakan.Berkerut semacam.Bak kata, semuanya macam-macam ada !

“Dia ni yang lambat ke ataupun aku ini yang awal sangat bangun?”  Dia mula menggerakkan kakinya ke arah pintu utama banglo mewah itu.

Pancaran matahari yang bersinar itu menyilaukan pandangan matanya.

“Hish,dia ini memang dah lebihlah ! Semalam bukan ke main lagi gamaknya suruh aku ini bangun awallah 
sangat . Hish !!!” Tak habis-habis Rissa mengomel meluahkan rasa yang terbuku di hati.

“Rissa !” Mak Mah melaung kuat nama Rissa. Terkejut Rissa buat seketika.Kuat juga rupa-rupanya suara Mak Mah ini.

“Ya Mak Mah,” Rissa segera menyahut panggilan Mak Mah. Tangannya segera menutup kembali pintu utama rumah banglo tersebut.Panas !

Kalau dua jam yang lepas, Mak Mah memanggilnya untuk menikmati hidangan sarapan pagi ataupun bahasa omputihnya breakfast , sekarang ini Mak Mah memanggilnya untuk melantak hidangan makanan tengah hari pula.Melantak ? Erk…

Niat di hati bukannya tak mahu memekik terlolong menarik Emir keluar daripada dunia fantasinya, tetapi dia takut seandainya Emir memaki hamun dia pula nanti.Last-last, si Emir itu tak mahu menghantarnya pulang pula.Choi !

“Rissa sabarlah sikit ya.Nanti itu turunlah si Emir itu ya,nak ?” Mak Mah memulakan sesi pujuk memujuknya itu.

Rissa hanya membiarkan Mak Mah mengusap bahunya.Nak redakan kemarahan aku kut !

“Terima kasih Mak Mah,”senyum Rissa segaris.Tawar sungguh rasanya.Kalau  Deeja yang  buat hal macam ni memang dah kena bambu dengan aku. Semalam janji macam ya ya betulnya. Hari ini pula batang hidung pun tarak. Haila ,ini memang janji haprak betul !

Rissa lincah menyendukkan lauk ketam masak lemak itu ke dalam pinggannya.Perghhh ! Meleleh air liur kalau tak kuat iman ini.Rissa tersenyum sendiri.Sekurang –kurangnya dapatlah dia mengurangkan rasa panas hatinya itu sebaik sahaja melihat lauk-pauk yang terhidang di atas meja mewah itu.

Baru sahaja dia selesai mengambil beberapa jenis lauk pauk yang dihidangkan di atas meja itu, dia dikejutkan dengan bunyi deheman.

Emm,baru nak turun ke ? Omel Rissa di dalam hati.

Baru sahaja dia hendak memberikan pandangan maut khas untuk Emir, dia soalah-olah terpaku dengan melihat ciptaan Allah di hadapannya itu.Rupa Emir ketika itu memang mampu menyejukkan lava di hatinya.Tak jadi nak meletup kebaboomm terus.

Dup dap dup dap ! Jantung dah mula buat perangai.Aduhai, bila jantung hati dah mula buat perangai ini,mulalah abang paru-paru ini pun ikut sama.Sesak nafas tahu tak ! Rasa macam terkena penyakit hyperventilation syndrome pula .

Kenapalah macam ni? Baru lihat different side of Emir sikit,hatinya dah mula lemah. Hish, gila gamaknya aku ini !

Sabar Rissa ! Sabar !! Janganlah obvious sangat reaction itu. Rissa tak putus-putus memberikan nasihat percuma buat hatinya yang tersayang itu.

Tak mampu menghadapi godaan tersebut,Rissa segera berpaling daripada melihat wajah Emir. Nak kata Emir pakai smart pun tak adalah sangat.Setakat pakai baju polo yang bewarna hijau emerald beserta seluar jeans tiga suku itu pun dah mampu nak mencairkan hati Rissa.Wow, impressive, huh?

Lebih baik aku menghadap makanan ini aje.Lagi bagus ! Rissa membebel buat sekalian kalinya.
Emir yang baharu sahaja turun daripda tangga tersebut terus menapak ke arahnya. Nak makan juga kot ?

“Amboi ! Tak pelawa tuan rumah makan dulu ke ?” Dush ! Sarkastik sungguh soalan yang dilemparkan Emir.

Hatinya yang mulai sejuk itu kian membara tatkala mendengar soalan maut Emir itu tadi. Ingatkan nak bagi salam ke apa ke dulu.Ini tak,main terjah sahaja !

“WAALAIKUMUSALAM.Jemput-jemput !”  Sengaja dikuatkan sedikit perkataan waalaikumusalam tersebut.Tangan kirinya pula melakukan aksi seperti mempelawa tetamu yang datang ke rumahnya mengambil tempat duduk.

Sesaat kemudia,Rissa segera menadah tangan untuk membaca doa makan.Dia sengaja melakukan perbuatan tersebut dengan segera sebab dia malas nak menambahkan koleksi kosa katanya. Membebel !

Emir yang melihat hanya mendiamkan diri sahaja.Memberi peluang untuk Rissa cool dulu !
**

Laa,merajuk ke minah ini ? Emir menggaru perlahan kepalanya.Dahinya pula berkerut seribu tetapi tak cukup untuk menghilangkan wajah ketampanannya. Ceewah gitu !

Rasa menyesal bertandang di hatinya pula.Semalam dia khusyuk sangat dengan rancangan membalas dendamnya itu sehingga tak sedar pula malam yang kian gelap.Kemudian,apa lagi ? Tidur lambatlah jawabnya.Dia itu dahlah spesies yang tak boleh tidur kurang dan terlebih. Kalau dia tidak dapat tidur yang mencukupi memang ada zombilah yang muncul dekat muka bumi ini.

Nak pujuk ke ? Dia menggumam perlahan.Kemudian,dia memandang langit yang terbentang luas di atas.Ceh,nak berfikir pun kena pandang langit tau !

 Setelah itu,dia memandang sekilas perbuatan Rissa di hadapannya itu.Semalam dia dapat melihat keterujaan di wajah Rissa apabila dia mengatakan ingin menghantar Rissa pulang ke rumahnya.Tapi,sekarang ..?

Emm,should  I or shouldn’t I ? Emir masih berkira-kira untuk memujuk Rissa kembali. Semalam kata tak suka,bencilah,nak balas dendamlah.Tapi,hari ini  kenapa lain macam pula dengan pendiriannya itu ? Eh ?

**

Rissa melihat Emir yang sudah bersiap-siap di luar rumah.Gila psiko ke apa mamat ini ? Sedari tadi, dia melihat Emir asyik sangat menghadap langit kemudian geleng-geleng kepala.Macam-macam.Hailah ! Hari ini memang hari macam-macam ke?

Rissa segera menyambut huluran tangan Mak Mah.Dikucupnya tangan Mak Mah.Rasa sebak mula bertamu di hati.Sepanjang dia berada di sini, dia rasa sudah mula jatuh sayang dengan Mak Mah.Mak Mah sudah dia anggap seperti ibunya sendiri.

“Jaga diri elok-elok ya,nak ! Sampaikan salam Mak Mah untuk mak kamu,” ujar Mak Mah sambil tersenyum nipis.

“Insya Allah Mak Mah,” balas Rissa.

Dilihat dan direnung satu persatu anak-anak Mak Mah dan suaminya.Sayu pula hati nak tinggalkan rumah ini.Kebaikan Mak Mah dan keluarganya sepanjang dia berada di sini, takkan mudah untuk dia lupakan.

“PINNNNNNNNN……”

Kedengaran bunyi hon kereta milik Emir melalak di luar sana.Hish ! Memang tak bagi peluang betul untuk dia melakukan aksi kuch kuch hota hai dekat sini.

“Err..Mak Mah, Rissa gerak dulu eh.Monster itu dak melalak-lalak itu,” selamba sahaja Rissa berkata sedemikian.Ini,kalau Emir dengar entah apalah yang jadi.Anak-anak Mak Mah yang sedari tadi perhatikan 
Rissa ketawa geli hati mendengar Rissa berkata.

“Yalah,pergi cepat.Nanti dia keluar daripada kereta itu pula,habis kamu,” Mak Mah ketawa kecil sebaik sahaja menghabiskan ayatnya.

Rissa tersenyum dan segera memeluk Mak Mah dan anak-anak perempuannya. Yang lelaki tak boleh, haram ! Bukan mahram,okay ? Take note !

“ Tataaa akak !” Kesemua anak-anak Mak Mah melambaikan tangan mereka tanda mengucapkan selamat tinggal.Rissa yang melihat hanya mampu tersenyum sahaja.

Kalau ada jodoh,kita jumpa lagi ! bisik hatinya.

“PINNNNNNNNNNNNN…..”

Bunyi hon yang kedengaran buat kali keduanya membuatkan Rissa cepat melangkah masuk ke dalam perut kereta.Sebelum dia masuk ke dalam perut kereta,sempat lagi dia melambaikan tangannya kepada keluarga Mak Mah yang berdiri di  muka pintu utama.

**
Dipandang sekilas wajah Emir yang sedang leka memandu tersebut sebelum memalingkan mukanya menghadap jalan raya kembali.Dull betul dirasakan suasana ketika itu.

Laa,dia ini sengaja ke nak mendera aku ini.Kalau tak nak cakap pun,cubalah sekurang-kurangnya cubalah considerate sikit.On-lah radio itu ! Rissa mengomel di dalam hati.

Matanya pula tidak lepas daripada memandang suis radio tersebut.Kalau nak diikutkan tangannya yang gatal itu,dah lama dia menekan suis radio tersebut. Haila !

Kalau nak diikutkan,kejadian pagi tadi memang dia tak habis marahkan si Emir ini lagi.Masakan tidak ! Semalam Emir bersungguh-sugguh suruh dia bangun awal.BANGUN AWAL,okay ? Sangkanya mereka akan bertolak selepas breakfast,tapi sangkaannya itu meleset sama sekali ataupun lebih tepat lagi jika dikatakan tak betul dan salah.Dari pagi ditunggu-tunggu sehinggalah kelibat Emir ini muncul juga waktu tengah hari ini.Tak semena-mena perasaan gila yang dirasakan sewaktu melihat kelibat Emir yang turun ke ruang makan tadi menerjah ke dalam hatinya.Choi !

Rissa segera mengurut-urut dadanya berulang-kali untuk mengusir debaran yang menggila di hatinya.

Emir yang terpandang akan perbuatan Rissa tersebut terus mengerutkan dahinya. Ni apahal pula dengan 
perempuan ini ?

BE CONTINUE ... ;)

Friday, 29 March 2013

Cinta VS Benci Bab 12


Bab 12

“Danish Irsyad Aisy..”

Nama yang dipenuhi misteri.Pemiliknya mestilah milik seorang lelaki dan lelaki tersebut mestilah seorang manusia.Seorang lelaki yang pernah mencintai seseorang di dalam diam.Hanya Allah S.W.T yang mengetahui rahsia yang disimpan rapi oleh jejaka tersebut.Namun malangnya,dia sedar dan pasrah bahawa dia hanya bertepuk sebelah tangan.Namun,bukankah ada kata-kata yang menyebut “ mencintai dan dicintai itu bukanlah dengan tujuan untuk memiliki dan dimiliki tetapi mencintai seseorang dengan hati yang tulus hanya beerti jika kita mahu orang yang kita cintai itu bahagia meskipun si dia tidak mencintai kita”.Berbekalkan dengan prinsip itu,dia bangkit daripada kesedihannya dan berazam untuk membahagiakan perempuan yang dicintainya itu.

**

“Apa betul ke perempuan itu ada kena mengena dengan kematian abang aku ? Betul ke apa yang dikatakan oleh Qaireena ? Dan perlukah aku mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu? Arrgghhh !! Kusut betullah kepala aku.Damn it Rissa ! ” Emir berkata kepada dirinya sendiri sambil mencengkam kuat rambutnya sendiri.

Kepulangannya ke Malaysia yang disambut oleh Qaireena beberapa minggu yang lalu sedikit sebanyak meresahkan hatinya.Dan persoalannya kini,mengapa sudah hampir empat tahun kematian abangnya,baru Qaireena mahu menjelaskan kepadanya bahawa Rissa adalah pembunuh abangnya? Memang dia sendiri akui,dia juga tertanya-tanya sebab terjadinya kematian abangnya dan berita dan maklumat yang disampaikan oleh Qaireena benar-benar menyentakkan jiwanya sehingga dia berasa amat marah terhadap Rissa . 

Amarahnya kini terhadap Rissa hanya bersandarkan atas satu alasan.

Rissa, perempuan itu pembunuh abang aku !

“Kau takkan boleh mengelak daripada aku Rissa.Never ever.Kalau dulu kau fikir kau boleh mengelak daripada rahsia kau diketahui orang,sekarang tidak lagi Rissa,kerana aku sendiri yang akan membongkarkan rahasia tersebut dan semestinya aku akan membuatkan kau merasai derita lebih apa yang abang aku rasai.You deserve it,women ! , ” monolog Emir.

Emir sudah tekad untuk menanam rasa benci terhadap Rissa.Dia termakan akan kata-kata yang diujarkan oleh Qaireena.Betul ataupun tidak,itu bukan lagi menjadi kepentingan buatnya. Masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin yang menjadi penyebabnya.Berbekalkan dengan prinsip tersebut,dia semakin mempercayai kata-kata penipuan yang dibuat oleh Qaireena.Tanpa disedari,Emir sendiri sudah terjebak dengan permainan yang dirancang oleh Qaireena yang bertujuan untuk memusnahkan Rissa.

**

Pada malam itu,Rissa resah di tempat pembaringannya.Dicuba dan dipaksa matanya untuk lelap .Dia ingin melupakan peristiwa yang menyayat hatinya.Dia ingin melupakan perasaan traumanya terhadap peristiwa yang berlaku empat tahun yang lalu.Dia cuba melelapkan matanya,namun, tanpa diundang, mindanya sendiri membawa dia ke kenangan silam.

Empat tahun yang lalu…

“Riss,Rissa,dengar apa yang Danish nak cakapkan ini.Irfan, dia tak bersalah.Itu semua perangkap yang dibuat oleh Reena.”Termengah-mengah Danish cuba mempertahankan kata-katanya.Masakan tidak, Danish terpaksa bersaing langkah dengan Rissa yang berjalan mendahuluinya!Danish cuba untuk mengejar Rissa yang mempercepatkan langkahnya untuk keluar daripada kafeteria universiti mereka.

Rissa yang mendengar kata-kata Danish,memberhentikan langkahnya di hadapan pintu keluar kafeteria tersebut.Yalah,mana dia mampu untuk bersaing langkah dengan Danish yang sedia maklum tinggi mengalahkan galah.Setakat dia yang berkaki pendek itu apalah sangat buat Danish.

“We need to talk,Rissa !” Danish bersuara.Kemudian dia menyambung kembali.”But not at here.We go to another place.Shall we ?” Danish membuka pintu keluar kafeteria tersebut dan mengangkat tangan kirinya ke paras bahu dan melakukan gaya seolah-olah mempersilakan Rissa keluar daripada kafeteria tersebut.
Rissa yang melihat hanya mampu mendengus sahaja di dalam hati.

Setibanya mereka di taman universiti tersebut,Danish sengaja mencari tempat yang agak tersembunyi agar dia boleh berbincang dengan Rissa dengan lebih selamat.Dia tidak mahu ada di antara pelajar di university tersebut tahu perkara yang menjatuhkan maruah orang lain.Dan yang paling penting,perasaan Rissa perlu diutamakan.

“Okay,Rissa.Dengar apa yang I nak katakan ini.” Danish memulakan bicara.

“Apa lagi Danish ?” Rissa menjongketkan kedua-dua keningnya di hadapan Danish.Nak tergelak pula 
Danish melihat muka cemburut Rissa.Yang lebih kelakar lagi dia tidak menyangka bahawa Rissa tidak reti untuk menjongketkan sebelah keningnya.Jadi,nak tak nak terpaksalah dijongketkan kedua-dua kening tersebut.

“Ehem”.Danish berdehem untuk mengusir rasa geli hati yang bertandang di hatinya.Sekarag ini dia perlu serius.Dia perlu memberitahu Rissa perkara yang penting.

“Irfan tak bersalah Rissa.”Danish berkata sambil memandang ke arah Rissa.

“Tak.Itu memang salah dia.”Rissa cuba untuk menyangkal akan kata-kata Danish.

“Dia tak salah.”

“Dia salah.Dia BERSALAH !”

“Itu bukan salah dia.”

“Itu memang salah dia.”

“Dia tak bersalah Rissa.Dia tak bersalah.Itu bukan salah dia.Itu semua salah…” Belum sempat Danish menghabiskan kata-katanya,Rissa segera memotong bicara Danish dan menukar posisinya yang sedang duduk kepada berdiri.

“Cukuplah Danish ! Persetankan semua itu.Rissa dah malas nak dengar apa-apa alasan dia.Rissa dah penat Danish.Dah penat.”Rissa menghamburkan tangisannya di hadapan Danish yang dianggap sebagai abang kandungnya sendiri.Kedua-dua belah tangannya diletakkan di telinganya sebagai tanda dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi daripada Danish.

“Rissa.Don’t cry.Please…,”rayu Danish.Hancur luluh hatinya melihat gadis yang dicintainya di dalam diam itu mengalirkan air mata.Melihatkan Rissa yang berdiri itu,Danish juga segera ikut berdiri.

“Rissa dah penat Danish.Rissa dah fed up dengan semua ini.Dia,lelaki itu mesti bertanggungjawab ke atas perbuatannya.Sampai hati dia buat Rissa macam ini.”Rintih Rissa.

Dilihatnya wajah Rissa yang jelas kelihatan tertekan dengan masalah itu.Kemudian,dipeluknya Rissa di dalam dakapannya dengan harapan tangisan Rissa akan reda.Kemudian,ditariknya pula tangan Rissa untuk duduk semula di bangku yang disediakan di taman tersebut.

“Listen Rissa.Tak semestinya apa yang berlaku di hadapan kita itu perkara yang betul .” Danish cuba untuk menenangkan dan menerangkan hal yang sebenarnya kepada Rissa.

“Apa yang tak betulnya Danish? Dengan gambar tak senonoh itu you kata tak semestinya gambar itu memberi maksud yang benar.Apa yang you cuba dalihkan lagi? Sebab you kawan Irfan,you nak bela dia? Walaupun sudah terang lagi bersuluh dia sudah menodai kesucian Qaireena?” Bertalu-talu soalan yang Rissa soalkan kepada Danish sehingga merah padam mukanya menahan amarah.

“Nope.I bukan nak cuba untuk memanipulasikan cerita apatah lagi nak membela Irfan.Tapi,I cuba nak sampaikan kebenaran cerita yang sebenarnya bahawa Irfan telah diperangkap oleh Qaireena.” Danish segera berdiri dan menghadap muka Rissa di hadapannya.Ditenungnya muka Rissa supaya Rissa dapat mempercayai akan kata-katanya.Danish juga berasa amat yakin terhadap kata-katanya kerana rahsia Qaireena berada di dalam genggamannya.

Rissa memandang ke arah Danish.Sepertinya, Danish tulus memberitahu dia perkara yang sebenar. Ditenungnya wajah Danish yang mengharapkan pengertian daripada Rissa.Wajah yang ikhlas dan penuh pengharapan itu tidak akan pernah dia mampu dia usirkan di dalam mindanya.Wajah tersebut seakan-akan sudah melekat dan tidak boleh ditanggalkan dari memori mindanya.Memori yang mengundang seribu rasa di hatinya.Memori yang dia sendiri tidak diberi pilihan untuk mengusir kenangan lalu.

**

“Danish…”Rissa mengeluh buat sekalian kalinya.Dibuka matanya kembali untuk mengusir kenangan lalu daripada menerpa ke gawang mindanya.Dia segera membangkitkan tubuhnya.Dia mahu ke bilik air untuk mengambil wuduk.Mungkin dia perlu menghadap Allah Yang Maha Esa untuk mengembalikan ketenangan di jiwanya.

Usai menghadap Allah Yang Maha Kuasa, Rissa segera menanggalkan telekungnya.Dilipatnya telekung dan sejadah tersebut dan diletakkan semula ke dalam almari.

“Tok ! Tok ! Tok !” Mendengar ketukan di pintu tersebut membuatkan Rissa yang sedang mengelamun ketika menyimpan telekung di dalam almari itu berasa terkejut.Habis sudah kenangan silamnya itu berterbangan jauh dari mindanya.

“Tokk ! Tokk ! Tokk!! Kali ini bunyi ketukan di pintunya semakin kuat.Itu menambahkan lagi perasaan geram yang terbuku di hatinya.Entah apa lagilah mamat itu hendakkan.Menyampah pula rasanya !

“Kejap.” Dengan hanya satu perkataan itu,bunyi ketukan dipintunya pun tidak kedengaran.Mungkin mamat sewel itu puas hati barangkali mendengar aku menyahut ketukan pintunya itu tadi.

“Nak apa?” Terus sahaja perkataan tersebut dihambur oleh Rissa yang setelah dia membuka pintu biliknya.Dilihat pula si Emir yang sedang merenungnya macam nak makan.Eeee, tiba-tiba meremang pula bulu romanya dirasakan.

“Esok siap.Aku hantar kau balik rumah kau.Jangan lambat.Kalau kau lambat, kau balik sendiri.” Emir memberi ugutan kepada Rissa.

Tersenyum lebar Rissa mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Emir.Alhamdulillah, akhirnya pada esok pagi dia akan bertemu dengan ibu bapa yang dia rindui untuk kesekalian lamanya.

“Okay.Aku janji.Aku janji takkan lambat.”Rissa tersenyum ikhlas di hadapan Emir.
Emir yang melihat hanya memandang kosong ke arah Rissa.Dia tidak mahu jiwanya itu kalah dengan sifat Rissa yang riang dan menawan itu.Dia perlu menguatkan hatinya supaya tidak tertawan dengan Rissa .

**

Setelah memaklumkan keberangkatan mereka esok pagi kepada Rissa,Emir segera mengambil angin di luar rumahnya.Dia segera melabuhkan duduknya di sebuah bangku yang terletak berhampiran dengan kolam renangnya.

Pada saat ini,dia masih berkira-kira,perlukah dia menjalankan rancangannya itu? Rancangan yang bakal 
membuat kehidupan Rissa menderita.Tetapi,bukankah dia sendiri yang memilih untuk membuat Rissa menderita?  

Dia pembunuh , Emir ! Hatinya bagaikan menghasutnya untuk menanam perasaan benci dan dendam terhadap Rissa, satu-satunya perempuan yang sangat disayangi oleh abangnya,tanpa dia ketahui.

Dan kini,Emir bertekad,walau apa sekalipun yang terjadi, dia berjanji akan membuat Rissa menderita tanpa mempedulikan perasaan Rissa itu sendiri.


Sunday, 3 March 2013

Cinta VS Benci 11




Bab 11

Akhirnya,tiba juga saat-saat yang aku nantikan.Akhirnya aku boleh pergi ke dusun Emir untuk melantak durian.Opsss ! Untuk pengetahuan atuk-atuk dan nenek-nenek di luar sana aku ini memang terkenal dengan gelaran hantu durian.Kalau nak tahu,gelaran itu telah diberikan oleh ibuku yang tercinta.

Waktu cerah begini,barulah aku berkesempatan untuk melihat pemandangan villa milik keuarga Emir. Memang luas gila.Gila pun tak luas seperti ini.Aku mengerling ke arah sebelah kiriku.Mak Mah berjalan menuruti langkahku ke arah dusun yang terletak di belakang villa tersebut.Sebelum memulakan perbualan,aku berdehem dahulu.Sakit tekak woo..

“Mak Mah,Mak Mah ke yang tolong jagakan dusun ini semua?” Rissa memulakan sesi soal jawabnya dengan Mak Mah.Mereka berdua sedang berjalan menuju ke sebuah pondok khas yang sememangnya nampak klasik dan bercirikan alam semula jadi.Mana tidaknya, pondok tersebut diperbuat daripada kayu jati yang berkualiti tinggi.Macam mana aku tahu? Jawapannya ialah,Mak Mah yang memberitahuku tentang pondok tersebut semasa kami sedang mencuci pinggan mangkuk sesudah kami semua selesai makan tengah hari.

Agak-agaknyalah,mesti Deeja akan berasa pelik mendengar cerita aku.Kombinasi di antara taman bunga dan dusun?  Memang sah-sahlah dia akan mengatakan aku sudah mengalami kemerengan otak tahap kronik.Tapi,itu bukan salah aku pun.Sudah memang kawasan villa terlebih mewah milik Emir ini direka sebegitu.Villa milik Emir memang unik.Pokok-pokok yang ditanam di dusunnya ditanam secara berasingan mengikut jenis buah sehingga membentuk bulatan separa ataupun dengan menggunakan bahasa mudah dusunnya kelihatan berbentuk ‘C’ jika dilihat daripada pemandangan atas.

Villa Emir ini direka dalam bentuk bulatan.Jika dusunnya yang kelihatan seperti membentukkan bulatan separa,kini taman bunganya pula juga direka khas dalam keadaan berbentuk bulatan separa yang akhirnya melengkapkan bentuk bulatan.Gabungan di antara dusun dan taman bunga ini memang aneh dan aku juga tidak  faham akan tindakan nenek dan atuk Emir yang meminta gabungan tersebut mesti direka di dalam bentuk bulatan.Villa Emir itu pula terletak betul-betul di tengah-tengah bulatan tersebut.Rumah itu pun satu hal juga.

Mengapa rumah tersebut direka dengan corak ala-ala Inggeris. Perkara ini seperti pelik di pandangan mata aku kerana gabungan villa Emir yang ala-ala Inggeris ini digabungkan dengan eleman dusun.Dusun? Kalau taman bunga itu usah difikirkanlah kerana memang tidak pelik pun menurutku.Tapi,mungkin ini citarasa mereka kut? Ataupun adakah terdapat maksud simbolik di sebaliknya? Entah,malas mahu menyesakkan kepala aku dengan soalan yang sememangnya aku tiada jawapannya,maka,aku pun hanya membiarkan persoalan yang berada di benakku itu hilang dibawa angin.

“Rissa,Rissa duduk dekat sini dulu ye.Mak Mah pergi masuk ke dalam rumah dulu.”Mak Mah berkata sebaik sahaja kami sampai di pondok tersebut.

“Rissa duduk seorang-seorang dekat sini ke Mak Mah? Kalau Mak Mah nak masuk ke dalam rumah,Rissa pun ikut jugalah.” Terpampang riak resah gelisah di wajah Rissa.Takutlah tu !

“Apa yang nak ditakutkannya oii Rissa.Kejap lagi si Emir tu datang bawa durian kesukaan kamu tu.Tak maulah risau.Tak ada hantu yang keluar petang-petang macam ini.”Mak Mah cuba berlawak.

“O ooo kay.. lah Mak Mah.Rissa tunggu dekat sini ya.” Terukir senyuman di bibirnya sesudah ia menghabiskan kata-katanya.

**
“Oppppocot mak kau durian berduri-duri !!!” Kus semangat aku ! Gerangan siapakah yang bersikap terlebih ajaran ini? Eh,apa yang aku melalut ini.Ish !!!

Dipusingkan badannya ke belakang.”Dush” Degup jantungnya berdenyut dengan pantas.Terpanar dia dengan senyuman manis Emir.Senyuman yang ikhlas.Ya,buat pertama kalinya aku melihat dia tersenyum seikhlas hatinya.Terus hilang rasa amarahku kepadanya.

“Terkejut aku tau tak.” Tergagap-gagap Rissa menuturkan bicaranya.Debaran yang dirasakan masih belum hilang.Ini kalau lama sangat aku tinggal di sini,tak mustahil aku akan jatuh cinta dengan mamat poyo ini.
Kini,terpampang pula senyuman sinis di wajah Emir.Haa ! Ini baru Emir yang aku kenal.Mamat berlagak dan annoying.

“Aku tak sangka pula yang kau ini kuat melatah.” Sinis sahaja pertuturan Emir.
Malas mahu melayan rasa amarahnya terhadap kata-kata Emir,Rissa hanya bertindak dengan memandang ke arah buah-buah durian yang dibawa oleh Emir.Terus hatinya dilambung kegembiraan yang tidak terhingga.Dah nama pun hantu durian !!

**

‘Segarnya rambut aku.Barulah rasa lega sikit,’ desis hati Rissa.
Setelah dia lengkap berpakaian,Rissa segera menapak ke arah balkoni.Lembut sahaja angin bertiup yang menyapa wajahnya.Ternyata besar perbezaannya jika tinggal di Bukit Fraser dan Kuala Lumpur. Tiba-tiba Rissa teringat kembali perbualannya bersama Emir di pondok dusun pada petang tadi.Mengingatkan perbualannya bersama Emir tadi benar benar meragut ketenangan dari jiwanya.

“Kau suka makan durian ke?” Emir mengerutkan wajahnya.

“Sukalah.Kenapa?” Kini,giliran Rissa pula yang mengerutkan dahinya.

“Bukan ke perempuan tak suka makan durian sebab dia orang kata durian itu tinggi kalorilah, kolestrollah dan apa benda entah yang merepek-repek itu.”  Emir berkata sambil cuba untuk membelah buah durian tersebut.

“Apa bendalah yang perempuan itu merepek.Durian memanglah ada kalori.Tapi,tak adalah banyak sangat. Seulas  durian baru mempunyai 50kcal.Tak adalah tinggi sangat pun.Kalau bab kolestrol itu pula, manalah kawan perempuan kau itu belajar yang buah-buahan ada kolestrol.Durian atau mana-mana buah tidak mengandungi kolestrol sebab kolestrol cuma datang dari sumber haiwan dan bukannya tumbuhan.Faham?”

“Oh…Tak sangka pula kau tahu benda-benda macam ini.Aku ingatkan kau ini macam katak bawah tempurung.”

“Agak-agaklah.Aku baling durin itu dekat kepala kau baru tau.” Rissa memalingkan mukanya daripada menghadap wajah Emir.Kecil hatinya apabila Emir berkata sedemikian.

“Aku gurau jelah tadi.Apa kata kau beritahu aku lagi fakta-fakta durian kau itu.Sebagai ganjarannya aku pun akan share satu fakta durian dengan kau.Amacam ? Deal ?”

“Kau ingat ini bisnes ke nak deal segala.” Nak tak nak,Rissa pun memulakan mukadimahnya untuk memberitahu Emir mengenai fakta-fakta durian yang diketahuinya.

“Durian ini kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant,B-complex dan potassium yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mengawal bendalir badan,mengawal denyutan jantung dan tekanan darah.Seulas durian juga baru sahaja mengandungi 1 sehingga 2 gram lemak dan itu pun bukanlah lemak tepu dan seulas durian juga mengandungi lebih kurang 10 gram gula.Namun begitu,kau tak bolehlah makan durian terlalu banyak kerana durian ini boleh memanaskan badan kau danlebih-lebih lagi jika engkau menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.” Panjang lebar Rissa berkongsi fakta durian yang diketahuinya.
“Aku mana ada penyakit itulah.Aku muda lagi.”  Rissa yang mendengar Emir berkata sedemikian terasa mahu muntah sahaja.Mudalah sangat si Emir itu.

“Aku belum habis cakap lagilah.Fakta terakhir yang aku tahu mengenai durian ialah durian juga dikatakan boleh mengurangkan stress kerana buah durian mengandungi amino acid bernama tryptophan yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang mengantukkan.Jadi, orang yang makan durian itu pun lebih senang tidur dan rasa lebih tenang.”

“So,itu sahaja ke yang kau tahu mengenai fakta durina?” Emir menyoal Rissa yang ketika itu baru sahaja sedang memasukkan seulas durian ke dalam mulutnya.

“Emmmm..Ye la kot.” Rissa menjawab.

“Aku rasa ada lagi satu fakta yang kau tertinggal ini.Sudahlah fakta itu fakta yang paling penting tahu tak.” Sengaja Emir menegaskan suaranya.
Tersentak Rissa dibuatnya.Kenapa tiba-tiba lelaki di hadapannya ini nak marah tak tentu pasal.

“Apanya yang penting sangat itu?” Soal Rissa kepada Emir.
Emir yang mendengar hanya tersenyum.Rissa pula kelihatan terkejut melihat reaksi Emir.Macam-macam betul.

“Kebaikannya yang terakhir itu…” Emir sengaja melambat-lambatkan pertuturannya.Dia ingin membuat Rissa penasaran .

“Apa dia? Cakap sajalah.Hishhhh” Rissa sudah mula mengeluarkan amarahnya.Digigitnya biji durian yang berada ditangan kanannya itu.

“Ok.Aku beritahu.Yalah,ini pun kau yang nak tahu sangat.Kau kena tahu juga yang duria itu boleh tingkatkan nafsu…”

Belum sempat Emir menghabiskan ayatnya,Rissa sudah terbatuk-batuk.Kemungkinan dia sudah boleh mengagak perkataan seterusnya yang akan keluar daripada mulut Emir.

“Ish,kau ini potong line betullah.Aku baru saja nak habiskan ayat aku.” Emir membuat muka tidak puas hati.

“Ish,kalau fakta kau itu pun aku tahulah.Tapi,aku cuma tak nak sebut sahaja fakta itu.”

“Ouh,kau tahulah rupa-rupanya.Emmmm.I see.” Emir tersenyum sumbing.

“Ish,miang betul pak cik dekat depan aku ini.”

Serentak itu kedengaran gelak tawa daripada Emir.Suka benar dia menggelakkan Rissa.

“Ish,kau ni sudah-sudahlah.Aku sumbat biji durian ini baru tahu.”Rissa sudah memberi amaran.

“Okay,okay..Fine.Aku stop gelak.Haa..cakap pasal durian,kau tahu tak kenapa rumah nenek aku ini pelik?” Soal Emir kepada Rissa.

“Pelik? Apa yang pelik?”

“Yalah,kau tak pelik ke tengok dusun dengan taman bunga yang mengelilingi rumah nenek aku ini?”
Rissa sudah berdebar-debar.Semangat inkuirinya juga semakin bertambah.Hailaa,mamat ini memang buat 
aku curious betullah.

Rissa mengangkat keningnya tanda inginkan jawapan daripada Emir.

"Ini semua sebab abang aku.Danish Irsyad Aisy."

Rissa yang mendengar terus terpana.Nama itu..Nama itu mengingatkan Rissa kepada seseorang.Adakah dia orang yang sama?






                                                 

Tuesday, 1 January 2013

Bab 10 Cinta VS Benci


Bab 10
“KEDENGUNG !!!!”  Tangan kirinya segera menggosok-gosokkan kepalanya dengan lembut.Berdenyut kepalanya dihentam dengan dashboard kereta milik Emir.Sudah gila agaknya lelaki tersebut membawa kereta dengan kelajuan yang menggila.

“Sorry” Itulah satu-satunya patah-perkataan yang keluar daripada mulut Emir.Ditegaskan sekali lagi di sini.Satu-satunya perkataan.Kepala Emir hanya difokuskan ke arah jalan raya sambil mulutnya mengucapkan perkataan maaf itu.Macam tak ikhlas sahaja bunyinya di halwa telinga Rissa.

“Naik lorilah kau.” Sempat Rissa mengutuk Emir di dalam hatinya.Kepalanya yang berdenyut-denyut itu diusap lembut dengan tangan kanannya pula.

“Just assumed that you’ve repay me back of what you’ve done to me.” Emir memulakan bicara. Dia cuba sedaya upaya untuk segera sampai ke destinasinya.Jam pula sudah menunjukkan pukul 9:50 malam. Baharu sahaja dia memandu ke Pahang,dia sudah berasa letih.Ini belum lagi jika dia memandu ke Kelantan.Memang dia naik flight sahajalah.Yang Rissa ni pun satu.Asyik buat tahi mata sahaja. Lama betul perempuan itu tidur.Memang dasar orang tidur mati.Dia bawa 120 km per sejam pun perempuan itu tak sedar. Yang kelakarnya,perempuan itu juga masih tak sedar satu perkara lagi walaupun perempuan tersebut  sudah bangun daripada tidurnya.

“Apa yang aku buat dekat kau?” Rissa membuat reaksi pelik.

“Ingat sendirilah.Kepala batu.”

What? Mamat tingkat ni panggil aku kepala batu ? Rissa mengetapkan bibirnya.Dialihkan pandangannya ke luar tingkap.Lebih baik dia menikmati permandangan hutan di luar sana daripada menghadap muka mamat tingkat itu.Ish,tak kuasa I.

Tiba-tiba Rissa berasa aneh pula.Ting !!! Otaknya sudah dapat menangkap maksud gerak hatinya.

“Oii, ini bukan jalan ke rumah aku laa.Akukan tinggal dekat Raub.Bukannya dekat Bukit Fraser.” Rissa berkata pantas.Emir pula kelihatan normal sahaja.Tiada riak terkejut dan apa-apa seangkatan dengannya.Macam orang tak ada perasaan pula.

“Pak cik.” Rissa menjerit kecil.

Dengan perlahan-lahan Emir memusingkan lehernya ke sebelah kiri.Dia memberikan jelingan maut kepada Riss.Terus terdiam Rissa dibuatnya.

“Siapa pula kata nak pergi Raub.Ada aku kata?” Emir memusingkan kembali lehernya ke hadapan.

“Wait..wait..Tapi,tadi kau kata kau nak tolong hantarkan aku.. Wei !!!”

“Yes,memang aku cakap macam itu.”

“So?” Rissa menyoalnya.

“Kau ada dengar ke aku cakap yang aku hantar kau malam ni?”

Membulat mata Rissa mendengar soalan Emir tersebut.Aduhai,sudahlah dia risau kerana dia lambat ulang ke rumahnya.Tetapi,sekarang ini kerisauannya telah bertambah dua kali ganda.Entah ke manalah agaknya si Emir itu mahu pergi.Sudahlah orang yang tinggal dekat Bukit Fraser ini sikit nak mampus. Bukan ke susah dia nak minta tolong andai kata si mamat tingkat di sebelahnya ini melakukan sesuatu kepadanya.

“Tak.” Jawab Rissa sepatah.Lemah sahaja nada perkataannya.Itu sudah cukup kuat untuk membuktikan bahawa dia amat menyesal untuk menerima ihsan “baik” daripada Emir tadi.

**

“Kau turun sekarang.”Emir mengarah Rissa supaya keluar daripada keretanya.

“Wei,agak-agaklah.Kau suruh aku turun dekat hutan ni apa hal?Wei..Jangan kata kau nak tinggalkan aku dekat hutan ini seorang-seorang pula.” Rissa membuat muka cuak.Siapa tak gementar,risau dan takut jika ditinggalkan di dalam hutan tersebut.Tepi jalan lagi itu.Macam pakej laa dikatakan.

“Kau tak payahlah nak drama sangat dengan aku.Aku cakap turun-turun sahajalah.” Suara Emir yang mengeluarkan arahan umpama diktator sudah kedengaran.

“Aku cakap tak nak itu maksudnya tak naklah.Aku tak nak turun dekat sini.Tak nak.” Rissa masih cuba untuk berdegil.Dia tidak menghiraukan arahan Emir.Erkk? Arahan? Emm, bolehlah..

“Kau nak aku tarik kau keluar ke ataupun kau keluar sendiri.Baik cepat kau pilih.Aku bagi kau dua pilihan 
sahaja.”Emir  menghalakan jari telunjuk tangan kanannya ke arah muka Rissa.

“Kenapa kau nak suruh aku turun.Kalau kau marahkan aku sekalipun janganlah tinggalkan aku seorang-seorang dekat sini.Akusanggup buat apa sahaja asalkan kau tak halau aku keluar.Please…” Rissa merayu kepada Emir.Kedua-dua belah tangannya dibawa ke dadanya dan disilangkan.Selepas itu dia menundukkan sedikit badannya sambil membuat muka seposen.Berharap agar Emir bersimpati kepadanya.

Terjongket sebelah kening Emir mendengar rayuan Rissa.Dalam fikirannya dia berasa aneh dengan sikap Rissa.Macam tengah mamai pun ada.Tak pun takkanlah dah kena sampuk dengan jembalang dekat kawasan ni.Tiba-tiba satu idea nakal mula terbit di mindanya.Wajahnya pula segera dimimikkan dengan wajah yang masam dan garang.

“Betul kau sanggup nak buat apa-apa untuk aku?” Emir membuat muka nakal.
Rissa yang mendengar soalan Emir hanya mampu menhan debar.Entah apalah yang si mamat tingkat ini mahukan daripadanya.Soalan pula macam lain macam sahaja.

Sebelum menjawab soalan Emir , Rissa memalingkan mukanya ke arah luar tingkap.Malas nak menghadap muka si poyo+menjengkelkan itu.

“Ya..lah…”

Emir mengusap-usapkan dagunya persis gaya seperti sedang memikirkan sesuatu.Padahal,bukannya sedang memikirkan sesuatu tetapi sengaja berkelakuan seperti itu kerana mahu menjayakan lakonannya.

“Nanti aku beritahu.So,anggap yang kau hutang dengan aku sekarang.Sekarang,jom kita turun.” Lancar sahaja Emir menuturkan ayatnya.

“Haa? Hutang ? Turun?” Rissa masih dengan muka blurr

“Ish,kau ini memang rabun malam yeh? Rumah besar dekat luar ini pun kau tak nampak.Peliklah kau ini.”

“Memanglah aku nampak.Tapi,rumah ini nampak macam rumah Inggeris lama sahaja.Pastu, gelap pula itu.”Rissa berkata sambil meletakkan jari telunjuk kirinya di bawah dagunya.

“Agak-agaklah nak komen.Ini rumah aku kut.” Sebelum melangkah keluar daripada keratanya,sempat lagi Emir memberikan jelingan maut sebagai hadiah selamat datang ke villanya.

‘Sentap aku’.Gumam Rissa di dalam hatinya.

**

Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya kata-kata yang bersahaja dituturkan oleh Emir.Bukan sahaja terngiang-ngiang.Masuk kali ini,entah berapa juta kali entah dia mengajuk kata-kata Emir di dalam biliknya.Eh,silap ! Bukannya di dalam bilik tidurnya tetapi di dalam bilik tetamu villa Emir.

‘Jangan buat bodoh pula.Ingat,kau ada hutang dengan aku.Faham?’

Macamlah aku ini budak tadika.Tak pun budak satu tahun dan lagi teruk macam bayi terus.Aku ini dah 25 tahun okey.Aku faham gila apa yang dia cakap.Cakap sekali dah laa. Ini tak, asyik ulang benda yang sama sahaja.Tidak kira dekat mana pun yang aku terjumpa dia di dalam setiap pelosok villa ini mesti ayat itulah yang  dia sebut-sebutkan.Sudahlah tidak beri salam,terus meluncur laju macam air terjun pula si dia ini menuturkan ayatnya.Macam mengada-ngada pun ada.Siap bagi senyuman menjengkelkan dia itu. Eeeew,macamlah aku tergoda sangat.No,no no !

Nasib baik aku sudah maklumkan kepada ibu aku yang aku akan pulang ke rumah dua hari lagi. Untung ibuku tidak menyoalku dengan pelbagai soalan.Kalau tak ,habislah aku.Lebih-lebih lagi kalau ibuku tahu yang keretaku rosak dalam perjalanan pulang ke sini.Yang ini pun satu masalah aku lagi.Terpaksalah aku tinggal sebumbung dengan mamat keepoh itu dua hari lagi.Peristiwa malam semalam kembali menerjah di dalam ingatanku.

‘Wei,tak bahaya ke kalau aku tinggal berdua sahaja dengan kau?” Soal Rissa sebaik sahaja dia meletakkan bagasinya di ruang tamu villa Emir.

Emir yang mendengar soalah Rissa kembali menegakkan badannya yang sengaja di bongkokkan di atas sofa yang lembut tersebut.

“Bahaya? Apa yang bahaya?” Emir sengaja menyoal Rissa kembali.

Rissa yang sedang ralit memerhati keadaan sekeliling ruang tamu villa tersebut kembali menghadap muka Emir.Sebelum dia menjawab soalanEmir sempat lagi dia memuji dekorasi di dalam villa tersebut. Simple and elegant.

“Aku tak naklah tinggal berdua dengan kau.Tak pasal-pasal kena cekup pula.” Rissa menjuihkan bibirnya.

“Kenapa pula kena cekup?” Sengaja Emir menaikkan darah Rissa yang sememangnya tengah hot ketika itu.
Rissa mengetapkan bibirnya sekuat-kuat hatinya.Memang mamat ini nak kena ini.

“Malaslah cakap dengan kau.Hari-hari makan tauhu,buat-buat tak tahu pula.” Segera Rissa mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Bimbang jika dia akan sepak Emir yang sedang duduk berhadapan dengannya.

“Sejak bila pula aku makan tauhu hari-hari.”Emir membuat muka pelik.Tapi,dia masih kelihatan handsome walaupun dahinya dipenuhi dengan beribu kerutan.
Rissa yang mendengar hanya berpeluk tubuh dan diam tidak berkutik.Yalah bukan ke silence is gold?
Emir yang melihat Rissa tidak mempedulikannya terus berkata.

“Aku bukannya desperate sangat nak kahwin free dengan kau.Tak payah risau.Pak Mat dengan Mak Mah berserta dengan tiga orang anaknya ada dalam rumah ini.”Emir berkata sambil memejamkan matanya.
Bersinar mata Rissa mendengar kata-kata Emir.Fuhh !! Lega hatinya apabila mengetahui bahawa ada orang lain di dalam villa ini.

Tapi kenapa rumah ini gelap tadi? Itulah persoalan yang bersarang di dalam kepala Rissa.

“Rumah dia orang dekat belakang villa ini.So,that’s why laa rumah yang kau katakan macam Inggeris lama ini gelap.” Sengaja sahaja Emir menegaskan perkataan Inggeris lama tersebut.

“Ooooo” Itulah satu huruf dan satu perkataan yang keluar daripada mulut Rissa.

**

“Rissa !!!!!!” Bunyi teriakan gajah oleh mamat keepoh a.k.a mamat bajet itu kedengaran.
Tersentak Rissa dibuatnya.Tanpa semangat yang tinggi,Rissa menyahut teriakan Emir.Macam tarzanlah pula.

“Yaaa”

Entah apalah pula yang Emir mahukan kali ini.Sabar sahajalah.Tapi,lelaki memang macam ini ke? Ataupun mamat sewel ini seorang yang macam ini.Hmm,tengoklah,dah berapa banyak entah gelaran special yang aku bagi dekat dia.Agak-agak kalau aku beritahu dia,dia terharu tak? Aku tergelak seorang.

“Rissssssaaaaa !!!” Serentak dengan jeritan maut yang dilaungkan oleh gorilla a.k.a gajah tersebut bermulalah adegan ketuk-ketuk pintu.Ingat rancangan ketuk-ketuk ramadhan apa.

Kini,aku benar-benar bangkit dari katilku.Ala,perasanlah kejap yang ini katil aku.Aku belek diriku di hadapan cermin panjang yang betul-betul terletak di sebelah kiriku.Tanganku segera memainkan peranannya.Aku mula mengikat rambutku seperti ala-ala ekor kuda.Hmmm, boleh laa ini
Semakin lama aku melangkah menuju ke pintu tersebut makin kuatlah pula mamat seekor ini ketuk pintu bilik aku.Tak letih ke dia ni ?

“Knock !!!”Serentak dengan itu kuat si Emir menggelakkan Rissa.Siapa suruh gadis tersebut buka pintu tanpa memberi isyarat.Memang kenalah sebiji ketukan percuma dekat tempurung keras kepala gadis tersebut.

“Ouch..sakitlah kepala aku.” Rissa menggosok-gosok kepalanya.Lelaki ini memang tak boleh sabar gamaknya.

“Sedap tak ketukan penalty aku itu” Emir berkata beserta dengan sengihan.Emir kelihatan sangat sempoi pada hari ini.Dia hanya mengenakan sehelai t-shirt polo yang bewarna putih dan seluar track apa jenamanya pun aku tak tahu.Lelaki yang bernama Emir ini memang poyo.Baju seluar dan seangkatan dengannya mesti nak yang berjenama sahaja.

“Banyaklah kau penalty.Kau ingat kepala aku bola apa.” Kedua-dua belah tangannya sudah dicekak di pinggangnya.

Sebelum Emir membalas kenyataan aku,dia mengambil beberapa tapak ke belakang dan berdiri bersandarkan dinding betul-betul berhadapan dengan aku.

“Kau kan kepala batu.So,no hal lah.”Emir sekali lagi cuba untuk menaikkan kemarahan Rissa. 

“Asyik-asyik dengan kepala batu kau itu.Yang kau teriak-teriak macam orang gila tadi itu kenapa?” Rissa membulatkan matanya.

“Oh,lupa pula.Aku nak ajak kau pergi dusun petang nanti.Nak ikut tak? Itu pun kalau kau berani lah.Yalah, kalau dah nama perempuan itu memang perempuan laa.” Emir mencebikkan bibirnya.

“Eh,dekat sini ada dusun ke? Rissa melangkah keluar daripada bilik yang didiaminya dan menutup bilik tersebut.Dia mengikuti langkah Emir yang sedang menapak ke arah ruang tamu.

“Itulah kau asyik membuta semalam.Villa aku yang tersergam indah ini pun kau kata macam rumah Inggeris lama.” Emir duduk di sofa ruang tamu villanya.

“Aku tak nampak dengan jelaslah semalam.Lagipun,semalam aku mengantuk sangat.So,aku tidur sahajalah.” Rissa mula mengambil tempat duduk berhadapan dengan Emir.

“Alasan.”

Rissa mengetap bibirnya.Nasib baik dia menumpang dekat villa Emir.Kalaulah si Emir ini berada di rumahnya sekarang,dah lama mulut puaka si Emir itu ditempoyakkan dan dicilikan.

Sebelum menyambung bicaranya,Emir berdehem beberapa kali dahulu.

“ Emmm,aku bukan nak berlagaklah.Tapi,for your information, villa aku ini nampak luas sebab villa ini terletak di tengah-tengah dusun.So,semalam hutan yang kau nampak itu adalah dusun kepunyaan datuk dan nenek aku.Rumah ini pun atuk dengan nenek aku yang decorate.Faham?” Emir menerangkan satu-persatu kepada Rissa.

Memang betul apa yang aku katakan, mamat ini memang kerek !

“Ouh,maksudnya ada banyak buah laa dekat sini.Ya Allah.Heavennya.Mesti best kau duduk dekat sini. Boleh makan buah hari-hari.” Rissa berasa teruja mendengar penjelasan Emir itu tadi.

“Banyaklah kau punya buah.Kalau nak makan buah kena petik and kutip sendiri.Tahu tak?”
“Tak tahu.” Rissa menjawab dua patah sambil tersengih.

**
Tengah hari ini baru aku berkesempatan melihat wajah seorang wanita yang digelar sebagai Mak Mah oleh Emir.Emir telah memanggil keluarga Mak Mah yang selama ini menjaga kebersihan villa Emir untuk makan tengah hari bersama kami berdua.

Rupa-rupanya Mak Mah memiliki enam orang anak.Anak sulungnya sudah bekerja di sebuah syarikat hartanah.Anak kedua dan ketiganya pula sedang menuntuk di sebuah university tempatan. Anak keepat, kelima dan keenamnya sedang menuntut ilmu di sebuah sekolah menengah yang tidak jauh dari sini.

Kelakar anak-anak Mak Mah semuanya.Memang peramah dan beradab betul anak-anak Mak Mah. Gembira sahaja aku lihat keluarga ini. Memiliki tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan memang tidak menjadi masalah buat Mak Mah dan Pak Mat.Kesemuanya saling membantu dan bekerjasama. Memang aku salute cara Mak Mah dan Pak Mah mendidik anak mereka.Aku pun berharap agar suatu hari nanti aku akan mempunyai keluarga bahagia seperti keluarga Pak Mat dan Mak Mah.
**
bab 10,11 dan 12 ini akan banyak berkisarkan mengenai Rissa dan Emir..


Friday, 14 December 2012

Cerpen Hidayah Itu Cahaya Petunjuk



"Along, jaga rumah ni.Umi nak pergi kedai kejap.Jaga adik itu."Puan Maizurah berpesan kepada anak perempuan sulungnya Inarah Allaq.

"Baiklah umie.Pergilah kedai.Along jaga adik ni."

**
Puan Maizurah merupakan seorang pengasuh bayi.Dia menjaga dua orang bayi lelaki yang berusia tiga tahun. Selain itu, Puan Maizurah mempunyai lima orang anak.Tiga perempuan dan dua lelaki.Anaknya yang paling kecil berusia 11 bulan.

Pada waktu itu,Ammar Awwab dan Fakhir Haziz berada di ruang tamu rumah milik mereka sekeluarga. Rumah yang didiami oleh mereka tidaklah sebesar banglo mewah yang sentiasa menjadi kebanggaan orang. Rumah mereka itu cuma rumah dua tingkat yang boleh memuatkan seramai tujuh orang ahli mendiami rumah tersebut walaupun bapa mereka memiliki gaji yang lumayan.

" Ammar Awwab senyaplah sikit.Along tengah buai Aisyah ni.Dia nak tidur.Kau dengan Haziz pergilah main dekat atas.Kalau tak nak,kau slowkanlah kau punya handphone punya volume ," arah Inarah Allaq.

"Suka hati akulah ,"balas Ammar Awwab.

"A'ar.Suka hatilah.Bluekkk,"Fakhir Haziz menjawab sambil menjelirkan lidahnya dan memberi maksud bahawa dia meluat mendengar kata-kata kakaknya itu.

Inarah Allaq tidak tahu apa dan bagaimana lagi caranya untuk menasihati adik-adik lelakinya.Kini, dia cuma berharap bahawa dia dapat bersabar dengan kerenah adik-adiknya yang berusia 13 tahun dan 9 tahun itu.

"Blekk.Asyraf tak boleh main game angry bird ni.Ilhan boleh main," ujar Haziz yang kelihatan cuba untuk membuat budak yang berusia tiga tahun  yang bernama Asyraf itu merajuk.

"A'ar.Asyraf budak kecik.Asyraf tak boleh main game ni.Budak kecik.Bluekk.Kini,giliran Ammar pula yang cuba menyakitkan hati budak kecil tersebut.

Sejurus selepas itu,Asyraf mula menangis sehingga suaranya mengganggu Aisyah dari tidur lenanya.Inarah Allaq,cuba sekali lagi untuk menasihati adiknya.

"Sudahlah itu,korang berdua ni pergilah main dekat atas.Asyraf diam.Ilhan tidur,"arah Inarah Allaq.

"Suka hati akulah nak naik ke tak nak.Kau diamlah sial.Nak bising pulak."Ammar Awwab menjawab kata-kata Inarah Allaq.

"Entah,macam pondan je nak bising-bising."Serentak dengan itu Ammar Awwab dan Fakhir Haziz tersengih. Bangga barangkali dengan jawapan mereka.

Lama-kelamaan,Inarah Allaq tidak dapat menepis kemarahan yang membuak-buak di dadanya.Terus dia melemparkan kemarahannya kepada adik-adiknya.

"Korang beerdua ni faham bahasa tak.Aku suruh korang berdua naik atas.Kalau tak nak naik atas,diamlah sikit.Tak faham-faham ke aku cakap ni ,"bentak Inarah Allaq.

"Kau tak payah nak gelabah anjinglah dekat sini.Kau itu yang diam."Ammar Awwab berkata dan Fakhir Haziz mengiakannya.

"Eh,aku suruh naik atas tu naik atas ajelah.Dahlah aku yang buai si Aisyah itu.Naik lengh tangan aku nak buai.Bukannya korang berdua yang buai.Bila aku bising masa kau buai Aisyah pandai pula korang nak marah-marah aku.Kesian budak ni nak tidur,kau pula yang bising-bising,"dengan lantang Inarah Allaq bersuara sambil tangan kirinyanya dicekakkan di pinggang.

Makin lama makin galak mereka mengusik budak-budak yang berusia tiga tahun itu sehingga kedengaran suara tangisan mereka.Inarah Allaq yang tidak dapat membendung kemarahannya itu segera menuju ke arah adik-adik lelakinya.

Inarah Allaq segera menarik Fakhir Haziz yang berusia sembilan tahun itu menuju ke tangga rumah mereka.

"Kau pergi naik sekarang.Naik !!!" Bagaikan halilintar suara Inarah Allaq menjerit. 

"Aku tak naklah sial pukimah lancau babi.Aku cakap aku tak nakkan."Haziz sedaya upaya melepaskan tangannya daripada digenggam Inarah Allaq.

"Kau mulut memang tak ada adabkan."Serentak dengan itu,Inarah Allaq menghadiahkan penanmpar ke wajah kurus milik adiknya itu.

Pergaduhan mula tercetus di antara adik-beradik itu.Fakhir Haziz yang cuba untuk menumbuk seluruh badan Inarah Allaq dan Inarah Allaq pula yang cuba mencubit dan menampar adiknya.Masing-masing tidak mahu mengalah.Kemudian,mereka mula terjerit-jerit sebagai tanda tidak mahu mengalah.Malu sungguh terhadap jiran tetangga yang mendengar jeritan mereka.Pasti pada saat ini,syaitan-syaitan yang melihat pertelingkahan yang berlaku di antara adik-beradik tersebut menepuk-nepuk tangan dan menjerit kesukaan.

Sejurus itu,dengan segera Ammar Awwab menarik tangan Haziz untuk naik ke atas.Budak-budak yang berusia tiga tahun itu pula diam tidak berkutik melihat pergaduhan dan pertengkaran tersebut.

Inarah Allaq berasa sedih dan kecewa melihat adiknya yang saban hari tidak menhormatinya sebagai seorang kakak.Setelah kena pukul ,kena sumpah seranah baru mereka mahu naik ke tingkat atas. Sumpah !Dia sendiri tahu bahawa dengan melakukan kekasaran ,dia tidak boleh meyelesaikan sesuatu perkara.Tapi, apa yang dia boleh buat pada waktu kemarahan sedang bergelodak di dalam jiwanya?

Setelah adik-adik lelakinya naik ke tingkat atas rumah mereka.Inarah Allaq segera berkata.

"Kau ingat,dengan mulut kau yang tak beradab macam itu takkan ada orang yang mahu kawan dengan kau.Kau ingat kalau kau tak hormat orang lain,takkan ada orang yang akan hormati kau.Kau buatlah macam ni."Inarah Allaq memberikan kata nasihat kepada adiknya.Inarah menahan nafasnya yang tersekat-sekat sambil menyeka air matanya.Sejujurnya,dia memang sayang akan adik-adiknya.

Kata-kata Inarah Allaq yang berunsur nasihat itu dibalas dengan jeritan adik-adik lelakinya.

"Kau diamlah !!!Arrrrrrr"

"Tengoklah dah banyak setan dalam diri kau.Sekolah agama tapi tak pernah sembahyang dekat rumah. Macam inilah kalau dah banyak sangat setan dalam diri itu.Ajar orang lain mengaji tapi diri sendiri tak pernah mengaji dekat rumah.Sebab apa ? Sebab setan dah banyak dalam diri masing-masing."

"Kau diamlah babi pukimak sial lancau gemuk kau,"jerit Ammar Awwab dari tingkat atas.

Tidak mahu melanjutkan pertengkaran dan Aisyah yang sudah lena tidur dibuai itu,Inarah Allaq diam tidak berkata apa-apa untuk membalas kata-kata adiknya.

Tidak lama selepas itu,Puan Maizurah sudah pulang dari kedai.Kemudian,Inarah Allaq segera naik ke biliknya selepas selesai mengambil wuduk.Dia mahu mengadu segala-galanya kepada tuhan yang Maha Esa.

Sesudah menyempurnakan solat sunat dua rakaat,Inarah Allaq segera menadah kedua belah telapak tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah,apakah salahku selama ini? Adakah disebabkan dosa-dosaku yang lampau membuatkanku terpaksa menghadapi ujianMu ini? Aku tahu Ya Allah,Engkau tidak akan memberikan ujian kepada hambaMu yang tidak mampu mengaharunginya.Tetapi,adakah ujian dariMu ini mampu untuk aku harungi Ya Allah?Aku bukannya mahu mempersoalkan ujian dariMu Ya Allah.Tetapi,mengapa aku tidak merasakan keberkatan dan rasa cinta di dalam keluarga ini Ya Allah?Mengapa aku hanya merasa derita dan kesengsaraan di dalam keluarga ini Ya Allah? Mengapa Ya Allah? Mengapa? Adakah salah kami yang tidak menjaga hubungan denganmu Ya Allah? Tolonglah aku Ya Allah untuk merungkai setiap persoalanku ini.Aku sudah tidak terdaya Ya Allah.Aku hanya hambamu yang lemah.Jika benar hidayahMu itu milik kami, kau berikanlah hidayah itu kepada aku dan keluargaku.Lembutkanlah hati kami Ya Allah.Amiiinn ya rabbalalamin."Inarah Allaq meraup wajahnya selepas selesai berdoa.Setelah membiarkan air matanya mengalir dan meluahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Berkuasa barulah dia berasa tenang. Sesungguhnya,cinta kepada Ilahi itu terasa nikmatnya.


**
Seminggu selepas kejadian itu,Inarah Allaq menjauhkan diri daripada keluarganya.Dia tahu dia berdosa melakukan hal sebegitu.Tetapi,emosinya menguasai dirinya.Dia berasa malu dengan jiran tetangga mereka yang mengetahui keadaan keluarga mereka yang tidak aman.Bukan sekali mereka bergaduh, dah banyak kali dah.Sampai, keadaan mereka sekeluarga sudah sampai ke pengetahuan AJK Surau di kawasan perumahan mereka.Inarah Allaq benar-benar rasa malu.

Kemudian,di suatu petang,Inarah Allaq meluahkan isi hatinya kepada ibunya yang sedang memasak ketika itu.

"Umie,kenapa dengan keluarga kita macam ini?" Tanya Inarah Allaq yang cuba menahan tangisannya.

Puan Maizurah yang faham benar maksud pertanyaan anak perempuannya itu sengaja bertanya seperti tidak memahami maksud soalan yang ditanya oleh Inarah Allaq.

“Maksudnya?Umie tak fahamlah.”

Inarah Allaq mengangkat wajahnya untuk memandang wajah ibunya yang sedang mengacau lauk gulai tempoyak tersebut.

“Maksud Inarah ,kenapa keluarga kita tak sebahagia macam keluarga lain.Kawan-kawan Inarah semuanya mempunyai hubungan yang baik dengan adik-beradik.Tapi,kenapa keluarga Inarah macam ni umie?Inarah malulah dekat kawan-kawan Inarah.Dapat-dapat lagi bila dia orang tahu yang adik-adik Inarah tak beradab.Inarah malulah umie nak jawab persoalan kawan-kawan Inarah.Inarah rasa maruah Inarah ni rendah sangat.Itu belum lagi dengan mak cik-mak cik yang pandang Inarah ni macam Inarah ada penyakit berjangkit,”luah Inarah.

Puan Maizurah berasa sebak mendengar luahan anaknya itu.Salah dia ke cara dia mendidik anaknya? Dia menjaga setiap anaknya bagaikan menatang minyak yang penuh semenjak mereka lahir lagi.Tetapi, dia tidak mengetahui mengapa jasa-jasanya yang melahirkan dan menjaga anak-anak yang disayanginya itu dibalas sebegini rupa.Tipulah jika dia tidak berasa sedih dengan kenyataan ini.Sejujurnya,memang dia berasa sedih dan kecewa lebih daripada apa yang dirasakan oleh anak-anaknya.Sudah berbuih mulutnya menasihati kedua-dua puteranya supaya menjaga akhlak dan adab.Tetapi,setiap kata-kata nasihat daripada dirinya hanya dibalas dengan kata-kata cacian dan jeritan puteranya sahaja.Sungguh luluh hatinya mengenangkan nasibnya yang satu itu.

Dengan menarik sekali nafas, Puan Maizurah menjawab soalan Inarah.

“Inarah,kamu kena ingat,Allah itu selalu bersama-sama dengan orang yang sabar.Kmu kenalah bersabar menghadapi ketentuanNya.Mesti ada sebab mengapa Allah menjadikan sesuatu,” terang Puan Maizurah.
Inarah yang mendengar hanya tersenyum.

Ya,dia tahu.Pasti ada sebab mengapa Allah menjadikan sesuatu perkara.Tapi,sudah lama dia mecari jawapan mengapa dia diuji sebegini.Kadang-kala dia berasa seperti hendak mati sahaja apabila mengenangkan adik-adiknya yang bersikap kurang ajar.
**
Nak masuk dua minggu,tapi kenapa luka-luka dekat badan aku ini tak sembuh-sembuh lagi.Kuat betul adik aku tumbuk tulang-tulang aku,ngomel Inarah.Sejujurnya dia berasa aneh kerana badannya sering kali sakit semenjak-menjak ini.

Ketika dia ingin melangkah ke bilik air yang terletak di biliknya,tiba-tiba Inarah rebah dan terkulai lemah.
**
“Doktor,kenapa dengan anak saya,”tanya Puan Maizurah cemas.Dia tidak pernah melihat keadaan anaknya yang lemah sebegitu.Dia sendiri sudah mahu pitam melihat muka anak perempuannya yang pucat lesi itu.

“Maaf ya Puan Maizurah.Saya harap Puan Maizurah dapat bertenang apabila saya memberitahu perkara sebenar.”Doktor yang bernama Azmi itu sedang menyusun ayat-ayatnya untuk memberitahu Puan Maizurah mengenai keadaan Inarah.

“Ya doktor.Beritahu saya cepat doktor ,”desak Puan Maizurah.

“Sebenarnya,melalui laporan kesihatan anak puan,saya mendapati anak puan menghidap penyakit leukemia peringkat akhir.”

Puan Maizurah yang mendengar terasa seperti ada berjuta-juta batu yang sedang menghempapnya kini. Di mindanya pada saat ini terlayar wajah manis anak sulungnya itu.Air jernih yang mula bergenang di kelopak mata Puan Maizurah terus diseka oleh Puan Maizurah.Dia perlu kuat.Demi anaknya,dia perlu kuat.

“Doktor,jangan-jangan laporan yang doktor dapat itu salah barangkali.Anak saya itu masih muda.Dia baru sahaja berusia 18 tahun.Tak mungkin anak saya menghidap penyakit tersebut.Sebab yang saya tahu, penyakit tersebut arwah mak saya sahaja yang menghidapnya.Macam mana pula anak saya boleh terkena penyakit itu pula,” soal Puan Maizurah yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberitahu oleh doktor muda tersebut.

“Pada awalnya memang saya tak percaya puan.Saya sendiri mengarahkan doktor lain untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekali lagi terhadap anak puan dan hasilnya sama seperti apa yang saya dapat. Dan lebih mengejutkan saya anak puan menghidap penyakit leukemia beserta dengan penyakit darah tinggi.”

“Habis tu,macam mana dengan anak saya doktor?Apa yang patut saya buat?Ada apa-apa jenis rawatan ke yang anak saya boleh lakukan untuk dia sembuh daripada penyakitnya itu?,”soal Puan Maizurah sambil menangis teresak-esak.

“Maafkan saya sekali lagi puan.Tiada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit anak puan.Pada saat ini,kita hanya mampu berdoa kepada yang Maha Esa untuk keajaiban dariNya.Saya hanya mampu anggarkan bahawa anak puan hanya boleh menghabiskan sisa-sisa hidupnya selama seminggu.Maafkan saya puan.”

Puan Maizurah yang mendengar menangis hiba.Banyak sungguh dugaannya kini.Dia amat memerlukan kata-kata semangat daripada suaminya pada detik ini.Tetapi,malang sungguh kerana suaminya tidak dapat melawat anak perempuannya ini kerana suaminya outstation ke negara Jepun.
**
Puan Maizurah menapak ke arah wad yang menempatkan anaknya,Inarah Allaq.Puas dia menyuruh dirinya untuk tidak menangis di hadapan anaknya.Dia tidak mahu anaknya itu tahu bahawa dia sedang merahsiakan sesuatu.Dia memaksa dirinya untuk senyum bila berhadapan dengan anaknya itu.

“Inarah,kan umie suruh Inarah tidur.Kenapa tak rehat aje ni.”Puan Maizurah mengarah anaknya yang sedang terbaring itu melelapkan mata.

“Inarah tak boleh tidurlah umie.Umie,kenapa dengan Inarah? Doktor cakap apa pasal kesihatan Inarah?,” soal Inarah.Dia berharap agar Puan Maizurah berlaku jujur dengannya.

Soalan daripada Inarah itu benar-benar menyentak kalbunya.Ibu mana yang tidak sedih mengenangkan nasib yang menimpa anaknya itu.Puan Maizurah cuba untuk menceriakan suasana yang suram itu. Maafkan umie 

Inarah,umie terpaksa meipu kamu,rintih Puan Maizurah di dalam hatinya.

“Kamu itu demam panas ajelah Inarah.Itulah kamu asyik sangat memikirkan masalah yang menimpa keluarga kita.Lepas ni,umie tak mahu Inarah fikir banyak-banyak ya sayang.Inarah rehat aje.”Puan Maizurah berkata sambil mengusap ubun-ubun kepala anaknya itu.

Inarah Allaq hanya menganggukkan kepalanya dan segera melelapkan matanya.

“Alhamdulillah.Nasib baik Inarah demam panas ajekan umie.Nanti lepas beberapa hari nanti,Inarah sihatlah seperti sedia kala.Umie jangan bimbang ye.”Inarah berkata sambil melelapkan matanya.

Puan Maizurah yang tidak dapat menahan sebak segera keluar daripada bilik tersebut.Dia sudah tidak dapat menahan gelodak di hatinya.Matanya pula seakan-akan ingkar arahannya yang tidak mahu menangis di hadapan anaknya itu.

“Ya.”Puan Maizurah bersuara sambil menutup mulutnya dan segera keluar daripada bilik tersebut.Nasib baik anaknya itu tidak dapat mengesan perbuatannya.

Setelah telinganya dapat mendengar pintu bilik itu ditutup.Inarah segera membuka kedua-dua belah matanya.Dia tersenyum dalam kesengsaraan.Dia bangkit daripada pembaringannya dan menuju ke arah tingkap di dalam biliknya itu.

“Terima kasih umie kerana menjaga hati Inarah.Terima kasih kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada Inarah,” ujar Inarah perlahan.Air matanya mula mengalir tanpa henti.
**
Ya,dia tahu tempoh seminggu itu tidak lama.Dia kini sedang mempersiapkan dirinya untuk menghadap ilahi.Inarah melarang ibunya untuk menjenguk dia di hospital.Katanya,dia mahu berehat dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa.Puan Maizurah pula hanya akur akan permintaan anaknya.

Sebenarnya,Inarah tidak sanggup untuk melihat wajah dukacita ibunya itu.Dia tahu ibunya pasti sedih mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.Dia sendiri berasa terluka dan sesungguhnya berita yang didengarinya itu memang suatu tamparan yang hebat buat dirinya.

Masanya hanya tinggal kira-kira lima hari sahaja lagi.Sepanjang masa dia berada di hospital ini , dia sering membaca Al-Quran dan sembahyang sunat tahajjud.Dia mahu mengumpul kekuatan.Dia tidak mahu emosi yang menguasai dirinya kerana dia sudah kesuntukan masa untuk mengejar pahala.

Di sebalik keheningan malam itu,Inarah terdengar sayup-sayup suara pertelingkahan antara dua orang. Segera Inarah menyarung tudung expressnya itu dan mencabut jarum yang dicucuk di tangan kanannya. Dia menuju ke arah seorang pemuda yang telah ditinggalkan oleh seorang perempuan yang berkemungkinan kakak kepada pemuda tersebut.Dia sendiri tidak mengetahui mengapa dia bersemangat sekali untuk membantu lelaki tersebut.

“Assalamualaikum,”sapa Inarah kepada lelaki yang disediakan di hospital tersebut.

Tersentak Hulwan Mukhlis dibuatnya.Dia mengamati wajah perempuan yang mulus tersebut.Tetapi, mengapa wajah perempuan tersebut kelihatan pucat dan dia tidak faham juga mengapa dia berasa tenang melihat wajah tersebut.Seolah-olah seluruh masalahnya hilang dibawa angin lalu.

“Wa..Waalaikumsalam.”Tergagap-gagap Mukhlis menjawab salam Inarah.Inarah tersenyum lalu duduk selang dua buah kerusi daripada Mukhlis.

“Maafkan saya kalau awak fikir saya ni menyibuk ke apa,tapi saya dengar daripada luar bilik saya tadi suara awak sedang bergaduh dengan seorang perempuan.”

Sekali lagi Mukhlis terkejut.Malu sungguh dia rasakan.Tak sangka gadis tersebut mendengar pertengkarannya dengan kakaknya tadi.

“Ehemm”.Mukhlis berdehem.Kemudian dia menyambung bicaranya.

“Emm, dia itu kakak saya.Saya gaduh dengan dia tadi.Kenapa,ada masalah?” Mukhlis cuba untuk menayangkan egonya.Tidak mahulah dia dilihat seperti budak-budak pada sudut pandangan gadis tersebut.Bergaduh-gaduh dengan adik-beradik ini macam budak kecik je bagi Mukhlis.Tapi, tanpa sedar, dia buat juga.

Inarah Allaq tersenyum.Terpempan Mukhlis dibuatnya.Penasaran betul dibuatnya.Gila ke apa perempuan ni nak senyum-senyum.

“Tak ada masalah.Tapi,tak baik tau awak buat kakak awak macam itu.”

“Eh,kenapa pula? Dah dia yang mulakan dulu.Benci saya tengok dia itu.Eeee…”Mukhlis meluahkan ketidak puasan hatinya.

“Ish,awak ni degillah.”Inarah ketawa.Sekali lagi Mukhlis terkejut.

“Aduhai,dah banyak kali aku terkejut ni,” desis hati Mukhlis.

Inarah menyambung kembali bicaranya.

“ Awak kena ingat, pasti ada sebab dan akibat berlakunya sesuatu perkara.Allah tidak pernah menciptakan perkara yang sia-sia.Pasti Allah ingin awak belajar sesuatu.Sebab itu Allah berikan awak dugaan macam ini.”
Mukhlis mengerutkan dahinya.Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Inarah.

“Tapi apa hikmah di sebaliknya.Saya tak dapat apa-apa hikmah pun.Sakit hati adalah.”Mukhlis menjawab.
Inarah menggerakkan jari telunjuk tangan kanannya ke arah kiri dan kanan sebagai tanda tidak menyetujui apa yang dijawab oleh Mukhlis.

“No,no,no.Awak nak tahu tak, dulu saya selalu mencari jawapan mengapa Allah berikan saya dugaan macam ini. Boleh dikatakan hamper setiap hari saya bergaduh dengan adik-adik saya.Kami berteriak antara satu sama lain.Kami bergaduh menyakitkan hati dan badan masing-masing Saya rasa sangat malu sebab jiran-jiran mengata saya dengan keluarga saya yang tidak pernah aman..Saya malu dengan kawan-kawan saya dekat sekolah sebab mempunyai adik-adik yang bersikap kurang ajar dengan saya. Saya sendiri rasa sedih kerana adik-adik saya tidak menghormati saya.Saya juga sedih kerana adik saya tidak menjaga hubungannya dengan Allah.Saban hari saya berfikir cara-cara untuk menjadikan adik saya seseorang yang soleh dan berakhlak mulia.Kadang-kala saya berfikir apa dosa saya yang lalu yang menyebabkan saya perlu menerima dugaan seberat ini.”

Tersentuh hati Mukhlis yang mendengar luahan hati Inarah.Dia dapat merasakan betapa sedihnya dan lukanya hati Inarah menghadapi dugaan seberat itu.Tapi,dia tahu akan kebenaran pepatah berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Apa yang dia rasakan sekarang melalui cerita yang disampaikan Inarah tidak standing dengan apa yang dirasakan oleh Inarah sendiri.

Kemudian,Inarah tersenyum ke arah Mukhlis.Pelik Mukhlis melihat senyuman yang terbit di wajah Inarah.

“Tapi,kini saya sudah menemui jawapan saya.”

Kata-kata yang dilemparkan oleh Inarah benar-benar membuat Mukhlis berdebar-debar.
**
“Inarah,kamu tu kan tak sihat lagi.Duduk ajelah dekat hospital ini,”pinta Puan Maizurah.

Kini,seluruh ahli keluarganya sudah mengetahui penyakit yang dihidap oleh Inarah.Mereka menyangka Inarah tidak mengetahui apa-apa mengenai penyakitnya.

“Ala umie,Inarah bosanlah duduk dekat sini.Inarahkan tengah sihat ni.Jomlah kita pergi bukit dekat belakang hospital ni.Inarah nak tengok matahari terbenam,”rengek Inarah persis seperti bayi.

Pelik Puan Maizurah melihat anaknya itu yang beria-ia mahu makan masakannya dan sekarang ini pula anaknya itu mahu melihat matahari terbenam bersama-sama dengan ahli keluarganya.

“Biarlah Zurah,Inarah nak sangat tengok matahari terbenam.Kita ikut ajelah permintaan dia tu,” ujar Encik Ibriz Juman iaitu suami Puan Maizurah yang kelihatan sedang mendukung Aisyah.

“Baiklah abang.”
**

“Umie nak baring atas riba umie boleh tak?”

Puan Maizurah hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu.

“Baring ajelah kamu ini.Bukannya umie suruh bayar pun.”

Inarah hanya tersenyum mendengar telatah umienya.

“Umie,ayah, matahari nak terbenam tu.Amni,Ammar,Haziz jom kita kira sama-sama.

“10, 9 ,8,7,6”

“Ya Allah,terima kasih di atas segala-galanya,”desis hati Inarah sambil memejamkan matanya perlahan-lahan.
Ahli keluarganya yang lain tidak menyedari mulut Inarah yang berkumat-kamit mengucap kalimah syahadah.

“3,2,1”

“Inarah,jom kita masuk hospital balik,”arah Puan Maizurah.

Menyedari anaknya yang tidak menyahut panggilannya itu,Puan Maizurah segera menggoncang tubuh anaknya.Namun,apakan daya jika anaknya sudah pergi menghadap seruan ilahi.Dia dan suaminya beserta anak-anaknya yang lain hanya mampu mengucapkan kalimah innalillah.Semoga anaknya dicucuri rahmat.
**

“Maaf,puan,ada orang yang menyuruh saya menyerahkan surat ini kepada puan.Kalau tak silap saya kata pemuda tersebut,Inarah berpesan supaya surat ini perlu disampaikan kepada puan,”ujar jururawat tersebut.

“Terima kasih ya dik.”Puan Maizurah menyambut huluran sampul surat tersebut.Banyak persoalannya yang timbul mengenangkan kata-kata jururawat tersebut.

Inarah telah selamat dikebumikan.Dia dan suaminya beserta anak-anaknya yang lain berada di hospital pada hari ini kerana dia ingin mengambil barang-barang milik anaknya yang terdapat di hospital ini.

“Surat daripada Inarah ke Zah?,”soal suaminya.

“Ya abang”

Dengan pantas Puan Maizurah membuka sampul surat tersebut.Bergenang air matanya membaca pesan terakhir anaknya itu.Dia menangis hiba di dalam pelukan suaminya itu.Suaminya beserta anak-anaknya yang lain turut menangis teresak-esak setelah membaca amanat terakhir Inarah.

 Assalamualaikum umie ,ayah , adik-adik semua,
Kalau kalian semua baca surat ini,Inarah sudah pergi buat selama-lamanya.Inarah harap agar umie,ayah dan adik-adik semua tidak bersedih dengan pemergian Inarah.Inarah tau perkara yang sebenarnya umie.Inarah tahu yang Inarah menghidap penyakit leukemia.Sebelum Inarah terlantar di hospital ini lagi,Inarah sudah tahu penyakit Inarah.Tapi,Inarah diamkan aje.Inarah tak mahu melihat umie dengan ayah risau.Inarah tau,umie sedang menghadapi tekanan dengan jiran tetangga.Ayah pula sibuk dengan kerjanya.Jadi,Inarah memutuskan yang Inarah tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar kepada umie dengan ayah.Akhir-akhir ini,Inarah sering berfikir mengenai adik-adik Inarah.Bukan kerana Inarah mahu memikirkannya.Tetapi,kerana Inarah harus memikirkannya.Inarah mahu meringankan beban umie dengan ayah.Kini,Inarah sedar.Hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah sahaja kita boleh merasai kenikmatan berkeluarga.Sejujurnya,Inarah mengaku.Inarah bukannya baik sangat.Inarah sering kali melengah-lengahkan waktu solat.Inarah tidak menjaga hubungan denganNya.Sebab itu Allah memberikan kita dugaan ni.Untuk kita lebih mendekatkan diri kepadanya.Umie,betul kata-kata umie.Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kini,Inarah sudah menemui jawapannya.Allah merindui Inarah. Allah ingin Inarah mendekatkan diri kepadaNya.Inarah bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih merindui dan dekat dengan Inarah.Inarah bersyukur sangat.Mengenai penyakit Inarah,Inarah redha.Inarah pasrah kepadaNya.Jika dengan kematian Inarah dapat membuka hati adik-adik Inarah bahawa pentingnya menjaga maruah keluarga kita dan dijadikan pengajaran supaya sentiasa menjaga hubungan denganNya, Inarah bahagia umie,ayah.Inarahlah orang yang paling bahagia di dunia ini.Akhir sekali, satu sahaja yang Inarah pinta , adik-adik semua tolonglah bersangka baik antara satu sama lain,jagalah akhlakmu dan sentiasalah dekat dengan Allah.Maka,adik-adik semua pasti akan merasai kenikmatannya.Jagalah umie dengan ayah baik-baik.Umie,ayah,halalkanlah segala makan minum Inarah.Inarah Allaq akan sentiasa berada di hati kamu semua.Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Salam Sayang,

Inarah Allaq.

Mukhlis yang berdiri jauh daripada pandangan keluarga Inarah turut mengalirkan air mata.Benar kata Inarah bahawa Allah itu Maha Penyayang.Allah sudah pun menunjukkan cahaya petunjuk kepada keluarganya.Dan kini,dia turut merasai hidayah Allah.Dia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia akan selalu menghargai ahli keluarganya dan menjaga keharmonian keluarganya.

“Terima kasih Inarah.Awaklah sahabat saya yang paling baik.Semoga awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Betul kata awak,hidayah itu cahaya petunjuk.Terima kasih Inarah,”gumam Mukhlis.

Setelah membaca amanat terakhir Inarah,Ammar dan Haziz berasa amat menyesal kerana berkata dan berkelakuan kasar terhadap kakaknya.Ayah Inarah pula berasa amat bersalah kerana tidak pernah menitikberatkan soal sembahyang di dalam keluarganya.Amanat daripada Inarah akan pasti mereka tunaikan.Terima kasih anakku,rintih Encik Ibriz Juman.

p/s : Semoga kita semua sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan pencipta kita,Allah dan menjaga akhlak serta budi pekerti diri kita semua.